BN Bergegar : Naib Presiden Gerakan Umum Keluar Parti

[HuanChengGuannew_thumb1.jpg]Parti Gerakan dan Barisan Nasional terus mendapat tamparan hebat apabila naib presiden Gerakan yang digantung, Huan Cheng Guan (gambar) hari ini membuat pengumuman keluar dari parti itu dan menyertai Parti Cinta Malaysia.

Pada sidang media di lobi Parlimen, beliau menyatakan tidak lagi percaya terhadap kepimpinan lemah Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon, sebagai alasan.

“Dengan ini, saya keluar Gerakan, bukan lagi ahli mahupun naib presiden parti ini. Saya kini menyertai Parti Cinta Malaysia,” katanya.

Beliau mengambil keputusan itu berikutan Gerakan enggan menarik balik penggantungannya selama tiga tahun, sebagaimana tuntutannya.

Huan yang juga Ahli Parlimen Batu Kawan sebelum pilihan raya umum ke-12, pernah beberapa kali menyatakan hasrat keluar Gerakan tapi menarik semula keputusan itu.

Keputusan Naib Ketua Gerakan Bahagian Batu Kawan itu menyertai Parti Cinta Malaysia bukan suatu yang mengejutkan lantaran parti berkenaan didaftar di Pulau Pinang.

Malah, pemerhati politik berpendapat Huan turut terbabit dalam proses penubuhan parti berkenaan, sebagai persediaan jika dipecat pimpinan Gerakan.

Huan sebelum ini digantung sebagai Naib Presiden pada pada 1 Jun tahun lalu, selepas setiausaha agung Gerakan, Teng Chang Yeow memberi surat tunjuk sebab berikutan mengkritik kepimpinan parti.

Huan juga tidak sehaluan dengan Pengerusi Gerakan Pulau Pinang, Datuk Dr Teng Hock Nan yang dianggapnya hilang sentuhan di peringkat akar umbi. tamat.

Dengan penarikan diri Huan, beribu-ribu penyokongnya dijangka akan meninggalkan Gerakan dengan sebahagian daripadanya dipercayai akan menyertai Pakatan Rakyat atau DAP.

Apabila Gerakan menggantung keahlian Huan selama tiga tahun, beberapa pemimpin cawangan dan bahagian mengugut untuk meninggalkan parti itu.

Antara pemimpin berkenaan ialah dari cawangan Kubang Ulu, Penanti, Sungai Lembu, Telok Wang, Seberang Jaya dan Samagagah adalah antara 1,000 ahli yang mahu mengikuti jejak Huan.

Sentimen ini turut dikongsi oleh ketua bahagian Kepala Batas, Jeffrey Beh yang mengumumkan sokongannya kepada Huan.

Kemelut dalam BN terus menjadi-jadi seperti barah yang sukar dibendung lagi. Umno yang menjadi tunjang BN bercakaran sesama sendiri. Dua sayap pentingnya MCA dan MIC juga menghadapi senario yang sama.

MCA sehingga kini masih belum dapat menentukan hala tuju mereka dengan tiga puak yang masing-masing diketuai presidennya, Ong Tee Keat, timbalannya Chua Sor Lek dan naib presiden Liow Tiong Lai mahu menguasai parti, bukan hendak menyelesaikan persengketaan.

Campurtangan dari timbalan perdana menteri Muhyiddin Yassin, kemudian perdana menteri Najib Razak gagal membawa mereka ke peringkat perundingan.

Kepimpinan MIC di bawah Sammy Vellu juga menghadapi masalah sama. Ramai pemimpin kanannya tidak sebulu lagi dengannya.

PPP pula menyaksikan pertempuran presidennya Kayveas dengan bekas ahli majlis tertinggi parti itu, Murugiah hingga terpaksa dibawa ke mahkamah untuk menentukan ’siapa bos’.

Pertikaian PPP makin meruncing apabila Kayveas membuat laporan polis terhadap Murugiah. -Fazallah Pit(FMT)

Share |


Maklumat ini telah diterbitkan pada Wednesday, December 16th, 2009 dalam kategori berita. Anda boleh mengikuti komen berkaitan maklumat ini melalui feed RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan komen , atau trackback daripada laman web anda.

5 Responses to “BN Bergegar : Naib Presiden Gerakan Umum Keluar Parti”

  1. machoman sabah on December 16th, 2009 at 5:43 pm

    apa lagi selepas ini…sama2 kita nantikan kesudahan episod bn umno and juak2nya..

  2. cucutoknor on December 16th, 2009 at 6:46 pm

    menunggu saat-saat kematian gerombolan…usaha perlu serius

  3. Santi on December 16th, 2009 at 9:57 pm

    BN will die in natural death…..all the component parties are having problems. most of BN’s MPs have no commitment as proven in the voting of budget bill in parliament that it was almost overturn by opposition. more things are happening its interesting to see.

  4. poor man on December 17th, 2009 at 4:45 am

    Parti Cinta Malaysia bukan sahaja akan menjadi saingan kepada GERAKAN,MCA,DAP dan parti-parti lain bahkan akan menjadi anggota BN yang terkini bersama dengan HINDRAF, hehe….ini hanya imaginasi saya jer…..

  5. Anak muda Malaysia. on December 17th, 2009 at 7:33 am

    waspada juga kita siapa dibelakang parti Cinta malaysia ini, pendapat saya bukan mudah menubuh sebuah parti kalau bukan mendapat lampu hijau daripada pemimpin teratas BN, mungkin cara BN untuk menawan kembali Pulau Pinang dari PR pada PRU 13. apapun tanhniah kepada saudara Guanyang keluar dari GERAKAN-BN.

Leave a Reply


  AKHBAR ALTERNATIF   AKHBAR PERDANA   RADIO  &  TV   PERTUBUHAN / NGO   BICARA AGAMA
# TKOdaily
# Malaysiakini
# Harakahdaily
# Sabahkini
# Siasahdaily
# Detikdaily
# Klpos.com
# MalaysiaDigest
# Tranungkite
# Buletin Online
# Berita Harian
# Utusan Malaysia
# Bernama
# Harian Metro
# Sinar Harian
# MStar Online
# Berita RTM
# Sabah Tourism
# SabahTimes
# DailyExpress
# WebTV Pas
# WTV8
# TV Ceramah
# Grapes Nasyid
# Kuliah.net
# Darulsalam
# Era FM
# Ikim FM
# Muzik FM
# Nasyid FM
# IKIM
# Fomca
# Aliran
# Suaram
# Amal Malaysia
# Halal Jakim
# Bersih
# UMS
# Sabah EDU
# Info Sabah
# Zaharuddin
# Ust. Nasrudin
# Saifulislam
# Ilmu & Ulama
# Harun Yahya
# Minda Super
# Jarum Emas
# Dr Mohd Asri
# Warisan Nabawi
# Mesra Rakyat

 

 

Hakcipta @ 2008 Sabahdaily.com

Email : sabahdaily[a]gmail.com

Powered by FeedBurner Mesothelioma Add to Google Reader or Homepage Add to Technorati Favorites