Saya pernah sertai kursus Biro Tata Negara (BTN) lebih 20 tahun lepas. Ketika itu di UKM. Kalau tak silap ingatan saya, Dr Kamarudin Kachar ada di situ. Modul, ceramah dan pengisian banyak membangkitkan sentimen memperkukuhkan ke’Melayu’an anda. Sejarah kemerdekaan, nasib anak bangsa khususnya Melayu, ekonomi Melayu..dan banyak pasal Melayulah ringkasnya diceramahkan. Maaf, di’doktrin’kan.
Dalam seminggu ini, timbul isu BTN. Kerajaan Selangor boikot BTN (dan bagusnya kalau negeri-negeri di bawah Pakatan yang lain pun ikut sama boikot). Dalam keadaan demikian, pemimpin kerajaan, termasuk media utamanya mempertahankan BTN. Dicanangkan: Kursus Biro Tata Negara pupuk perpaduan, Kursus BTN padat ilmu kenegaraan, Kursus Biro Tata Negara cetus semangat cintakan tanah air dan macam-macamlah.
Tiba-tiba Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz berkata Kurikulum BTN akan dirombak semula supaya lebih serasi dengan konsep 1Malaysia. Yang mana satu nak pakai ni? Mana yang benar? BTN dah elok, BTN dah sesuai, BTN pupuk perpaduan atau memang BTN doktrinkan ideologi UMNO/BN sahaja atau apa sebenarnya?
Ini celaru namanya. Yang satu pihak kata dah elok, Nazri kata kena rombak. Memang nampaknya kurikulum BTN ada masalah. Kalau sungguh seperti kata para Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan media utama, maka kurikulum BTN jangan dirombak.
Biarkan sahaja BTN dengan modul usangnya dan biarkan kerajaan di bawah Pakatan yang memboikot program BTN kerana memang ia men’doktrinkan’ ke’Melayu’an anda tanpa peduli Islam dan kaum lain.
-niknasri.com





















benda kalu dah tak betul akan bocor juga kan. manusia merancang ALLLAH menentukan je bn umno jgn angkuh sangat menutup agenda disebalik BTN
Memangpun BTN tidak memupuk perpaduan. Saya pernah dipaksa menghadirinya ketika saya masih dalam perkhidmatan awam konon nya untuk syarat kenaikan pangkat. Apa yang saya dapat. Saya membenci BTN kerana dia menyuruh kita membenci kaum-kaum lain di Malaysia kecuali Melayu tetapi saya bukan Melayu.
Selepas kursus semua nota saya masukkan kedalam tong sampah sebab nya tiada faedah menyimpan nya kerana ia hanya membangkitkan kemarahan saya terhadap BTN.
Saya berpencen tanpa sebarang kenaikan pangkat walaupun saya mempunyai kelulusan, memenuhi segala syarat termasuk lah menghadiri BTN. Jawapan yang jelas ialah kerana saya bukan orang Melayu.
Inilah hakikatnya. Cuma pemimpin-pemimpin kita melindungi segala yang tidak betul kerana kepentingan politik sempit mereka.
itu bukan isu melayu atau tidak, itu isu umno atau tidak.. mana yang sokong umno dia bagi macam-macam.. tengok orang melayu di KL merempat macam pendatang asing.. melayu kelantan misikin macam pendatang bangla… bodoh la orang melayu yang skong umno-bn… kau tidak dapat kenaikan bukan sebab kau bukan melayu tu gaman.. sebab kau bukan orang umno…
Dari apa yang saya ingat BTN dapat membantu memupuk perpaduan…ini secara mata kasarlah…. bila timbul pelbagai isu berkaitan, saya mula muskil tetang BTN ini…
If this BTN does not functioning well, end it!
BTN nak rombak modul kah atau tidah sama saja peranan BTN tu…tidak lain demi kepentingan politik mereka sahaja.
Finally the truth speaks. That’s something wrong with BTN but kept denying it. What happen now? Look through it.
I’m truly believed something went wrong in BTN policy. Everybody is questioning now.
BTN ni tidak kurang seperti membuka pekung di dada. Kalau benar terdapatnya salah silap, mengaku ja la.Ini berabis mau cakap yang BTN ni teda masalah..hujung2 kasi rombak modulnya..BTN hilang arahnya.
End it la… no need to ask our youngster to join this BTN anymore…..if this BTN cannot guaranteed us to be a better person, what for?