Ibu tunggal tidak puas kualiti PPRT

Ibu Tunggal dari Kampung Batu 62, Halogelat, Beaufort antara seorang penerima bantuan Rumah PPRT tidak berpuas hati terhadap kualiti pembinaan rumah PPRT.

“Kami ukan tidak mahu menghargai sumbangan kerajaan tetapi setelah sabar menanti selama hampir 5 tahun dan melihat kepada sturktur binaan rumah ini …. saya agak kecewa, ” ulasnya sedih.

Pengadu mendakwa rumah PPRT berkenaan menggunakan bahan binaan yang tidak tahan lama dan pembuatan rumah juga tidak mengikut prosedur yang sepatutnya.

“Saya belum lagi berpindah ke rumah itu, tetapi ia sudah mula rosak. Saya pernah mengemukakan aduan ke pejabat daerah dan pihak mereka berjanji akan menghantar seorang juruteknik untuk meninjau struktur pembinaan rumah itu tetapi sehingga ke hari ini juruteknik yang dijanjikan belum lagi turun padang.”

Beliau turut memberitahu atap yang digunakan dalam pembinaan rumah PPRT itu sepatutnya atap keras namun melihat kepada atap rumah yang dibina itu hanya menggunakan zink yang lembut, nipis dan mudah rosak.

“Dinding dan lantai rumah ini sepatutnya menggunakan papan tetapi mereka hanya menggunakan papan lapis yang nipis dan sekarang papan lapis berkenaan sudah merekah manakala catnya pun sudah terkupas,” adunya.

Tambah beliau lagi “simen dibina di sekeliling setiap tiang rumah, seolah-olah tiang itu “berkasut” atau “kancing” yang bertujuan untuk mengelakkan rumah terturun ke dalam tanah tetapi apabila dikorek di dalam tanah, didapati tiang itu sebenarnya tidak ada kasut. Apalah makna atau fungsinya simen yang dibina di sekeliling tiang itu?, ” katanya.

Ibu tunggal ini juga mendakwa bahawa gelagar rumah untuk lantai rumah juga tidak cukup panjang dan dipasang blok kayu penahan sahaja, pengadu bimbang rumah berkenaan tidak mampu menampung muatan jika terdapat ramai orang di dalam rumah berkenaan.

Beliau memohon supaya pihak bertanggungjawab tampil memberikan penjelasan berkaitan piawaian pembinaan rumah PPRT dan peruntukkan yang ditawarkan bagi sebuah rumah PPRT.

ActionLine cuba menghubungi pihak Kementerian Pembangunan Luar Bandar bagi mendapatkan penjelasan berkenaan aduan diterima tetapi pihak kementerian memaklumkan pegawai yang bertanggungjawab sedang bercuti dan diminta menghubungi semula pada 30 November.
Kelmarin ActionLine menghubungi semula pihak kementerian tetapi hampa apabila difahamkan pegawai berkenaan sedang bertugas di luar kawasan.

Diharap pihak bertanggungjawap akan menghubungi ActionLine bagi memberi ulasan berhubung aduan berkenaan. -NST

Share |


Maklumat ini telah diterbitkan pada Tuesday, December 1st, 2009 dalam kategori sabah. Anda boleh mengikuti komen berkaitan maklumat ini melalui feed RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan komen , atau trackback daripada laman web anda.

19 Responses to “Ibu tunggal tidak puas kualiti PPRT”

  1. sam on December 1st, 2009 at 4:49 pm

    setahu saya harga sebuah rumah dari dulu lagi ialah kurang lebih RM7ribu,telah dinaikan kini RM35ribu – RM42ribu.Betulkan fakta saaya,jika salah.Beginilah jika kontraktor mau makan banyak,orang dalam pun mau minta juga,jika tidak bagi komsyen,mana kontraktor boleh dapat projek.BN tak kisah masalah rakyat,yang penting rumah PPRT siap,rosak belakang kira. ini lah bah kami tidak mau undi BN, kami dah tahu perangai mereka..konon2 ” RAKYAT DI DAHULUKAN” cakap saja pandai
    tau-tau poket mereka diisi dulu.

  2. Day-break on December 2nd, 2009 at 3:03 pm

    Haish. Been there, done that.. When I was still in Lok Kawi, me and parents were in this situation. Bad quality house. The cement crack and fall off. The toilet sucks.

    Very bad workmanship. And then the family move to Ppr..

    So, you see. The responsible party must investigate this companies workmanship A.S.A.P..

  3. Yuki Eiri on December 2nd, 2009 at 3:11 pm

    Hurm. This contractor is a cheap-skate kind. He bought everything cheap and thus, the houses has no qualities. Rush and poor workmanship.

    This contractor should be put on the black list. With the qualities of the house, it will be very dangerous if it suddenly cracks and crumble. It is possible..

  4. Rezon on December 2nd, 2009 at 3:19 pm

    Dei, ini kontraktor ah. betul2 buruk oo. belum lagi buyer pindah, sda retak simen. pa mcm nei ooo?

    Betul2 ingat duit sja oo..kualiti kerja pun teda. hancur eh..kesian orang yang beli rumah tue..belum pindah sda ada masalah..heran, heran..

  5. roxy on December 3rd, 2009 at 9:27 am

    Nowadays, things like this happens on a regular basis. More and more unethical businessman are surfacing within the market. It was most distressing. The government are not doing anything about it because they are the ones who started it first. If the government does not swallow a portion of the budget allocation. There would not be a need for cost reductions. The contractors are to blame too. They also wanted a piece of the goodies. This is why there are so many low quality projects. It’s an eyesore and waste of good money and also space and time.

