Bila Agaknya Doa Nik Aziz Sampai Di Kota Belud?

Mungkin tidak ada yang terfikir dikalangan kita jika pada PRU-13 yang akan datang salah satu DUN di Kota Belud, hatta Parlimennya menjadi milik Pembangkang. Mungkin di benak kita menafikan sekeras-kerasnya situasi itu. Mungkin juga ada yang memperlekehkan idea politik ini. Atas sebab kerana keyakinan kita bahawa sesungguhnya politik Kota Belud belum bersedia menerima pemimpin pembangkang dalam kamus politiknya, apatah lagi jika pembangkang yang dilahirkan oleh parti dari Semenanjung..

Jika dulu ada juga parti pembangkang menjadi wakil rakyat di Kota Belud zaman PBS tetapi itu parti kelahiran Sabah. Ada juga barangkali yang mengambil lewa kepada pembacaan awal politik pembangkang di kota belud. Bagi yang memang orang kuat Umno, yang dilahirkan membawa dan mendukung prinsip perjuangan UMNO..idea-idea mereka mestilah sudah diUMNOkan, justeru menafikan sekeras-kerasnya bahawa kota belud “bakal” mencipta politik sonsang pada dasawarsa politik mendatang khasnya pada PRU-13 nanti.

Tapi apakah kita lupa, bahawa kebangkitan pemikiran politik golongan muda di kota Belud cenderung kepada parti pembangkang..? Lupa kita agaknya bahawa antara daerah yang ‘keras’ fahaman PAS..di sabah ialah daerah Kota Belud..? Lalu..persoalannya apa kaitannya dengan perebutan DUN di Kota Belud antara calon-calon UMNO..? Agaknya juga kita terfikir kalau Tempasuk dan Kadamaian..tentu sukar kerana posisi pengundi adalah bercampur aduk dengan golongan Non-Muslim. Jadi jika yang begitu apa khabarnya di Usukan, yang pengundinya adalah muslim terdiri dari Bajau dan Iranun..? lantas kita menjawab ahhh…jauh “panggang dari api”..tak kan PAS menang di Usukan..bukankah kita lupa bahawa sokongan ke atas PAS pada PRU-12 yang lalu menyaksikan peningkatan..?

Apakah ada sesiapa yang berkeyakinan penuh bahawa PAS tidak akan memenangi kerusi Usukan biarpun telah menemui calon yang benar-benar berpengaruh..?Benar-benar berkemampuan dan menunjukkan kewibawaan…Menunjukkan ketertiban sebagai seorang pejuang yang ampuh dan cekal..? Memilki kredibiliti yang maha memukau..?Siapa calon tersebut..? Bukankah Kota belud seawalnya sudah biasa mendengar PAS sejak Allahyarham Abang kepada Sdr Musli Oli membawa obor perjuangan ini beberapa dekad yang lampau..? lupakah kita bahawa TSP sendiri pernah “mengaibkan politik DSSK dan keturunannya di Usukan, biarpun Usukan adalah kubu kuat DSSK dan keluarganya turun temurun..? Bukankah itu juga satu bukti bahawa politik KB sentiasa menjanjikan kelainan..? Lihat kelainannya bukankah sekarang TSP dan DSSK bersahabat kembali..? Lihat Polemik Usukan sekarang..bukankah menunggu untuk dikosongkan…? Nyata Usukan begitu berprestij bagi dunia politik di kota Belud.Bukankah kita juga telah sedar bahawa gerakan PAS di Kota Belud sekian lama sudah berakar..? bagaimana dengan tertubuhnya sekolah Pondok di Rosok yang memperjuangkan untuk melahirkan “Daei” yang berketrampilan..?

