Kos daki Gunung Kinabalu meningkat

Slogan Cuti-cuti Malaysia tidak bermakna jika rakyat Sabah sendiri tidak dapat melancong di negeri sendiri memandangkan kos daki gunung Kinabalu meningkat.

Seorang guru kesal dengan tindakan kerajaan menswastakan Koperasi Taman-taman Sabah (KOKTAS) sehingga membebankan masyarakat.

Guru berkenaan mendakwa disebabkan penswastaan tersebut kos untuk melancong di negeri sendiri mencekik darah.

“Orang Sabah sendiri yang mahu mendaki Gunung Kinabalu terpaksa berfikir banyak kali kerana kos dikenakan mencecah RM500 seorang. Kos ini dikenakan untuk bumiputera sahaja, berapa pula kos yang dikenakan untuk pelancong luar? Sebelum penswastaan dilancarkan, kos mendaki gunung sekadar RM200 sahaja…”

Guru berkenaan turut mendakwa beberapa destinasi pelancongan di Sabah yang mengalami kenaikan harga drastik antaranya, Kinabalu National Park, Mesilau Nature Resort, Laban rata Resthouse, Poring Hot Spring dan Manukan Island Resort. Difahamkan semua destinasi ini di bawah pengurusan Sutera Sanctuary Lodges (SSL).

“Pihak pengurusan hanya memikirkan keuntungan tetapi tidak mempertimbangkan kemampuan masyarakat. Saya tidak kisah pihak pengurusan mana yang mengendalikan pengurusan pendakian Gunung Kinabalu ini, tetapi sekurang-kurangnya fikirkan rakyat Sabah ini sendiri.”

Guru ini juga memohon pihak yang berkenaan dapat mendengar masalah ini sekaligus membuat pertimbangan wajar.

“Saya sedia maklum untuk membetulkan keadaan ini bukannya mudah dan memerlukan masa tapi sekurang-kurangnya ada perubahan untuk masa akan datang supaya anak-anak kita tiada alasan untuk melancong di negara orang,” ujar beliau lagi.

Actionline berjaya mendapat maklum balas dari pihak Kementerian Pelancongan dan Alam Sekitar Sabah.
Menurut emel yang dihantar oleh wakil kementerian itu, kadar yang dikenakan untuk mendaki Gunung Kinabalu oleh pihak syarikat konsesi adalah termasuk pakej penginapan dan makan dan minum serta beberapa kemudahan yang lain.

Khidmat tempat tinggal dan restoran di Taman Kinabalu telah diswastakan pada tahun 1998. Kos penginapan telah dipakejkan bersama makan dan minum oleh syarikat konsesi berkenaan. Ini adalah punca yang mengakibatkan kos mendaki naik.

Lesen mendaki kekal RM30 untuk orang tempatan dan RM100 bagi pelancong asing serta RM7 seorang untuk insuran kemalangan. Manakala bayaran penginapan termurah di Laban Rata ialah RM40 semalam untuk rakyat tempatan dan RM60 untuk pelancong asing, manakala syarikat konsesi telah menyediakan pakej bernilai RM330 termasuk untuk bayaran mendaki gunung.

Kadar bayaran untuk Malim Gunung pula antara RM85 hingga RM120 sehari. Bayaran Malim adalah bergantung kepada jumlah pendaki tetapi kebiasaanya tidak melebihi 4 orang pendaki bagi seorang Malim Gunung. Bagi bayaran Porter yang akan mengangkat barang pendaki pula, kadar bayaran mereka adalah sekitar RM6.60 hingga RM7.60 sekilo.

Malim Gunung dan Porter terdiri daripada rakyat tempatan dan mereka sendiri yang menetapkan kadar ini dan pembayaran yang diberikan oleh para pendaki akan dibayar terus kepada Malim Gunung dan Porter berkenaan. -NST

Share |


Maklumat ini telah diterbitkan pada Wednesday, December 2nd, 2009 dalam kategori berita, sabah. Anda boleh mengikuti komen berkaitan maklumat ini melalui feed RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan komen , atau trackback daripada laman web anda.

41 Responses to “Kos daki Gunung Kinabalu meningkat”

  1. sam on December 2nd, 2009 at 2:49 pm

    saya sudah lama dengar dan tahu tentang kenaikan kadar yuran yg dikenakan terhadap para pelawat yg ingin melawat dan masuk di taman-taman negara di Sabah. Kenaikan kos ini berlaku semasa Datuk Dompok menjadi ketua menteri Sabah. Kerajaan pada masa itu telah mengswastakan taman-taman negara seperti Kinabalu National Park, Mesilau Nature resort, Laban Rata Resthouse, Poring Hot Spring dan Manukan Island Resort, pengswastaan taman-taman negara ini sudah tentu berkepentingan politik dan ada udang di bawah mee.

