WALAUPUN diselubungi dengan masalah kerendahan moral dan ketirisan kecekapan anggota, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) yang difaraidkan Kapal Perang Dunia Kedua masih mahu menunjukkan ‘taring tumpul’ dengan membawa wartawan Sabah ‘belayar sambil menunjukkan aksi’ kehebatan mereka sebagai Penanda Aras Penguasaan global Wilayah Maritim di Malaysia.
Wartawan yang dibuai keseronokan kerana berpeluang melancong dengan KM Banggi tidak menyedari ‘agenda di sebalik enigma’ APMM yang semakin karam dengan pelbagai masalah dalaman seperti rasuah dan salahgunakuasa yang menjerut imej Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin setelah Perdana Menteri disanggah dengan kes kehilangan engine jet ketika menjadi Menteri Pertahanan.
Ketua Penguatkuasa APMM, Laksamana Pertama Kapten Mohd Taha dan Pengarah Operasi Wilayah Kapten Amir Azhua, tanpa sedar telah menyalahgunakuasa membazirkan wang awam semata-mata untuk membina hijab yang menghalang wartawan menghidu kejalangan yang mereka lakukan selama ini.
APMM yang mempunyai cita-cita menggunung tetapi dikekang anggota kurang kekompetensi kerana tidak mempunyai komitmen dan kekurangan semangat patriotik disebabkan sudah berkarat jiwa ketika berkhidmat dengan TLDM sebelum ‘dijual’ kepada APMM secara borong atau lambak.
Bagaikan membenamkan paku ke leher Pontianak, laporan Sabahkini.net membuktikan bahawa hampir semua pegawai yang tidak berdisiplin diwariskan kepada APMM menanam sikap buruk dan amalan keji yang membudayakan rasuah dan gejala songsang di dalam kapal yang menghirup wang rakyat.
Lt Madya Mohd Khair Baharom dan Bintara Muda Tadza adalah dua contoh personel berlainan pangkat dalam APMM tetapi daripada spesis yang sama kerana mempunyai ‘dua personaliti’; sebagai pegawai awam di suatu masa dan sebagai pengedar dan penagih dadah dalam masa yang sama.
Memandangkan dua personel ini telah dicekup Anti Narkotik PDRM dan demi untuk ‘cover-up’ isu yang boleh mencemar imej Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipertanggung jawab menjaga agensi penguatkuasa ini, maka APMM Sabah bukan sahaja memindahkan dua fail sulit personel ini ke Putrajaya, malah menukarkan mereka jauh daripada Sabah untuk menutup mulut dan memadam bukti yang ada pada mereka.
Bintara Muda Tadza Mustafa misalnya adalah ‘harta yang paling bernilai’ bagi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika mereka ingin membongkar Skandal Seks, rasuah dan salahgunakuasa dalam APMM yang melibatkan hampir tiga perempat personel APMM.
Tadza tahu siapa yang terlibat melanggan ‘GRO’ dan membawa ‘Bohsia’ masuk ke dalam Kapal KM Banggi semasa penyelenggaraan yang menelan belanja RM25 juta di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Teluk Sepanggar.
Tadza juga tahu kenapa Pegawai Komander KM Banggi, Vincent Rajamoney ditukar ke Putrajaya serta merta dan kenapa isteri Bintara Muda Tarmizi datang berjumpa suaminya di KM Banggi kerana Tarmizi berkahwin mengejut dengan seorang GRO yang selama ini melayan Tarmizi di atas kapal APMM berkenaan.
Ketika KM Banggi diselenggara di Kota Kinabalu, hampir kesemua personel kapal berkenaan asyik berseronok dengan pelacur atau GRO sehingga tiada pegawai yang menjaga kerja-kerja penyelenggaraan; namun Tadza adalah Kunci yang menyimpan rahsia semua kejalangan yang dilakukan oleh Pegawai APMM di atas Kapal Banggi secara tepat.
Akibatnya, seorang Pegawai kontrak APMM yang selama ini jujur seperti Tarmizi sanggup berlaku curang di belakang isteri dan terjebak dengan cinta tiga segi dan pelbagai kegiatan jenayah lain yang mencemar maruahnya.
Mungkin wartawan dan rakyat kebanyakan tidak mengetahui kos sebenar perbelanjaan KM Banggi bagi setiap pelayaran; apatah lagi ianya terlalu mahal kerana mempunyai 72 krew dan menggunakan minyak lebih RM100,000, tidak termasuk bekalan makanan RM15,000 bagi setiap pelayaran yang dilakukan dalam tempoh dua minggu sekali.