Maka apakah kita melupakan bahawa bila doa Tuan guru Nik Aziz sampai di Kota belud..di manakah kita..? setelah banyak berlaku “cantas-mencantas” sehingga kita lupa dan alpa bahawa ‘rakyat’ juga mula berdoa..Lihat doa mereka tatkala berlaku penindasan ke atas pembinaan Jalan raya Bypass..? bukankah itu juga doa Nik Aziz ketika merasa tertindas tidak diberikan royalty minyak..? bukankah doa orang yang tertindas itu mustajab, tidak ada hijab dihadapan Tuhan..?

Bagaimana jika rakyat di usukan, diterbalikkan hati dan fikiran mereka lantas memilih PAS sebagai wakil mereka..? apakah itu satu kemustahilan. Pasti jawabnya TIDAK!..maka kerana itu belum sedarkah kita lagi bahawa perjuangan mempertahankan DUN Usukan Dan Tempasuk harus bermula sejak dulu lagi..? Lihat masalah jelapang padi, rakyat mula merasai kesannya..bukankah nanti bila tangan di tadah Doa Nika Aziz akan sampai di kampung Kaguraan..?

Dalam politik tidak ada siapa yang berani meramal kesudahannya.Kerana politik adalah permainan, kerana politik percaturan, kerana politik adalah kekeluargaan yang harus dipertahankan. Maka satu seruan buat pemimpin kota belud..lupakanlah persengketaan, jika ada, lupakanlah “keghairahan jika berlaku, lupakanlah kerakusan jika terjadi. Lupakanlah keterlanjuran jika terniat, juga lupakanlah ketirisan jika ada yang terselit. Sebelum Doa Nik Aziz sampai di kota Belud.

Sumber : kelapamawar.blogspot.com / dppns

Share |


Maklumat ini telah diterbitkan pada Wednesday, December 2nd, 2009 dalam kategori berita, sabah. Anda boleh mengikuti komen berkaitan maklumat ini melalui feed RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan komen , atau trackback daripada laman web anda.

59 Responses to “Bila Agaknya Doa Nik Aziz Sampai Di Kota Belud?”

  1. Renjoze on December 3rd, 2009 at 8:21 am

    Nik Aziz will never ever had the chance to KB to spread his PAS idealism. Never!

  2. Dalam diam on December 3rd, 2009 at 8:33 am

    Jangan mimpi la wahai NIK AZIZ! Doa ko tidak jua kana makbul tu. Ko ingat Sabah ni sarang PAS ka? Balik Kelantan ja la!

  3. Hireaki on December 3rd, 2009 at 8:47 am

    LOL! He is spreading his wings to KB? Watch out, old man. You will be getting heart attack before you even reached there.

  4. KOGIU on December 3rd, 2009 at 9:28 am

    Saya sangat yakin DOA TGNA pasti satu masa diMakbulkan oleh TUHAN, sebab beliau ini bukan tamak kuasa dan harta dunia, beliau hanya menegakkan kebenaran dan keadilan kepada semua rakyay malaysia. Kalau belum kenal beliau memanglah salah sangka atau salah faham,..kerana KAMURANG ingat TGNA ini sama dengan pemimpin
    kebanyakan…TGNA sangat berbeza dengan pemimpin yang kamurang tidak suka..sekali-sekali bacalah sejarah dan latarbelakang beliau..tak kenal maka tak cinta

  5. machoman sabah on December 3rd, 2009 at 9:49 am

    mana ada MB yang tinggal di rumah buruk tanpa pagar rumah dan tanpa pengawal peribadi walau ke mana saja mcm TGNA..saya tetap sokong TGNA sebab saya mengenali peribadi beliau..ikhlas dan istiqamah dalm memperjuangkan keadilan sejagat tanpa mengira warna kulit.

    tidak mcm pemimpin bn umno..baru ketua bahagian sudah mampu buat rumah bernilai jutaan ringgit…

  6. Gorila on December 3rd, 2009 at 9:55 am

    kami tidak memerlukan orang2 dari semenanjung untuk datang semata2 ingin meluaskan pengaruh politik mereka….!!! Tidak perlu la membuang masa!!

