Penipuan di portal JobMalaysia

Kementerian Sumber Manusia mengesan tindakan pihak tertentu yang menggunakan portal JobsMalaysia.gov.my untuk melakukan penipuan dengan meletakkan syarat pembayaran bagi kekosongan jawatan di jabatan kerajaan dan sektor swasta.

Timbalan menterinya Datuk Maznah Mazlan berkata kebanyakan kekosongan yang ditawarkan itu menggunakan nama agensi kerajaan bagi tujuan meyakinkan pencari kerja yang lebih berminat untuk bekerja di sektor awam.

Katanya, kes penipuan itu dikesan berlaku di negeri ini dengan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah menerima 102 aduan daripada pencari kerja sejak Oktober tahun lepas.

“Seramai 10 orang telah tertipu membayar RM500 seorang bagi urusan permohonan mendapatkan pekerjaan yang diiklankan oleh pihak terbabit,” katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi kejadian letupan alat pendandang di sebuah kilang di Sandakan hari ini.

Pada kejadian Jumaat lepas itu, dua pekerja di kilang tersebut maut akibat letupan alat pendandang itu.

Menurut beliau antara langkah yang diambil untuk menangani kes penipuan itu termasuk mengambil tindakan mengeluarkan nama majikan terbabit daripada sistem portal tersebut.

Pemantauan bagi majikan yang mengiklankan kerja kosong di portal itu juga akan dipertingkatkan dan dilakukan melalui cawangan JTK yang ada di negara ini, katanya.

Maznah berkata kes penipuan lain yang diterima membabitkan pencari kerja dari Sabah, ditipu ketika bekerja di Singapura dengan 320 aduan diterima daripada Pejabat Atase Singapura dalam tempoh Januari hingga November lepas.

Katanya, antara jenis aduan yang dilaporkan ialah dokumen pengenalan diri mereka dipegang oleh agensi pekerjaan di Singapura, potongan gaji tinggi, gaji tidak dibayar dan dipaksa bekerja lebih masa. -BERNAMA

Share |


Maklumat ini telah diterbitkan pada Monday, December 7th, 2009 dalam kategori berita. Anda boleh mengikuti komen berkaitan maklumat ini melalui feed RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan komen , atau trackback daripada laman web anda.

2 Responses to “Penipuan di portal JobMalaysia”

  1. Boodddd on December 7th, 2009 at 10:32 pm

    Hal ini memang kana jangka sudah bah.Meaning portal drg ni senang jua kena hacked..applicants pun patut berjaga2 bah.Kerajaan punya benda jarang mau bayar punya..kaalu begini la berterusan,memang hangkang la ni website.

  2. San Remo on December 7th, 2009 at 10:39 pm

    The minister should sort out the rules of advertising vacancies. Make more investigation and inspection on this matter.Or else, they will lost their trust on you guys. Dont blame them for that.

Leave a Reply


  AKHBAR ALTERNATIF   AKHBAR PERDANA   RADIO  &  TV   PERTUBUHAN / NGO   BICARA AGAMA
# TKOdaily
# Malaysiakini
# Harakahdaily
# Sabahkini
# Siasahdaily
# Detikdaily
# Klpos.com
# MalaysiaDigest
# Tranungkite
# Buletin Online
# Berita Harian
# Utusan Malaysia
# Bernama
# Harian Metro
# Sinar Harian
# MStar Online
# Berita RTM
# Sabah Tourism
# SabahTimes
# DailyExpress
# WebTV Pas
# WTV8
# TV Ceramah
# Grapes Nasyid
# Kuliah.net
# Darulsalam
# Era FM
# Ikim FM
# Muzik FM
# Nasyid FM
# IKIM
# Fomca
# Aliran
# Suaram
# Amal Malaysia
# Halal Jakim
# Bersih
# UMS
# Sabah EDU
# Info Sabah
# Zaharuddin
# Ust. Nasrudin
# Saifulislam
# Ilmu & Ulama
# Harun Yahya
# Minda Super
# Jarum Emas
# Dr Mohd Asri
# Warisan Nabawi
# Mesra Rakyat

 

 

Hakcipta @ 2008 Sabahdaily.com

Email : sabahdaily[a]gmail.com

Powered by FeedBurner Mesothelioma Add to Google Reader or Homepage Add to Technorati Favorites