Parti Keadilan Rakyat (PKR) merupakan cabaran bagi Barisan Nasional (BN) untuk kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kunak pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU 13) akan datang.
PKR merupakan antara parti pembangkang di Sabah dan Kunak khususnya yang melihat kerusi DUN tersebut sebagai kawasan taruhan mereka sejak dua pilihanraya umum lalu.
Walaupun jumlah undi yang diperolehi oleh PKR dalam kedua-dua pilihanraya PRU 11 dan PRU 12 yang lalu masih belum dapat menewaskan BN, namun suatu perkara yang dilihat jelas ialah sokongan terhadap parti berkenaan meningkat lebih 100 peratus berdasarkan undi yang diperolehi PKR dalam PRU 12 yang lalu.
Dalam PRU 11 tahun 2004 menerusi calonnya, Citra Masadi, Parti Keadilan hanya mendapat 212 undi dalam pertandingan empat penjuru dengan BN 3,344 undi, BEBAS 1,421 undi dan Setia 823 undi.
Pada PRU 12 tahun 2008, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menerusi calonnya, Hj.Bedu Kudusa memperoleh 968 undi dan ditewaskan oleh calon BN, Nilwan Kabang yang mendapat 5,083 undi.
Penganalisis berpendapat, PRU 12 yang menyaksikan pertandingan hanya dua penjuru bagi kerusi DUN Kunak memberi peluang lebih kepada BN untuk mengekalkan kerusi tersebut memandangkan tiada calon Bebas yang bertanding ketika itu.
Walaupun BN dilihat menang besar dalam PRU 12, kekalahan PKR pada tahun 2008 itu yang hanya mendapat 968 undi masih memberi ‘kemenangan’ kepada parti pembangkang kerana jumlah undi yang diperolehinya meningkat lebih 100 peratus berbanding PRU 11 dengan hanya 212 undi. Ini jelas menunjukkan, terdapat pengundi yang telah beralih sokongan kepada pembangkang walaupun dalam beberapa sesi kempen BN ketika itu hendak menewaskan PKR secara teruk sehingga terdapat peraih kempen di pihak BN yang mengatakan : “PRU 12 ini akan jelas PKR mendapat undi yang terlalu sedikit berbanding Pilihan raya ke-11″.
Keyakinan di pihak BN untuk menundukkan calon PKR pada PRU 12 berjaya terhasil tetapi harus diingat bahawa jumlah undi yang diperoleh parti pembangkang itu meningkat walaupun mereka menerima hadiah ‘kekalahan’ pada PRU 12. Ketika itu juga peratus keluar mengundi hanya 64.81 % dan undi rosak yang dikira sebanyak 225 .
Sesetengah penganalisis memberi petunjuk bahawa sekiranya PRU 12 yang lalu melibatkan tiga atau empat penjuru berlaku di kawasan DUN Kunak, jumlah undi yang diperolehi oleh BN dan PKR itu mungkin berubah – dan keputusan atau bilangan undi sudah tentu ke arah pertambahan atau penguncupan yang diperoleh bagi parti-parti yang bertanding.
Dalam situasi sekarang, BN perlu bergerak dengan pantas dan tidak menunggu masa untuk menambah sokongan mereka terutama dalam persiapan PRU 13.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang kini diterajui oleh Pengerusi Perhubungan negeri yang baru, Ahmad Thamrin Hj.Jaini bersama beberapa barisan kepimpinannya telah bergerak di beberapa daerah di pantai timur Sabah termasuklah di kawasan DUN Kunak bagi melihat perkembangan politik semasa yang berlaku.
Baru-baru ini (22 November), 12 cawangan PKR telah menerima ahli baru di Kunak dalam cawangan masing-masing menjadikan parti tersebut cuba menambah kekuatan di peringkat akar umbi bagi persiapan PRU 13 akan datang.
Beberapa orang termasuk bekas ahli BN turut keluar parti dan menyertai PKR kerana ’sudah hilang’ kepercayaan terhadap pemimpin mereka yang kononnya gagal mengambil peduli permasalahan rakyat terutama berkaitan masalah tanah.
Dua belas cawangan PKR itu yang menerima keahlian baru termasuk dari cawangan Kg.Madai, Dasar Baru, Dasar Lama, Pangi Tengah, Hampilan, Kunak Tiga Darat, Kunak Tiga Kabog, Jaya Baru, Ulu Madai, Kunak Jaya Laut, Kunak Jaya, dan Sungai Atas. Dua lagi cawangan baru yang bakal ditubuh belum dinamakan.
