Tenaga elektrik Bakun tidak disalurkan ke Sabah

Keputusan kerajaan untuk tidak menyalurkan bekalan elektrik dari projek hidroelektrik Bakun ke Sabah disebabkan oleh kos yang tinggi, persidangan Dewan Negara diberitahu kelmarin.

Timbalan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Noriah Kasnon, berkata kos yang tinggi itu disebabkan permintaan bekalan elektrik yang rendah di Sabah iaitu dalam lingkungan 300 megawatt sahaja.

“Sebaliknya, pembinaan stesen-stesen janakuasa yang lebih efektif dari segi kos adalah lebih wajar dipertimbangkan bagi memenuhi permintaan elektrik di Sabah khususnya di Pantai Timur,” katanya menjawab soalan Senator Datuk Maijol Mahap.

Noriah berkata pembinaan talian penghantaran yang jauh dari projek hidro elektrik Bakun ke Sabah serta melalui kawasan yang mempunyai muka bumi yang mencabar, turut memberi impak terhadap kos penyaluran bekalan elektrik dari projek itu ke Semenanjung.

Beliau berkata ia juga merupakan satu daripada perancangan jangka panjang bagi memenuhi keperluan bekalan elektrik di Semenanjung serta mengurangkan kebergantungan kepada bahan api fosil.

“Pada masa ini, bahan api fosil membekalkan lebih daripada 90 peratus keperluan bekalan elektrik di Semenanjung Malaysia,” katanya.

Beliau berkata kebergantungan yang begitu besar kepada bahan api fosil akan mendedahkan Semenanjung kepada risiko perbekalan serta harga bahan api yang tidak menentu sekaligus boleh menjejaskan keselamatan bekalan elektrik bagi Semenanjung.

Noriah berkata dalam perancangan pembangunan tenaga elektrik berasaskan sumber hidro bagi negeri Sabah, kerajaan telah mengenal pasti dua stesen janakuasa hidro yang berpotensi iaitu di Ulu Padas dan Liwagu sebagai satu daripada usaha untuk mengatasi masalah bekalan elektrik di negeri itu. -NST

Share |


Maklumat ini telah diterbitkan pada Wednesday, December 23rd, 2009 dalam kategori berita, sabah. Anda boleh mengikuti komen berkaitan maklumat ini melalui feed RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan komen , atau trackback daripada laman web anda.

65 Responses to “Tenaga elektrik Bakun tidak disalurkan ke Sabah”

  1. Dorylia on December 23rd, 2009 at 2:28 pm

    Balik2 kos yang tinggi jadi harga minyak kami apa cerita? bukankan Sabah antara negeri yang lebih banyak memberikan sumbangan terhadap ekonomi negara?

  2. loiga on December 23rd, 2009 at 2:48 pm

    1st of all, make sure that sarawak itself, not facing the electrical problem. If only they can supply to others then, why not.

  3. Andray on December 23rd, 2009 at 3:06 pm

    But even if they can supply the electrical power to Sabah, still many factors need to be considered.

  4. jkaigl on December 23rd, 2009 at 3:28 pm

    Their uttermost reason is that..it cost lots of energy and money.

  5. A&W on December 23rd, 2009 at 3:34 pm

    Bakun dam is not enough to supply for Sabah. Believe me.

  6. Darren on December 23rd, 2009 at 3:48 pm

    A & W, actually, the bakun dam is more than sufficient. It’s just that the government refuses to transfer to Sabah.

  7. roxy on December 23rd, 2009 at 3:49 pm

    We are only right next door to Sarawak and West Malaysia is all the way across the sea. Still, it can be done. Why not to Sabah?

  8. roxy on December 23rd, 2009 at 3:50 pm

    Excuses, excuses.

  9. A&W on December 23rd, 2009 at 4:12 pm

    Is it? Wicky wacky.

  10. Darren on December 23rd, 2009 at 4:23 pm

    It was said that the Bakun Dam produce more electricity than Sarawak and the West Malaysians needed. What is the real obstacles of transferring the electricity to Sabah, I find that very fishy.