  7. KOGIU on December 3rd, 2009 at 11:28 am

    Kita Malaysia dan orang malaysia boleh kita terima memimpin dimana saja dibumi malaysia yang penting orang itu memang memperjuangkan hak nasip rakyat, macam kita ini orang Sabah terlalu takut sama orang semenanjung, kita mesti fikir dalam-dalam terutama kemampuan kita untuk meletakkan diri kita punya pemimpin sabahan yang berkualiti dan berkebolehan, kamu perasankah berapa menteri orang sabah di Malaysia, maksud saya kabinet orang Sabah..banyak oohdiorang disana, patut boleh bawa kemajuan besar sama sabahkan…adakah ini sedang berlaku..kalau orang semananjung pandai..dan mereka membela nasib rakyat sabah yang tertindas atau haknya diabaikan…kan lebih bagus daripada orang sabah sendiri tetapi penting diri…

  8. Gorila on December 3rd, 2009 at 11:34 am

    hahah saya rasa dia blum berpeluang untuk menggunakan duit rakyat 2… nanti bila dia suda ada peluang naaa….

  9. machoman sabah on December 3rd, 2009 at 11:38 am

    saudara gorila
    apa kau boleh buat bila pemimpin sabah sendiri tidak cekap mentadbir sabah mcm bn umno sekarang. ko boleh dapat apa…ingat kat kg kau pun jalan masih lopak2,grabel lagi tu..tempat lain lagi la..ni gula sudah tiada subsidi sudah ni mcm na sabahan sekalian..baru rasa penangan si najib
    1malaysia rakyat didahulukan..harga barang dinaikkan..PATI dilambakkan di sabah..

  10. daeng on December 3rd, 2009 at 11:42 am

    bodoh punya gorila,memang kamu orang utankah?tak dak otak langsung patutlah miskin sampai 7 keturunan sbb menyokong katak!

  11. Gorila on December 3rd, 2009 at 11:49 am

    hahaha naaa panas!!! jadi ko ingat dia ni ble ka c maju sabah ka? cissss!! perasan laaaa…

  12. Andray on December 3rd, 2009 at 11:49 am

    As for me, It is up to us (Sabahan) on how do we see this kind of situation. Some people can except it and some might not. We cannot force people…If this man came to Sabah then welcome him…but most of all we know what is the best for us….don’t be too emotional…

  13. ROK on December 3rd, 2009 at 11:53 am

    Odoi,tulungla.Buatpa c Nik Aziz mau sibuk2 p sini? Bikin samak ja di KB.Kana talan dia balan2 di sana.Woohoo!

  14. 1 Malaysia on December 3rd, 2009 at 12:11 pm

    Kalau orang sabah otak macam si gorila ni mahathir atau bush jadi km sabah sekalipun,saya yakin sabah tak akan maju sebab orang2 macam si Gorila @ palui @ badigul @ mangkuk Hayun @ tolol @ haprak dan yang sewaktu dengannya

  15. Gorila on December 3rd, 2009 at 12:41 pm

    hahaha marah ke? peduli apa aku!!! bodoh kunun padahal kamu pun bodoh juga ba 2….

  16. Gorila on December 3rd, 2009 at 1:07 pm

    Hahahaha ngam la tu kena makan balan2…. Adeh kena jentik sikit mara urang2 c nik aziz nie

  17. nfmh on December 3rd, 2009 at 2:02 pm

    Bukan senang PAS ingin manapak di KB kerana kerajaan BN sentiasa memantau dan manjaga kepentingan rakyat disini.

  18. ROK on December 3rd, 2009 at 2:06 pm

    Gorila on December 3rd, 2009 at 1:07 pm

    Ya bah,padahal drg yang kuat menjentik orang2 sini. Apalah kebaikan PAS tu? Menyebarkan idealism yang sekadar membuang masa rakyat. Sorry la, PAS memang x sesuai di Sabah. Padulilah kalau kamurang hantam sa ka pa..huhuhu..

  19. trinity on December 3rd, 2009 at 2:17 pm

    i think if he come to Sabah & make better improvement, why not?

