PENGELUARAN dan pemilikan Sijil Anak Negeri di kalangan kaum masyarakat Cina kini semakin hangat menjadi tajuk perbualan di kalangan pelbagai suku kaum anak negeri di merata tempat di negeri Sabah. Rata-rata ahli masyarakat kaum anak negeri yang sibuk membincangkannya berpendapat kerajaan Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Barisan Nasional (BN) yang memegang tampuk pemerintahan sekarang telah gagal mempertahankan hak rakyat anak negeri dengan mengambil sikap ibarat ‘melepas batuk di tangga‘ dalam hal ini.
Sebilangan berpendapat kenyataan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah, Datuk Hajiji Haji Noor suatu ketika dahulu yang beria-ia benar hendak merujuk kes pemilikan Sijil Anak Negeri Palsu kepada polis kini ternyata hanya retorik yang merugikan kaum anak negeri.
Sementara sebilangan masyarakat menyalahkan Wakil Rakyat mereka sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah ibarat ‘Harimau Tua’ yang tidak berdaya, tidak bergigi dan tidak efektif. Sebilangan pula mendesak kerajaan supaya mengambil pendekatan lebih drastik dengan mengenakan tindakan di bawah Undang Undang Jenayah terhadap semua Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri, Ketua Kampung serta semua kakitangan Mahkamah Anak Negeri termasuk Pegawai Daerah dan Penolong Pegawai Daerah yang bersubahat secara berleluasa mengeluarkan Sijil Anak Negeri kepada mereka yang tidak berhak.
“Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri, Ketua Kampung dan Pegawai Daerah yang bersubahat menandatangani pengeluaran Sijil Anak Negeri kepada bukan Anak Negeri patut ditangkap dan didakwa. Kalau didapati membelakangkan peruntukan Ordinan Tafsiran Anak Negeri mereka wajar dipenjarakan kerana perbuatan mereka adalah mengkhianiati kaum Anak Negeri,” demikian pendapat Idris Panglima Siat ketika ditemui wartawan Sabahkini.net di kota kinabalu.
Idris Bin Panglima Siat pernah menghubungi sabahkini.net mengenai penggunaan Sijil Anak Negeri Palsu digunapakai oleh seorang taukeh Cina di Sabah.
Menurut Idris, walaupun telah dilaporkan kepada polis, sehingga kini belum ada tindakan telah diambil oleh polis terhadap taukeh Cina terbabit yang dianggapnya adalah seorang penjenayah.
Taukeh tersebut (nama ada dalam rekod Sabahkini.net) telah ‘mencuri’ geran geran tanah milik Idris bersama keluarganya tanpa pengetahuannya. Dengan kerjasama Pengarah Taah dan Ukur, Tauke tersebut kemudian telah memindah milik kesemua geran-geran berkenaan yang bertaraf NT kepada namanya sendiri.
“Kakitangan Jabatan Tanah sememangnya kenal taukeh tersebut bukan seorang anak negeri. Semua penduduk di Sandakan tahu dia lahir di negara China dan menjadi rakyat Malaysia selepas merdeka. Apa yang saya kesal ada ketua masyarakat anak negeri berikan kepadanya Sijil Anak Negeri sehingga melayakkannya memiliki tanah NT. Ini adalah pengkhianatan yang tidak boleh dimaafkan kerana pebuatan Ketua-Ketua Masyarakat Anak Negeri berkenaan telah merosakkan kehidupan ramai anak negeri,” tambah Idris dengan nada kesal.
Dalam perkembangan lain, ramai penduduk Sandakan terutamanya suku kaum Orang Sungai dari daerah Kinabatangan memuji tindakan berani diambil oleh wanita berbangsa sungai, Rosinah Bte Nasry, merampas balik tanah bergeran NT peninggalan arwah ayahnya yang telah dipindahmilik tanpa pengetahuannya kepada nama seorang wanita berbangsa Cina tulen, tetapi memilik Sijil Anak Negeri yang telah disahkan oleh Mahkamah Anak Negeri sebagai Palsu.
“Oleh kerana polis tidak mahu ambil tindakan terhadap penama, Rose Lee Lie Mie yang menggunakan Sijil Anak Negeri yang saya tahu adalah palsu atau tidak layak diberikan kepada Rose Lee Lie Mie, maka saya telah arahkan ahli keluarga saya supaya rampas balik tanah yang gerannya kini berdaftar atas nama Rose Lee Lie Mie sebagai pemilik,” ujar Rosinah yang mencabar Wanita Cina tersebut mendakwa beliau di Mahkamah.