  2. zie on December 2nd, 2009 at 3:26 pm

    sedih jugak la..suda lala sy teringin mendaki gunung kinabalu tp tidak berkesempatan kerana kos nya terlalu mahal..ingat kan kalu da berkerja adala duit untuk bayar yuran tp makin mahal la pulak yuran nya…

  3. orangbiasa on December 2nd, 2009 at 8:20 pm

    aku sudah niak pada tahun 2000,tapi klu disuru naik kali ke dua, free pun aku ndak mau naik, sengsara bah…ini lg sekrang kena bayar rm500, tambah ndak ada nafsu ku mau naik….undi lg BN (Barang Naik)

  4. PKRKgau on December 3rd, 2009 at 12:32 am

    Kesian dgn sdra zie asyik2 dga masalah kewangan…kalau nak perubahan tu undilah Parti Pembangkang pada PRU13 nti pasti sdra zie akan melihat satu perubahan besar ygakan berlaku baik utk sdra zie dan rakyat sabah..

  5. zie on December 3rd, 2009 at 8:13 am

    sy ni memeng pembangkang kerajaan…sy xundi BN tp pembangkang x pandai menang2..susa la kalu begini terus..

  6. 1 Malaysia on December 3rd, 2009 at 8:22 am

    Dalam perjuangan menegakkan keadilan Zie perlukan ketabahan dan kesabaran tahap maxima,so bermula kelmarin tanam semangat dan matlamat untuk menumbangkan BN (Barang Naik ) kata Orangbiasa PRU 13 nanti……..Jangan putus asa teruskan perjuangan berkempen melalui saluran apa sekalipun yang penting orang kampung tau akan mereka sentiasa diperbodohkan oleh kepimpinan BN selamanya!!!!!!!!

  7. zie on December 3rd, 2009 at 9:28 am

    ha3 ya betul4….

  8. Hireaki on December 3rd, 2009 at 9:48 am

    It is true to say that having fun in your own place is much more expensive. There is why more people are eager to do external travelling. Much cheaper and more things to see.

  9. machoman sabah on December 3rd, 2009 at 9:50 am

    bn umno dah tak tahu nak buat apa jadi gunung kinabalu pun jadi mangsa..dah habis ke yang lain..

  10. Alamaik on December 3rd, 2009 at 9:52 am

    Sia tinguk walaupun bayaran mahal2 p sana, x juga kaya2 kita ni.Mana pigi semua usin tu ah?Kalau ko bilang kasi maju tu prasarana sana, cam begitu juga sia nampak. Masih ada taik gigi malakat. Apalah? Cakap orang Sabah suka melancong tampat lain..macam mana juga kalau harga di sini jauh lebih mahal wpun dalam tampat sendiri?Pening2..

  11. tampulalanggoi on December 3rd, 2009 at 9:56 am

    Mula-mula Pulau Labuan sekarang ini Kinabalu National Park, Meliau Nature Resort, Laban Rata Resthouse, Poring Hot Spring dan Manukan Island Resort. Mana lagi yang akan dikurniakan kepada ……….. Wahai Pemimpin- pemimpin yang kami undi jangan khianati harapan kami, sedarlah sebelum nasi jadi bubur dan bubur jadi basi, baih, munos dan bangas. Benar kamu banyak wang untuk membeli, tapi tidak semua dapat dibeli dgn wang. Umur saya sudah menjangkau 70 tahun, namun saya 1000% menyambut saranan 1 Malaysia, kalau saya diizinkan lagi bertemu PRU 13 duit diambil, bayahan, kounsikou, terimakasih, thank you. Tapi grantee saya tidak garit itu TIMBANGAN. Bagaimana kamu yang yang lain? Kerana duit yang diberi itu adalah duit ihsan. Duit kita sendiri juga. Siyou no diya, bye-bye gaman.

  12. sam on December 3rd, 2009 at 11:06 am

    Bersabar kawan-kawan,saya ada cara untuk menetahui siapa punya syarikat yg menjalankan bisnes di taman-taman negara dan mengaut keuntungan untuk memenuhi poket mereka.Kita berjumpa lagi sebelum PRU nanti.

