Membantu kanak-kanak yang kurang bernasib baik untuk mendapatkan pendidikan sudah sebati dalam jiwa Torben Venning.
Selama lebih 10 tahun beliau mengajar anak-anak pendatang yang belajar di sekolah percuma, yang ditubuhkan atas inisiatif komuniti pendatang di Denmark, yang mendapat sokongan kerajaan negara itu.
Justeru apabila beliau berkunjung ke Sabah pada 1990, hatinya begitu terusik dengan nasib ribuan anak pendatang asing yang menghuni ladang-ladang kelapa sawit di negeri di bawah bayu itu.
Kebanyakan daripada kanak-kanak itu tidak dapat ke sekolah kerana mereka tidak mempunyai dokumen tertentu dan sering ditakrif sebagai ‘kanak-kanak yang tidak berdaftar dan tanpa negara’.
Pengalaman mengajar anak-anak pendatang di Denmark memberikan suntikan keyakinan untuk menggarap tugas menyediakan peluang pendidikan kepada anak-anak yang tidak bernasib baik itu.
Menurut Venning yang juga dikenali dengan nama Islamnya, Abdullah Bakar, beliau dan beberapa orang rakannya menubuhkan tiga pusat pembelajaran di ladang sekitar Lahat Datu (sebuah pekan di Tawau, timur Sabah) pada 1991.
Beliau kembali ke Denmark pada 1994, membawa bersama isterinya, Rosalyn yang dikahwininya di Sabah.
PIKUL CABARAN
Venning dan isterinya kembali ke Sabah 10 tahun kemudian bersama empat anak lelakinya.
“Bila balik ke Sabah kami mencari lokasi untuk memulakan projek sekolah. Beberapa rakan memberitahu kami tentang keadaan di ladang kelapa sawit di Lahat Datu.
“Kami kemudian menyahut cabaran untuk mengetuai projek sekolah ini di bawah naungan Borneo Child Aid Society atau lebih dikenali sebagai Humana. Ia usaha kami untuk memberi pendidikan kepada anak yang kurang bernasib baik,” Venning memberitahu Bernama dalam satu wawancara di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Beliau sebelum itu menyampaikan kertas kerja di ‘Forum Pendidikan untuk Setiap Kanak-Kanak’ anjuran Majlis Peguam Malaysia dan UNICEF di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Menurut Venning, fokus Humana daripada peringkat awal lagi ialah menyediakan pendidikan rendah bagi anak-anak pekerja ladang di Sabah.
“Semua kanak-kanak berhak terhadap pendidikan dan ini dinyatakan dengan jelas di bawah Konvensyen Hak Kanak-Kanak (CRC) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
“Dengan inisiatif kami ini, anak-anak yang selama ini terbiar, berpeluang mendapat pendidikan harian percuma,” kata Venning yang latar belakangnya termasuk pengajian antropologi di Universiti Copenhagen.
Bermula daripada projek berskala kecil, pusat pembelajaran Humana meningkat pesat dan ketika ini berjumlah sekitar 105 buah yang menyediakan pendidikan dari peringkat tadika hingga ke darjah enam.
Pusat-pusat ini terletak dari Kalabakan di luar Tawau hingga ke Semporna, Sandakan dan Sugut berhampiran Pitas yang terletak di bahagian utara Sabah.
Ia mempunyai lebih 8,000 pelajar di mana ibu bapa anak-anak ini sebahagian besarnya ialah rakyat Indonesia dan Filipina yang bekerja di ladang kelapa sawit.
“Kami amat komited dengan projek kemanusiaan ini malah anak lelaki kami berusia sembilan tahun juga belajar di pusat pembelajaran di Lahat Datu,” kata Venning yang dengan bangganya memberitahu projek itu juga mendapat sambutan baik Kementerian Pelajaran.
ANAK-ANAK LADANG
Usaha memberi pendidikan kepada anak-anak dari ladang itu juga dapat mencegah mereka daripada melepak di tepi-tepi jalan atau menjadi buruh kanak-kanak di ladang.
Itu sahaja, bagi Venning, pengarah projek Pusat Pembelajaran Humana ini ialah satu pencapaian yang besar.
Beliau menjelaskan bahawa kanak-kanak berkenaan lazimnya akan tinggal bersendirian apabila kedua-dua ibu bapa mereka keluar bekerja di ladang.