    It should start from the people, if you are businessman or contractors, whatever. Please don’t neglect your part in society. If you want to have a long term, and sustainable business. You must have ethics and good reputations.

  6. roxy on December 3rd, 2009 at 9:31 am

    By cutting cost so that you can have more money to swallow. This is a pathetic move and a short term profit making method. It will not last. When people start to complain about your quality. Your reputation will be gone. One day, even the government will not ask you to build houses any more. What will happen then? You will go out of business.

    But if you maintain your reputation, make good quality houses. People will be pleased and soon, many other companies will give you projects. As long as you keep delivering what people wanted. Your company and business will be a long standing one.

    Do you want a short term profit. Or long term? The choice is in your hands.

  7. Nate on December 3rd, 2009 at 9:45 am

    Brava. Your comments are enlightening as usual.

  8. Aryaa on December 3rd, 2009 at 4:23 pm

    And I smell sarcasm in Nate’s comments to Roxy as usual.

    LOL!~

  9. SindraRichie on December 3rd, 2009 at 4:29 pm

    Roxy, I agree with you. 100% agreeing with you..:)

  10. Nate on December 4th, 2009 at 9:35 am

    Oh no, I’m sincere.

  11. roxy on December 4th, 2009 at 10:27 am

    Thank you for all your support. It feels nice to be able to enlighten people. I’m in the clouds. Hahaha.

  12. KOGIU on December 4th, 2009 at 4:44 pm

    Kalau harga rumah PPRT RM42 ribu, baguslah bena rumah daripada bata-batu jadi rumah simin murah lagi perbelanjaannya..tolonglah kontektor orang susah, janganlah sunat banyak, sunat dikit-dikit bolehlah kan kesian orang susah…

  13. Hassan on December 5th, 2009 at 9:10 am

    Haih, skarang, apa apa pun buat macam mau sunat. Broadband punya commercial… buat rumah juga.Sya tau mau kasi promote kami punya culture. Tapi tak payah apa apa pun connect pasal sunat.

  14. Matahari on December 18th, 2009 at 10:17 pm

    Dui.. Kesian gia ni… Adii baru hujan pun boleh roboh ba ni rumah…
    Apalah mau jadi orang zaman sekarang oo… Telamapu mau senang saja, tulungla ba kunun orang susah…

  15. Kiambang on December 18th, 2009 at 10:57 pm

    Berapa ba peruntukan utk setiap rumah pprt ni… Takan la x cukup bajet pula… kesian ja orang susah oo…
    Saya harap ada pihak yg tampil bantu ibu tunggal ni:)

  16. aku bah on December 18th, 2009 at 11:12 pm

    Saya harap bukan setakat tampil menolong tapi bagi jaminan supaya hal ni tak berulang..
    Barulah rakyat boleh konfiden sama gov.

  17. Lavender on December 18th, 2009 at 11:17 pm

    Perkara ni sebenarnya bergantung kepada pendirian individu itu sendiri… Kalau individu tu berperikemanusian dan berdedikasi hal ni tak akan berlaku…
    jadi bagi saya pihak-pihak yang berkaitan patut buat kerja dengan bersungguh-sungguh supaya rakyat puas hati.

  18. KamusKitab on December 18th, 2009 at 11:20 pm

    Saya percaya kerajaan da sediakan peruntukan yang sepatutnya kepada kontraktor utk tindakan lanjut… Cuma mungkin ada kontraktor (bukan semua) yang tidak bertanggungjawab dan menyalahgunakan kepercayaan kerajaan terhadap mereka sehinggakan rumah pprt jadi cam ni…
    Jadi saya harap pihak berkenaan ambil tindakan tegas kepada kontraktor seperti ni sebagai pengajaran kepada kontraktor lain…

  19. KamusKitab on December 18th, 2009 at 11:22 pm

    Ooh ya… saya tak sabar pula mau tau jawapan dari KPLB… Harap2 penjelasan mereka mampu meleraikan kesedihan Ibu tunggal ni dan yang paling penting perkara ni selesai.

Leave a Reply


  AKHBAR ALTERNATIF   AKHBAR PERDANA   RADIO  &  TV   PERTUBUHAN / NGO   BICARA AGAMA
# TKOdaily
# Malaysiakini
# Harakahdaily
# Sabahkini
# Siasahdaily
# Detikdaily
# Klpos.com
# MalaysiaDigest
# Tranungkite
# Buletin Online
# Berita Harian
# Utusan Malaysia
# Bernama
# Harian Metro
# Sinar Harian
# MStar Online
# Berita RTM
# Sabah Tourism
# SabahTimes
# DailyExpress
# WebTV Pas
# WTV8
# TV Ceramah
# Grapes Nasyid
# Kuliah.net
# Darulsalam
# Era FM
# Ikim FM
# Muzik FM
# Nasyid FM
# IKIM
# Fomca
# Aliran
# Suaram
# Amal Malaysia
# Halal Jakim
# Bersih
# UMS
# Sabah EDU
# Info Sabah
# Zaharuddin
# Ust. Nasrudin
# Saifulislam
# Ilmu & Ulama
# Harun Yahya
# Minda Super
# Jarum Emas
# Dr Mohd Asri
# Warisan Nabawi
# Mesra Rakyat

 

 

Hakcipta @ 2008 Sabahdaily.com

Email : sabahdaily[a]gmail.com

Powered by FeedBurner Mesothelioma Add to Google Reader or Homepage Add to Technorati Favorites