  13. KOGIU on December 3rd, 2009 at 11:39 am

    Saya fikir harga naik sebab itu kerja syarikat yang kontrek di Taman nasional Kinabalu,
    diorang kasi naik, tapi berangkali kos terlalu tinggi penyelanggaraan maka naiklah juga itu bayaran… macam orang tempatan kurang yang berkunjung disana, paling2 pun merayau-rayau dikakit-kaki gunung saja. Saya pernah naik gunung Kinabalu pada tahun 1982, saya rasa cukup sekali sajalah tidak mau ulang kedua kali..hoii penat aman, semua peha, betis sakit.., 7 lapis baju pun masih sejuk menusuk kedalam tulang. bawa barang 6kg sampai puncak,… jadi yg banyak mendaki orang luar negeri, itu sajalah penginapan dan makanan sangat mahal

  14. Andray on December 3rd, 2009 at 1:17 pm

    Sabahans should have the special discount or cheapest price…Our own Mountain…must be the privileges goes to us…

  15. trinity on December 3rd, 2009 at 2:25 pm

    kalau ni taun sdh rm500 cost naik gunung…nti taun 2012 brapa sdh laitu ar…kali buli smpai 1k noh.atukatuk kah dih gaman…sisian noh budak2 yg akan dtg.silap2 haribulan urang tempatan teda yg mau naik gunung sdh.sukup la gunung sna penampang…buli jg baitu nmpak tu gunung kinabalu dr jauh.sorou poh la….

  16. kiulu boy on December 3rd, 2009 at 3:26 pm

    Kita semua berhak menikmati keindahan kurnia Tuhan pada kita. Jangan menhalang dengan kos -kos yang tidak berpatutan.

  17. faye on December 3rd, 2009 at 3:33 pm

    Gaji saya baru 750 sebulan. Buat masa ini cita-cita saya mendaki Gunung tidak akan tercapai.

  18. klipklip on December 3rd, 2009 at 3:40 pm

    Malenisma baru perlu diwujudkan kerajaan untuk pengurusan Taman-Taman Negara da Negeri supaya ia tidak menjadi alat mencetak duit bagi pihak tertentu dan hak kita dikorbankan.

  19. Aryaa on December 3rd, 2009 at 4:01 pm

    huhuhuhu…Makin mahal rupanya…isk,isk..

  20. Leon on December 3rd, 2009 at 4:03 pm

    Dei, I was about to visit National Park but the entrance fee is pricey. Kalah2 mo belik barang mahal harganya..

  21. SindraRichie on December 3rd, 2009 at 4:06 pm

    I wonder what the reason behind the price hiking up? It’s like almost every year. There should be a price difference between the locals and tourist.

  22. lenny on December 3rd, 2009 at 6:34 pm

    well i don’t think that sabahans happy with this….i think we should have a different price, the lowest price..i guess…i do hope that this issue did not manipulated and not be one of the politics issue….

  23. Nate on December 4th, 2009 at 8:25 am

    As usual, the major issues are not resolved but more and more minor issues are expanded. Damn them all.

  24. roxy on December 4th, 2009 at 8:31 am

    I smell something fishy behind this. We are a tourism state, there should be affordable prices for all the entertainment here. But instead, the high prices was getting higher by the minute. What is the meaning of this? I demand an explanation.

  25. Andray on December 4th, 2009 at 9:18 am

    So anything new to this issue? is there someone voicing up this matter?

  26. Rack rack on December 4th, 2009 at 10:49 am

    Yes, it’s getting more expensive especially this festive season. I have been looking forward to go there but forget it. It is costly for me. It won’t help me either.

  27. Bag pack on December 4th, 2009 at 11:16 am

    The government should lower the price a bit. Please consider those people who are wishing for decades to climb that mountain. Our salaries aren’t enough to bear.

  28. mata duitan on December 4th, 2009 at 2:50 pm

    Ketinggian G.Kinabalu tidak pernah menambah tetapi kos pendakian pula meningkat mendadak.
    Cabaran utama mendaki Gunung tertinggi Asia Tenggara ini bukan dari cabaran semulajadinya tapi dari cabaran yang dicipta manusia.

  29. tanakwagu09 on December 4th, 2009 at 3:49 pm

    Kalo musim cuti sekolah, entrance fee dia paling mahal. Apatah lagi kalo mo naik Gunung Kinabalu but tue belum lagi campur kalo stay di resort dia..Lagi meletup bila bayar. Adei, cam mana nei..

  30. Day-break on December 4th, 2009 at 3:51 pm

    Andray on December 4th, 2009 at 9:18 am

    So far I haven’t heard anyone from any political voicing this matter up.

    Guess they are still sleeping.

  31. Yuki Eiri on December 4th, 2009 at 3:56 pm

    Oh please dear govt.

