‘Mesin ATM perlu ditambah’ : Kaunselor

KUNAK : Dua buah bank yang beroperasi di sini, Malayan Banking Berhad (Maybank) dan Bank Simpanan Nasional (BSN) digesa manambah bilangan mesin juruwang automatik (ATM) masing-masing kerana kemudahan itu sangat diperlukan oleh orang ramai terutama ketika ‘waktu sibuk’ khususnya ketika pelanggan mereka hendak mengambil gaji.

Kaunselor Majlis Daerah Kunak (MDKNK), Abdul Rahim Wahab berkata, ketika ini bank-bank berkenaan hanya menyediakan sebuah sahaja mesin ATM di luar premis mereka menyebabkan sering berlaku ‘kesesakan’ kepada orang ramai yang berbaris panjang menunggu giliran mereka untuk mengeluarkan wang melalui mesin tersebut.
“Setiap kali ketika tarikh gaji telah tiba dan musim-musim perayaan termasuk Hari Raya, Tahun Baru Cina, Krismas atau Deepavali, berlaku kesesakan di kawasan mesin ATM kerana orang ramai terpaksa berbaris panjang menunggu giliran mereka”, kata Abdul Rahim sambil memberitahu terdapat aduan lisan daripada orang ramai di sini sebelum ini yang mencadangkan supaya pihak Bank berkenaan menambah mesin ATM mereka bagi memudahkan urusan orang ramai.

Menurut beliau, pihak bank juga perlu menyedari keperluan semasa dan mengkajinya serta menambah baik sistem mereka bagi faedah masyarakat bersama.
“Saya percaya dan yakin , pihak pengurusan di bank-bank berkenaan di sini menyedari perkara ini kerana situasi tersebut sudah bertahun-tahun lamanya berlarutan”.
“Konsep 1 Malaysia, Rakyat Didahulukan wajar dipraktik dan diterapkan dalam sistem dan perkhidmatan oleh setiap jabatan bukan sahaja di pihak kerajaan malah meliputi sektor swasta dan juga perbankan”, katanya kepada pemberita di sini.

Ada ketikanya, orang ramai terpaksa ‘membazirkan masa’ selama 20 minit atau lebih daripada itu untuk menunggu giliran mereka kerana terpaksa berbaris panjang di luar premis itu untuk menggunakan mesin ATM di bank-bank berkenaan.
“Lebih menyulitkan lagi, ada juga ibu-ibu yang mengandung dan orang tua terpaksa berdiri lama menunggu giliran mereka kerana hanya satu buah mesin yang disediakan di situ”, jelasnya.

Dalam pada itu, pernah berlaku situasi dimana ketika orang ramai sedang berbaris panjang, tiba-tiba mesin ATM mengalami gangguan atau “Out of service’ secara tiba-tiba dan keadaan itu sangat merumitkan ketika mana masyarakat memerlukan wang segera daripada perkhidmatan tersebut.

- Oleh Ibrahim Tabir
Kunakpress.blogspot.com

Share |


Maklumat ini telah diterbitkan pada Thursday, December 24th, 2009 dalam kategori berita, sabah. Anda boleh mengikuti komen berkaitan maklumat ini melalui feed RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan komen , atau trackback daripada laman web anda.

5 Responses to “‘Mesin ATM perlu ditambah’ : Kaunselor”

  1. Rakyat on December 28th, 2009 at 3:28 pm

    masalah ini sudah lama bah! bikin tension sama penduduk Kunak dan pelanggan bank yang memerlukan perkhidmatan itu terutama musim perayaan dan setiap bulan masa waktu gaji.

    Takkan kakitangan Bank tidak tahu atau sengaja tidak mahu tahu masalah kami orang…

  2. Koichi on December 29th, 2009 at 4:32 pm

    Been there done that..It is time to increase the ATM machines not only in Kunak but also in other areas..

  3. SindraRichie on December 29th, 2009 at 4:34 pm

    Been there, done that..Especially when it is PAYDAY or FESTIVE HOLIDAY!

    The it will be a long line queuing up bcoz the bank only have 1 atm machine.. Oh the pain of queuing up…tsk,tsk..

    More ATM please!

  4. Leon on December 29th, 2009 at 4:36 pm

    I really hate banks who has less ATM machines and people have to sweat and wait bcoz of only 1 ATM machine were used..

    Buck up Maybank and BSN…

  5. Day-break on December 29th, 2009 at 4:38 pm

    You’re not the only one Leon. I too have my fair share on less ATM machines in these 2 banks..

Leave a Reply


  AKHBAR ALTERNATIF   AKHBAR PERDANA   RADIO  &  TV   PERTUBUHAN / NGO   BICARA AGAMA
# TKOdaily
# Malaysiakini
# Harakahdaily
# Sabahkini
# Siasahdaily
# Detikdaily
# Klpos.com
# MalaysiaDigest
# Tranungkite
# Buletin Online
# Berita Harian
# Utusan Malaysia
# Bernama
# Harian Metro
# Sinar Harian
# MStar Online
# Berita RTM
# Sabah Tourism
# SabahTimes
# DailyExpress
# WebTV Pas
# WTV8
# TV Ceramah
# Grapes Nasyid
# Kuliah.net
# Darulsalam
# Era FM
# Ikim FM
# Muzik FM
# Nasyid FM
# IKIM
# Fomca
# Aliran
# Suaram
# Amal Malaysia
# Halal Jakim
# Bersih
# UMS
# Sabah EDU
# Info Sabah
# Zaharuddin
# Ust. Nasrudin
# Saifulislam
# Ilmu & Ulama
# Harun Yahya
# Minda Super
# Jarum Emas
# Dr Mohd Asri
# Warisan Nabawi
# Mesra Rakyat

 

 

Hakcipta @ 2008 Sabahdaily.com

Email : sabahdaily[a]gmail.com

Powered by FeedBurner Mesothelioma Add to Google Reader or Homepage Add to Technorati Favorites