  20. Gorila on December 3rd, 2009 at 2:37 pm

    hahahah…..try la masuk cni ba kalu brani ada suda 2 bobohizan tggu dia mau ka c sembanyang dia hahha ba datang! datang!

  21. SPM on December 3rd, 2009 at 2:40 pm

    Tidak akan termakbul sampai bila2 doa c Nik tu. Pandai2 mau lebarkan sayap di sini pdahal langsung tiatau pasal keadaan Sabah. Ko ingat da dtg sini buli kasi takut PTI supaya balik negara asal drg? Tulingla,ko buta ka? Makin betimbun tu sampah2 smua di sini.Kin sakit mata eh..

  22. drhati on December 3rd, 2009 at 3:14 pm

    Sabah bakal wujud pemimpin yang mampu membawa kita ke arah lebih cemerlang.
    Saya yakin.

  23. Munyit lumpat on December 3rd, 2009 at 3:26 pm

    Dia tu kan pemimpin Kelantane, buatpa mau p sibuk2 p sini? Bagus kalau dia pass BM sabah..Kadazan pun tiatau..yaik,ada hati..berambus ja la.

  24. rambutan hijau on December 3rd, 2009 at 3:36 pm

    Tok Guru sudah tua. Mungkin kena tunggu penggantinya berbuat demikian.

  25. Encore on December 3rd, 2009 at 3:53 pm

    Kamu nei…nda habis2..sudah2 lah pasal Nik Aziz nei…boring sda sya..

  26. Leon on December 3rd, 2009 at 3:59 pm

    Bahaya eh Tok Guru nei..isk,isk..

  27. Rezon on December 3rd, 2009 at 4:02 pm

    Huk aloh..apa kena mengena Nik Aziz dgn Sabah? Heran..

  28. Andray on December 3rd, 2009 at 4:04 pm

    No need to arguing to this matter..we have a different view…you might love me but others might not…and you cannot blame people who ain’t love me and people cannot blame you for loving me…. Respect others…if they say somthing bad on people, let them be…as long as you know where you stand, then go on with that…

  29. lenny on December 3rd, 2009 at 6:43 pm

    makes me laugh …. hey don’t be silly young man….can we have a nice and more matured when posting your comment here? i know you are all educated…

  30. S.a.B.a.H on December 4th, 2009 at 8:42 am

    Nik Aziz tidak perlulah bersusah payah mau datang KB. Pengetahuan dia tentang keadaan politik di sini adalah minimal. Dia tidak layak berada di sini. Kalau dia berkuasa di Kelantan, biarlah dia di situ aja.

  31. Gorila on December 4th, 2009 at 9:13 am

    memang pun jangan harap la mau datang cni arrrr… jangan harap….saya punya suka lah mau cakap apa!!!!

  32. Panji2 on December 4th, 2009 at 9:40 am

    Bagi sia, dia memang tidak layak untuk melebarkan kefahaman PAS di Sabah lebih2 lagi di KB. Buatpa sibuk mau import orang dari sana? Ko tinguk apa jadi ama c Azmin Ali?Kena cut juga..

  33. Vida le vide on December 4th, 2009 at 9:57 am

    All this while, we have been ruled by certain political parties that tend to promote racism and hatred in SABAH. It didnt turn out well,sweetie. Speculation is hanging around about Nik Aziz who is planning to come over KB. Hey cow, are you trying to moo a wrong place? This is SABAH, not KELANTAN..and dont ever dare to forget..we are multi racial state..don’t try to stimulate some religious things in here. I respect you as a leader but not as a man who are trying to ‘invade’ Sabahan. Thanks.

  34. Rack rack on December 4th, 2009 at 10:17 am

    Stop saying craps,please. It is sickening to hear this politician is going to preach here. KB is not for you,old man.