Kata Rosinah lagi, biarlah mahkamah mengadili apakah Rose Lee Lie Mie layak menjadi ahli kaum anak negeri atau sebaliknya kerana beliau mempunyai bukti dan mengetahui latar belakang Wanita Cina tersebut.
Sepertimana yang disiarkan oleh sabahkini.net sebelum ini, sijil lahir Rose Lee Lie Mie menyatakan kedua ibu bapanya adalah berbangsa Cina tetapi dalam Sijil Anak Negeri yang kononnya dikeluarkan oleh Mahkamah Anak Negeri Daerah Kota Kinabalu mencatatkan bapa kepada penama Rose Lee Li Mee berbangsa Sino Kadazan.
Krew sabahkini.net telah cuba menghubungi Ketua Polis Daerah Kinabatangan, DSP Jaini Abd Kadir untuk mendapat penjelasan terkini kedudukan tanah yang telah dirampas semula oleh Rosinah tetapi gagal. Dimaklumkan Ketua Polis Daerah Kinabatangan kini bercuti dan tidak dapat dihubungi.
Dalam usaha untuk mempastikan kebenaran dakwaan Rosinah, krew sabahkini. net telah menyusul latar belakang keturunan Rose Lee Lie Mie dan berjaya memperoleh salinan sijil lahir ayah kandungnya bernama Lee Kui Poh. Daripada sijil lahir yang bernombor siri 253157 terkandung kenyataan nenek dan datuk kepada Rose Lee Lie Mie dari sebelah bapanya juga adalah berketurunan Cina.

“Sejak dilahirkan ayah kandung bapanya (Lee Kui Poh) sendiri merekodkan mereka berbangsa Cina. Apa yang menjadi kemusykilan saya bagaimana Ketua Daerah atau kakitangan Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu boleh sewenang-wenangnya mengubah suku bangsa bapa Rose Lee Lie Mie daripada bangsa Cina kepada keturunan Sino Kadazan,” kata Rosinah yang kesal dengan pengkhianatan Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu.
Tegas Rosinah, jika selepas dilahirkan, bapa kepada Lee Kui Poh (bernama Lee Fook Yee) mencatatkan mereka berbangsa Cina tentu sekali Ketua Daerah yang meletakkan suku kaum Lee Kui Poh sebagai dari suku Sino Kadazan wajar disiasat oleh pihak yang berwajib. Bukan mustahil ini adalah disebabkan rasuah dan salahgunakuasa.
Rosinah bersetuju supaya tindakan di bawah Undang-Undang Jenayah diambil terhadap pemimpin Masyarakat Anak Negeri yang telah sewenang-wenangnya mengeluarkan sijil kepada mereka yang tidak layak.
“Sebagai pemimpin kaum Anak Negeri, mereka dipandang penuh hormat oleh kaum Anak Negeri. Malangnya, kini terbukti kegiatan mereka adalah menjual hak Anak Negeri yang menyebabkan ramai kaum Anak Negeri kehilangan hak mereka terutama sekali hak ke atas tanah,” sambung Rosinah lagi.
Mengikut siasatan Sabahkini.net, pada 1982 pengeluaran Sijil Anak Negeri dari semua Mahkamah Anak Negeri di Sabah telah dibekukan oleh kerajaan Parti Berjaya kerana terdapat banyak aduan daripada Masyarakat Anak Negeri bahawa ada Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri dan Ketua Kampung menjual Sijil Anak Negeri kepada golongan tertentu di Sabah bagi tujuan melayakkan mereka membeli tanah di bawah syarat NT.
“Oleh kerana harga tanah bergeran NT adalah murah, maka kebanyakan taukeh mengambil kesempatan dengan membeli saja Sijil Anak Negeri daripada Ketua Daerah Atau Ketua Anak Negeri yang sanggup khianat,” demikian menurut sumber yang boleh dipecayai daripada Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu.
“Setiap sijil dituntut bayaran antara RM4,000 hingga RM10,000. Itulah harga yang sering menjadi tawaran di kalangan ‘ulat’ kepada Ketua Daerah yang terbabit,“ tambah sumber tersebut.
Siapakah taukeh-taukeh yang didakwa lahir di negara China tetapi memiliki Sijil Anak Negeri dan kini menjadi pemilik berdaftar tanah di bawah syarat ‘Native Title’ (NT)? Sabahkini.net akan menghuraikan pengkhianatan pemimpin kaum Anak Negeri dalam episod akan datang.
