Sejak akhir-akhir ini pimpinan PAS termasuk Presiden dan Timbalan Presiden dikritik hebat oleh orang dalam dan luar PAS.
Ada yang menyatakan bahawa kedua-dua mereka condong untuk membentuk kerajaan perpaduan (UG) dengan Umno. Di satu pihak pula melabelkan Presiden PAS terlalu lemah dan tidak sesuai lagi untuk memimpin PAS kerana agendanya dilihat terlalu menekankan perjuangan Melayu dan Islam, seolah-olah meminggirkan agenda PAS For All.
Lebih teruk lagi ada pimpinan PAS sendiri yang menghentam Nasharuddin Mat Isa dan Mustafa Ali sebagai pemimpin yang mahu kepada kerajaan perpaduan dan gagal memimpin PAS dengan baik.
Bagi saya semua tuduhan dan kritikan tersebut wajar di kaji dan diteliti oleh pimpinan PAS. Mungkin ada yang benar dan ada yang tidak benar.
Namun begitu saya juga agak kurang senang dengan kritikan yang saya sifatkan agak keterlaluan yang dibuat oleh Prof Abdul Aziz Bari terhadap Presiden PAS yang dimuatkan oleh Malaysiakini hari ini.
Dalam laporan tersebut, Aziz mendakwa bahawa Tuan Guru Haji Abdul Hadi sangat lesu dan gagal memimpin PAS dengan baik.
Jawapan saya mudah sahaja, mengapa ketika PAS berjaya menyakin pengundi bukan Islam mengundi PAS pada PRU 2008 sehingga PR berjaya menang Kedah, Perak, Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, Aziz Bari tidak memuji PAS dan Tuan Guru.
Malah selepas PAS dan PR juga menang pada 7 pilihanraya kecil di Semenanjung, tetapi bila kalah sekali di Bagan Pinang riuh sekampung menyatakan pimpinan PAS lesu dan lembap.
Mengapa sebelum ini (sebelum PRK Bagan Pinang) tidak ada yang berani mengkritik pimpinan PAS tetapi selepas sahaja Tok Guru Nik Aziz memulakan episod barulah masing-masing menuding jari tidak tentu hala.
Saya menyeru kepada seluruh penganalisis politik, ahli dan penyokong PAS supaya menghentikan segala tohmahan dan kritikan melulu ini. Tunggu dan lihat apa hasil yang kita perolehi dari Seminar Pemerkasaan PAS esok. Insya Allah akan ada hasil dan natijah yang baik. -Mutaligat





















Saya pun Melayu! begitu kata Datuk Zaid. Begitu juga kata saya, dan begitu juga kata anda yang membaca ini. Jika tidak, anda tentu Ah Ming atau Mutusami atau sepertinya.
Lalang tumbuh disekeliling lalang, ikan keli berkawan dengan keli, jerung berkawan dengan jerung, punai berkawan dengan punai! begitulah hukum alam. Beruk berkawan dengan beruk, sebab beruk tak ada otak? tidak!!! Mungkin beruk lebih mudah diajar dari sesetengah manusia yang bodoh sombong. Gajah berkawan dengan gajah, sebab gajah tak ada akal? tidak!!! Mungkin gajah lebih cerdik dari sesetengah manusia yang tolong, tak tau menuai hasil tanamannya.
Melayu berkawan dengan Melayu, Cina dengan Cina, India dengan India. begitulah kecenderungan majoriti manusia. Siapa yang sanggup menafikannya? Hukum “majoriti” digunapakai diseluruh dunia kini sebagai asas DEMOKRASI. Hampir tidak logik supaya Melayu jadi Cina, India menjadi Iban dsbnya. Biar lah kaum masing2 wujud sebagaimana wujudya bumi ini.Ini adalah kehendak Penciptanya dan Pencipta ini mahu kita saling berkenalan dan bantu membantu. Bukan saling bermusuhan. Dan sesungguhnya timbul permusuhan diantara kaum dalam sesebuah negara itu adalah akibat dari tekanan hidup kerana kemiskinan – tiada rumah atau rumahnya daif, tidak cukup makan, banyak kekurangan dalam keperluan hidup dan terasa tertindas bagi satu kaum, sedangkan kaum lainnya hidup dalam kemakmuran dan kemewahan.
