Oleh: Mail Mathew
TENOM: Kemelut isu Pekan Kecil Melalap yang masih berterusan sehingga sekarang tidak mungkin ia tidak dapat diselesaikan jikalau ada kesungguhan kerajaan Barisan Nasional (BN) termasuk wakil rakyat terbabit membincangkan masalah tersebut secara bersemuka dengan pihak syarikat perladangan, yang semestinya lengkap dengan pelan cadangan untuk dirumuskan oleh kedua dua pihak.
TERKEJUT!!..wah sampai beginikah? kenapa tidak urus cepat?
“ Saya yakin syarikat perladangan terbabit akan melepaskan tanah yang dipinta keluarkan itu, jika dirunding dengan baik berdasarkan keperluan dan tanggung jawab korporat syarikat itu,” kata mantan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee ketika melawat Pekan Kecil Melalap pada Sabtu.
Beliau berkata demikian kepada Harian Ekspress ketika beliau singgah melawat Pekan Kecil Melalap dalam perjalanan balik ke ibukota daripada Pekan Tenom, dimana beliau telah meninjau secara lebih dekat sisa sisa frasarana bangunan termasuk sederet kedai yang telah daif yang ditinggalkan oleh empayar British dizaman kolonial lagi.
Yong yang juga Presiden Parti Maju Sabah (SAPP) ketika mengulas tindakan kerajaan BN yang mengabaikan janjinya membangunkan serta mewartakan Pekan Kecil Melalap menyifatkannya sebagai suatu perkara yang mengecewakan masyarakat sekeliling disitu.
Apa tidaknya kata Yong lagi, lokasi Pekan Melalap amat sesuai dan merupakan kawasan yang strategik untuk meningkat ekonomi setempat kerana sudah mempunyai asas infratruktur sebagai pelengkap untuk menggerakan kegiatannya seperti landasan keritapi, pusat pusat pelancongan Pusat kebudayaan Murut, pusat air Terjun Ulu Sumbiling dan mungkin juga aktiviti ‘white water rafting Pegalan’ boleh dimajukan.
SUNYI SEPI!…begina je Pekan Melalap?
“ Sebenarnya, ketika SAPP masih berada dalam gagasan kerajaan BN…kita sudah buat berbagai perancangan bagaimana untuk memajukan kawasan Pedalaman, antaranya kita telah menubuhkan Majlis Jawatankuasa Pembangunan Ekonomi Pedalaman dimana ia melibatkan beberapa pakar ekonomi sebagai pengkaji kesesuaian untuk diterokai,” jelas Yong.
“ Malah ketika saya menjadi Ketua Menteri dalam sistem penggiliran Ketua Menteri ketika itu…saya telah mengujudkan pelabuhan darat atau Inland Port diTenom supaya semua barangan komoditi atau kayu kayan diangkut melalui perkhidmatan keritapi…dimana pedagang selesa kerana mendapat tambang murah…malangnya selepas itu ia berkubur begitu sahaja,” ujar beliau lagi.
Yong optimis bahawa semua ini masih belum terlambat dan masih boleh dilaksanakan dimana kepimpinan SAPP sudah memasukkan perancangan tersebut ke dalam agenda pembangunan SAPP dan akan dilaksanakan sebaik sahaja SAPP diberi mandat oleh rakyat untuk membentuk kerajaan baru selepas PRU ke-13 kelak.
Kepada satu soalan berhubung kelembapan kedatangan pelancong melawat pedalaman terutamanya pengisian acara di Pusat Kebudayaan Murut selepas Pesta Kalimaran Yong berkata:
“ Saya lihat ia bukan suatu masalah untuk diselesaikan asalkan pihak pihak tertentu kreatif dan mempunyai banyak ilham mengolahkan lebih banyak aktiviti kebudayaan mahupun pameran seniukiran diadakan dipusat itu yang sekurang kurangnya sebulan sekali…dan bukan sekadar mengharapkan pesta Kalimaran atau Pesta Kaamatan semata mata…dan selepas itu semuanya senyap,” tegas beliau.
DAHSYAT!!…beginilah pesaki bila hospital dilanda banji…salah siapa?
Yong yang terkenal dengan kreativiti mengolah idea cuba mencetuskan satu lagi cadangan yang agak baik dimana beliau mencadangkan agar kerajaan membina satu lagi jalanraya yang menghubungkan antara Pekan Melalap melalui Kg Pagansangon ke Pekan Membakut supaya para pelancong boleh menggunakan jalan tersebut terus ke Pekan Melalap dan seterusnya ke Pusat Kebudayaan Murut dan Taman Pertanian Lagud Sebrang.
Ends///..
























