Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) Tan Sri Joseph Kurup Isnin mengakui bahawa parti itu belum mencatat pencapaian yang membanggakan sejak ianya ditubuhkan 15 tahun lepas.
“Kita harus kaji kenapa ini berlaku. Kalau terus keadaan ini, kalau tiada tulang belakang untuk memajukan parti ini, maka parti ini akan lenyap.
“Setiap tahun kita adakan mesyuarat agung tahunan tapi kesan belum lagi kelihatan. Kita harus kaji kesilapan kita,” katanya ketika merasmikan perhimpunan perwakilan tahunan ke-14 pergerakan Pemuda dan Wanita PBRS di sini Isnin.
Kurup, yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, meminta anggota PBRS supaya mengkaji kelemahan dan kekurangan dalam parti itu, kerana jika tidak, PBRS akan lenyap pada masa depan.
Beliau berkata perbuatan berebut kuasa dalam parti juga mempunyai risiko tinggi untuk membawa kepada kemusnahan.
“Kalau ada orang mahu rampas kuasa, tidak dapat tunggu (hingga giliran), sebenarnya bukan saja boleh memecahbelahkan kita, tetapi juga melenyapkan parti,” katanya.
Kurup berkata memang secara semula jadi pemimpin akan melihat golongan muda sebagai pengganti mereka dan akan menyerahkan kepimpinan kepada orang muda pada masa yang sesuai.
“(Tetapi) dalam proses kita memilih pengganti juga kita mesti cari yang berkaliber, memberi keutamaan kepada kepentingan rakyat dan berdisiplin, serta mempunyai pengalaman yang cukup. Dan pengalaman ini kita perolehi dari orang yang lama juga, itulah hakikatnya,” kata beliau. -bernama




















sdh tahu tiada hasil selama 15 tahun mengapa perlu di kaji lagi ,,, cari saja puncanya,, PUNCANYA adalah Pemimpin Yang Memimpin PBRS ini patut di persalah kan dan patut undur diri jika tanggungjawab terhadap rakyat itu betul-betul ada dalam diri pemimpin berkenaan,, 15 tahun bermaksud TIGA PENGGAL sama dengan 3 kali peluang yang ada mengapa di persiakan peluang dan masa tersebut. usah lah perbodoh kan ahli parti ini, tak perlu lah kaji,, tukar ketua parti baru kaji , ini baru betul. INI PURA-PURA LAGI MO KAJI JADI MASA DIA UNTUK JADI PEMIMPIN JADI LAMA,,, TAKUT KA UNTUK JADI HERO RAKYAT YANG SEBENAR,, TAPI APALAH BHA HERO UNTUK RAKYAT NI KAN YANG PENTING HERO UNTUK DIRI SENDIRI DULU KAN,, HUHUHU BOS BOS
saya berpendapat bahawa PBRS ini akan lenyap dan hilang didalam sejarah politik M’sia. Ini adalah disebabkan tidak ada pemimpil pelapis yang boleh menarajui dan meneruskan perjuangan PBRS.Saya rasatujuan penubuhan awal PBRS adalah semata-mata hendak mau menunggu giliran untuk menjadi Ketua Menteri Sabah sahaja. Tapi apakan daya si Musa pandai dan bijak dari para pemimpin KDM dan Cina, jadilah si Musa CM selama-lama,selagi Najib perlukan Musa. Entah bila lah si Kurup ini boleh jadi CM, koroni-koroni dia sudah terlalu lama menunggu Kurup jadi CM.
PBRS ada di kawasan Parlimen pensiangan saja ba.. 1 ADUN dan 1 MP. PRU13 kalah dua-dua boleh tutup kedai lah.. nasib makamah tolong sama dia kalau ada by election sudah tersungkur presidennya!!..sekarang baru dia buka pakung di dadah tapi orang ramai sudah lama tahu PBRS tunggu masa saja ba.
He should aware the problem decades ago.Imagine,15 years in silence. His fault to be true. He should be more precise in giving the best for the party yet all he know is to turn down the party.He ate his own shit.
PBRS memang akan lenyap jika Kurup masih di takuk lama. Nama ja perjuangan 15 taun tapi sumbangan boleh dikatakan ketul ketulan ja. Takkan baru sekarang baru mau tau kelemahan dan kekuatan?Bukankah ini sepatutnya dilakukan dari dulu lagi?Pemimpin dia yang sukakan ‘ keheningan’ menjadi punca kepada masalah ini.Jika dia betul2 seorang yang bertanggungjawab,masakan masalah dlaman yang dihadapi masih menjadi perbualan?Memang dasar…
Kurup,kurup..sampai bila kau mau menafikan keadaan sebenar PBRS ni?Jangan cakap yang baru sekarang baru kau perasan yang memang ada masalah sudah ini parti..Bikin ketawa o.
Good luck then.Hopefully you will find the right method for this matter.