KM Banggi yang dipatenkan atau diwar-warkan sebagai kapal tercanggih APMM hanya gah pada nama, namun apabila rapat ke jeti akan bertukar menjadi Pusat Pelacuran kerana Bintara Muda Tadza Mustafa membawa pelacur untuk memuaskan nafsu anak-anak kapal; menjadi Pusat Perjudian, Pusat Arak dan Penagihan Dadah tanpa kawalan.
Menurut sumber dalaman KM Banggi, Tadza sering membawa antara sepuluh hingga dua puluh lima orang pelacur untuk memuaskan nafsu anak kapal KM Banggi secara ‘bergotong royong’ terutama yang mengalami penagihan syabu dan memerlukan wanita untuk melampiaskan gian mereka seminggu selepas mengambil syabu.
Walaupun Tadza mengalami masalah ‘Facial Paralysis’ akibat pengambilan syabu secara berlebihan, namun beliau tidak pernah diarah untuk menjalani ujian air kencing kerana menjadi saksi mata kepada segala kejalangan yang berlaku di atas Kapal KM Banggi.
Sewajarnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjadikan Tadza sebagai saksi utama untuk membongkar segala Skandal Rasuah terutama penyeludupan minyak diesel melalui KM Berani dan KM Ikhlas kerana Tadza terlalu penakut walaupun bertubuh besar dan mudah memberikan bukti jika tertekan kerana gian dadah. Sebagai ‘Mat Gian’ Tadza sanggup menjual kawan untuk menyelamatkan dirinya.
“Dia dan Khair mengetahui segala-galanya dan menjadi saksi mata kepada kejalangan yang dilakukan oleh pasukan APMM, terutama kes penyeludupan minyak diesel. Pasal itu dia ditukar segera ke APMM Langkawi dan Khiar ke Kuala Perlis bagi menutup kes Syabu yang dilakukan Khair,” ujar ‘Deep Throat’ APMM di Kota Kinabalu yang bimbang kedua saksi mata ini akan dilenyapkan bagi melupuskan bukti.
Dalam pada itu, mesyuarat pegawai APMM Sabah di Kota Kinabalu baru-baru ini menemui jalan buntu untuk menyelesaikan isu yang dilaporkan Sabahkini.net kerana tidak ada pegawai yang berani mengesyorkan sesuatu. Kesemua pegawai yang menghadiri mesyuarat berkenaan melahirkan kebimbangan akan berlaku rombakan dalam APMM kerana isu dadah, pelacuran dan penyeludupan minyak diesel yang disifatkan telah mencemarkan imej APMM.
Menurut ‘Deep Throat’ APMM lagi, Pengarah Pentadbiran APMM Sabah, Nurlianeh yang sudah mendapat bayangan akan ditukarkan segera ke Semenanjung Malaysia, cuba menggunakan beberapa wartawan dan kabel yang dipercayai untuk berunding dan menyelesaikan isu ini secara saksama dengan Editor Sabahkini.net bagi membersihkan namanya kerana bimbang jika mengheret Sabahkini.net ke mahkamah akan menyerlahkan apa yang disorok selama ini.
Lebih melucukan, Pengarah APMM Sabah, telah menyalahguna kuasanya membawa wartawan belayar dengan kapal APMM untuk membuktikan kehebatan APMM yang menggunakan kapal perang dunia kedua dan dakwaan Sabahkini.net meleset.
Namun amat menghairankan kenapa wartawan tidak di bawa ke Kapal KM Berani dan KM Ikhlas yang didakwa menyeludup minyak diesel milik APMM dan hanya menggunakan KM Banggi yang sebelum ini menjadi Agen Penyeludupan Syabu dan Pusat Pelacuran?.
Sementara itu, Editor Sabahkini.net yang berbulan madu di Langkawi melaporkan beberapa kelibat anggota APMM dan Risik APMM sedang memperhatikan gerak-gerinya dan terpaksa memendekkan percutiannya setelah merasa terganggu dengan kehadiran ramai pegawai APMM yang mengambil gambar daripada jauh dan sentiasa mengekorinya.
Seorang anggota APMM yang bertubuh gempal dipercayai Tadza sedang memeriksa semua Chalet dan hotel untuk mengesan jejak Editor Sabahkini.net di Langkawi, namun gagal mengesan Editor Sabahkini.net yang dihubunginya baru-baru ini yang terpaksa bermalam di dalam bot laju sebelum berangkat ke suatu arah yang belum diketahui.
Bagaimanapun, dipercayai Editor berkenaan masih berada di Langkawi dan sedang menjalankan siasatan latar belakang Tadza dan Khair yang dipercayai berada di Kuala Lumpur kerana ingin membongkar enigma yang selama ini disimpan rapi APMM.
Wartawan Sabahkini.net akan terus membongkar Skandal APMM sehingga SPRM menjalankan siasatan rapi dan mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan sebagaimana kejayaan beberapa siri pembongkaran sebelum ini.