itu cakap saja bah itu, dia dulu jadi Ketua Menteri kenapa dia tidak urus itu Melelap, bila jadi pembangkang nah baru konon2 bersimpati masalah rakyat, tetapi kuasa sudah kita orang juga sudah matang main politik, semua yang dicakap oleh YTL palsu semua itu percaya lah kemurang, YTL hanya ada satu di Sabah dan SAPP pun satu, pembohogan itu banyak dilaku nya kepada rakyat.
itu cakap saja bah itu, dia dulu jadi Ketua Menteri kenapa dia tidak urus itu Melelap, bila jadi pembangkang nah baru konon2 bersimpati masalah rakyat, tetapi kuasa sudah tiada, kita orang juga sudah matang mainan politik, semua yang dicakap oleh YTL palsu semua itu percaya lah kemurang, YTL hanya ada satu di Sabah dan SAPP pun satu, pembohogan itu banyak dilaku nya kepada rakyat.
Betul tu gaman, masa ini Yong Teck Lee (YTL) jadi ketua menteri lagi teruk dari UMNO dia, tanah-tanah tepi laut semua dia sudah sapu sampai tanah yang dekat UMS yang tanah orang tempatan dan kawasan elit si YTL mau buat sekolah Tshun Sin padahal itu tanah orang tempatan punya, tu la sampai sekarang belum buat lagi itu sekolah sebab banyak yang bantah, adakah sampai 20 ekar baru kawsan sterategik nilai dia mau lebih sepuluh juta mau buat sekolah CINA, kalau ikut peraturan SJK ni cuma 10 ekar saja lulus, kalau 20 ekar sudah lebih dari sekolah kebangsaan.. jangan kamurang percaya ini YTL ini lagi teruk RASUAH dari UMNO.. tengok muka YTL saja tau sudah ketua kongsi gelap..
Semua komen diatas bagus bagus belaka tetapi beremosi…cubalah diurai betul betul rasionalnya….kah kah lebih bagus.
YTL bercakap masalah Pekan kecil Melalap kerana pemimpin BN sudah janji kepada rakyat sebelum PRU 12 tetapi anehnya sampai sekarang tidak muncul muncul membuatkan rakyat kecewa…buktinya 19 JKKK buat memorandum minta kerajaan khususnya ketua menteri buat penyelesaian segera.
Kalau pemimpin Bn tidak keluarkan janji,,,masakan rakyat menagihnya. So, barangkali kenyataan YTL itu lebih menjurus kepada kebenaran dimana apa juga janji yang telah dikeluarkan dari mulut seorang pemimpin kerajaan mestilah ditunaikan kerana dia mampu sebab kerajaan bukan pembangkang…itulah rasionalnya.
berhubung dengan tanah tanah ditepi laut dan Suang Parai yang didiami PTI tetapi ada juga rakyat tempatan…sdra kena tanya Dewan Bandaraya sebab tanah tanah disana miliknya…YTL ketika kena cadang apa pembangunan yang perlu dilakukan disitu…lagi pun kuasa pembuat keputusan bukan YTL seorang sahaja tetapi ia diputuskan dalam kabinet negeri…sebagai makluman semua dasar hendaklah dibincang melalui Kabinet termasuk dasar FMU yang dianggotai oleh semua menteri seramai 10 orang termasuk KM.
Sekiranya ada diantara beberapa Menteri tak bersetuju dengan alasan yang kukuh, maka cadangan dasar itu diKIV yang kemudiannya diserahkan kepada EPU untuk diperhalusi sebelum dibentangkan semula…kalau perlu dasar itu dibentangkan dalam DUN.
Persoalan pembangunan sekolah Cina…itu soal persekutuan atau Ahli Lembaga Amanah kalau sekolah SRJK (C)…peranan kerajaan negeri membantu menyediakan tapak…yang dipengerusikan oleh Pengarah Tanah negeri Datuk Osman Jamal.
Macam mana sdra boleh menerima konsep 1Malaysia kalau masih berkelakuan perkauman…membeza bezakan bangsa… Sdra Tulun Tokou dan kaki kanan SAPP syabas tapi harap u juga jangan melakukan fitnah dan pembohongan…kerana melempar kata kata yang mengikut emosi buruk padahnya…cubalah bawa bertenang…matangkan fikiran dan selalulah berfikiran positif.