Sementara itu sabahkini.net mempelawa semua pembaca supaya meneliti Sijil Anak Negeri Rose Lee Lie Mie yang disiarkan di bawah. Anda sekalian adalah dipelawa mendapatkan penjelasan daripada kakitangan Mahkamah Anak Negeri Kota Kinabalu tentang kesahihan sijil berkenaan.
Persoalannya, berlaku keajaiban atau ‘Tangan Tuhan’ yang boleh merubah suku kaum Rose Lee Lie Mie daripada Cina kepada Sino Kadazan sedangkan bapanya dan juga datuk serta neneknya berbangsa Cina seperti rekod dalam sijil lahir yang disiarkan.
Apakah Ketua Daerah, Ketua Anak Negeri dan Pegawai Daerah terbabit boleh sesuka hati mengubahnya kepada suku Sino Kadazan? Apa yang berlaku ke atas keluarga Rosinah juga telah berlaku ke atas ribuan Anak Negeri di Sabah. Anda hakimilah sendiri tindakan khianat segelintir Ketua Kaum Masyarakat Anak Negeri berasal dari Sabah, apakah wajar didiamkan begitu saja?
Oleh: MUSTINA R (sabahkini)




















aku heran knp cina dan india selalu di pertikaikan pasal pemilikan tanah NT…..kenapa org indon( Bugis ) tidak di persoalkan?…ramai orang bugis sudah dapat geran NT…..persoalannya kena ruuk ordinan tanah dan ordinan negeri…..dan tanya pengarah tanah…
inilah yang harus kita perjuangkan……sabah utk sabah….
Dalam mykad susah sudah kita nilai siapa yang layak siapa yang tidak layak sebab nda ada sudah bangsa dinyatakan…
Kenapa org INDON ( BUGIS ) dapat tanah geran NT..Jawapannya sebab Pengarah Jabatan Tanah keturunan BUGIS..
Yeah..why they are so ‘kepoh’ about Chinese status in Sabah? I saw lots of stray INDONS are here..owning a land even more.Why they didn’t take any action against them?Weird.
Isu ini bertambah hangat apabila Jimmy Wong mengemukakan isu ini di Parlimen. Ahli UMNO Samsudin membidas penyataan itu dan mengarahkan pihak berkenaan untuk menubuhkan skuad khas untuk menyiasat perkara itu. Tapi mengapa tiba2 isu kaum CINA dipertikaikan? Sia bukan menruntuhkan semangat KDM tapi sia x faham. Punya banyak PTI di sini..kawin dgn orang sini..dapat IC PALSU lagi..tapi napa tiada yang datang untuk menyiasat???
Haiz, diorang ni kan ada2 saja ooo.CINA kan banyak time peperangan di sini..jadi pa persoalannya?
Bugis dpt tanah NT bukan kerana Pengarah jabatan Tanah org Bugis tetapi Perdana Menteri adalah Bugis…. buat la laporan polis seberapa banyak yg boleh,dakwala PM….. Biar puas hati walaupun ndak berhasil….
cuba check sejarah mana dulu jadi orang bertamadun ? samada sebahagian orang bugis/indonesian/philipina yang sudah lama menduduki beberapa kawasan penempatan di pantai tmur sabah kah atau K=D=M +++ cina di pedalaman atau pantai barat sabah (oppss silap P Barat dulu orang brunai sama bajau punya bah )
K=D+M jgn perasan ini sabah kamu punya hak sorang. ok pulak kamu sama cina ya boleh kompromi, ada kaitan sama taiwankah, ungkungkah, cinakah indocinakah,
tibetkah,vietnamkah,laoskah apa-apakah,
Hai ungu,
orang Engaland,Australia,New Zealand dan gurkha pun ada masa perang dulu. ada lagi urang jipun jugak dorang pun boleh dapat SAN kah?