Kesemua borang keahlian itu diserahkan kepada Pengerusi Perhubungan PKR negeri Sabah, Ahmad Thamrin Jaini dan turut disaksikan oleh Timbalan Pengerusi Perhubungan negeri, Datuk Kong Hong Ming, Ketua Bahagian PKR Silam, Johani Abdul Halim, Ketua Penerangan PKR Silam, Samsuri Baharudin dan Timbalan Ketua PKR Kunak, Djapri Kudosat.
Di majlis yang sama, sesi dialog turut diadakan antara lain penduduk mengemukakan mengenai kes-kes penindasan yang dihadapi oleh mereka apabila Jabatan Perhutanan telah ‘memusnahkan dan merosakkan’ tanaman penduduk kampung yang telah diusahakan sejak berdekad lamanya di beberapa kawasan di sini kerana kononnya jabatan tersebut mendakwa penduduk atau rakyat tempatan telah menceroboh hutan simpan untuk bercucuk tanam dan mendirikan rumah.
Selain itu, masalah berbangkit yang turut didedahkan seperti keperluan air bersih yang telah lama dijanjikan tetapi masih belum diterima oleh banyak kampung-kampung di daerah itu dan kekerapan berlaku gangguan bekalan air yang menjejaskan kehidupan rakyat, serta pengagihan projek-projek luar bandar yang tidak adil bagi beberapa kawasan di sini, perlaksanaan projek yang tidak menguntungkan dan berlakunya pembaziran wang rakyat.
Ahmad Thamrin juga menggesa semua pemimpin di peringkat akar umbi di daerah itu supaya mempergiat usaha menambah ahli dan sokongan dan bekerja sebagai satu pasukan dalam memastikan PKR terus mendapat sokongan pada PRU 13 akan datang.
“PKR adalah parti yang bekerja untuk menjaga kepentingan dan kebajikan rakyat secara berterusan dan bukannya parti bermusim (seperti yang didakwa oleh sebilangan pihak seperti Umno sebelum ini)”, kata Ahmad Thamrin.
Ahmad Thamrin berkata, dalam PRU 12 yang lalu, Pakatan Rakyat telah menawan beberapa negeri di Semenanjung dan membuktikan bahawa pengundi di kawasan tersebut telah menolak BN. Dalam perkara berkaitan, beliau juga mendedahkan bahawa, BN selalu menggunakan jabatan atau agensi dalam kerajaan untuk tujuan tertentu sebagai kelangsungan untuk mengekalkan ‘kuasa’ mereka .
Sumber: KunakPress






















angan2 mat jenin..
Saya terasa tercekik apabila membaca artikel ini.Jangan sampai berpesta dengan undi yang amat memalukan.Dari segi mana pun kamu melihat,kalah tetap kalah,dan kalah dengan teruknya.
Yang Ahmad Thamrin ini kata pasal Semananjung apa hal?Sepatutnya beliau membuat perancangan dan memberitahu halatujunya.Pimpinan PKR Sabah dibawah Ahmad Thamrin ini yang tidak berwawasan akan membawa parah jikalau rombakan tidak dibuat sekarang atau sekurang kurangnya selepas mesyurat bahagian.
Tahniah .. Ahmad Thamrin, teruskan perjuangan.. Semoga PKR berkembang pesat di bawa kempimpinan anda.. Kami akan terus menyokong anda…
banyak perkara lagi thamrin perlu perbaiki prestasi PKR di sabah sebab saya masih tak nampak pengundi tegar bn umno akan beralih angin. walaupun isu nasional seperti rasuah dan penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin bn umno,rasanya sabahan masih keberatan mau undi PKR dan lain-lain parti.
yang jelas sabahan tidak akan memperdulikan kisah musa aman rasuah atau siapa saja janji dapat projek,zink,papan dan batu bata buat rumah. bn umno menggunakan wang yang dirompak daripada rakyat jelata sabahan tanpa disedari. bila masa pilihanraya bn akan ckp hanya bn mampu bagi senang pada rakyat..mcmna nak senang kalau kerajaan persekutuan menyekat peruntukan wajib ke setiap negeri tanpa mengira fahaman politik..
Syabas Thamrin…bagaimana pun usaha Thamrin untuk mengukuhkan PKR Sabah masih belum menampakkan hasil yang sebenar benarnya. Adalah mungkin rakyat yang kini berada diatas pagar masih belum yakin atau pendeknya masih ragu ragu akan kepimpinan Thamrin yang tak pernah pun menyebut hala tuju PKR Sabah dibawah kepimpinan beliau selepas perbalahan sesama sendiri.