Jika semua rakyat Malaysia hidup mewah, pendapatan perkapita tinggi, melebehi Singapura atau Jepun, apakah rakyat Malaysia mahu terlibat dalam huruhara? Tentulah masing2 sayang dengan kemewahan hidup itu!!!.
Kenapa rakyat Malaysia tidak dapat menikmati kemewahan hidup dan pendapatan perkapitanya lebih rendah dari Singapura?
Malaysia memiliki hasil bumi dan sumber alam yang cukup banyak, apalagi dengan pengeluaran petrolium dan gas antara yang terbaik di dunia, dengan kawasan permukaan bumi yang begitu luas berbanding dengan rakyatnya kurang dari 30 juta. Kemana perginya kekayaan negara? Saya percaya Prof Aziz Bari atau prof Diraja Engku Aziz tidak dapat menjawabnya dengan tepat. Yang dapat menjawabnya dengan tepat ialah Tun Dr Mahadhir, Dato Seri Anwar Ibrahim dan Dato seri Najib. Hanya mereka2 inilah sebenarnya yang layak dan dapat menjawabnya dengan TEPAT. Mereka ini semua masih bernafas! Jemputlah panggil mereka dipentas terbuka supaya rakyat dapat mengajukan soalan2 , dan, nanti di sana ada jawapannya!!!
Kenapa pemimpin2 UMNO sejak dari pemerintahan Tun Mahadhir hingga kini, dan mungkin hingga selama2nya tak akan pernah mahu menjawab keresahan rakyat secara dua-hala di pentas terbuka? Apa takut kena tikam dengan keris? Rasanya tidak. Rasanya peluru sesat pun tak berani menyentuh tubuh DS Najib, apalagi kapak kecek Tok Guru Nik Aziz, jauh sekali.
Dah terang lagi bersuluh, Bukan Keris Umno, bukan kapak kecek ni Aziz yang ditakuti, Fakta “penyelewengan” pemimpin2 BN itulah sesungguhnya senjata yang amat ditakuti bagi pemimpin2 UMNO untuk tampil di pentas terbuka, untuk bersemuka dengan rakyat.
Siapa yang mahu dilahirkan jadi punai, jadi gajah, jadi Melayu, jadi Cina, jadi India?
Mungkin saya dan anda ditakdirkan telah lahir jadi Melayu tetapi tidak untuk jadi PM Melayu?
Sebagai Melayu, begitulah risaunya saya, cemasnya saya dan benar2 takut “ketuanan Melayu” yang dicanangkan pemimpin2 UMNO akan hilang ditelan zaman! Takut nasib anak cucu cicit Melayu akan datang merempat dan menjadi hamba di negara sendiri!
Sebagai Melayu, apakah salah jika saya mau memberi komen, pandangan dan cadangan kepada kaum bangsa saya? Jika saya mempertikaikan kaum Cina, India atau sebagainya, itu tentulah menyinggung isu perkauman!
Sebagai Melayu, apa yang merisaukan dan membimbangkan saya sebelumnya adalah kerjasama/pakatan PAS dan DAP, dan kemudiannya cemas bila melihat keahlian PKR semakin ramai diisi oleh bukan Melayu. Mana tidaknya, saya terfikir silap2 Anwar dan Abdul Hadi di”telan” oleh “Lim Kit Siang” dan “Karpal Singh”, bagaikan ular sawa menelan kambing, bentuk kambing nampak dalam bada ular, tapi kambing itu sudah tidak bermakna. Begitulah jahatnya perkiraanku.
