Pilihanraya Kecil Di Sabah?

SEKURANG-KURANGNYGA satu pilihanraya kecil akan diadakan dalam waktu terdekat menjelang rombakan Kabinet Najib yang menyaksikan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal tersingkir daripada Kabinet Malaysia bagi memberikan beliau peluang untuk kembali ke Sabah sebagai Ketua Menteri Sabah.

Dalam perbicaraan kes Penggubahan Wang Haram dan Membiayai Keganasan di Mahkamah Tinggi Hong Kong kelmarin, seorang saksi utama menyebut nama seorang VVIP daripada Sabah sebagai pemilik wang $16 Juta Dolar Singapura yang cuba di seludup keluar Michael Chia Tien Foh daripada Hong Kong ke Kuala Lumpur.

Nama saksi berkenaan terpaksa dirahsiakan atas sebab keselamatan, namun dengan penglibatan VVIP berkenaan dalam kes jenayah terancang antarabangsa yang sedang dalam pemantauan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Hong Kong (ICAC) sejak tiga tahun lalu, akan menyebabkan Perdana Menteri terpaksa melakukan beberapa rombakan Kabinet Persekutuan dan Kabinet Negeri Sabah.

Saksi berkenaan telah mengesahkan bahawa wang yang diseludup keluar adalah milik VVIP berkenaan dan bukannya milik Michael Chia.

Memandangkan kes tersebut telah bocor di peringkat dunia dan mencemarkan imej Malaysia, maka VVIP berkenaan dipaksa berundur atau meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada tokoh lain. Antara tokoh yang disebut-sebut ialah Datuk Shafie Apdal, Datuk Nasir Tun Sakaran dan Rahim Ismail.

Oleh: HAFIZ JAMAIL

Share |


Maklumat ini telah diterbitkan pada Wednesday, November 11th, 2009 dalam kategori berita, sabah. Anda boleh mengikuti komen berkaitan maklumat ini melalui feed RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan komen , atau trackback daripada laman web anda.

6 Responses to “Pilihanraya Kecil Di Sabah?”

  1. manuk kampung on November 11th, 2009 at 10:01 am

    Isu Michael Chia lagi timbul?Hmm…curious~Sebenarnya,banyak lagi ministers yang ada sangkut paut cuma mulut biar kunci ja la..yang penting poket penuh tiap2 bulan. Sa tia nampak ada apa dlm pilihanraya kecil ni kali.

  2. Leon on November 11th, 2009 at 3:46 pm

    Bukan duit Michael Chia? Rupanya ada duri dalam daging. Saya rasa saksi ini adalah pengikut CM. Menurut sumber2 yang boleh dipercayai, ada “mole” dalam pentadbiran kerajaan. *rubs chin*

    Shafie Apdal? Jadi CM? *imagine* Huish, saya tidak boleh imagine ooo..

    PR Kecil di Sabah? Habesh, habesh..*facepalm*

  3. Supporter on November 11th, 2009 at 6:09 pm

    Orang VVIP itu ialah Datuk Musa Aman, Ketua Menteri Sabah.

  4. sam on November 11th, 2009 at 8:20 pm

    Baguslah jika terjadi pilihanraya kecil di Sabah,untuk memberi laluan kpd CM baru, dapat juga para kempener dpd pembangkang dan BN datang ke Sabah.Dapat juga menambah rezeki bagi para pemilik hotel di Sabah,kedai2 mkn,teksi2 dll.

  5. 1 world on November 12th, 2009 at 2:55 pm

    Bagi peluang Datuk Salleh Syed Keruak

  6. sam on November 13th, 2009 at 4:43 pm

    Ahhhh…Datuk Salleh sudah di bagi peluang bah satu kali mana boleh bagi peluang bagi kali kedua,ganti-ganti lah jadi Ketua Menteri.Org Cina,Kadazan-Dusun,Murut,Brunei dan lain2 bangsa pun mau rasa juga jadi CM.Saya cadang CM dari Bangsa Brunei lah.Saya cadang Datuk Rahim Ismail,mcm mana bangsa Brunei setuju tak?Aku ni bangsa cina,tapi aku berfikiran terbuka,jangan kita berfikiran sempit dan berbau perkauman di Malaysia,kita kena berpandangan jauh,mcm di USA , lihat org kulit hitam,Obama,boleh juga jadi Presiden Amerika.Tak kan lah Datuk Rahim tak layak jadi CM!!!

Leave a Reply


  AKHBAR ALTERNATIF   AKHBAR PERDANA   RADIO  &  TV   PERTUBUHAN / NGO   BICARA AGAMA
# TKOdaily
# Malaysiakini
# Harakahdaily
# Sabahkini
# Siasahdaily
# Detikdaily
# Klpos.com
# MalaysiaDigest
# Tranungkite
# Buletin Online
# Berita Harian
# Utusan Malaysia
# Bernama
# Harian Metro
# Sinar Harian
# MStar Online
# Berita RTM
# Sabah Tourism
# SabahTimes
# DailyExpress
# WebTV Pas
# WTV8
# TV Ceramah
# Grapes Nasyid
# Kuliah.net
# Darulsalam
# Era FM
# Ikim FM
# Muzik FM
# Nasyid FM
# IKIM
# Fomca
# Aliran
# Suaram
# Amal Malaysia
# Halal Jakim
# Bersih
# UMS
# Sabah EDU
# Info Sabah
# Zaharuddin
# Ust. Nasrudin
# Saifulislam
# Ilmu & Ulama
# Harun Yahya
# Minda Super
# Jarum Emas
# Dr Mohd Asri
# Warisan Nabawi
# Mesra Rakyat

 

 

Hakcipta @ 2008 Sabahdaily.com

Email : sabahdaily[a]gmail.com

Powered by FeedBurner Mesothelioma Add to Google Reader or Homepage Add to Technorati Favorites