Lambat laun, katanya, kanak-kanak itu juga akan menjadi buruh kanak-kanak dalam usia yang mentah, mengikut ibu bapa mereka bekerja di ladang mengutip buah sawit.
“Ini sepatutnya tidak berlaku dan satu cara untuk menyekatnya ialah menerusi pendidikan. Jika kami tidak menyediakan pendidikan asas, ramai yang akhirnya akan merempat di jalanan, terjerat dengan dadah dan juga melakukan jenayah.
“Kami ada melihat kanak-kanak yang merayau-rayau di bandar dalam keadaan yang begitu menyedihkan. Sudah tentunya jika kami dapat membantu menjauhkan mereka daripada berkeliaran di tepi-tepi jalan, ini satu kepuasan yang terkira nilainya,” kata beliau.
Meskipun ketika ini terdapat lebih 8,000 anak-anak ladang yang mengikuti kelas di pusat pembelajaran Humana, Venning berkata usaha sedang ditingkatkan untuk menjangkau anak-anak ladang yang masih tercicir dari sekolah termasuk di kawasan pedalaman.
“Pekerja ladang sepatutnya bujang, tidak berkahwin dan oleh itu tiada anak. Ini hanya teori kerana apa yang berlaku anak-anak terus dilahirkan dan terdapat ribuan anak di ladang-ladang di Sabah.
“Angka yang disebut di dalam akhbar meletakkan jumlah anak-anak ladang ini antara 26,000 hingga 40,000.
“Untuk ladang seluas kira-kira 10,000 hektar, kami anggarkan terdapat antara 300 dan 400 anak. Dengan kira-kira 1.5 juta hektar ladang kelapa sawit di Sabah, ini sudah tentu dapat memberi petunjuk jumlah anak yang terdapat di ladang-ladang itu,” kata Venning.
Katanya usaha sedang dijalankan oleh Jabatan Imigresen dengan kerjasama konsul besar Indonesia serta syarikat perladangan untuk mendaftar anak-anak ini.
Anak-anak ini kemudian akan diterima sebagai warga negara Indonesia dan diberi permit sementara untuk tinggal di Sabah.
TANGGUNGJAWAB SOSIAL
Projek Pusat Pembelajaran Humana, jelas Venning, dapat dijalankan kerana wujudnya kerjasama dengan syarikat perladangan besar termasuk Sime Darby, IOI, PPB Oil Palms, Genting Plantations, JC Chang dan Hap Seng.
“Di samping ia tanggung jawab sosial korporat yang baik, ini juga selaras dengan tuntutan ke arah lestari sosial dalam kalangan industri minyak sawit seperti yang ditetapkan pada perbincangan Meja Bulat mengenai masa depan industri Kelapa Sawit (Roundtable on Sustainable Palm Oil/RSPO).
“Bagaimanapun, dalam sesetengah kes, kami sendiri terpaksa mencari pembiayaan dan ini ialah satu daripada cabaran dan semestinya kami memerlukan bantuan,” katanya.
Dalam tempoh lima tahun lalu, Venning menambah kata, pihaknya juga menerima sokongan padu daripada Kedutaan Finland dan Kedutaan Belanda di Kuala Lumpur.
Penderma lain untuk projek ini termasuk HSBC Bank, Munchy’s dan Bursa Malaysia di samping beberapa buah syarikat Denmark termasuk EAC, Maersk dan Grundfos.
Konsul Kehormat Denmark, John Madsen juga, kata Venning ialah penyokong dan penasihat Humana.
PENDIDIKAN UNTUK MINORITI LAIN
Di samping anak-anak ladang, Venning berkata pihaknya juga memberi peluang pendidikan kepada kanak-kanak yang tinggal di bandar serta anak-anak suku kaum Bajau Laut.
Setakat ini seramai kira-kira 900 kanak-kanak menyertai kelas yang dibuka di rumah kedai di Lahad Datu. Mereka ialah anak-anak pendatang yang masuk secara sah dan bekerja sebagai pembantu rumah dan pekerja pembinaan.
Mengenai pusat pembelajaran untuk anak-anak Bajau Laut, Venning memberitahu Bernama bahawa kini terdapat kira-kira 200 orang di pusat yang dibuka di Pulau BumBum berhampiran Semporna.
Pusat berkenaan dibina dengan bantuan sekumpulan sukarelawan dari Sweden.
“Anak-anak Bajau Laut juga datang membantu dan mereka ternyata seronok sekali belajar. Kami sendiri kagum dengan kebolehan anak-anak yang buta huruf ini kerana mereka pantas menangkap apa yang diajar.