  11. jayk on December 23rd, 2009 at 4:23 pm

    Dalam pemerhatian saya, saya rasa empangan yang sedia ada di Bakun memang mencukupi. Cuma, tidak adil bagi kita untuk mengambil ‘ kuasa’ mereka dalam menyelesaikan masalah elektrik di Sabah ini. Sebabnya ialah mereka mempunyai kapasiti penduduk yang padat.Jadi lebih baik jika Sabah memikirkan cara yang lebih proaktif.

  12. KOGIU on December 23rd, 2009 at 4:56 pm

    Tenaga letrik hidro alternatif terbaik memenuhi keperluan tenaga letrik bagi penduduk Sabah, sepatutnya hal ini sudah lama dilaksanakan memandangkan sabah ada pengalaman dari Tenom hydro Pangi,..di harap kerajaan sabah khususnya dan Malaysia amnya dapat menjadikan kenyataan ini untuk faedah dan pembangunan rakyat sabah dan negeri sabah itu sendiri…

    Rakyat Sabah masih ramai yang tidak dapat menikmati bekelan letrik terutama diluar-luar bandar, Malaysia sudah merdeka selama 54 tahun, bayangkan betapa mereka diluar bandar sangat ketinggalan arus multimidia perdana dan ketinggalan dari serba serbi, bagaimana dengan nasip pelajar yang berada diluar bandar yang tidak ada bekalan letrik…..tidak hairanlah mereka tertinggal dari arus pendidikan perdana yang mengiringkan maklumat teknologi berimformasi…kasian diorang si gaman…

  13. KOGIU on December 23rd, 2009 at 5:00 pm

    Si Noriah Kasnon baru bangun dari tidor kah ini, baru mau cakap tentang potensi ulu sungai padas dan ulu sungai liwagu untuk menjana hidro letrik murah diSabah atau pura-pura saja ..

  14. luarkotak on December 23rd, 2009 at 5:43 pm

    Jawapan menteri di dewan negara bahawa ada alternatif tenaga letrik di sabah ia itu hydro Liwagu dan hydro ulu padas. tapi kenapa kerajaan mahu buat tenaga arang batu di Lahad datu??..PM berhujah dipentas antara bangsa tentang ‘climate change’, dan ‘green technology’.tapi dia cakap Sabah harus kompromi untuk menerima tenaga arang batu. apakah polisi ini betul??? orang sabah tidak pandai kena pencamaran barangkali?….. sedangkan boss MPOB cakap kerajaan patut guna biomas bukan arang batu….fikir2 lah rakyat sabah.

  15. same on December 23rd, 2009 at 6:13 pm

    saya setuju jika Sabah menggunakan projek hydro daripada Padas dan Liwagu dan biomas, sebab jika menggunakan arang batu nanti kita nanti negeri kita kena bala perubahan cuaca. Kita guna sumber-sumber asli yg terdapat di negeri kita sendiri, ini asyik-asyik YB2 sokong guna arang batu, tak habis-habis mau pikir poket sendiri saja.

  16. Kamui Gakuto on December 23rd, 2009 at 7:42 pm

    uinahh, ni kerajaan skrg mmg talampau sudah ni. sudah la sabah tulung durang supaya dapat memerintah utk 5 tahun lagi, begini pulak balasan durang sama urg sabah.

    woiiii gaberment sial, tanpa undi rakyat sabah, kerajaan bn pasti sudah tukar kepada PR tahun lalu. kamu ni betul² tidak mengenang budi undi penduduk sabah yg undi kamu.

    sudah la kamu talan suma minyak, duit kayu balak, duit pelancongan negeri kami, skrg banyak lagi alasan bila mo hulur bantuan.

  17. penghuni kinabalu on December 23rd, 2009 at 9:09 pm

    Kalau berniat iklas selesai masalah kekurangan letrik di Sabah, isu ini tidak kita bincang disini sebab projek hidro Ulu Padas dan Liwagu sudah lama diwar-warkan dan dari masa ia mula disebut-sebut hingga sekarang, cukup bina dua kali projrk hidro Ulu Padas dan Liwagu.