Mau cari peluang lagi rupanya si YTL. Saya nilai anda YTL sejak zaman PBS. Anda termasuk pemimpin yang pandai ambil kesempatan saja dari kelemahan dan budaya masyarakat. Bukan macam anda pemimpin yang sebenarnya layak untuk sabah. Ayuh tamatkan saki baki pemimpin yang telah kita kenal ini dan yang seangkatan dengannya dalam BN sabah hari ini. Biar pupus pemimpin perut ini
Dapat banyak habuankah C SURAT KHABAR ini macam dia sungguh2 melindungi Yang Teck Lee pula, bagi2 hoi berther kalau ada di rasuahkan SPRM kira belakang bah, banyak juga terlepas.
YTL kalo mau naik balik jangan setakat terikat dengan isu hampeh (kedaerahan) pasal pembangunan satu daerah kecil je, kalau betul-betul ikhlas cuba YTL pantau semua daerah/pekan kecil di sabah ni, pasti dan kumpom setiap jam boleh buat modal pasal isu pembangunan, tapi YTL mana mau pigi pantai timur (sabah) ni sebab barangkali ndada potensi SAPP blh menang. Potong stim je
ytl ni kaki temberang betul la. dulun masa ada kuasa kenapa tak buat kerja. siap jd ketua menteri lagi la…
Kepada kerajaan bn yang sudah buat janji, tunaikan janji kamu, jangan sampai hilang sokongan rakyat. Rakyat sekarang tidak lagi mudah diperdaya. Kebanyakan generasi baru terdedah pada informasi yang amat terbuka. Mempunyai pandangan yang berbeza. Jangan lupa janji atau kamu dilupakan.
ini c Yong itik lee ni pandai main wayang , dia yang janji mau kasi maju melalap tapi dia tidak tunai itu janji. Masa dia CM yang dia kasi atur batul hanya kawasan Cina sahaja..hutan sabah suma dia ‘runding’ kasi FMU, Amanah Saham Sabah SAS dia kasi rugi manyak , dia sama dia punya macai yoseph Amros Lii…
Jika BN tunaikan semua janjinya pada rakyat Malaysia, manalah SAPP nak korek isi-isu untuk raih perhatian rakyat. Betul kata sdk provok, banyak lagi pekan-pekan kecil selain Melalap mendahagakan pembangunan.
Dalam semangat 1 Malaysia, saya percaya bahawa Melalap tidak akan dipinggirkan pembangunanya oleh kerajaan. Kita juga berterima kasih pada SAPP yang selalu memantau dan menyuarakan suara dari rakyat kepada pihak yang berkenaan.
Inilah Malaysia yang demokrasi.
Pihak mentadbir menjalankan tugas pentadbiran. Pihak pembankang memantau dan memastikan pihak mentadbir tidak mengabaikan tugas mereka yang diamanahkan oleh rakyat.
Malaysia aman damai dan maju.
Bagus juga ba sadangan c yung tek lei itu, kalau butul butul la tajadi sakap baliau itu siapa juga sanang rakyat malalap juga. jadi kita samua kana tunggu dan lihat apa jadinya jangan la mangalimut dulu. kamu masi ingat kah samua parti sabalum jadi parinta memang mula dari pambangkang ba..masam juga naik tangga ba bukan tutuurus lumpat atas. memang ba yang tida suka SAPP mositi sakap yang tida bagus tujuan dia mau kasi kutur nama c yung tek lei la ba etu pasal dia dangki atau simburu buta he he he.
PENGUMUMAN..! PENGUMUMAN..!
Semua kena ingat, YTL dulu pemimpin BN… Tau-taulah kalau pernah dlm BN, tiada sejarah pemimpin BN yg bersih. Skrg baru mau bising. Cuba ingat balik bah kenapa YTL keluar BN? Pasal rakyat susahkah? Pasal minyak naikkah? Pasal royalti tidak dptkah? Pasal IC palsukah? Pasal 20 perkarakah?… atau pasal perutkah?
Puncak Kinabalu pandai kau tanya…kalau pasal perut memang dia turus dalam BN buat apa susah susah jadi pembangkang banyak wang mau pakai sabab tiada lagi yang tulung. saya dingar dia kana kasi senator dan pangurusi ekseketif BIM-EAGA gaji rm20 ribu pun dia tidak tarima pasal dia tidak senang layanan orang malaya sama rayat sabah tagumpul juga pasal 20 perkara, masam lah kita kena parinta orang malaya, nah! sikarang ini karita umur 15 taun keatas mau kana kondem mositi bali baru sap poroton yang nda laku jadi najib main terek rayat. tapi kalau Puncak Kinabalu simburu kuat mbaaa kau sokong lah c najib sap karis.
bagus itu bah jadi kita orang bali saja itu basikal pakai betteri laju juga bah itu, sebab minyak naik itu basikal bukan pakai minyakkan? bila pilihan raya nanti semua SAPP pakai basikal masuk kampung nah itu baru ada om. itu sap pooortooon tiada guna punya kuat minum minyak kita orang hari pagi araamai iti mana tahan minyak.