Bila direnung ke puncak Gunung Ledang, saya melihat disana ada Hang Tuah! dia seolah2 berkata pada saya, “…jangan bimbang, Melayu tak kan hilang di dunia…” selepas mata saya berkelip sekali, Hang Tuah ghaib! nampak pula Puteri Majapahit. Dia berkata, “…jangan percaya kepada sumpah si Tuah itu, dia telah menipu saya!…” selepas itu saya mula kejam-celik mata saya, dan tidak sia2, sebab setiap kali saya buka mata, setiap kali nampak susuk tubuh Ezam, Rais Yatim dan ramai lagi, sehingga saya lupa sudah nama mereka2 itu, sebab ramai sangat.UMNOnya… Yang tak nampak, susuk tubuh Anwar sahaja. Jadi saya macam terkilan. Saya tunduk dan pejamkan mata semacam orang tafakkur, untung2 wajah Anwar menjelma! Tapi tidak juga menjelma. Setelah hampir membuka mata kerana sudah sangat lama menunggu, tiba2 menjelma wajah seorang tua yang sudah kecut kulitnya dan bertongkat pula, menjelma dalam penglihatan saya. Katanya, “…saya sudah tua, saya datang kepada kamu, atas perintah datukku. Aku sebenarnya sudah tak mau ambil tau urusan kamu ini. Dia mau aku beritau kamu, orang yang kamu cari dalam bayangan kamu itu sebenarnya tidak wujud lagi!!! Belum sempat saya membuka mulut untuk bertanya, dia sudah menghilang! Tapi, saya sendiri ada jawapannya. Saya akan menjawabnya bilamana ada orang bertanya..
Apa boleh diharap kepada “sumpah pemuda”, “sumpah keramat”, “sumpah bakar jambatan” dan berbagai2 sumpah lagi kalau cakap tak serupa bikin!
Sumpah2 itu semua sudah tidak bermakna dan tidak memberi harapan lagi buat saya, dan mungkin buat anda yang konsisten dalam perjuangan. Memang, seribu alasan boleh dicipta untuk justifikasi tindakan kita. Tapi apakah itu dapat dicairkan menjadi wang untuk diberikan kepada golongan yang diperjuangkan dalam sumpah itu??? Rasanya memang sudah dapat dicairkan jadi wang, tetapi siapa yang memperolehinya? Sadarkah anda2 itu bahawa pengikut2 yang anda tinggalkan itu “ke hujung tak sampai, ke pangkal tak tiba”…
Jadi apa nak ditakutkan bilamana PAS dan DAP bekerjasa, PKR pula diisi oleh keahlian2 bukan Melayu.
Jika sudah lebih setengah abad kita dapat menerima UMNO bersatu dengan MCA dan MIC, dan lain2 untuk memeintah Malaysia, sedang kita sadari MCA dan MIC tu siapa, maka kita kena adil, biarkan gabungan PAS, PKR dan DAP pula membentuk kerajaan. Bagi peluang satu penggal mereka memerintah. barulah kita dapat lihat mana baik mana buruknya. Cuma 5 tahun, nak dibandingkan dengan 50 tahun sudah berlalu!!! takutkah? cemaskah??? barulah kita dapat menilai, barulah dunia celik mata melihat rakyat Malaysia sudah cerdik! Nanti, orang tak berani lagi nak menipu kita, memperbodoh2kan kita!!! pun, apalagi yang orang2 Melayu takut sangat kehilangan? terlepas? memang dah banyak pun terlepas!
Begitulah kata Puteri Majapahit, “…jangan percaya dengan si Tuah itu yang telah menipu saya!!!…” seperti dalam “mimpi” saya itu…
Ada kawan saya yang membaca salinan tulisan di atas meminta saya menyatakan apa yang hendak disampaikan dalam cerita “mimpi” itu. Setelah berfikir sejenak, saya mengambil keputusan untuk tidak menjawabnya dulu, tetapi mempaparkan lebih terperinci peristiwa “mimpi” itu.
Jalan ceritanya begini;
Setelah bulan demi bulan, tahun demi tahun saya ikuti perkembangan politik tanahair secara lebih dekat, fikiran saya jadi runsing, hati berdebar2 dan berkecamuk dengan perasaan marah, dendam, benci dan irihati. Ini semua kerana memikirkan nasib anak cucu cicit saya akan datang – anak cucu cicit bergelar Melayu.
Untuk tenangkan fikiran, pada suatu pagi yang cerah, saya mengambil keputusan untuk menghiburkan diri yang duka-lara ke kaki Gunung Ledang.
Setelah berjalan beberapa jam, saya tiba di kaki gunung tersebut dan ternampak sepohon kayu Ara yang masih berdiri tetapi dengan daun2nya yang hampir keseluruhannya sudah kering. Ada beberapa helai sahaja lagi yang masih hijau, tetapi itu pun separuh kering. Saya dah penat berjalan, maka duduklah saya bersandar pada batang pohon Ara itu dengan muka menghadap ke puncak Gunung Ledang.