  18. lancelot on December 23rd, 2009 at 10:09 pm

    How to tell if this works? I mean this case has been discussed all over again yet I dont see any progress. I’m confused. Continous planning is nothing.

  19. champion on December 23rd, 2009 at 10:15 pm

    Kepentingan rakyat tidak patut diabai semata-mata untuk mengaut keuntungan. Membekalkan kemudahan asas seperti air bersih dan letrik merupakan tanggungjawap sosial bagi kerajaan. Wang yang dilabur untuk membina empangan adalah wang rakyat dan harus digunakan untuk rakyat.
    Kalau hanya mematlamatkan keuntungan, baik jangan bina.

  20. pengesan on December 23rd, 2009 at 10:15 pm

    Aku inda tau lah kalau timbalan menteri baru bangun tidur ke tak tapi aku yakin pasti ada jalan keluar tuk mematikan persoalan yang timbul ini.

  21. SindraRichie on December 24th, 2009 at 12:02 am

    Oooh, do tell Noriah Kansnon..You must be the WM Pariah..How lovely is that.

    You are just covering this problem for the FED by giving more and more excuses which is full of BS..

    BAKUN is more than enough to supply to Sabah but your boss in WM says that the cost to supply is high, bla, bla, bla, bla, pot, pet, pot, pet…Excuses, excuses, excuses…

    1Malaysia – rakyat didahulukan, prestasi diutamakan? My foot..

  22. Day-break on December 24th, 2009 at 12:03 am

    Lies, lies, and more lies..Why are ministers nowadays just love to lie to the people?

  23. Leon on December 24th, 2009 at 12:05 am

    @Day-break – That is because they know the people have the power to bring down the Govt. I think they are shitting and pissed at the same time in their pants when the time for the people to unite and rebel against the Govt. Reminds me of V for Vendetta..Muahahahahahah~

  24. Aryaa on December 24th, 2009 at 12:08 am

    There should be 2 mega hydro here in Sabah. I thought it was suppose to build a long time ago, ninetynotcoliwot of years.

    The Govt need to start and focus the people’s needs. But first we need to kick out those good-for-nothing-ministers..

  25. jayk on December 24th, 2009 at 9:04 am

    Perkara cam ni memang melibatkan kos yang besar. Lagipun Sabah ni kan negeri kedua terbesar jadi haruslah dilakukan secara sistematik. Kalau tidak,memang tiakan sampai ke mana usul ni.

  26. Jacinta on December 24th, 2009 at 10:29 am

    Actually boleh ba 2 bakun dam supply electric sama Sabah. walaupun berbukit bakau tapi lebih dekat dari SM.

  27. A. Hamid on December 24th, 2009 at 11:12 am

    Kebanyakkan wakil rakyat di Sabah ni takut bersuara sebab tidak mau di lebal sebagai penghianat kepada bos nanti tidak dapat projek. Apa tujuan mereka mahu menjadi wakit rakyat yang sebenar. Sejarah telah mengajar kita semua di mana sejak USNO memerintah Sabah, kemiskinan tidak banyak berubah kecuali mereka mereka yang pandai. Sabah kaya dengan serba serbi tetapi terlalu kurang dengan pembangunan yang bermutu. Sebagai contoh jalanraya kita, bekalan letrik dan air. Isu bekalan letrik ini telah lama dibangkitkan tetapi tidak ada satu daripada wakil rakyat yang benar benar berani mengetengahkan sehingga menjadi realiti. Kalau ada pun mereka disumbat dengan projek. Diam!

