Rombakan Kepimpinan Pemuda PAS Sabah?

Kota Kinabalu: Desas-desus bertiup kencang menyatakan bahawa Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah (DPPNS) salah satu sayap PAS di Sabah akan mengalami rombakan kepimpinan setelah berlaku kekosongan jawatan Timbalan Ketua Pemuda. Jawatan tersebut dilaporkan kosong apabila penyandangnya selama 3 penggal, Ust Hafiz Ubaidillah telah berpindah meninggalkan negeri ini atas urusan kerjaya.

Menurut sumber dalaman pemuda, Dewan Harian akan mengadakan mesyuarat dalam tempoh terdekat bagi membincangkan perkara ini dan akan mengambil ketetapan bagi melantik pemangku bagi jawatan no. 2 dalam kepimpinan pemuda tersebut. Hal ini akan dilakukan secepat yang mungkin bagi memastikan setiap agenda yang telah dirancang oleh pemuda dapat dilaksanakan dan dicapai sesuai dengan halatuju pemuda negeri iaitu “Perkasakan Pemuda, Teguhkan Pakatan”.

Antara nama-nama yang disebut bakal memangku jawatan tersebut ialah Darmansah (Naib Ketua Pemuda) dan Salman Amin (Ketua Penerangan). Walau bagaimanapun, menurut orang no.1 Pemuda PAS Sabah, Lahirul Latigu perebutan jawatan bukanlah masalah di dalam PAS kerana sebagai Parti Islam setiap ahli tentunya cukup arif dan maklum betapa semakin besar jawatan seseorang maka semakin besarlah amanah yang dipikulnya dan semakin beratlah perhitungannya di hadapan Allah di akhirat nanti. Beliau juga menegaskan bahawa segalanya akan bergantung kepada hasil mesyuarat (Dewan Harian) yang akan diadakan nanti.

Dikesempatan itu juga, beliau mewakili seluruh anggota pemuda merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Ust Hafiz seorang Ulama Muda yang berwibawa atas segala sumbangan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan untuk menyuburkan Islam dan PAS di negeri ini.

oleh : Abu Asma (dppsabah)

Share |


Maklumat ini telah diterbitkan pada Wednesday, November 25th, 2009 dalam kategori berita, sabah. Anda boleh mengikuti komen berkaitan maklumat ini melalui feed RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan komen , atau trackback daripada laman web anda.

6 Responses to “Rombakan Kepimpinan Pemuda PAS Sabah?”

  1. poor man on November 25th, 2009 at 6:40 pm

    Sewajarnya PAS memastikan ulama muda tempatan Sabah diberi peluang pendedahan selaku pimpinan pelbagai peringkat Parti PAS di Sabah dan bukannya bergantung kepada guru-guru,ustaz-ustaz atau mana-mana individu asal Semenanjung Malaysia. Andaikata hal ini tidak diberi perhatian, akan terjadi lah ‘vacuum’ bila pemegang jawatan sediaada terpaksa pulang ke Negeri asal mereka untuk meneruskan karier atau kehidupan.
    Seperkara lagi, Rakyat Sabah mempunyai sedikit rasa kurang yakin dengan ketua yang berasal dari “Malaya”, dan hasrat untuk menambah ahli menyertai Jemaah PAS akan terbantut kalau pemimpin PAS di Sabah pun adalah orang ‘Malaya”…..

  2. Tulun Tokou on November 26th, 2009 at 11:09 pm

    ya betul tu gaman.. didik anak tempatan menerajui parti PAS negeri…

  3. yuka on November 29th, 2009 at 10:31 am

    I don’t care which party….as long as they are struggle for Sabahans and brings peace here…..that’s good enough for us….

  4. Tumpung 3:10 on November 30th, 2009 at 8:30 am

    ceh!!!!sa ni penyokong PAKATAN RAKYAT tapi tidak suka kalau parti yang datang dari semenanjung dan beroperasi di sabah dipimpin oleh pemimpin dan ahli2 nya orang semenanjung!!!!Ingat dorang bijak pandai tahap maha dewa ka???Ptuiii!!! sial..apa lg dorang mau???dorang mau perintah sabah!!!tak layak status mereka orang asing d sabah!!

  5. Taring gigi on December 2nd, 2009 at 11:27 am

    Kalau PKR sudah kana rombak..giliran PAS lagi la bah.

  6. Anjing gila on December 2nd, 2009 at 11:48 am

    Setiap parti memang ingin mencari penganti yang lebih baik. Rombaklah kalau perlu. Tiada masalah juga sia nampak tu.

Leave a Reply


  AKHBAR ALTERNATIF   AKHBAR PERDANA   RADIO  &  TV   PERTUBUHAN / NGO   BICARA AGAMA
# TKOdaily
# Malaysiakini
# Harakahdaily
# Sabahkini
# Siasahdaily
# Detikdaily
# Klpos.com
# MalaysiaDigest
# Tranungkite
# Buletin Online
# Berita Harian
# Utusan Malaysia
# Bernama
# Harian Metro
# Sinar Harian
# MStar Online
# Berita RTM
# Sabah Tourism
# SabahTimes
# DailyExpress
# WebTV Pas
# WTV8
# TV Ceramah
# Grapes Nasyid
# Kuliah.net
# Darulsalam
# Era FM
# Ikim FM
# Muzik FM
# Nasyid FM
# IKIM
# Fomca
# Aliran
# Suaram
# Amal Malaysia
# Halal Jakim
# Bersih
# UMS
# Sabah EDU
# Info Sabah
# Zaharuddin
# Ust. Nasrudin
# Saifulislam
# Ilmu & Ulama
# Harun Yahya
# Minda Super
# Jarum Emas
# Dr Mohd Asri
# Warisan Nabawi
# Mesra Rakyat

 

 

Hakcipta @ 2008 Sabahdaily.com

Email : sabahdaily[a]gmail.com

Powered by FeedBurner Mesothelioma Add to Google Reader or Homepage Add to Technorati Favorites