PRU 13: Calon tempatan untuk kerusi DUN Kunak

Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) yang akan datang mempunyai peratus peralihan sokongan kepada Barisan Nasional (BN) dan parti pembangkang PKR (Parti Keadilan Rakyat) pada nisbah yang sukar dijangka ketika ini. Namun begitu, isu siapa calon akan menjadi antara faktor yang melakar sejarah bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kunak pada pilihanraya Umum ke 13.

Sama ada di pihak BN atau Pakatan Rakyat, kebanyakan daripada maklum balas @ respon yang diperoleh menyatakan calon tempatan atau orang Kunak perlu dipilih sebagai calon parti-parti yang bertanding. Bukan bermaksud tidak suka dengan calon dari luar, tetapi biarlah Kunak ditadbir oleh orang Kunak sebagai wakil rakyat mereka.

Dalam perkara berasingan, cubaan banyak pihak untuk melobi menjadi calon sama ada di pihak BN atau Pakatan Rakyat sudah seperti perkara rutin. Namun begitu, ‘kekuatan’ yang perlu dinilai daripada seseorang individu yang ingin menjadi calon dan seterusnya pemimpin yang dipilih haruslah berpandukan kepada beberapa kriteria tertentu antaranya aspek pendidikan, pengaruh @ sokongan daripada pelbagai peringkat masyarakat yang bukan hanya daripada parti yang diwakilinya. Lain-lain faktor seperti kredibiliti kepimpinan, penampilan dalam komuniti masyarakatnya, aspek moral, disiplin diri, rasional kepada perjuangan membela nasib rakyat, sejarah politik, keupayaan untuk berkhidmat, dan pelbagai lagi kriteria yang difikirkan munasabah.

‘Kuasa wang’ untuk membeli undi daripada pemilih/pengundi bukan lagi menjadi power @ energy sepenuhnya kepada keupayaan seseorang calon untuk menang dalam PRU 13 kerana rakyat kini sudah bijak dalam menilai siapa pemimpin yang mereka mahu?. Tambahan pula, isu rasuah politik wang dalam pilihanraya perlu dibendung dengan adil dikalangan parti-parti yang bertanding jika mereka bersungguh mahu melakukannya.

Sama ada di pihak BN atau Pakatan Rakyat (Pembangkang), parti politik itu tidak ada lagi masa bagi menunggu dan terus menunggu musim pilihanraya tiba untuk menjalankan tanggungjawab mereka kerana rakyat sudah lama menantikan janji-janji pilihanraya yang belum tertunai, termasuklah kemudahan asas, isu tanah yang berlanjutan dan banyak perkara berbangkit.

Ringkasnya, rakyat sudah pintar memutar dadu dan mencatur chess di atas kertas undi bahawa mereka menanda X untuk memilih calon tertentu sebagai pemimpin mereka kelak.

Sumber: Kunak Press

Maklumat ini telah diterbitkan pada Tuesday, November 24th, 2009 dalam kategori berita, sabah. Anda boleh mengikuti komen berkaitan maklumat ini melalui feed RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan komen , atau trackback daripada laman web anda.

3 Responses to “PRU 13: Calon tempatan untuk kerusi DUN Kunak”

  1. Pemerhati Bebas... on November 24th, 2009 at 7:22 pm

    Siapa yang banyak duit….maka dialah yang menang..lihatlah kuasa DUIT….tapi ingat Akhirat…..

  2. songkilou-kilou on November 25th, 2009 at 11:25 am

    Kalau anda dapat menawan hati rakyat maka anda akan terpilih sebagai wakil rakyat… :)

  3. Andray on November 25th, 2009 at 1:08 pm

    We will let people choose who will be their next leader in PRU13…

Leave a Reply


  AKHBAR ALTERNATIF   AKHBAR PERDANA   RADIO  &  TV   PERTUBUHAN / NGO   BICARA AGAMA
# TKOdaily
# Malaysiakini
# Harakahdaily
# Sabahkini
# Siasahdaily
# Detikdaily
# Klpos.com
# MalaysiaDigest
# Tranungkite
# Buletin Online
# Berita Harian
# Utusan Malaysia
# Bernama
# Harian Metro
# Sinar Harian
# MStar Online
# Berita RTM
# Sabah Tourism
# SabahTimes
# DailyExpress
# WebTV Pas
# WTV8
# TV Ceramah
# Grapes Nasyid
# Kuliah.net
# Darulsalam
# Era FM
# Ikim FM
# Muzik FM
# Nasyid FM
# IKIM
# Fomca
# Aliran
# Suaram
# Amal Malaysia
# Halal Jakim
# Bersih
# UMS
# Sabah EDU
# Info Sabah
# Zaharuddin
# Ust. Nasrudin
# Saifulislam
# Ilmu & Ulama
# Harun Yahya
# Minda Super
# Jarum Emas
# Dr Mohd Asri
# Warisan Nabawi
# Mesra Rakyat

 

 

Hakcipta @ 2008 Sabahdaily.com

Email : sabahdaily[a]gmail.com

Powered by FeedBurner Mesothelioma Add to Google Reader or Homepage Add to Technorati Favorites