Indahnya pemandangan, panorama tanahiarku!!! Udaranya nyaman, angin bertiup sepoi2 bahasa, awan berarak di atas kepala, burung2 berterbangan di udara. Sekelilingnya pohon2 rendang, ada Meranti, ada Tembusu, ada Gaharu, macam2 lagi, dan tak kurang banyaknya pohon2 Getah dan Kelapa Sawit…
Dalam keadaan merenung ke puncak GUNUNG LEDANG itu, tiba2 saya lihat susuk tubuh Hang Tuah yang memakai pakaian tradisi Melayu dengan tanjak dan bersamping rapi, kerisnya terselip di pinggang dan memandang ke arah saya. Dengan kuat dan bernada tegas dia berkata…”TAK KAN MELAYU HILANG DI DUNIA…” selepas itu dia “ghaib”. Dengan kehairanan, saya kejamkan mata seketika, tetapi apabila membuka mata, saya terlihat pula susuk tubu Puteri Majapahit. Dia memandang ke arah saya sambil berkata dengan nada ninis, “JANGAN PERCAYA SUMPAH SI TUAH ITU, DIA TELAH MENIPU SAYA…” Saya menjadi semakin kehairanan. Terus saya memejamkan lagi mata, dan apabila saya membukanya, saya melihat susuk tubuh Tun Mahadhir pula, begitu seterusnya apabila saya kejam-celikkan mata, satu demi satu susuk tubuh pemimpin2 UMNO muncul; Tun Abdullah, Ku Li, Rais, Tun Musa Hitam, Ezam dan ramai lagi, sehingga saya sudah lupa wajah2nya. Apa yang lebih menghairankan saya ialah susuk tubuh DS Abdul Hadi, Ust Nasaruddin dan Dr Hassan Ali juga muncul! Aghhh… saya mengeluh sambil menghiling2kan kepala, kerana tak mau lagi melihat susuk tubuh manusia2 sepertinya. Yang saya pelik, kenapa susuk tubuh DS Anwar Ibrahim tak kelihatan? Walhal dia juga bekas pemimpin UMNO!!! Saya cuba tundukkan kepala dan kejamkan mata layaknya seperti seorang sedang bertafakkur. Dengan berharap wajah Anwar muncul, namun tidak juga muncul2. Setelah agak lama menunggu, saya sudah hampir membuka mata, tapi tiba2 menjelma susuk tubuh seorang lelaki tua yang sudah kecut kulitnya serta bertongkat. Lelaki tua itu berkata kepada saya. “aku sebenarnya sudah tidak mau peduli urusan kamu ini, aku sudah tua, tetapi Datuk ku memerintahkan aku memberitahumu, bahawa orang yang kamu ingin lihat itu sebenarnya sudah tidak wujud lagi!!!” Sebelum membuka mulut untuk bertanya, dia sudah menghilang meninggalkan saya keseorangan. Tapi, tak apalah saya sudah ada jawapannya…
Itulah peristiwa “mimpi” saya.
Wallah waalam bissawaf…
Oleh Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
1. Dr. Abd Aziz Bari semakin menyeringai dengan menunjuk taring dan belangnya hari ini melewati satu wawancara ekslusif beliau bersama malaysiakini .
2. Semakin lantang dan celupar kenyataannya . Tidak keterlaluan jika saya kata beliau semakin biadab [ tiada adab ] menyerang pemimpin PAS tanpa sabar lagi untuk menunggu hari esok .
3. Sedang esok beliau telah diundang oleh PAS untuk memberi pandangan dan kritikan beliau . Biarpun pedas dan keras , namun atas keterbukaan sikap Presiden PAS dan seluruh pimpinannya , Dr Aziz Bari diundang sebagai tetamu dan panel dalam Seminar Politik yang akan berlangsung esok .
4. Beliau boleh menunggu hari esok untuk melontarkan idea dan kritikan kepada PAS dan pimpinannya . Tapi beliau seperti mempunyai agenda tersembunyi , apabila secara konsisten memilih media umum untuk menghentam dan membidas serta melemparkan fitnah dan tuduhan tanpa bukti kepada pimpinan PAS .