  28. same on December 24th, 2009 at 11:44 am

    Rakyat Sabah sebenarnya tidak memerlukan tenaga letrik yang disalurkan daripada Bakun,Sarawak. Sabah memang kaya dengan sumber alam yang semula-jadi. Negeri Sabah mempunyai banyak air-terjun, kelapa sawit dan angin. Kesemua sumber alam ini boleh dimajukan untuk menghasilkan tenaga letrik. Sabah juga mempunyai keluasan tanah untuk memelihara lembu, najis lembu boleh dikitar semula untuk menghasilkan biogas. Tetapi saya merasa duacita sedikit kenapa tenaga letrik mahu di salur sehingga ke semananjung boleh!!! salur ke Sabah pula tak boleh. Kami juga ingin tahu berapa jumlah kos untuk menyalur tenaga letrik ke Sabah,adakah kos tersebut lebih mahal daripada pembinaan Jambatan Pulau Pinang? Terbukti sekali bahawa Negeri Sabah dianak-tiri dari dulu sampai baino…boleh jalan lah satu M’sia..

  29. same on December 24th, 2009 at 11:55 am

    Bagus YB Semananjug belajar buat hydro letrik daripada Datuk Harris Salleh lah, kamu pegi tengok projek biogas dia, biogas dia berapa kilo watt boleh dihasilkan dalam satu hari,satu bulan dan satu tahun. Datuk Harris barulah pandai cakap dan pandai buat, bukan macam YB semananjug banyak saja bercakap dan banyak pula buat alasan, satu sen tidak berguna, kasi sayang duit rakyat saja

  30. jaber on December 24th, 2009 at 11:56 am

    Entahlah.Semua pihak pun mau menjaga kepentingan diri sendiri.

  31. Arjuna on December 24th, 2009 at 2:26 pm

    Semua mau ada share..Macam mana juga mo buat…

  32. machoman sabah on December 24th, 2009 at 4:36 pm

    kita pendekkan cerita kita kasi pencen bn umno pru13 nanti.

  33. Yuki Eiri on December 24th, 2009 at 10:29 pm

    NATO = No Action Talk Only..

  34. Setsuna on December 24th, 2009 at 10:32 pm

    I had enough with this electricity supplies woes.

    It makes me sick to think that the Sabahan people are being treated like an idiot..

  35. poor man on December 25th, 2009 at 6:58 pm

    Bakun Hydro Power linkage to Sabah will mean wayleave of thousands of Hectares of Virgin Timber Forest, do not let timber robbers get a field day , say ‘No’ to Bakun linkage to Sabah!

  36. Taikache on December 25th, 2009 at 9:39 pm

    “Keputusan kerajaan untuk tidak menyalurkan bekalan elektrik dari projek hidroelektrik Bakun ke Sabah disebabkan oleh kos yang tinggi”

    - Yakah? Higher cost or is it just an excuses to ignore the plight that have been going on for years? Either she is daft or just plain ignorant..

  37. Day-break on December 25th, 2009 at 9:40 pm

    @Taikache
    - Good hit lady.. Higher cost is just an excuse coz it is all for the convenience of some WMsians..

  38. same on December 26th, 2009 at 12:23 pm

    s’dra poor man mana ada kayu balak lagi di Sabah, kawasan perhutanan di Sabah hampir gundul dan botak,cuba ko tengok melalui satalite. berapa ekar tanah juga mau diguna jika mau pasang hydro, takan lah berekar-ekar tanah mau di ambil untuk memberi laluan pemasangan hydro. KL ni cakap saja pandai, jadi rakyat Sabah yang membayar cukai ini, mau dipinggir begitu saja kah? bila sampai kempen PRU baru mau datang bawa gula-gula untuk di makan oleh Rakyat Sabah?
    atau mau ambil ‘ Fix deposit ‘ di bank-bank Sabah ? jahanam punya KL

  39. Paloma on December 26th, 2009 at 5:48 pm

    I think this matter should be discussed further.It is hard to take concern on one side because we have to deal with Bakun and Sabah itself. It won’t easy for them to do something big like this. Well,I tried to make sense only..So if any better suggestion, please dont hesitate to give some.