Pengarah Jabatan Tanah Sabah adalah BUGIS… Sebab tu org BUGIS senang dapat tanah geran NT.
kan saya sudah bilang dulu lagi …Banyak pendatang cina di sabah yang membeli aset-aset sabah… dia mau buat macam singapore… ini PTI indon dan philipin jual rokok tepi jalan memang bikin sakit mata memandang.. tapi PTI Cina lagi bahaya habis tanah sabah dia beli buat kelapa sawit dan perumahan… Wong Kok group..Hap seng… Cina semenanjung dengan cina sarawak saya harap kamurang balik tempat masing-masing la.. banyak kwan2 saya cina sebelah tenom dan tawau yang hidup susah… sebab PTI Cina sudah buat sabah macam singapore..
saya fikir paling bagus tubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja untuk menyiasat kedua- dua perkara ini iaitu IC palsu/ projek dan SAN secepatnya.
Bukan saja Bugis dpt tanah NT kerana Pengarah jabatan Tanah org Bugis Malah Perdana Menteri adalah Bugis….jadi apa masalah….
saya mengambil jalan tengah sebagai penyelesaian permasalahan ini,apalagi apabila urang Bugis menjadi pertikaian….kenapa ini berlaku sebabnya mudah perasaan hasad dengki dan hasutan dari bangsa2 cina yang juga takut akan bangsa Bugis ini,ditambah pula PM & TPM juga adalah orang Bugis yang diiktiraf oleh persatuan Bugis sedunia yang mana perjumpaannya berlaku setiap tahun di Makasar Indonesia…..
Kenapa orang Bugis selalu dipertikai sedangkan tanah NT milik mereka hanya sekangkang kera jika dibandingkan dengan Tauke2 Cina yang datang kemudian ke Sabah ini….apa yang saya lihat ramai KDM yang sangat bencikan BUGIS mungkin kerana kerajaan Malaysia dipimpin oleh orang Bugis????
Satu lagi yang saya muskil kenapa KDM boleh bekerjasama dengan bangsa cina,saya rasa ada persamaan mungkin,sebab mengikut sejarah penduduk sabah khasnya di pantai barat berketurunan Indochina,so tak banyak bezanya dengan cina,ini mungkin hakikatnya….
Tapi kepada semua bangsa Bugis di sabah yang memiliki tanah NT janganlah risau akan situasi ini,semuanya hanya retorik semata,benda ini sudah lama berlaku,kecualilah sabah keluar dari malaysia ia mungkin akan menjadi masaalah,tapi selagi sabah dibawah kerajaan malaysia hak2 orang Bugis disabah akan terus terpelihara sebagai mana janji PM dimakasar yang beliau cukup sayang akan keturunan bangsanya iaitu Bugis sewaktu beliau berucap di makasar tempohari….
Ingatlah semua rakyat sabah KDM bukan pemilik asal tanah sabah ini,kalau mengikut sejarah kerajaan SULU yang berhak keatas tanah sabah ini dan dua isteri Baginda seorang darinya berbangsa BUGIS jadi tidakkah Bugis juga berhak keatas tanah Sabah ini?????tolong jawab!!!!!!!
Kemajuan sesuatu bangsa bergantung kepada usaha gigih dan sifat tawadduk yang dimiliki disamping kejujuran dan saling bantu membantu sesama insan,inilah pedoman yang Orang2 Bugis gunapakai setiap kali merantau kemana saja di dunia ini…….Untuk pengetahuan semua orang2 Bugis bertebaran diserata alam dan benua kerana apa sifat berani dan kepimpinan yang tinggi membuatkan mereka sanggup belayar kemana saja di dunia ini sehinggakan Bugis terdapat dimana2 saja didunia ini…..inilah yang merimaskan bangsa2 lain khasnya CHINA!!!!!!!!
“Pada idi pada elok si patuwo si patokkong”
saya rasa bukan pasal bangsa yang perlu kita pertikaikan, kita di Sabah adalah contoh 1Malaysia.tapi apa yang perlu pemimpin politik buat ialah keadilan kepada rakyat Sabah, yang salah tetap salah iaitu orang PTI tidak harus diperalatkan oleh parti politik untuk dapatkan undi dengan menggadai keistemewaan hak kewarganegaraan dengan memberi mykad kepada PTI dan orang yang tidak layak dapat sijil anak negeri juga tidak harusnya diberikan status anak negeri. Persoalannya kenapa kedua-dua perkara ini kerajaan tidak ada ambil tindakan?? dimana sudah kononnya pejuang2 hakr akyak Sabah??PBS,UPKO,PBRS? UMNO tapayah cakap lah diaorang lah yang peralatkan PTI dengan projek IC dan ada task force untuk mengatur pengundi hantu masa pilihanraya, saya ada baca buku Muktalib secara detail menghuraikan nama dan mykad yang digunakan oleh PTI yang menjadi ahli UMNO.dan buku ini pernah dilaporkan kepada pihak polis tetapi tiada tindakan oleh pihak yang berkuasa. kita faham lah kenapa. sebab itu kerajaan UMNO/BN tidak berani tubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk siasat mykad PTI..apa yang berlaku pada hari ini adalah disebabkan kepentingan politik pihak tertentu untuk mendapatkan kuasa melalui jalan yang menderhakakan generasi rakyat Sabah. Anda telah memberikan kuasa kepada mereka maka inilah yang kita hadapi bersama..