Kerja baik dan memberi keselesaan penduduk setempat dengan menyalak pihak berkuasa untuk merubah pekan Malalap adalah perjuangan yang bagus, dan patut kita sokong, tiada kaitan sejerah masa lampau YTL. Elok juga DYTL turun padang, sekurang-kurangnya DYTL dapat menggunakan pengalaman luas beliau dalam politik untuk membantu menagih segala janji-janji BN khususnya kepada penduduk MELALAP dan juga kawasan-kawasan disabah yang memerlukan pembelaan dan pembangunan untuk kepentingan rakyat. Saya menilai ini adalah satu usaha murni agar kemakmuran hasil kemerdekaan yang kita kecapi selama 52 tahun, juga dapat dirasakan dan dinikmati diseluruh pelusuk tanah air Negara Malaysia..seperti menaik taraf jalan-jalan kampung, pertanian moden, klinik-klinik desa yang semakin baik dilengkapi pekerja yang berpengalaman untuk menjaga kesihatan orang-orang kampung. Selain estet tua peninggalan british, apalagi sumber komiditi yang terdapat di Melalap, jika tidak ada sesuatu yang memacu atau mendokong pembangunan ekonomi maka penduduk haruslah juga berkerja keras untuk menyeriakan kawasan dengan kegiatan aktiviti ekonomi yang cergas..sebagai contoh, kawasan telupid.. akan mudah dapat diakses kerana telah wujud satu sumber aktiviti kegiatan ekonomi yang mentap seperti pembangunan sektor pertanian dari banyaknya melibatkan diri dalam penanaman kelapa sawit, dengan adanya sektor ini yang melibatkan ramai penduduk kampong maka dengan sendirinya kegiatan ekonomi berdayasaing..dan orang kampong ada sumber ekonomi yang sangat mentap. di MELALAP ADA APA….
No komen, kamu punya pendapat ada yang baik, ada yang emosional, dan ada juga yang paling tidak lojik. apa pun komin kamu terhadap YTL, saya tetap sokong SAPP. daripada saya sokong BN@UMNO+PBS
YTL mau jd CM, DrJ mau jd CM. Rendah dr CM semua tidak mau. Apahal jd Senator? apa hal Pengerusi Eksekutif? CM boleh mkn besar, mcm dulu-dulu… kalau disuruh pilih antara jd menteri pusat dgn CM Sabah, gerenti pilih CM punya… ha ha ha ha
RAKYAT DIDAHULUKAN, PEMBANGUNAN DIUTAMAKAN. Saya percaya bahawa Pekan Melalap tidak akan dilupakan atau diabaikan pembangunanya. Jika benar janji tidak ditunaikan, lupakan yb yb atau parti yang berkenaan itu pada pru 13 yang akan datang. Beri perluang pada orang lain.
Saya harap tiada janji yang akan dilupa mana-mana pihak. Siapa yang janji, tunaikan janji. Saya akan sokong dan undi parti yang menunaikan janji.
i luv tenom………….saya sokong kau 101% janji terang bulan saja itu BN
uii na tu gambar ba konpom disuruh oleh reporter tu belakon.. hehehhee
Kalau betul SAPP mahu tolong orang Tenom ba tolong saja la bah nda payah la eksploitasi janji BN tu…
Tapi saya harap BN tunaikan segala janji yang dibuat supaya rakyat akan terus sokong BN dan pihak lain pun takda peluang mahu memburukkan BN lagi
Time ada kuasa tak pula heboh2 mahu tolong rakyat… Sekarang bukan tepi kain orang ja yang dijaga dalam kain pun mahu disibuk… alahai
Ba cepat2 lah BN kasi tunai tu janji supaya takda lagi kes gesaan timbul… hehee
Ba saya minta sangat lah BN kasi tunai tu janji… Biarlah lambat asalkan tertunai… Jadi tak juga sia2 saya mempertahankan BN selama ni
Boleh ba kalau ko BN – Next GE saya mahu undi juga BN
Saya yakin rakyat Sabah pandai berfikir dan cukup matang membuat pilihan

Siapapun parti yang memimpin sabah, saya tak kisah… Bagi saya paling penting parti tu bersedia tolong kita… dan saya percaya BN sebenarnya sedang berusaha memenuhi janji mereka
Jadi sabarlah kio
Ba sabar ja la… kata orang sikit-sikit lama-lama jadi bukit…
Saya yakin BN akan tunaikan semua janji tu…
Lagipun ada juga kan pembangunan yang BN da bawa di Sabah so tak lama g samapai lah tu di Tenom