  40. Likin good on December 26th, 2009 at 5:52 pm

    Bukan diorang tidak mau kasi alur tu tenaga ndari Bakun bah tapi ko bayangkan orang2 di Srwak tu berapa ramai? Memang ada yang cakap tenaga tu cukup tapi bagi sa..memang kurang adil la bagi drg.Time kita empangan,x jua drg p minta dari kita,,,

  41. salim on December 28th, 2009 at 11:21 am

    Cukup untuk salur pigi Semenanjung. Tapi sendiri tia cukup. Ko ingat org sarawak buduh ka? Bacalah surat khabar dulu. Bakun sememangnya cukup.

  42. ohaiyo on December 28th, 2009 at 11:44 am

    Saya ada baca kan yang memang tidak sesuai elektrik dari bakun diSalurkan sama Sabah….. Banyak lagi guna duit dan muka bumi yang bergunung-ganang serta hutan2 akan terancam. Tidak tau la tapi jika ikut logik.. logik juga kan…

  43. roxy on December 28th, 2009 at 2:57 pm

    Sesuai or not does not matter now. The bottom line is Bakun will not be supplying to Sabah. That’s why we need some power generator of our own.

  44. Nate on December 28th, 2009 at 3:20 pm

    We want green power! Please resolve the electricity problem in Sabah pronto.

  45. x man on December 28th, 2009 at 10:29 pm

    Sabah lebeh memerlukan letrik dari semenanjung. Tiada alasan tidak menyalur letrik dari Bakun ke Sabah.

  46. Amy on December 29th, 2009 at 3:41 pm

    We ask but they will never ever give us… What we need to do now is prepare in everything that we had to be solve this problem… whether the answer is Dam, Coal plant or Something else…. Think think think!!!!

  47. Leon on December 29th, 2009 at 8:17 pm

    I’m with Roxy..Suitable or not, Bakun itself is not enough to supply and will not be supplying to Sabah. We need power generator of our own in our own state. Enough said.

  48. SindraRichie on December 29th, 2009 at 8:21 pm

    Looks like this assistant minister has spark anger and boiling rage..

    Enough said Asst. Minister. Tell your boss, the power supply woes must be stopped at all cost. Time to stop thinking with their pockets and get their ass of that seat and start to serve the people..

    Otherwise, face the consequences. All of you will be going down in the next PRU13..

    You wouldn’t like that don’t you Sabah and Feds ministers? *evil smirk*

  49. Lemure on December 29th, 2009 at 8:23 pm

    *massage temple* this problem really gives everyone a headache..urgh..

  50. Daijobu on December 30th, 2009 at 1:43 pm

    What more can I say?This dilemma will never ends. Come on, it is hard to implement something if you guys kept objecting this and that. In the end, Sabah will never get its things done.

  51. lintah lipan on December 30th, 2009 at 1:51 pm

    Hendak seribu daya, x hendak seribu dalih.Terlampau banyak alasan yang tidak munasabah. Kenapa?Jika anda lihat berita dalam surat khbara baru2 ni,betapa besar empangan Bakun.Cuma apa yang membimbangkan ialah soal keselamatan yang sering kali menjadi ugutan kepada penduduk sekeliling.Jadi saya rasa itu menjadi salah satu sebab mengapa mereka menghalang tengaa Bakun disalurkan ke Sabah.

  52. reindeer on December 30th, 2009 at 1:57 pm

    I’m tired to wait for the government to deal in this case. It’s damn late. Sooner or later the problems are still be with us.

  53. ketawa bah sia on December 30th, 2009 at 2:00 pm

    Hahahah,kenyataan cepumas ni kan memang teda penghujung. Telur di hujung tanduk la bagi sa. Sa mau tau bah napa kunu Bakun tiamau kasi salur tenaga drg.Kalau bilang mahal,napa SM sanggup berhabisan duit?Jadi empangan Kimanis kita tu napa kasi salur tenaga sama drg??

  54. compase on December 30th, 2009 at 2:02 pm

    Jangan sesat, Sabah memerlukan kuasa letrik serta merta.
    Jangan sesat, salur ke arah Timur, Sabah namanya.
    Salur ke Barat kemudian. Semenanjung sudah kenyang muntah kuasa letrik.