5. Sebagai tokoh akademi , beliau sewajarnya kaya dengan adab dan tatacara dalam mengkritik dan membuat tuduhan . Bukan sewenang – wenangnya melemparkan tuduhan tanpa lampiran bukti yang kukuh . PAS telah membuka medan atau saluran yang betul buat beliau mengkritik [ dengan mengundang beliau sebagai panel ke Seminar Politik PAS ] , tetapi kelihatan beliau gagal memahami kedudukan itu dengan mengambil sikap terus menerus mengasak dan menyerang pimpinan PAS di khalayak ramai .
6. Lagaknya seperti mata lembing musuh untuk terus menikam pimpinan PAS yang tidak digemarinya malah juga tidak keterlaluan kalau saya pula mengatakan beliau adalah agen UMNO sebagaimana beliau menuduh Presiden PAS dan timbalannya sebagai pro UMNO .
7. Apakah Dr Aziz Bari bimbang untuk berhadapan dengan ahli – ahli PAS dalam Seminar Politik esok sehingga memaksa beliau membuat kenyataan demi kenyataan menyerang Presiden PAS di luar medan yang disediakan ? Tiadakah kesabaran beliau untuk menunggu awal pagi esok ? Atau sememangnya beliau merancang untuk terlebih dahulu mempengaruhi peserta seminar dan masyarakat umum ?
8. Saya kini tidak lagi melihat kritikan beliau terhadap pimpinan PAS sebagai datang dari seorang tokoh akademik yang ikhlas dan tulus , tetapi ia adalah kritikan yang datang dari seorang agen musuh untuk menggulingkan Presiden PAS dan mahu melihat PAS terus bergolak . Beliau sangat seronok melihat PAS berkrisis hasil kritikan dan tohmahan yang dilontarkan .
9. Sebelumnya saya tidak ambil kisah kenyataan – kenyataan beliau . Saya berlapang dada . Saya kira ini adalah pandangan dari luar kotak yang perlu diberi perhatian oleh pimpinan . Alhamdulillah , perhatian telah diberikan oleh pimpinan PAS terhadap tulisan – tulisan beliau dan akhirnya membawa kepada Seminar Politik . Lebih menarik , beliau jua antara panel yang diundang oleh PAS untuk memberi kritikan melalui medan dan saluran yang disediakan . PAS , pimpinan dan seluruh ahlinya sedia mendengar dan bermuhasabah .
10. Tetapi beliau masih tidak berpuas hati . Pimpinan PAS terus diserang dan ditohmah . Beliau bercakap soal disiplin dan karisma kepimpinan tetapi saya lihat beliau sendiri jelas tidak memiliki disiplin dan jauh sekali dari memiliki karisma . Ramai orang tertanya – tanya , apa sebenarnya yang beliau mahu ?
11. Melihat kepada reaksi brutal beliau menyerang tanpa henti , mudah sahaja jawapannya ialah beliau mahu menjatuhkan Presiden PAS dan beberapa pimpinan yang lain serta mahu supaya PAS terus bergolak . Akhirnya beliau [ Dr. Aziz Bari ] dan puak – puaknya mendapat advantage dari kekeruhan yang diciptanya .
12. Jawapan ini saya kemukakan kerana jelas apa yang diinginkan oleh Dr Aziz Bari bukan penyelesaian kerana pelan penyelesaian telah dibuat dan medan perbahasan telah dibuka dengan penganjuran seminar ini . tapi beliau menunjuk rasa tidak puas hatinya dengan terus melanyak pimpinan PAS . Ertinya beliau bukan inginkan kedamaian dan penyelesaian tetapi apa yang beliau mahu ialah menyingkirkan Presiden PAS dan beberapa orang pimpinan PAS yang lain bagi memuaskan hatinya dan hati puak – puaknya .
13. Dr. Aziz Bari dan kumpulannya kelihatan terancang dan teliti dalam mengatur plot untuk menjatuhkan presiden PAS . Tulisan dan kenyataan beliau terutamanya hari ini bukan lagi bersifat teguran dan kritikan tetapi serangan dan tohmahan untuk menjatuhkan Presiden PAS dengan memberi pelbagai label . Saya berdoa kepada Allah swt semoga Allah memelihara jamaah Islam ini dan menggagalkan perancangan Dr Aziz Bari dan kumpulannya .