Oleh: HAFIZ JAMAIL (sabahkini)





















saya salah sorg gadis dari ranau.
pernah kerja di pub area kk.
saya pernah ke kapal itu 2kali untuk………
mereka bawa saya..
One day, when I am rich. I must tour in a cruise ship too.
No name, syok kah atas kapal tu?
saya juga pernah mendengar anak-anak kapal bawa perampuan didalam kapal. ini kisah benar, nasib baik perampuan tersebut di kahwini oleh lelaki tersebut. saya harap kegiatan sumbang anak-anak kapal ini perlu diawasi dan dipantau selalu oleh kakitangan kementerian pertahanan.
Benarla UMNO itu busuk hingga ke ususnya. Agensi mereka wujudkan hanya retorik semata2. Sebenarnya banyak lagi agensi kerajaan yang tidak mendokong aspirasi negara. Kesian golongan yang jujur yang bersusah payah berusaha menambah nilai moral masyarakat sia2 sje.
Apa yang di hairankan. Pemimpin-pemimpin UMNO sendiri pun banyak yang tidak bermoral. Tentu lah anak-anak buah mereka bersikap sedemikian. Ada yang womeniser, tahi judi, tahi jackpot (one-arm bandit machine) dan menipu rakyat.
Setelah membaca artikel ini, aku rasa sangsi bertambah confius,,
Betul ke? artikel ni. setahu aku agensi kerajaan yang beruniform amat tinggi moral dan tahap disiplin mereka. mana dapat cerita sebegini, sahihkah maklumat yang diterima.
Entah.. nak bawa masuk minah ramai2 kat kapal tu.. lepas ke kat gate Navy?
Salam..
sabahkini.com rasa2nya ada duit ke Juta2? ini dah melibatkan beberapa individu dan Jabatan kerajaan,
Jangan fikir diam2 depa, x de pe2 kot…
Air yang tenang jgn disangka tiada BUAYA
Sarang Tebuan jgn DIJOLOK
Lu Pikir le Sendili
Asslm kum…
Dah…Dah… Jgn layan depa ni
Negara kita ada undeng2, Masing2 bleh buktikan
di mahkamah.
Ini nak cari publisiti murah ni…
Kalau Sabahkini betul… Lapokan je kat pihak bertanggungjawab
Bukan tulis diBlog mcm ni..
Ada berani ka???
No name, betulkah kata mu?
I was wondering who the hell is this fellow named Hampeh and Ham Jadda..Hurm..
Whatever, on the side note, i wonder if this is true…
I was wondering myself too uncle..
But I still prefer to go on a Star Cruise Ship like the Star Cruise Virgo, Libra, Aquarius, Pisces and the MegaStar Aries..
Not on some pathetic, lame-ass ship..I wouldn’t say that is a bloody cruise-ship..
Bringing chix on the board? Doesn’t there any security of the Maritime personnel knows about this?
I thought as an ex-Royal Malaysian Navy, they have high discipline and morals or just because they are at the sea and became a bunch of horny and sex-addict Maritime Personnel?
Peh…
Eh? Chill Day-break…I’m sure the cats will be out of the bag..Knowing SabahKini.net, i’m sure something will come up..another bombshell perhaps?
Yeah, Day-break..Relax will ya..
Berani kerana benar, takut kerana salah…
We will just have to wait and see another revelation by SabahKini.net if not now, soon…
SEBAGAI MANA TOK GURU SAHIBUS SAMAHAH UCAPKAN DALAM BERITA KEPADA LAMA BLOGERS
SAYA ULANGI : CELAKA DEMO NI… MEMANG CELAKA.. CELAKA…
ANAK JAMALULAI CELAKA… MAT MD CELAKA…
SABAHKINI CELAKA… SABAHDAILY CELAKA….
PENAKUT…
Tak de ke lagi artikel sensasi… Aku dok baca tiap2 hari.., memang excited nak baca
dan tahu… Mesti ada lagi cerita tersembunyi yang ingin aku tahu. Apa kesudahan cerita
ini.. Ending dia mcmana bai. Aku tak nak cerita seperti angin lalu atau hangat2 taik
ayam. Aku nak tahu sape yang diseret ke muka pengadilan… yang dituduh ke
atau yang syok2 tulis kat sesawang ni..
GREETING EVERYBODY…
I’M NEVER HURT SOMEBODY WITHOUT ANY REASON BEFORE..
BUT WHAT SHOULD YOU DO IF SOMEONE BEING FRAME YOU..
WHAT THE BEST WAYS YOU WANT TO DEFENSE AND CLEAR UP YOUR DIGNITY..
