Beberapa bulan lalu, Najib Razak ada memberi signal Pilihanraya di Sarawak akan diadakan sebelum pilihanraya umum ke 13. dalam erti kata lain pilihanraya Sarawak mesti diadakan sebelum tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN) di Sarawak berakhir iaitu pertengahan tahun 2011.
Walaupun begitu, bagi rejim BN di negeri itu, mereka mula kepanasan apabila melihat sokongan rakyat di Bumi Kenyalang terhadap Pakatan Rakyat semakin meningkat.
Terbaru, sepanjang minggu pertama bulan ini, beberapa Adun rejim BN mula memberi kenyataan bertali arus berkaitan perkara itu apabila mendesak dan mengugut ketua-katua kaum atau juga disebut Tuai Rumah di Sarawak agar jangan menyokong atau memberi sokongan terhadap Pakatan Rakyat.
Tidak dapat dipastikan samada kenyataan Adun-adun rejim BN itu dirancang atau tidak, tetapi yang pasti kenyataan mereka itu menunjukkan kerisauan mereka terhadap sokongan berterusan rakyat pelbagai kaum di Sarawak terhadap Pakatan Rakyat.
Bermula 1 November lalu, ADUN Pakan, William Mawan anak Ikom, mengugut ketua kaum Dayak di negeri itu terutama di kawasan luar Bandar agar jangan berjuang bersama Pakatan Rakyat jika mahu pembangunan di negeri itu diteruskan.
Ini diikuti oleh Adun Simanggang, Francis Harden anak Hollis pada 3 November lalu yang mendesak katua kaum yang disifatkannya sebagai orang tengah agar menerangkan kepada penduduk berkaitan pembangunan kerajaan jika mahu projek dilaksanakan di kawasan mereka.
Skrip yang sama oleh adun-adun itu disambut pula oleh ADUN Engkilili, Johnical Rayong Ngipa semasa berucap di Rumah Kaunselor Tuai Rumah Roy Edward Entalai, di Kampung Selindung Ulu dalam daerah kecil Engkilili, Sri Aman.
Rayong yang risau dengan sokongan berterusan ketua-ketua kaum itudipetik sebagai berkata bahawa sokongan Pakatan Rakyat yang kukuh di semenanjung tidak layak mengembangkan pengaruh mereka di Sarawak atas alasan memecahbelahkan sokongan politik penduduk di negeri itu terhadap BN.
Anehnya, Pengerusi Persatuan Tuai Rumah Daerah Kecil Engkilili, iaitu Kanselor Tuai Rumah Roy Edward Entalai pada majlis yang sama menggesa agar kerajaan Sarawak menaikkan bayaran elaun Tuai Rumah atau Ketua Kampung bagi mengelakkan mereka dikategorikan sebagai golongan Miskin Tegar.
Rejim BN pula menyambut dingin permintaan itu apabila Timbalan Ketua Menteri yang juga Timbalan Presiden PBB, iaitu salah satu sekutu rejim BN di negeri itu, Alfred Jabu anak Numpang menempelak kembali persatuan itu dengan menyamakan perkara itu dengan tuntutan Cuepacs terhadap Najib.
Jabu berkata, NajibRazak pada 4 November lalu ada menegur (Ceupacs) kerana menuntut bonus pada masa kerajaan sedang bergelut untuk keluar dari kemelesatan ekonomi sekarang.
Sementara itu, Timbalan Residen Sri Aman (Bahagian Pembangunan Sosial), Felicia Tan dalam sebuah akhbar on-line berkata, sejumlah 1,516 penduduk dari daerah Lubok Antu dan daerah Sri Aman dikategorikan sebagai golongan Penduduk Miskin Tegar.
OLEH : MASDARWAHID






















Saya masih merasakan BN masih diterima dan didukung kuat oleh rakyat Sarawak. Dari kata-kata sahabat saya di sana, PR masih gagal memperjelas agenda yang akan dibawa jika berjaya menjadi pemerintah. Kerjasama di kalangan PR juga tidak jelas kelihatan apalagi untuk meyakinkan rakyat.
Sebenarnya amat memalukan bagi rakyat Sabah dan Sarawak kerana terus memberi undi kepada BN. Setelah lama merdeka, kita di sini masih lagi menggunakan jalan raya gravel, masih mengguna air sungai, dibebankan dengan harga barang yang lebih tinggi berbanding Semenanjung dan harga Sawit juga getah jauh lebih rendah berbanding di seberang.
Mengapa kita masih perlu bersama BN?
Memang amat menyedihkan rakyat Sabah dan Sarawak masih tidak sedar tentang “penindasan halus” yang selama ini dilakukan oleh KL/UMNO/BN.. dan kita akan terus begini sehingga 50 tahun lagi jika kita tidak cuba untuk mengubah kerajaan yang ada sekarang…
Saya sokong 524% sadasada dengan point ‘ amat memalukan bagi rakyat Sabah dan Sarawak kerana terus memberi undi kepada BN’.. ini memalukan kita orang sabah dan sarawak.. kita negeri kaya tapi rakyat hidup miskin 52 tahun di bawah BN..
saya sokong kamu ” kasihan Sabah ” dan ” Tulun Tokou ” hari-hari kita cermin muka tapi tapi tak cermin diri kita betul-betul.saya sangat malu melihat rakyat Sabah dan Sarawak kerana ka c menang BN ( Beras naik,Barang naik).Negeri kaya rakyaat miskin. sekarang rakyat dapat apa ? Rakyat Sabah sampai bila-bila pun tetap kena tipu.Kayu balak dah habis,tembaga dah habis,tanah untuk rakyat Sabah hampir habis dimiliki oleh syarikat-syarikat besar-besar dpd semananjung…apa lagi kita harap dpd BN, korridor Sabah ? jangan rakyat Sabah bermimpi lah…
pemberian projek ? sorry lah rakyat boleh dapat…saya berani bertaruh…jika tak ada RM…jangan harap lah boleh dpt projek. Fikir-fikrkan lah sebelum negeri kita bertambah parah.
sy sokong dgn sdra sam…kalaulah semua rakyat sabah/sarawak berfikiran seperti sdra sam INSYALLAH rakyat sabah/sarawak akan hidup aman tenteram d bwh kerajaan pakatan rakyat krn tdk lagi memikirkan tentang kenaikan hrga barang yg begitu membebankan kehidupan rakyat dan tiada lagi tanah2 hak rakyat BUMI d rampas dan d berikan kepada syarikat2 besar drpd semenanjung…!!