Saya bukanlah pejuang politik yang asli tapi sya amat mengharapkan kerjasama semua ahlinya untuk memperbaiki mutu PBRS.Jangan sampai sesal dahulu pendapatan,sesal kemudian tidak berguna.Nanti banyak songeh lagi.Kalau mahu meningkatkan prestasi parti korang,kotakanlah janji.
Just face the truth. Everybody knows the grassroot problem.Stop giving the damn excuses anymore.We’re done,man.
kasian PBRS, tapi aman kurup sentiasa bernasib baik. kalau ikut ukuran KPI PBRS sudah lama tidak boleh pakai. hampir 30 tahun dia jadi wakil rakyat tetapi rakyat di sook masih menyayikan lagu yang sama “aku masih seperti yang dulu, tiada kemajuan”..kita kasih menang dia sudah sampai kita bercucu tapi masih guna jalanraya berabuk dan berlubang2, bekalan air tiada dan letrik tiada..
kalau bilang langsung tiada apa2 pun tidak betul juga, adalah sedikit2 ditempat2 tertentu. tapi kalau kita ukur kepimpinan jadi wakil rakyat hampir 30 tahun
sekarang istilah KPI aman kurup sudah gagal sudah tidak layak memimpin.. jalanraya yang terdekat pekan kgau seperti kampung skim Biah,Kuala Biah dlllll pun belum dapat kasih Tar/ aspal kalau mahu sebut semua malu juga.
cukuplah sudah sekarang dia sudah mengaku bahawa partinya gagal memperbaiki keadaan rakyat apa lagi mahu tunggu kita pindah sokongan lah, tunggu PRU13.
hmm…sia pun heran kanapa ba sekrang Kulup mo sakap PBRS kedapatan inda mampu berjuang ba. Memang pun PBRS itu makna Paati Bikin Rusak Sabah saja ba itu…
sia harap kulup da jadi ofis boi federal di kl maka dia nampaklah macam mana trend pulitik di semenanjung itu bahawa BN tidak lama lagi akan BE END itu.
Kurup oh Kurup… kosian sama kau Kurup.. itu la.. sepa suruh keluar dari PBS duuulu.. “kotoh” la buat kau ye Kurup..
Seperti yang dikatakan, kajian semula mesti dilakukan mengapa belum ada pencapaian yang dicatat oleh PBRS. Semoga apa yang salah dapat diperbetulkan. Selamatkan sampan selagi boleh…
Demi kepentingan masa depan dan kekuatan KDM, PBS,UPKO, dan PBRS harus bergabung menyatu bawah satu panji memperjuang hak KDM dan Sabahan. Pemempin parti-parti berkenaan harus mengorbankan kepentingan diri. Sanggup melepaskan kedudukan dan pangkat.
Tindakan ini tentu dapat disanjungi dan dihormati Sabahan berbanding dengan prestasi parti-parti berkenaan sekarang.
Tidak berupaya serta lembap. Imej pemimpin turut terjejas dan tidak dihormati.
Lenyap atau tidak, bergantung kepada sokongan yang diberikan oleh rakyat terhadap parti ini. Kepercayaan dan kesetiaan terhadap parti perlu ada sebagai basic untuk memastikan parti ini terus wujud..
Apa yang ditulis oleh rich heart memang betul. Untuk menjadi lebih berpengaruh semua parti Sabahan mesti bergabung. Jangan berpecah dan bermusuh sesama sendiri. Apabila kita bergabung segala kejahatan yang datang dari luar senang untuk ditentang.
may be we need to change the president of PBRS…changes, may be this can save PBRS.
Hope to hear a happy ending for PBRS soon.
15 tahun tanpa pencapaian cemerlang. Saya rasa lebih baik PRRS dibubarkan dan bergabung dengan PBS atau UPKO.
Time for PBRS change it’s policies..
Kurup, you will waste your 15 years of fight if you don’t do something.
Tsr Joseph Kurup need to search new direction for the party he formed 15 years ago.
If the party still lost the way, it might eliminate through competition.
lembu jantan: you sure that is the solution for PBRS? Dissolve and merge with PBS or UPKO? Wonder if it will worked…
How to stand strong if there are in-house arguments and multiple groups with different opinion and members constantly pitting with each other..
It is time for them to clean up their acts and star to fight for the people. Enough said.
Hopefully there will be a happy ending for PBRS.. Every problems has its own solutions..time for round-table talk…
Macam mana lagi mo kasih kuat PBRS memang begitulah sais dia. Pemimpin pemimpin dia pun semua dari kwsn Kgau ja temasuklah Ketua Pegawai Perhubungan dia Vincent Lee dari Bingkor cam ja orang Pensiangan tiada yang pandai buat tu kerja. Nasib juga Mahkamah kasi menang dia kalau nda lugai lugai bah si gaman Kurup. 24 tahun Kurup jadi wakil rakyat Sook temasuk masa dia dalam PBS lagi…begitu juga Sook tidak membangun, jalanraya Kg Skim Biah belum aspal, Kg Johan Jaya juga masih dalam kawasan Hutan simpan Kurup nda urus.