“Bagaimanapun, masih banyak yang perlu dilakukan dan fokus kami juga untuk pulau serta perkampungan kecil minoriti lain di Sabah,” katanya.
Bagi Venning, Bajau Laut istimewa kerana mereka secara tradisi ialah pelaut.
“Mereka melayari lautan dari pantai timur Sabah hingga ke Mindanao (Filipina) dan Sulawesi (Indonesia), untuk itu sukar untuk menentukan kewarganegaraan mereka meskipun sebahagian besar menetap di pesisir pantai Sabah sejak bertahun-tahun dan untuk banyak generasi.
“Memandangkan kebanyakan ibu bapa buta huruf dan sebahagian usia mereka dihabiskan di laut, bukan menjadi satu tradisi untuk menghantar anak mereka ke sekolah,” katanya sambil menambah bahawa beliau ada melihat sesetengah anak Bajau Laut yang duduk di tepi jalan, belajar menjadi peminta sedekah dalam usia yang begitu kecil!
SUKATAN PELAJARAN DAN GURU
Venning yang dianggap sebagai tulang belakang pusat pembelajaran Humana bercakap dengan begitu bangga sekali mengenai pelajar-pelajarnya yang disifatkan sebagai cemerlang.
Anak-anak seawal usia lima tahun belajar di peringkat tadika dan mereka akan meneruskan pelajaran hingga ke darjah enam. Kebanyakan pusat pembelajaran ini beroperasi untuk dua sesi iaitu dari 7 pagi hingga 11.30 pagi dan 12.30 pagi hingga 4.30 petang.
Sukatan pelajaran yang diajar di pusat pembelajaran, katanya, hampir sama dengan sukatan pelajaran kebangsaan Malaysia.
“Meskipun kebanyakan anak ini ibu bapa mereka orang Indonesia atau Filipina, penting untuk mereka ini diajar bahawa mereka berada di Malaysia, untuk itu kami menyanyi lagu kebangsaan Malaysia dan mereka juga diajar Bahasa Malaysia,” jelasnya, seraya menambah ada juga beberapa subjek tentang Indonesia diajar atas perjanjian antara kedua-dua kerajaan.
Menurut beliau, pada masa ini terdapat kira-kira 200 orang guru, kebanyakannya rakyat tempatan. Di samping itu, kerajaan Indonesia juga menghantar 38 guru dan 43 orang lagi dijangka tiba tidak lama lagi. Mereka ini biasanya akan mengajar untuk tempoh dua tahun.
Venning berkata kebanyakan anak yang belajar ini akan dihantar balik ke Indonesia dan Filipina selepas tamat darjah enam memandangkan mereka sudah cukup besar untuk tinggal dengan sanak-saudara masing-masing.
Bagaimanapun, katanya, ramai kanak-kanak yang tidak dapat dihantar pulang dan mereka ini tidak berpeluang untuk melanjutkan pelajaran.
RANCANGAN SETERUSNYA
Meskipun kebanyakan inisiatif mewujudkan pusat pembelajaran ini bertumpu di Sabah, terdapat rancangan untuk membuka dua buah pusat yang sama bagi anak-anak pelarian dengan kerjasama UNHCR (agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) di sekitar Kuala Lumpur.
Venning berkata meskipun pihaknya juga bersedia membuka pusat yang sama di sekitar Kota Kinabalu dan tempat-tempat lain, ini bergantung jika pihaknya dapat mencari rakan kongsi yang baik untuk memulakan projek kemanusiaan itu.
“Kekangan paling besar ialah bajet yang kecil sedangkan begitu ramai anak yang perlu dijaga. Pihak kami sering kekurangan peruntukan untuk perbelanjaan.
“Pihak kami sekarang masih berusaha mencari pembiayaan sekitar RM800,000 untuk hampir 2,000 kanak-kanak yang belum lagi mendapat tajaan untuk sesi persekolahan 2010. Untuk itu, kami amat berharap ada dermawan yang tampil supaya kami dapat meneruskan projek kami,” katanya.
