NIOSH minta kerajaan perkenal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di sekolah-sekolah

Institusi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) meminta kerajaan untuk memperkenalkan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) di sekolah-sekolah.

Pengerusinya, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata pihaknya telah menyerahkan kertas cadangan kepada Kementerian Pelajaran berhubung perkara itu.

“Pihak kami telah menyerahkan kertas cadangan untuk memperkenalkan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) di sekolah-sekolah berikutan kemalangan yang pernah terjadi di dalam kelas, dalam makmal dan juga di padang sekolah, bagaimanapun, maklum balas daripada kementerian belum lagi diterima,” katanya.

Menurutnya, beliau telah memaklumkan kepada Ketua Pengarah Kementerian Pendidikan mengenai kesediaan NIOSH dalam membantu memperkenalkan OSH di sekolah-sekolah.

Lee juga telah memberikan maklum balas kepada media mengenai isu had umur bas sekolah yang telah diperpanjangkan dari 20 tahun ke 30 tahun.

Beliau percaya bahawa pihak-pihak yang bertanggungjawab telah membuat kaji selidik mengenai isu ini sebelum mempersetujuinya.

Sehubungan itu, Lee berharap bahawa keselamatan diutamakan dan para pengusaha bas mengikuti garis panduan yang telah disediakan iaitu menghantar bas mereka untuk diperiksa oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer ( PUSPAKOM ) pada masa yang ditetapkan.

Mengenai kemalangan jalan raya yang melibatkan bas dua tingkat dan telah meragut 10 nyawa yang terjadi di Ipoh dua hari lalu, beliau berkata: ” Sudah tiba masanya semua syarikat bas menghantar pemandu mereka untuk mengikuti program atau kursus keselamatan dan kesihatan untuk mengurangkan kemalangan disebabkan oleh kecuaian.

“Pihak syarikat juga harus mempunyai satu polisi bertulis,” kata beliau semasa memberikan ucapan dalam majlis penghargaan kepada media di sebuah hotel terkemuka.

Lee berkata setakat ini seramai 7,053 orang telah dilatih oleh NIOSH sejak 2009 dan pada tahun ini saja NIOSH telah berjaya melatih 2,716 peserta melalui kursus dalaman, kursus awam, kursus passport keselamatan dan seminar yang telah mereka anjurkan.

Beliau meminta media mempromosikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan untuk mengurangkan risiko kemalangan semasa bekerja.

Selain itu, beliau turut menyarankan supaya semua industri yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan sektor pertanian, perladangan dan hospitaliti turut sama menghantar kakitangan mereka untuk mengikuti kursus ’ Safety and Health Officer” yang dianjurkan oleh NIOSH. – HELLINIE SINA

Share |


Maklumat ini telah diterbitkan pada Monday, December 28th, 2009 dalam kategori pendidikan. Anda boleh mengikuti komen berkaitan maklumat ini melalui feed RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan komen , atau trackback daripada laman web anda.

2 Responses to “NIOSH minta kerajaan perkenal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di sekolah-sekolah”

  1. Av on December 31st, 2009 at 3:17 pm

    Satu tindakan yang bijak. Kesedaran sebegini amat diperlukan di kalangan rakyat dan juga agensi2 serta kerajaan. Keselamatan perlu diutamakan dan itu perlu diterapkan sejak dari bangku sekolah lagi.

  2. NIOSH minta kerajaan perkenal Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di sekolah-sekolah « NIOSH Certification on January 3rd, 2010 at 7:17 pm

    [...] sumber : SabahDaily [...]

Leave a Reply


  AKHBAR ALTERNATIF   AKHBAR PERDANA   RADIO  &  TV   PERTUBUHAN / NGO   BICARA AGAMA
# TKOdaily
# Malaysiakini
# Harakahdaily
# Sabahkini
# Siasahdaily
# Detikdaily
# Klpos.com
# MalaysiaDigest
# Tranungkite
# Buletin Online
# Berita Harian
# Utusan Malaysia
# Bernama
# Harian Metro
# Sinar Harian
# MStar Online
# Berita RTM
# Sabah Tourism
# SabahTimes
# DailyExpress
# WebTV Pas
# WTV8
# TV Ceramah
# Grapes Nasyid
# Kuliah.net
# Darulsalam
# Era FM
# Ikim FM
# Muzik FM
# Nasyid FM
# IKIM
# Fomca
# Aliran
# Suaram
# Amal Malaysia
# Halal Jakim
# Bersih
# UMS
# Sabah EDU
# Info Sabah
# Zaharuddin
# Ust. Nasrudin
# Saifulislam
# Ilmu & Ulama
# Harun Yahya
# Minda Super
# Jarum Emas
# Dr Mohd Asri
# Warisan Nabawi
# Mesra Rakyat

 

 

Hakcipta @ 2008 Sabahdaily.com

Email : sabahdaily[a]gmail.com

Powered by FeedBurner Mesothelioma Add to Google Reader or Homepage Add to Technorati Favorites