    Lower the price will ya?!

  32. KOGIU on December 4th, 2009 at 4:39 pm

    Ampinaimata duitan, kau tidak tahu pula, kita punya gunung kinabalu ini meninggi 1/2 cm setiap tahun, gaman…ini saintis bilang. jangan-jangan dibawah ini gunung ada tekanan gunung berapi..wah kalau ada, susah banyak bukan sikit

  33. SindraRichie on December 4th, 2009 at 9:51 pm

    Is it KOGIU? Growing tall 1/2 cm every year? Very impressive.

  34. Leon on December 4th, 2009 at 9:53 pm

    Serious shit bah? Growing half cm every year?

    Btw, don’t you know KOGIU that our beloved Mount Kinabalu is a sleeping volcano? Otherwise where would the hot spring comes from? ;)

  35. Encore on December 4th, 2009 at 9:55 pm

    UUUWWWAAA! I soooo want to climb the Mount Kinabalu but with the price being jacked up, couldn’t afford it..*cries*

  36. batu mamar on December 5th, 2009 at 11:02 pm

    Cuti-cuti Malaysia??? Mungkin kita tidak lagi mampu jika kerajaan tidak ambil langkah mengatasi masalah ini.
    Mana lagi tempat yang kita mampu melawati jika kos melawat pusat perlancongan tempatan menaik mendadak???

  37. max on December 8th, 2009 at 2:31 pm

    Duit,duit duit. Apa lagi yang ada dalam otak kamu selain duit?
    Kerajaan patut ambil alih pengurusan Taman-taman Sabah.
    Turunkan kadar daki gunung dan kadar pintu masuk taman-taman khas untuk Sabahan.

  38. dirwan on December 9th, 2009 at 4:13 pm

    Soon or later, Mt. Kinabalu is only for those rich and famous. No money, go to climb Bukit Padang. FOC.

  39. Datuk Masidi Manjun on January 10th, 2010 at 12:46 pm

    Untuk makluman tuan puan, saya sebagai Menteri Pelancongan dan Alam Sekitar Sabah turut kesal dan kecewa dengan permasaalahan ini, Penswastaan dilaksanakan dan kenaikan harga untuk pakej pelancongan dubuat adalah disebabkan faktor utama yang tidak dapat dielakkan iaitu ‘duit poket untuk kami’, ‘kami rasuah pun yer jugak’ dan lain-lain untuk kepentingan kami. sekian terima kasih.

    p/s : jangan lupa add saya di Facebook, komen dan puji saya di ‘comment box’ ok.

  40. Ben on January 26th, 2010 at 10:44 pm

    i agree. in future those who are rich and someone in Malaysia only can go to summit Kinabalu, but those who poor and interested to go there can’t make it… only in dreaming…

  41. EsEi on March 10th, 2010 at 10:59 am

    Astaga..penat2 dtg dr KL kejer kat Sabah..bawa harapan nak tawan Gunung Kinabalu yg dicintai..last2 macam ni pulak jadinya..nak nangis pun ada..ish..ish..ish.. (T-T)
    “Hargai Alam Ciptaan Tuhan”

Leave a Reply


  AKHBAR ALTERNATIF   AKHBAR PERDANA   RADIO  &  TV   PERTUBUHAN / NGO   BICARA AGAMA
# TKOdaily
# Malaysiakini
# Harakahdaily
# Sabahkini
# Siasahdaily
# Detikdaily
# Klpos.com
# MalaysiaDigest
# Tranungkite
# Buletin Online
# Berita Harian
# Utusan Malaysia
# Bernama
# Harian Metro
# Sinar Harian
# MStar Online
# Berita RTM
# Sabah Tourism
# SabahTimes
# DailyExpress
# WebTV Pas
# WTV8
# TV Ceramah
# Grapes Nasyid
# Kuliah.net
# Darulsalam
# Era FM
# Ikim FM
# Muzik FM
# Nasyid FM
# IKIM
# Fomca
# Aliran
# Suaram
# Amal Malaysia
# Halal Jakim
# Bersih
# UMS
# Sabah EDU
# Info Sabah
# Zaharuddin
# Ust. Nasrudin
# Saifulislam
# Ilmu & Ulama
# Harun Yahya
# Minda Super
# Jarum Emas
# Dr Mohd Asri
# Warisan Nabawi
# Mesra Rakyat

 

 

Hakcipta @ 2008 Sabahdaily.com

Email : sabahdaily[a]gmail.com

Powered by FeedBurner Mesothelioma Add to Google Reader or Homepage Add to Technorati Favorites