Sabah: Benarkah Loji Arang Batu Selamat?

PERLUKAH Sabah mewujudkan loji arang batu bagi menampung keperluan dan permintaan tenaga di negeri ini? Perkara ini masih menjadi satu persoalan yang belum menemui jalan penyelesaian.

Isu ini turut dibangkitkan di dalam Dewan Undangan Negeri baru-baru ini dan kerajaan negeri telah memberikan komitmen bahawa Loji Arang Batu tidak akan diwujudkan di Sabah sekiranya laporan dari Jabatan Alam Sekitar mengatakan ianya akan mendatangkan kesan negatif berpanjangan kepada alam sekitar di Sabah.

Tambahan lagi, Sabah amat menghargai sumbangan industri pelancongan kepada kemajuan ekonomi negeri ini. Maka sudah semestinya, alam sekitar yang sihat dan bersih perlu dipertahankan bagi memastikan industri pelancongan Sabah terus berkembang dengan pesat.

Bagaimanapun Sabah telah sekian lama menghadapi dilema dalam memenuhi permintaan tenaga terutama bagi keperluan industri. Di satu pihak mahukan kerajaan negeri meneruskan usaha mewujudkan Loji Arang Batu bagi menampung permintaan tenaga industri, manakala di satu pihak mahukan kerajaan negeri mencari alternatif lain yang lebih mesra alam.

Ada pihak lain meminta kerajaan mengkaji kesan jangka pendek dan panjang sebelum membuat keputusan samada mahu meneruskan rancangan mewujudkan loji arang batu ini.

Jika kita meluaskan pandangan dengan meninjau keadaan di negara orang, terutama di negara maju seperti Amerika Syarikat, kita dapati bahawa negara maju seperti AS ini sebenarnya menggunakan pelbagai kaedah bagi memenuhi keperluan tenaga mereka.

Selain dari petroleum, AS adalah antara negara yang masih banyak menggunakan arang batu sebagai sumber tenaga alternatif bagi memenuhi keperluan industri mereka. Dalam erti kata lain, walaupun mengetahui kesan penggunaan arang batu sebagai sumber tenaga, AS masih tidak menolak kepentingan arang batu sebagai penjana tenaga alternatif selain dari sumber-sumber lain seperti petroleum dan tenaga hidro.

Maka melihat dari senario ini, mengapa kita tidak mengambil teladan dari negara maju seperti AS untuk memberikan peluang kepada kerajaan negeri mewujudkan loji arang batu bagi memenuhi permintaan keperluan tenaga industri jangka pendek. Dalam masa yang sama usaha untuk mewujudkan tenaga dari sumber yang lain seperti hidro dan angin perlu diteruskan bagi keperluan jangka panjang.

Selain itu usaha menerapkan penggunaan teknologi hijau juga sedang giat diusahakan oleh kerajaan terutamanya di bawah SDC, dan sekiranya usaha ini dapat berjalan seiringan dengan usaha pencarian tenaga yang lebih mesra alam, maka tidak hairan satu jalan penyelesaian yang memberi kebaikan kepada semua pihak akan dapat kita temui tidak lama lagi.

Oleh: KAK HAS (sabahkini)

Share |


Maklumat ini telah diterbitkan pada Saturday, November 21st, 2009 dalam kategori berita. Anda boleh mengikuti komen berkaitan maklumat ini melalui feed RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan komen , atau trackback daripada laman web anda.