  55. toal on December 30th, 2009 at 2:48 pm

    Sabahan penyabar, rendah hati, minta pun dengan suara lembut. Walau seribu sengsara tanpa kuasa letrik yang mencukupi, masih kita sabar.
    Jadi apakah reaksi kerajaan??

  56. India on December 30th, 2009 at 3:35 pm

    Ya sabar itu separuh dari iman… jangan cakap main hentam nanti kena hentam balik….

  57. Amilisa on December 30th, 2009 at 3:59 pm

    Sabar2 ada had juga, jangan fikir diam2 tidak berisi, sekali menggigit, berbisa tau!

  58. hati mulia on December 30th, 2009 at 4:23 pm

    Kalau pemimpin kita berdiri teguh dan satu hati, saya percaya kerajaan persekutuan tidak akan menolak permohonan kita.

  59. under the sea on December 31st, 2009 at 3:24 pm

    Menyelam didasar laut lebih senang dari merentasi gunung dan hutan, itulah sebab letrik Bakun tidak disalur ke Sabah.

  60. heart break on December 31st, 2009 at 3:56 pm

    Kenapa Sabah selalu diabaikan sedangkan kita sudah beri sokongan padu pada BN dalam PR yang lalu?

  61. lderple on January 19th, 2010 at 3:23 pm

    Rasanya sekarang tenaga elektrik di Sabah da makin OK ba. Tak lagi teruk macam dulu. So sabarlah ya :)

  62. aku bah on January 19th, 2010 at 4:43 pm

    Dah lama bersabar tapi macam tak sel;esai2 juga. Mahu juga marah tapi kalau marah boleh selesaikan masalah dari dulu lagi saya da marah. ini bikin sakit hati ja. hmmm bagus saya diam dan pandai2 lah pemimpin kita selesaikan hal ni cepat.

  63. Matahari on January 19th, 2010 at 4:47 pm

    Penat da aku dgn kes ni. Tapi syukur jugalah kawasanku tak lagi selalu blackout. Mungkin ada OK sikit kot elektrik di Sabah ni. Harap2 semua kawasan pun OK juga.

  64. KamusKitab on January 19th, 2010 at 5:30 pm

    Saya yakin masalah tenaga elektri pasti akan selesai. kalaupun bukan hari ni mungkin hari lai. Jadi tunggu ja lah ketibaan hari tu nanti.

  65. Kiambang on January 19th, 2010 at 6:53 pm

    Mungkin Sabah tak diabai ba, cuma masalah ni mmgcabaran yg sukar. Apapun saya yakin hal ni pasti akan selesai juga.

Leave a Reply


  AKHBAR ALTERNATIF   AKHBAR PERDANA   RADIO  &  TV   PERTUBUHAN / NGO   BICARA AGAMA
# TKOdaily
# Malaysiakini
# Harakahdaily
# Sabahkini
# Siasahdaily
# Detikdaily
# Klpos.com
# MalaysiaDigest
# Tranungkite
# Buletin Online
# Berita Harian
# Utusan Malaysia
# Bernama
# Harian Metro
# Sinar Harian
# MStar Online
# Berita RTM
# Sabah Tourism
# SabahTimes
# DailyExpress
# WebTV Pas
# WTV8
# TV Ceramah
# Grapes Nasyid
# Kuliah.net
# Darulsalam
# Era FM
# Ikim FM
# Muzik FM
# Nasyid FM
# IKIM
# Fomca
# Aliran
# Suaram
# Amal Malaysia
# Halal Jakim
# Bersih
# UMS
# Sabah EDU
# Info Sabah
# Zaharuddin
# Ust. Nasrudin
# Saifulislam
# Ilmu & Ulama
# Harun Yahya
# Minda Super
# Jarum Emas
# Dr Mohd Asri
# Warisan Nabawi
# Mesra Rakyat

 

 

Hakcipta @ 2008 Sabahdaily.com

Email : sabahdaily[a]gmail.com

Powered by FeedBurner Mesothelioma Add to Google Reader or Homepage Add to Technorati Favorites