LET THEM GO … CAUSE IT NOT TRUE AT ALL…
LET THEM GO….
its maybe true,but i’m not agree 3/4 personnel of apmm like what they said,i think they (sabah.net) should travel more around malaysia then they know,and i believe there are still apmm’s doin they job as they ask for.
Hey, watch what you’re talking over here.
give us some proof, dont attack all the MMEA family here.
We are trained by the NAVY, raised by the NAVY lifestyle.
Wanna know the truth, JOin the MMEA today.
Sudah la, aku pun kakitangan kerajaan jugak… idak la busuk hati sangat macam writer nie.. mende mu nie. Korang pun yang bijak pandai tu…fikir2 la betul ke idak…. zaman le nie banyak yg celik IT tapi bodoh tata rakyat… aku tak kata cerita mamat nie tak betul… Orang SPRM pun bukan semua jujur… orang islam kat m’sia berapa peratus sgt yang jaga sembahyang. Kalu betul siasat dan buat le yg patut ikut law, kalu salah… orang tulis cerita nie tak layak bersama kita dalam 1malaysia.
askm..pe lah korang ne… ingat senang sgt ke nak masuk gate navy tu…sapa2 yang pernah masuk baru tau. rasanya….aku rasa pae yg penulis ne buat semata bohongan belaka…lau org nak kahwin satu lagi salah sangat ke…kan laki leh kawin 4..pe nak heran…lantak la org nak kawin…tu pun nak heboh…jgn2 penulis ne x dpt kawin nak tambah 1 lagi ke bos…hahahaaaaa…kta sesama manusia pasti ada kelamahan…x da yg sempurna tau…jgn ckap je lebih…buktikan dulu…negara kan ada undang2….berani kerana benar takut kerana pintar…blah la woi…
askm..pe lah korang ne… ingat senang sgt ke nak masuk gate navy tu…sapa2 yang pernah masuk baru tau. rasanya….aku rasa pae yg penulis ne buat semata bohongan belaka…lau org nak kahwin satu lagi salah sangat ke…kan laki leh kawin 4..pe nak heran…lantak la org nak kawin…tu pun nak heboh…jgn2 penulis ne x dpt kawin nak tambah 1 lagi ke bos…hahahaaaaa…kta sesama manusia pasti ada kelamahan…x da yg sempurna tau…jgn ckap je lebih…buktikan dulu…negara kan ada undang2….berani kerana benar takut kerana pintar…blah la woi…
ayat wartawan ni, macam puki mak dia. aku pun bekas navy tapi x de le berkarat macam otak wartawan yang dah sial ni.
taik punya penulis nee…..
hahahahha lucu nya artikel ni. macam takda idea lain ka nak burukkan unit beruniform ni. Apapun bagus juga la perkara ni diberi perhatian, supaya tak berlaku mcm yg ditulis oleh penulis kreatif ni. hehhee
no name dorang bawa ka atau ko yang mau ikut. hehehe
Jgn marah, saja nak tanya sebab logiknya bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi ;P
Sabar kamu.. Biarlah penulis ni tulis sesedap rasa yang penting masih ramai pembaca diluar sana yang tahu membezakan betul atau tak hal ni.
Tak perlu melatah hanya kerana wartawan yg baru mula menulis. hehehe
Tak percaya la hal ni. Saya ramai kawan navy tapi OK ja dorang tu takda pun ciri2 mcm yg penulis ni cakap. Kalau betul mana buktinya???
Kalau ya pun tak suka kerajaan dan agensi dibawah kerajaan tak payah la bah tulis perkara mengarut macam ni. Kesian navy2 yg bagus, tak pasal2 dorang terpalit sama.
Tapi bagi saya, saya tak akan percaya kalau takda bukti. setakat cakap ja saya pun boleh buat… hehehhehee
Haha.. Dulu saya pernah kerja servis Air-cond di Labuan. Semua bangunan agensi kerajaan dah pernah saya masuk. TUDM, TLDM saya pernah masuk juga. Kawalan di sana memang ketat. Pintu masuk pagar utama mesti kena tinggalkan IC, pastu kena bagi kad pelawat. Masuk dalam, ada gate lagi, kad tadi pun kena tukar. Kalau ada gate lagi, tukar lagi. Bila masuk bilik kawalan, semua peralatan komputer ka, sistem radio ka, peta ka, (saya pun tidak tau mesin apa semua tu) semuanya akan ditutup – logiknya mungkin supaya orang awam tidak nampak lah kot maklumat sulit.. Saya rasa bukan senang mau masuk ke kawasan diorang apatah lagi mau masuk ke kapal. Cerita ni macam kurang sempurna ke’temberang’an diaa saja niii.. anyway, good story..haha
kena terima la hakikat bahawa ramai pegawai2 kerajaan d negara ni mengamal kn dasar salah guna kuasa termasuk jga org2 politik di negara ini……..