17 Responses to “Sabah: Benarkah Loji Arang Batu Selamat?”

  1. Anak Kampong on November 21st, 2009 at 2:27 pm

    Pandangan peribadi saya adalah perlu untuk kita mempunyai tenaga alternatif semada arang batu,minyak,solar,ombak,angin atau haidro. Dari segi ekonomi dan pembangunan kita memerlukan tenaga untuk menjana industri dan perniagaan. Tanpa ini tiada pemacuan ekonomi untuk sebuah negara. Rakyat Sabah sudah merdeka berpuluh tahun tapi masi lagi kebelakangan dari segi pembangunan – Orang yang menentang itu adalah orang yang mempunyai agenda sendiri – untuk memperkenalkan diri mereka – tidak mengira akan keadaan ekonomi dan lain-lain di masa hadapan. Infra hanya nampak di sekitar bandar atau tempat-tempat yang memberi peluang menjana ekonomi.
    Jika kita mempunyai berbagai jenis tenaga dan mempunyai kelebihan tenaga dapat menjana ekonomi negeri sabah yang telah ketinggalan jauh dari negeri lain. Kepada yang membantah sila memberi idea dan alternatif yang dapat menghasilkan tenaga secepat mungkin dan jual kembali kepada kerajaan kita sebagai IPP dengan harga yang berpatutan supaya masalah tenaga letrik di sabah ini dapat di atasi dengan segara.
    Perjuangkan Terminal Depoh gas di Kimanis supaya ianya dapat di buat di sabah daripada di salurkan ke Bintulu – Walaupun ada tenaga letrik akan dibangunkan – Kalau mereka dapat memperjuangkan supaya loji gas di Kimanis – semua rakyat sabah menyokong kerana dapat menjana ekonomi negeri sendiri – So do it bro

  2. Honey Dew on November 21st, 2009 at 8:18 pm

    As for me, every single development has its negative and positive result. The important thing is, we need to understand the truth behind the line.This problem has been haunting us for decades yet no concrete solutions have been given. Coal plant in Tungku and Silam have been rejected and the new proposal site-Felda Sahabat. If there is the only way then we need to follow the flow.

  3. Orang miskin on November 21st, 2009 at 8:26 pm

    Sa hormati segala bentuk keputusan yang dicapai. Masalah ini tidak boleh dibawa hingga ke anak cucu. Kita mesti selesaikan secepat mungkin.Sekarang masalah blackout berlaku di Sandakan & Tawau..memang tidak mustahil akan berjangkit di KK juga,,Jdi sebelum Sabah menjadi lebih miskin seperti sa..adalah baik jika terima akan keputusan ini. Sa percaya dengan kepekaan pakar2 luar…tidak akan mencemarkan persekitaran.

  4. kuan on November 21st, 2009 at 10:33 pm

    Apa jaminan loji arang batu selamat ?????? arang batu datang dari mana. Kenapa gas asli disedut dan di hantar ke miri? maknanya jika arang batu itu dari tanah sabah yang di atasnya tumbuh kayu balak , maka hasil bumi sabah disedut habislah. gas asli,arang batu dan balak sekaligus. Alam sekitar macam mana ?????
    Kualiti elektrik sekarang ini hanya mainan kaum kapitalis untuk menjustifikasikan
    apa yang dimaukan oleh pemimpin buncit.. Jika kita mahukan kualiti , kita kena adapilihan sama ada kualiti sedia ada ataumencari yang lebih baik . jadi kitakena pilih orang yang lebih telus dan amanah untuk memimpin agar kita dapat yang lebih baik itu.

  5. din on November 22nd, 2009 at 11:14 am

    kata empangan Bakun dpt supply 0ne country.minyak dari Kimanis leh hantar ke Bintulu,inikan kabel elektrik.dah la tu tanah Felda. abisla tercemar udang,ketam dan ikan dengan Mercury, Cadmium.Blackout tu byak bpunca dari pengurusan x cekap.Celaka UMNO/BN.its not Green,its Black…

  6. the blue on November 22nd, 2009 at 1:36 pm

    So,tell me what is the most preferable way of providing sufficient power supply to Sabah then..

  7. Tisu muka on November 22nd, 2009 at 1:41 pm

    Loji Arang Batu sebenarnya berunsurkan kimia serta pelbagai peralatan moden. Jadi memang tia salah jika kita katakan bahawa ia sebenarnya tidak selamat. Air yang diproses terus dilepaskan melalui sungai/laut. Ini akan mengancam hidupan laut yang sememangnya pupus dek pembangunan lain spt resort..hotel..Tapi terus terang saya katakan..saya tidak tahu apa lagi kaedah yang boleh menggantikan pilihan ini.Mungkin gunakan tenaga solar boleh membantu.Saya lihat kebanyakan negara asing mengamalkan cara ini dan hasilnya memberangsangkan.