Nasi sudah jadi bubur pemimpin2 parti tempatan dalam BN tidak bermaya lagi untuk mempertahankan masa depan generasi anak watan kita sebab semakin hari semakin kita terpenggir (maginelised)..rakyat Sabah bukan semata-mata mahukan pembangunan dan keluar daripada belenggu kemiskinan tetapi yang penting negeri Sabah dan rakyatnya hidup tanpa gangguan kuasa luaran yang meruntuhkan maruah dan hak asai rakyat Sabah.
Kini impian rakyat tulin Sabah ialah mahu melihat satu PERUBAHAN demi masa depan Sabah yang mahukan pemimpin2 yang berani dan bermaruah untuk mempertahankan pemesongan kuasa yang ada sekarang kepada sebuah kerajaan yang dapat mempertahankan kedaulatan undang2 dan keadilan kepada semua rakyat Sabah yang berbilang kaum dan berbilang agama.
saya rasa disabah ini tiada yang tulin sudah semuanya sampul2 bah,so apa mau bising2 berusaha majukan diri adalah jalan terbaik daripada menanam kebencian dan minum tapai untuk hilangkan tension…dek PTI and SAN palsu ni!!!!!!
Sabah bagus bah!!!
ha3x..biasanya bugis lebih banyak peluang kerana banyak orang dalam (bugis) yang boleh tulung dorg..KDM pun banyak jga jd orang dalam tapi telingung2 semua..ndak pandai tulung bangsa sendiri..ni la masalah pemimpin n orang2 KDM cikit2 cemburu kalau org sendiri jd kaya..tahniah kpd pemimpin BUGIS…bodoh punya pemimpin KDM!! banyak cakap tindakan tiada!!BODOH..
Huhuhuhu..how sad is this?
A Native Land suppose to be belongs to the Natives of Sabah.
Those who sold the SAN is a traitor to the people for LIFE.
Sijil Anak Negeri = the life of the Natives.
KD, KAN, KK – A traitor who sells the right of the Natives (SAN & NT Land). Cannot be trusted.
Oh god, this has been an issue for years. Why is NOW this issue is being talk about?..*facepalm*
Because the issue is not resolved. That’s why people wanted to bring it up again. To remind people not to forget.
Banyak orang dalam bangsa KDM tapi tidak tulung bangsa sendiri.. saya tengok bangsa bugis dengan kelantan kuat tolong bangsa mereka… durang pun kuat berniaga.. saya indak dengki dengan durang ni malahan saya puji durang boleh buat pertubuhan bugis sedunia… bugis nih ’suku kaum’ bangsa dia Melayu.. dulu Nusantara ni milik tanah orang melayu yang pakai gelaran sultan dan Termasuk sabah di bawah sultan sulu.. Nusantara tu meliputi philipine indonesia tanah melayu dan boreno … Tapi yang kita bincang bukan pasal bugis tapi pasal bangsa Cina… Ini bangsa Cina tiada kena mengena dengan KDM di sabah.. Ini Cina bukan suku kaum tapi satu bangsa yang punya negara dan bahasa sendiri.. kalau mau kira betul ini Cina lah yang sebenarnya PTI di malaysia… Cina juga yang rasuah dengan UMNO supaya boleh control eknomi malaysia.. Lim Goh Tong.. Lim Kok Wah.. macam mana dia boleh dapat satu bukit di genting highland? Vincent tan berjaya group? Yong Teoh Lay? semua billionaire Malaysia.. sebab Mafia Umno yang tolong bagi hak melayu pada Cina..? Macamana Cina di sabah boleh kaya raya kalau bukan durang curi balak di sabah.. cuba siasat cina yang kaya di sabah semua bermula dari kayu balak.. tiada yang datang dari negara China bawa duit billion2.. malahan mencuri balak oleh taukeh cina masih berjalan sampai sekarang di dalangai Umno iaitu musa aman sendiri.. berbilion-billion bangsa cina curi dari hak rakyat sabah… ada PTI Indon dengan Phlipin ambil Billion-billion dari urang sabah??? orang KDM kena kasi buduh saja oleh oleh takeh Cina.. sibuk urus PTI indon dengan phlipin yang miskin melarat.. tanah sendiri habis PTI Cina sudah ambil… apa punya pemimpin KDM palui betul.. taukeh Cina rasuah sikit sudah jual hak KDM dan tanah negeri sendiri… taukeh Cina yang bagi rasuah selalu? Umno dan pemimpin KDM penerima rasuah dan yang menghianat rakyat malaysia..