14. Saya menyesal kerana hampir – hampir mempercayai beliau dan menghormati seluruh tulisan beliau . Ternyata saya silap dan beliau tidak ikhlas sebagaimana yang disangka . Apa salahnya beliau menunggu esok yang tidak berapa jam sahaja lagi untuk memberi teguran direct kepada seluruh pimpinan PAS dari segenap peringkat yang hadhir berseminar nanti . Kenapa setelah dibuka ruang dan diberi peluang kepada beliau dengan penuh hormat dan penuh dengan sikap keterbukaan pimpinan PAS , beliau masih tidak menghormatinya sebaliknya memilih untuk terus menghentam pimpinan PAS di media umum ?
15. Menurut rekod daftar ahli PAS sekarang dan pengakuan beliau sendiri , beliau bukanlah ahli PAS dengan maksud beliau memang bertindak sebagai orang luar dari PAS . Realiti itu tiada masaalah bagi saya . Boleh sahaja sesiapa pun mengkritik PAS dan pimpinan PAS mestilah peka dengan kritikan tersebut . Tetapi apabila kritikan itu bernada tuduhan dan tohmahan , beliau mestilah tampil dengan hujjah dan bukti yang kukuh . Malangnya beliau menulis tanpa sebarang bukti kukuh malah menampilkan fakta yang salah .
16. Pun begitu saya masih menaruh harapan agar esok , Dr Aziz Bari dapat hadhir dan kemukakan hujjah serta bukti – bukti kukuh beliau . PAS telah sediakan medan yang telus dan tulus buat beliau .
17. Kelak , jika tiada bukti yang meyakinkan terhadap segala tuduhan dan tohmahan maka selesailah sebuah kemelut ciptaan Dr Aziz Bari dan puak – puak yang mendokongnya dan harapan saya selepas itu , pimpinan dan ahli PAS tidak perlu lagi terseret dalam kancah yang sengaja di creat oleh agen – agen musuh untuk terus melihat PAS retak dan lemah .
18. Sebaliknya , jika Dr Aziz Bari berjaya mengemukakan bukti yang jelas atas setiap pertuduhan yang dilemparkan , PAS janganlah teragak – agak untuk mengambil tindakan ke atas siapa jua yang menggadai prisip perjuangan dan polisi parti .
19. Akhirnya saya menyeru agar semua sahabat seperjuangan agar tidak mudah untuk terpengaruh dengan propaganda musuh yang mahu melihat parti terus bergolak . Kerana apabila PAS teguh dan bersatu , maka pastinya akan menyusahkan mereka untuk melaksanakan agenda – agenda jahat menghancurkan perjuangan Islam ini .
20. Marilah kita cantumkan semula pecahan – pecahan hati dan rasa dikalangan kita , agar kita kembali bertaut dengan semangat ukhuwwah fillah . Biarlah orang lain bercakap , mengkritik , menuduh dan menabur fitnah sementara kita terus utuh memberikan komitmen yang tinggi terhadap perjuangan . Melaksanakan tanggungjawab dan tugas yang masih terbengkalai kerana asyik dan hanyut dalam arus pergolakan yang dicipta oleh agen musuh
Bila membaca tulisan ketua sayap pemuda PAS yang dimuatkan oleh “orangbiasa” di atas, saya semacam terhidu ada berbau nada ammarah kapten muda itu.
Saya sedia maklum, sifat marah tertanam dalam jiwa setiap insan bernyawa, apalagi sebagai orang muda, darah panas itu sentiasa beredar dalam urat nadi dan saluran pembuluh dalam tubuh badan.
Akan tetapi, sebagai kapten sebuah kapal perang Islam, apakah kita mesti sama dengan versi musuh, atau kawan2 yang lain? Sebagai pejuang Islam, kita seharusnya berbeza dengan bukan Islam dalam hal kesabaran, ketelititian, keterbukaan, keadilan dan kefahaman, apalagi jika kita itu Nakhoda! Untuk menjawat jawatan “nakhoda” tidaklah susah; ada kelulusan dan kepercayaan dari awak-awak, jadilah Nakhoda. Tapi, jika gitulah sikap kita, apakah tidak terasa yang kita itu sebenarnya tidak layak jadi Nakhoda sebuah bahtera Islam. Baru jadi Nakhoda, baru berlayar sampai Singapura, baru mengharungi ombak setinggi 2 meter, kita sudah hilang kesabaran dan pertimbangan? Macamana bila berhadapan dengan badai dan taufan yang lebih ganas di lautan luas???