Thamrin harus tampil bersama pendirian dan hala tuju PKR untuk dihebahkan kepada rakyat agar rakyat memahami konsep kepimpinan Thamrin dan apa yang diperjuangkannya untuk rakyat Sabah…adakah dia perjuangan itu mengusir PTI? IC Palsu? Penyelewengan keatas kuasa pemberian konsesi pembalakan? Bagaimana dengan ekonomi yang kini sudah menjunam kebawah? Rasuah yang meluap luap juga bagaimana? Kenaikkan royalti minyak?
Semua isu tersebut Thamrin perlu beri tumpuan dan jelaskan kepada rakyat apa yang bakal dilakukan PKR Sabah keatas semua isu tersebut. Jangan sekadar umum berapa ahli baru masuk PKR…atau berapa cawangan Umno/BN bubar masuk PKR. Memang isu ini baik tetapi ia sekadar diibaratkan perencah makanan sahaja, tetapi apa yang penting hala tuju Thamrin dan PKR Sabah dalam perjuangannya menentang 1001 macam kelemahan dan penyelewengan pemimpin pemimpin Umno dan BN diSabah ketika ini.
Anda lakukan lah yang terbaik….Insyallah! kami sokong!
Selain Kunak, tiada lagi perkembangan PKR di kawasan lain di negeri ini?
Itu saja yang mampu PKR Sabah lakukan? Bagaimana kawasan lain?
Mana ketua-ketua bahagian lain? Mampukah Thamrin membawa impak besar buat BN? Saya ragu.
Mungkin PKR bermimpi mengwujudkan tsunami politik dari Kunak lalu membawa ombak kuat mengegarkan seluruh Sabah.
Dalam sejarah Sabah Kunak menjadi tempat dan bincangan hangat dalam laman syber.
Itulah sumbangan besar Thamrin bagi Kunak.
Tapi agak membosankan. Saudara Thamrin, jangan lagi kamu menyorok di sudut terpencil sana menjerit-jerit membawa reformasi ke Sabah, berdiri di depan pentas agar lebih ramai boleh menyaksikan kebolehan sebenar kamu.
Masa depan PKR semakin pudar di Sabah.
Pemimpin tidak disokong ahlinya sendiri.
PKR pusat pula tidak berdaya.
Anwar dicekik leher kes-kes mahkamah.
Jeffrey merajuk minta gula-gula.
Thamrin diragu kebolehanya.
Times out PKR………..!
Honestly speaking, i dont think PKR or for that matter any Opposition Parties in Sabah can make a major impact during next GE. They are so disorganised and a lot of backstabbing is happening within their rank. I could only see some light for DAP and SAPP in the Chinese dominated Areas in major towns and that also is subject to ‘negotiation’ so that those two Chinese-based parties doesnt pit candidates against one another!
Agree with you poor man. I think the Chinese base party in BN need to be work hard to gain back the support from their community.
Dalam politik, tidak mustahil berlaku dimana parti yang lama memerintah boleh kalah dan parti yang baru muncul setahun jagung boleh menang.
Semaunya berada di tangan anda… Anda yang menentukkan siapa yang akan memerintah!!!
Yang baru tidak semestinya kalah, yang lama juga tidak semestinya tumbang. Siapa yang mampu menyubang dan memenuhi kehendak rakyat, dialah yang berpeluang besar meraih kemenangan.
PKR Kunak vs BN kunak???
tikus dengan Helang. Sure makan.
Telan terus.
Gigitan semut tidak merunsingkan kita.
Kekuatan serta sokongan BN tidak terjejas atau tercabar di Kunak mahupun seluruh Sabah.
The choice is in your hand whoever will be chosen as the representative of each constitutions.
To vote or not to vote.
Choices, choices..
Dalam politik, tidak selama-lamanya musuh dan tidak selama-lamanya kawan..(Ini petikan yg sy pernah dengar dari mantan PM kita dulu ).
Sebab itulah mungkin, sering berlaku ‘lompat-melompat parti selagi ia dikatakan Demokrasi dalam negara
Eeee dalam kerja pun macam tu la….tidak suka suda sama 2 kerja trus cari kerja lain…ya btul tu kawan bukan bererti kawan slama2nya kalau dalam politik…tgo macam Dr M sama C Anuar… Dlu bukan main lagi berkawan baik sekarang macam emmmm ntah macam apa suda….
Betul teropong emas.
Dalam politik, tidak selama-lamanya musuh dan tidak selama-lamanya kawan.
Cuma kepentingan sesama.
Lompat sikatak lompat. Lompat demi kepentingan diri sendiri.