Saya sokong komenmu gaman 10000% cukup bernas untuk diselusuri,saya bukan apa bangsa Bugis disabah ini masih tertindas dari segi kesamatarafan hidup dengan bangsa2 lain yang mendapat status BUMI,walaupun kami telah berpuluh puluh tahun hidup disabah dan mendapat pendidikan sehingga keperingkat IJAZAH dari dalam atau luar negara…tapi tak apa kepada suku kaum KDM yang anti BUGIS kami walau tersepit sekalipun akan berusaha untuk mencari jalan keluar dan berusaha keras memajukan ekonomi dan tarap kependidikan semaxima mungkin demi masa depan yang cemerlang,gemilang dan terbilang…pinjam sekejap pepatah Pak Lah…
Ntahlah, sia ni malas baca kalau berjela2.Apa yang boleh sa simpulkan di sini ialah..benda ni takkan muncul kalau tiada orang yang mulakan.
Yang menyalahi undang-undang dan pengkhianat kaum dan negara, bawa mereka kemuka mahkamah.
kpd just, jgn cakap ja di sini, bertindakla segera
Sa pun xtau o. Cuba kamurang kasi terang gia.
Dakwaan diatas nyata menyalahi undang-undang. Pihak yang berkenaan harus bertindak pantas dan bukan menunggu.
Cina tulin jadi anak negeri, pakistan dan bugis indonesia jadi bumiputera???
Apa sudah jadi Sabah ini?
Lama kelamaan KDM jadi pti.
Oh gawd, here we go again…*facepalm*
Nampaknya in sda menjadi satu isu yang paling besar.
To the KAN, KD, DO, TRAITOR!
Adedededee, ini sda jadi big problem ooo..
cam bulih jadi ginie oo…hurm..
KDM kan memang PTI asal dari INDOCINA bah,sejarah membuktikannya so janganlah takut….heee heee
Dunia ini adalah tampay manusia tinggal, semua bangsa dalam kitab Islam al-quraan, tidak cakap..yg bangsa ini tempat tinggalnya disini, yang bangsa itu tinggal disana…tiada macam ini, jadi BUMI ini adalah tempat tinggal semua makhluk yang hidup . Salahlah itu fikiran kalau iri hati, hasad dengki, umpat, memfitnah, ah..ini yang sangat dilarang,…apa boleh buat, kau punya kuasa tidak mampu merobah apa yang sedang berlaku, jadi macam mana seharusnya usaha kita?… berusahalah sekuat tenaga seperti usaha orang yang sudah maju, anak-anak kasi pelajaran tinggi-tinggi..buat apa pelajaran tinggi..hai kenapa tanya…supaya mereka boleh bersaing untuk kehidupan selesa dinegeri sendiri,,.. jabgan malas sebab kalau malas ada tanah berikar-ekarpun tiada hasil, walhal hutan juga yang tumbuh, ini bah penyakit orang tempatan ini, suka tidor siang..orang lain berusaha mati-matian diorang siok-siok logop, pabila orang lain dapat tanah, ada kelapa sawit dan keluar hasil, barulah heboh…siapapunya silap, bila mengundi kena kasi RM50, lupa sudah, undilah yg kasi duit. inipun tidak pandai sedar-sedar, bila nampak rumah kawan cantik sikit, sudah sini sana cari kelulut, mau kasi kelulut kerana dia sebenarnya sakit hati nampak kemajuan orang lain, sini sana buat fitnah…bah..ubahlah..kita sama-sama mau maju dan kasi maju negeri Sabah kita ini.
Apakah hukuman bagi pengkhianat kaum?
Mereka sepatutnya sebagai barisan benteng utama melindungi kepentingan kaum tetapi mengkhianat demi kepentingan peribadi.
Harap pagar pagar makan padi.
Kita buka pagar buruk itu.