  8. Daeng on November 23rd, 2009 at 8:24 am

    Bagi saya lagi elok diwujudkan banyak palm energy di sebelah pantai timur sebab kita banyak kelapa sawit yang menjadi bahan bakarnya,seterusnya anak 2 sabah yang akan mendapat hasil dari penjualan tandan buruk dan kernal shell,tapi kalau arang batu kroni UMNOBN lah yang akan kaya raya,rakyat sabah menderita……so please thinking about it

  9. Nate on November 23rd, 2009 at 10:16 am

    I believe Roxy said something about the solar power, which is rather inspiring.

    roxy on November 20th, 2009 at 3:00 pm

    How about using solar power. The government can easily help encourage the use of solar power in every household. By allowing tax deduction. Or rebates. So that more people can afford to implement the solar generator. I know it’s not cheap, but it’s green for long term use.

  10. Janet on November 23rd, 2009 at 11:57 am

    I’m not really convinced about the coal-plants either. But the solar power suggestion sounds like a good alternative, along with the dams. Of course, the dam would be benefit everyone, while the solar power would require the cooperation with every household in Sabah.

  11. Janet on November 23rd, 2009 at 12:00 pm

    What I mean to say is. The dam is one fits all. While the solar power would only be applicable to a minority of people, as not everyone can afford the solar power. Unless the government build a solar power plant.

  12. Roxy on November 23rd, 2009 at 1:01 pm

    Yeah, Janet, I’ve looked up on the Solar power plant. It seems like a more reasonable idea compared to household implementations. Nate, thanks again for your support. But I can’t help but to wonder if you’re stalking me.

  13. roxy on November 23rd, 2009 at 1:10 pm

    Shit, should have register my name with lowercase ‘r’. Now I’m stuck with it, unless I sign out.

  14. Day-break on November 23rd, 2009 at 3:27 pm

    RT @# Roxy on November 23rd, 2009 at 1:01 pm

    Yeah, Janet, I’ve looked up on the Solar power plant. It seems like a more reasonable idea compared to household implementations. Nate, thanks again for your support. But I can’t help but to wonder if you’re stalking me.

    - Solar power plant is really a good idea actually. Hopefully they would look into it if possible..

  15. GD on November 23rd, 2009 at 4:27 pm

    We may need a hydro dam for efficient supplies but still, why don’t the Govt try and using Solar and Biomas as an alternatives for the time being?..Can’t hurt to try now, right? ;)

  16. Nate on November 25th, 2009 at 2:07 pm

    Roxy or roxy matters not, I would know if it were you. And nope, I ain’t stalking you. Don’t be such a paranoid. I just like the way you think. hahaha.

  17. roxy on November 25th, 2009 at 3:05 pm

    Nate, I’m stalking you back.

Leave a Reply


  AKHBAR ALTERNATIF   AKHBAR PERDANA   RADIO  &  TV   PERTUBUHAN / NGO   BICARA AGAMA
# TKOdaily
# Malaysiakini
# Harakahdaily
# Sabahkini
# Siasahdaily
# Detikdaily
# Klpos.com
# MalaysiaDigest
# Tranungkite
# Buletin Online
# Berita Harian
# Utusan Malaysia
# Bernama
# Harian Metro
# Sinar Harian
# MStar Online
# Berita RTM
# Sabah Tourism
# SabahTimes
# DailyExpress
# WebTV Pas
# WTV8
# TV Ceramah
# Grapes Nasyid
# Kuliah.net
# Darulsalam
# Era FM
# Ikim FM
# Muzik FM
# Nasyid FM
# IKIM
# Fomca
# Aliran
# Suaram
# Amal Malaysia
# Halal Jakim
# Bersih
# UMS
# Sabah EDU
# Info Sabah
# Zaharuddin
# Ust. Nasrudin
# Saifulislam
# Ilmu & Ulama
# Harun Yahya
# Minda Super
# Jarum Emas
# Dr Mohd Asri
# Warisan Nabawi
# Mesra Rakyat

 

 

Hakcipta @ 2008 Sabahdaily.com

Email : sabahdaily[a]gmail.com

Powered by FeedBurner Mesothelioma Add to Google Reader or Homepage Add to Technorati Favorites