(Silap haribulan, saya ini pun mungkin kena belasah juga! Ingat, saya bukan Nakhoda!!!)
Sebagai pemerhati politik , (tetapi setiapkali PRU, berkerja untuk PAS dan PKR, kecuali PRU ke-12 kerana berada di seberang lautan) saya tidak memiliki kecenderungan untuk berpihak kepada mana2 secara tidak adil!
Dari apa yang saya ikuti tulisan2 Prof Aziz itu, saya tidak nampak dia mahu menghentam Presiden lantaran bertujuan menjatuhkan beliau, seterusnya mau menghuru-harakan PAS. Bagi saya dan beberapa rakan yang saya minta pendapatnya, kami sependapat yang Dr Aziz memberi pandangan berdasarkan apa yang berlaku. Apa yang berlaku di Terengganu, di Manik Urai dan akhirnya di Bagan Pinang. Apakah kita mahu menafikan itu? Apakah itu fitnah?. Tidak ada fitnah!. yang ada adalah huraian beliau! Jika apa yang beliau tulis itu “mengarut”, tidak relevan dan fitnah, mengapa Tuan Guru Dato Nik Aziz tidak mempertikaikannya? Apakah Nik Aziz itu “jahil”? Mengapa Dr Abu Hassan mempertahankan tulisan Prof Aziz? Apakah Dr Abu Hassan berkomplot dengan Prof Aziz? berkomplot juga dengan Dato Nik Aziz? dan beberapa rakan yang saya minta pendapat, setuju dengan tulisan Prof Aziz. Apa kami juga berkomplot? Siapa2 yang setuju dengan tulisan Prof Aziz adalah berkomplot?
Apakah Prof Aziz “memfitah” bilamana dia mengatakan ada perjumpaan/perundingan antara pemimpin PAS dengan UMNO? Macamana pula dengan petikan berita di bawah ini:
HARAKAHDAILY
…”Perdana Menteri hari ini dilaporkan menyambut baik cadangan Presiden PAS untuk berbincang dengan parti itu mengenai isu-isu berkaitan orang Melayu dan Islam.”…
Abdullah berkata parti itu sedia berbincang dengan PAS untuk mewujudkan persefahaman supaya perbalahan berkait dengan Melayu dan Islam dapat dikurangkan. ”
Tetapi, ini semua sudah berlalu! DS Abdul Hadi juga sudah membuat ketetapan dalam Seminar Khas PAS siang tadi bahawa PAS akan terus bersama Pakatan… Begitulah baiknya!
Namun begitu, gerak-kerja PAS haruslah kelihatan aggresif dan terancang dengan baik di bawah kepemimpinan sekarang supaya rakyat dapat melihat bahawa PAS sentiasa dinamik.
Jika orang2 seperti Ust Abu Bakar Chik sangat “marah” terhadap orang2 seperti Prof Aziz kerana tulisan2nya itu, saya bimbang orang ramai bukan akan “menolak” pendapat Prof Aziz itu malah akan semakin “benci” dengan PAS, kerana rekod orang2 sepertinya itu yang suka menyerang-balas tanpa berhikmah kepada sesiapa sahaja yang dianggapnya cuba mengganggu!
Memang, kesilapan Prof Aziz ialah mendedahkannya dalam media2 tanpa melalui saluran sedia ada.
Tetapi, betulkah ada saluran dalam PAS yang boleh di akses oleh semua orang yang mahu memberikan pendapat? dan apakah pendapat yang diberikan itu akan dibaca oleh pihak berkenaan dalam kepimpinan untuk diambil tindakan bilamana perlu?
Bukan tujuan saya untuk memenuhi ruangan ini, tetapi atas sebab rakan2 mempersoalankan, APAKAH PEMIMPIN GERAKKAN ISLAM TIDAK BOLEH MARAH???, maka saya rasa perlu saya memberikan pandangan di sini;
Sebagai INSAN biasa, kita boleh marah. Marah boleh disampaikan dengan 4 teknik:
1) Marah seperti orang gila
2) Marah dengan menunjukkan nada marah
3) Marah dengan sindiran
4) Marah dengan bersahaja – seperti tidak marah.