PBRS dengar2 mau lagi buka sayap di Sarawak dan Pulau Penang…nda tau betulkah?
PBRS memang akan lenyap jika pemimpin ayam matai.Kalau sekadar main cakap ja,alamatlah mau kasi kekalkan ni parti wpun 15 taun sudah.Orang pun boring bah gaman.X innovatif langsung.
Hey Kurup, you’re too late to say something like that.You’re trying to cover your face with shits. Come on lah, outsiders are knowing better than the insiders. Your silence is your best enemy.
Kalau mahu maju,jangan buat perbincangan ja.Buat sesuatu yang konkrit. Seperti yang dikatakan di atas, bersatu kita teguh,bercerai kita roboh. Jadi,kalau mau tingkatkan prestasi PBRS,tunjukkan la.
Bayangkan 15 tahun tiada pencapaian. Kalau dia seorang Pengurus yang BIJAK, kegagalan penggal pertama sudah buat post mortem. Tapi dia salah pai daun bah ni sebab mo jadi CM dulu tapi rotation sudah kaput. Kenapa baru sekarang mahu buat kajian kalau tanpa pertolongan tangan gaib dulu, lugai lugai ba dia sekarang. Dia ni nda faham faham kemahuan pengundi Pensiangan. I think those people know exactly what to do in the coming election. Sebab tu la si Benard Marat merajuk! Saya rasa penggal ni merupakan yang terakhir untuk TSI Kurup merasai keseronokan di pejabat be end.
Membuka pekung di dada la Kurup ni. Kalau dah tahu tak da pencapaian, diam2 jak la. buat pencapaian dulu baru bising2 kan kan kan kan..
Ada yang masih mahu PBRS bertahan dan ada yang mahu PBRS gulung tikar. Mana2 la tidak kena mengena juga sama sia.
I must say: Good luck to PBRS!
There must be slack inside PBRS party. well, perbetulkan apa yang patut and i am sure this party will be in a happy mood then.
Sekurang-kurangnya kalaupun mahu tamatkan riwayat PBRS, biarlah ianya diingati dengan jasa2 dan jika dengan 1 pencapaian saja pun suda memadai.
Kalu akun tidak mampu membawa parti mencapai pencapaian walau 15 tahun memimpin, patut undur dan biar pemimpin yang libih berkemampuan memimpin parti.
saya pun rasa perlu tukar president la PBRS ni. Jangka masa yang sangat panjang o 2. kan, tapi biar la dorang ka c selesai masalah dorang ni. Jangan campur tangan
Kalau Tsr Joseph undur, siapa bakal mengantinya?
bubarkan sajalah , ni lah kesan pecahbelah dan tamak haloba
Bukan kita ni sengaja xmau suka c Kurup tapi gaya dia yang diam2 tapi tiada berisi bah.Harapakan macai dia ja yang buat keptusan tapi apa guna?Sama juga condemn sa tinguk tu.
Hala tuju PBRS memang menemui ajal.Hadapilah kenyataan itu.Memang ada ruang untuk berubah dan membaiki kehidupan baru tapi tolongnya.Jawapan sudah terjawab.Jadi jangan kanburkan mata pengundi kalau masih ada pengundi la.Kikiki..
Haiyo friends. We are living in the real world. I do understand the real concept of PBRS last time but now,everything is tunggang terbalik. 15 years of nowhere and now they are seeking for solutions.Wouldn’t it be a new joke in 2010 calendar?I bet it so.
Let us think for a second. Kurup said he wants to improve the quality of PBRS.Don’t you think it is too absurd to open the old file and said-let us talk again?Poor thing. This is not a game.Voters are coming your way.He can’t simply playing puzzle game if he is not aware by the downfall of PBRS.
Jangan harap sangat sama si Kurup ni.Dia tu suka main kayu galap.Sekarang ni,biar ahli2 dia jadi ayam tambatan lah.
All the best to PBRS. We can only write and say anything we like but hopefully the problem will be solved soon.
Yup agree with Andray….hopefully they will become more practical party and serving the Rakyat better after they found out they source of problem is.
tutup kedai saja la kurup..
Apa2 sajalah.Kalau mau mauju,buatlah sesuatu untuk kasi maju.
1. Tan Sri Kurup perlu jadi seorang peramah dan mesra rakyat
2. Perlu banyak membaca buku yang boleh meningkatkan pengetahuan
3. Keluar dari kotak pemikiran yang lama
4. Tolong majukan kawasan dengan sepenuh hati jangan hanya cakap tapi buat apa yang kena cakap dalam ucapan
5. Mungkin ini peluang yang terakhir sebelum berundur atau kecundang oleh itu buat sesuatu yang orang boleh kenang selama-lamanya
Banyak lagi komen dari ahli PBRS , 2010 korek lubang kubur PBRS habis cerita , bye bye gaman ..
Ssudahlah jangan hantam2 c urup, kasian ba dia. kita pandai2 saja masa PRU13 nanti..kita ikut itu sukatan c najib KPI. sekarang baru 25% tidak tau lah nati pilihanraya kan…..