  35. Gorila on December 4th, 2009 at 11:17 am

    hahaha…Mari sabahan…kita bangkit tentang habis-habisan…tidak payah la datang…Tingtaou mahhh…hahaha Gorila rulez…

  36. Andray on December 4th, 2009 at 12:09 pm

    Don’t try to put fire here guys… Don’t blame on others…watch out your words..

    Peace that’s all we want..

  37. sari on December 4th, 2009 at 2:57 pm

    From most of the comments above, we can conclude that we Sabahan are not please to be rule by non Sabahan.

  38. Leon on December 4th, 2009 at 3:42 pm

    sari: Of course we are not please to be rule by non Sabahan.

    Ya nuts? This people is will keep us away from development while sucking the State dry and left us in a very much devastating state.

    How much more nightmare will be endure by our own people?

  39. Day-break on December 4th, 2009 at 3:44 pm

    What the heck is this religious guy trying to do? Why would those idiots in KB wants his prayer to come to KB?

    I don’t know whether to laugh or get angry with their stupidity..

  40. Ben on December 4th, 2009 at 3:46 pm

    Definitely, Sabahans does not even like the arrogant fools on the other side. Let alone allow them to rule and dictate how we’re suppose to live. No thanks, they can keep their opinions to themselves. Sabahans does not need geh-poh’s to meddle in our affairs. It’s not like they have their own issues under control. Take care of your own business before you mess with us.

  41. SindraRichie on December 4th, 2009 at 3:47 pm

    I’d say enough said people. Discussing this will be out of control if we don’t stop now.

    There is nothing with putting up your views here but please, don’t pour more oil on a burning fire.

    Let’s just leave Nik Aziz alone. He is quite happy in Kelantan as we speak.

  42. roxy on December 4th, 2009 at 3:48 pm

    West Malaysians,

    Thanks, but no thanks. No hard feelings.

  43. Gina on December 4th, 2009 at 3:57 pm

    Any businessman can do us a favor? Import those PTI’s to West Malaysia to Job agencies. And let them handle the rest. They think we are very happy here with all the damage they’ve done. Let them have a taste of their own medicine.

  44. tanakwagu09 on December 4th, 2009 at 9:26 pm

    No heart feelings but sa setuju sma c roxy and also Gina.

    Teda businessman yang bulih tulung ambil ini PTI pi WM ka?

    Kasi banjir lagi PTI di sana. Why? Biar dorang rasa mcm mana kita di Sabah rasa.

    Macam kawan sa bilang, “HAMBEK MU”..

  45. Aryaa on December 4th, 2009 at 9:49 pm

    Tok Guru, you better not pissed those in KB.

    You will never know what will happen next. *sweats*

  46. bansalan on December 5th, 2009 at 9:10 am

    Ko rasa dengan kedatangan c Nik akan mengubah segala macam permasalahan di sini? Jangan lupa kefahaman politik dia tu adalah berunsurkan keagamaan jadi adalah sensitif bagi sesetengah agama dalam mempersoalkannya. Ditambah lagi isu royalti minyak di sana yang tidak habis2..jadi nasihat sia adalah..bagus dia stay ja di sana dengan tenang. Nanti jadi macam ni pepatah-anak di hutan disusukan,anak di rumah ditinggalkan. Kelantan is only one for you old man.

  47. ubi kayu on December 5th, 2009 at 9:47 am

    Janganlah dia membuang masa di tempat yang salah. Sesungguhnya Kelantan adalah tempat ‘persemadian’ yang cukup sempurna baginya.

  48. orangeeee on December 5th, 2009 at 9:59 am

    This old man will soon die if he continues to curse on other people.Doncha read the news today? He will pray till the person’s stomach burst out. How ’scary’ is that.

  49. yen yen on December 5th, 2009 at 10:16 am

    Aku memang tidak conpident dengan orang tua ni.Sudahlah kes royalti minyak dia tu belum habis,ada hati nak ganggu negeri orang. Hoi kawan, Sabah ni bukan tempat PAS untuk melebarkan sayap.Tengok apa dah jadi dengan PKR di Sabah. Berpecah belah juga akhirnya. Jadi Nik,kalau doa kau tu untuk kejahatan maka tidak akan ditunaikan.

