Gerakan Mahasiswa Sedar (GMS) menggesa wakil rakyat YB Hj Yusoff Bin Mahal (foto) memberi perhatian serius kepada isu air yang melanda wilayah persekutuan tersebut.
“GMS juga ingin menggesa wakil rakyat Labuan YB Hj Yusoff Bin Mahal untuk memberi perhatian yang serius berhubung isu ini.
Bertepatan dengan konsep 1 Malaysia yang menjadi tema kepimpinan Perdana Menteri, GMS berharap wakil rakyat labuan dapat turun padang untuk mendengar rintihan seterusnya memberi penjelasan yang memuaskan kepada masyarakat labuan.
Biarpun isu air labuan merupakan permasalahan yang rumit, namun tindakan berdiam diri tanpa penjelasan yang memuaskan kepada rakyat hanya akan mengundang rasa tidak puas hati yang berterusan,” ujar Ahmad Syafiq Akmal Ahmad Kamil selaku pengerusi GMS dalam kenyataan media gerakan berkenaan semalam.
GMS yang berpusat di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) semalam bersama-sama melalui Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) menyerahkan memorandum kepada perdana menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak berkenaan isu air berkenaan.
Wilayah Persekutuan Labuan dilaporkan menghadapi masalah bekalan air yang serius sehingga bekalan air terpaksa dicatu disamping menghadapi masalah paip berkarat dan kualiti air yang kurang bersih.
Keadaan berkenaan didakwa bukan sahaja menyusahkan mahasiswa penuntut universiti sekitar Labuan, tetapi juga menghimpit sebahagian penduduk Labuan kerana tidak cukup sumber asasi kehidupan.
Terdahulu, GMS memndaapt perhatian media dengan bantahan terhadap yuran kolej universiti berkenaan yang didakwa “mencekik darah” dan “tidak munasabah”.
Pentadbiran tertinggi kolej universiti juga kurang prihatin dengan masalah tersebut disamping Majlis Perwakilan Pelajar yang “kurang berfungsi”.
Namun, gerakan tersebut telah membuat beberapa pertemuan dan inisiatif dalam menyelesaikan masalah kebajikan berkenaan termasuk bertemu Tan Sri Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor.
“Bukan sahaja di KUIS, tapi kami juga cakna pada kampus lain dalam isu kebajikan mahasiswa,”tambah seorang wakil GMS. -Mahasiswakini






















GMS adalah satu pertubuhan yang tidak berdaftar sepertimana pertubuhan-petrtubuhan yang lain yang berpusat di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor. maka dengan itu, walaupun mereka memperjuangkan yuran mahal di KUIS tetapi adakah mereka tidak bersimpati kepada pelajar yang di tolak biasiswa serta kemasukan ke IPTA seperti Uitm, UIAM dan sebagainya.
ini kerana keangkuhan mereka menyebabkan ramai mahsiswa di KUIS ini mengalami kesusahan serta kepayahan untuk mendapat perkara yang lebih baik. oleh itu, menurut sumber yang dpercayai adalah mereka yang terlibat dengan GMS adalah semeamng bermasalah dari segi merit pointer mereka.
maka, adalah tidak wajar mereka membangkitkan perkara sperti ini dan adalah platform lai untuk menurunkan yuran serta perancangan yang lebih teratur serta strategik dan jika mereka benar-benar memperjuangkan islam serta mahasiswa hendaklah mereka membuat satu strategik yang lebih halus dan bukan hanya tahu berDEMONTRASI sahaja…..
saya sebagai mahasiswa malu dengan tindakan mereka walaupun saya menyokong perjuangan turunkn yuran tetapi adalah malu jika mereka berkelakuan seperti ini. dan selagi GMS tidak berdaftar maka, pertubuhan ini dianggap tidak suci serta mempermainkan isu-isu yang tidak kesampaian walaupun ada backup yang besar sekalipun tetapi tidak mengikut cara dengan halus dan berkesan mak tidak lah berguna mereka memperjuangka perkara yang sebenarnya tanpa mengambil kira kesukaran sebahagian mahasiswa yang lain.
dan ingatlah bahawasayna adalah tidak kekal lama perjuangan yang berlandaskan akal semat-mata dan mempermainkan hukum allah serta sunnah rasul-Nya demi mempertegakkan agama serta kebajikan mahsiswa yang lain.
kesimpulannya, jika hendak melkukan sesuatu yang memberi faedah kepada mahasiswa hendaklah berfikir tentang keburukan mereka dan jangan lah hanya mempertahankan benangh yang basah serta jangan syok sendiri dalam perkara tersebu dan ingatlah bahawa perancangan allah adalah lebih hebat dari perancangan anda.
Whoa! Is that the truth pemuda insaf..?
My god, how ignorant.
Sememangnya masalah air sering berlaku di UMS Labuan.
Wakil rakyat perlu buat sesuatu sebelum ia menjadi satu isu yang akan diperbesar-besarkan.
Semoga ada jalan penyelesaian untuk masalah ini.
What is this issue all about. I couldn’t catch the main points. Can someone briefly translate this? My BM is horrible.