(Maklumat lanjut boleh diperoleh daripada laman web Humana www.borneochildaid.org )
– BERNAMA




















Sepatutnya pemimpin2 di sabah membantu saudara Venning ni dalam aktivity kemanusiaan yang beliau jalankan,inilah yang dinamakan pengorbanan yang sukar kita lihat ada dikalangan rakyat malaysia khasnya melayu,kerana apa kurangnya sifat perihatin akan anak2 pendatang ini sedangkan orang tua mereka adalah penyumbang kemajuan negara dalam sektor perladangan……khasnya di sabah
Ya,mereka sepatutnya membuka peluang pendidikan kepada anak2 ladang di Sabah. Mereka ni kanak2 yang akan menghiasi muka dunia nanti.Sia tengok budak2 di bandar tidak pandai bersyukur dengan dapatnya mereka p skul..dapat belajar banyak benda.Kebanyakan mereka cenderung ponteng sekolah dan sebagainya.Lihat mereka ini yang dahagakan pendidikan tapi tidak dapat. So, fikir2 kan la hikmah di sebaliknya. Pendidikan teras kejayaan.Tapi kena seimbang la..
This is a good thing they’re doing. Most of these PTI’s are uneducated, therefore, they could only resort to stealing, robbing, committing crimes or eventually become drug addicts or drug dealers. Education is important. They are here already anyway, the best we can do is to give them education, so that they could do something good with their lives in the future. To reduce poverty and crime rates, this is one of the ways.
Hopefully their noble intentions will bring more good to the country. These laborers contributed alot to our farming industries, they are certainly alot better than those other PTI’s who refuses to work or involved in crimes. Not to mention bringing a dozen of children in the world with no means of bringing them up. In the end selling their kids into prostitution or slavery. Bastards. Also stealing water and electricity.
Hopefully, with education, these kids will have better chances in life.
syarikat mega kelapa sawit mana lah mahu menghiraukan masalah masa depan anak-anak peneroka, yang mereka penting ialah keuntungan saja.
And now are we welcoming all this Pendatangs by providing them a good educations? I am sure that some of the Pendatangs are not through the legal process to stay here…Actually this is good but do we Sabahans sure about this?
Beri pendidikan kepada anak-anak bukan tempatan merupakan perkara ke2, utamakan dahulu anak-anak tempatan. Bukan tidak beri pendidikan kepada anak bukan tempatan, tetapi di tanah Borneo masih ramai lagi anak-anak tempatan yang masih tidak bersekolah. Denmark negara maju, jangan samakan dengan Malaysia terutama Sabah dan sarawak.
Andray, not all of them are pendatangs. There are many locals that are poor who worked all their lives in these ladang. They cannot afford to send their kids to school. There are also those who are fishermen, or paddy field workers…
I believe that every child should not be deprived of a chance of education. Whether they are pendatangs or not. It is not their fault that they are born as a PTI’s because of their parents. The child is not to be blamed. If we rejected them or deny them of their rights to be educated. They might grow up to become like their parents, poor and underprivileged. Some might even be involved in crimes.
baik juga kita ajar anak-anak peneroka ini, bila besar kelak tidak lah mereka ini jadi pengemis,perompak,pembunuh,penculik,pengganas,pencopet, pencuri dan lain-lain kegiatan yang melanggar akta dan undang-undang negara. biar lah kita beri pancing bukan beri tungkat. dia orang itu pun manusia juga.
Yup i know and i already mention it : actually this is good….
But the only question here is do we Sabahans ready for this? and may be, but this is just a maybe, will be more pendatangs (legal or illegal) come to Sabah…..coz they know they can give a better education to their kids here in Sabah…..the more benefits do we give the more will be coming….. But anyway… in whatever the main purpose to this project i do hope that it will be achieved and benefits to all..
I don’t care whether they are PTI’s or local. Its better to educate them so that they will become decent people who can contribute to our country when all those pampered brats left this country. Besides, I would rather have a hardworking PTI who can help bring progress to this country than those PTI’s who only commit crimes. Might as well create some useful individuals. They are not going anywhere anyway, better if we make use of them.
Besides, this is what the Feds brought to us. Instead of sucking lemons, we could make lemonades. Don’t let the WM’s think we are easy to give up. We are not easily bullied. Rice already become porridge. We cannot turn it back to rice, but there must be something we can do with the porridge.
http://www.sabahdaily.com/2009/12/kanak-kanak-warga-asing-jual-rokok-pula/comment-page-1/#comment-8617
Isn’t this more reason to educate them? Involved in illegal peddling since so young an age.
Everyone should be educated. At least basic calculations and language skills. Reading and writing. With a little education, can bring major changes in a person’s life.