Saya melihat tulisan Kapten Muda PAS itu termasuk dalam kategori (2), sehingga mana beliau mengeluarkan perkataan “biadab” kepada Prof Aziz.
Sedangkan menurut penilaian saya, marah tuan guru Nik Aziz selalu berada dalam kategori (3).
Sadarlah, kita sekarang berada di Alam Melayu yang majoritinya masih mengekalkan tradisi berlemah lembut, berhemah dan bersopan dalam mengeluarkan kata2.
Rasanya jika kita berada di dunia Arab, teknik (1) dan (2) itu mungkin sesuai, sebab itu agaknya disana selalu tidak aman
Selalu saya mendengar ucapan2 pemimpin PAS seperti Ust Abu Bakar Chik, Mat Sabu dan beberapa orang lagi mengambil teknik no (2) dan kadang2 “upgrade” menjadi no (1).
Hanya Allah yang mengetahui…
pimpinan PAS pun manusia biasa juga ba…HambaAllah ni tek pernah marah ka tahap 1 dan 2….macamla hebat sangat macam wali
Pemimpin seharusnya mempunyai kelebihan dari ahli biasa, harus sedia menerima kritikan dan teguran. Marah di rumah dengan marah dihadapan orang-ramai tidaklah boleh disamakan.
sukar sangatkah Hj Hadi berundur ???
Kan kita manusia biasa saja.
Dr, Aziz beri pandangannya dan pandangan itu adalah yang kami ( pengundi ) hasratkan agar PAS terus kukuh
Sudahlah sdr “kuan”, DS Hj Hadi dah buat kenyataan, beliau tidak akan lepaskan jawatan Presiden. Beliau tidak ada kata pun untuk serah kepada akar umbi untuk buat penilaian semula kepemimpinannya….
Tapi apa yang sangat saya kesalkan adalah “ammarah” Kapten Muda PAS dan Abu Bakar Chik. Ini lah antara perlakuan bebrapa pemimpin pas yang menyebabkan ramai orang2 yang menjauhi PAS setelah mendekatinya, seperti mana ang saudara kata itu.
Apa yang sdr kata itu memang benar2 berlaku!!!
bagi saya, jangan kita join atau sokong sesuatu parti atau NGO tu kerana dia popular atau kerana pemimpinnya hebat, kena kaji apa sebenrnya yg dia bawa, kelukuan segelintir pemimpinan yg dianggap tida baik bukan menggambarkan parti itu keseluruhannya… ada ka PAS akan hilang kalau Nik Aziz dah tiada?
memanglah kami sokong PAS dan bantu pas kerana kami faham ideologi perjuangannya. Akan tetapi, jika ideologi parti saja betul dan bagus, sedang pemimpin2nya memperlihatkan sifat yang tidak bagus, cepat melenting, cepat emosi, cepat naik angin, apakah Islam mengajar begitu? Jangan sdr tanya, apakah saya tidak pernah marah? (spt diatas itu). Saya bukan pemimpin dan orang tak kenal pun saya. Tapi pemimpin2 yg saya sebut di ats tu, mungkin hampir seluruh dunia kenal!
Tolong ambil perhatian apa yang sdr Kuan katakan …
…”Kenapa PAS Terengganu kalah setelah ia menang?????? fikir dalam-dalam.
Kenapa rakyat terengganu menjauh selepas kemenangan dahulu?????..
…”ada ka PAS akan hilang kalau Nik Aziz dah tiada?”…
Pas tak boleh bergantung kepada 1 orng individu saja, tetapi kena ramai lagi orang2 mcm tuan guru DNAziz tu. Jgn ramai mcm orng2 yang sy tegur di atas tu!
DHA Hadi kata l/kurang bunyinya:…dia tak akn lpaskan jwtn Presiden, sbb dia dipilih oleh perwakilan.
Nada mcm tu sama seperti pemimpin UMNO!, sbb dia tidak ada pun berkata untuk serah kepada perwakilan menilai semula kepemimpinannya!!!
memang patut hadi ni resign je sebab dah hilang idea nak bawa PAS ke tahap perdana. no idea so resign je la. bagi org mcm si nizar jadi pemimpin baru okey berani dan berwawasan.