  50. Gorila on December 5th, 2009 at 11:28 am

    Yaaa Bersatu kita teguh bercerai kita roboh!!! wuuuhaaa…

    Walau apapun saya ingin meminta maaf sekiranya ada tesilap dan terkasar bahasa.. (ceh macam berucap la pula)… Semoga Sabah akan sentiasa diberkati dan mari ramai2 bersuara….Ingat ini tanah kita jangan sampai kena rompak lagi…INGAT..

  51. nong2 on December 5th, 2009 at 11:37 am

    KB is not for you,period.

  52. elyn on December 5th, 2009 at 11:50 am

    Back off Nik.Before you drown yourself in wrong pool.

  53. west wing on December 5th, 2009 at 10:55 pm

    Kalau setakat doa bila-bila saja boleh sampai bah. Ke Kutub Utara dan Selatan pun senang je.
    Yang susah adalah menapak pengaruh beliau ke negeri ini.
    Orang Sabah tidak suka.

  54. KOGIU on December 6th, 2009 at 8:02 am

    Kamurang yang kasi komen semua ini tolak TG Nik Azizi, bukan orang KB kan, kalau kamurang bukan orang KB, macam mana kamu tau orang Islam Koto Belud tidak mau terima TGNik Aziz..

  55. realsabah on December 6th, 2009 at 3:50 pm

    jangan gaduh…walau apa pun sabah adalah untuk orang sabah…
    jangan jual sabah pada urg semenanjung lagi …mcm yg pemimpin2 umno buat..palis2…jauh2…

  56. YMM on December 7th, 2009 at 8:38 am

    Bah,p tanya la warga2 KB yang support kedatangan c Nik ni.

  57. Lumba kuda on December 7th, 2009 at 10:01 am

    Entah dia butul2 dapat sampai KB ka tidak. Masalah royalti minyak dia di Kelantan masih blum surut lagi bah..

  58. songkilou-kilou on December 8th, 2009 at 3:01 pm

    Jikalau dia hanya sekadar ingin melawat, dia berhak berbuat demikian. Soal tolak atau tidak terpulang pada kita sendiri..

  59. songkilou-kilou on December 8th, 2009 at 3:10 pm

    Pendapat kita berbeza2 dan tidak ada paksaan untuk anda bersetuju dengan pendapat saya dan begitu juga anda. Jadi terpulang kepada individu untuk menilai hal ini.

Leave a Reply


  AKHBAR ALTERNATIF   AKHBAR PERDANA   RADIO  &  TV   PERTUBUHAN / NGO   BICARA AGAMA
# TKOdaily
# Malaysiakini
# Harakahdaily
# Sabahkini
# Siasahdaily
# Detikdaily
# Klpos.com
# MalaysiaDigest
# Tranungkite
# Buletin Online
# Berita Harian
# Utusan Malaysia
# Bernama
# Harian Metro
# Sinar Harian
# MStar Online
# Berita RTM
# Sabah Tourism
# SabahTimes
# DailyExpress
# WebTV Pas
# WTV8
# TV Ceramah
# Grapes Nasyid
# Kuliah.net
# Darulsalam
# Era FM
# Ikim FM
# Muzik FM
# Nasyid FM
# IKIM
# Fomca
# Aliran
# Suaram
# Amal Malaysia
# Halal Jakim
# Bersih
# UMS
# Sabah EDU
# Info Sabah
# Zaharuddin
# Ust. Nasrudin
# Saifulislam
# Ilmu & Ulama
# Harun Yahya
# Minda Super
# Jarum Emas
# Dr Mohd Asri
# Warisan Nabawi
# Mesra Rakyat

 

 

Hakcipta @ 2008 Sabahdaily.com

Email : sabahdaily[a]gmail.com

Powered by FeedBurner Mesothelioma Add to Google Reader or Homepage Add to Technorati Favorites