UMNO busuk, Siapa Pemimpin Yang Akan Masuk PAS?

Tun Dr Mahathir menulis dalam blognya bahawa seorang bekas pemimpin kanan Umno bercadang untuk menyokong PAS kerana ‘Umno busuk hingga ke ususnya.’ Dr M mengulas hal tersebut dalam 13 perkara. Apakah tulisan tersebut adalah sebagai tanda pembuka laluan ke arah ingin menyertai PAS? Sekurang-kurang supaya orang lain dulu atau terus sama-sama menyertai PAS beramai-ramai? Dalam politik macam-macam boleh jadi.. tiada mustahil.

Anda cuba menilai sendiri. Begini tulisannya..

1. Pilihanraya Umum ke-13 hanya dua tahun lagi. Saya sedang meneliti reaksi rakyat terhadap UMNO dibawah pimpinan baru. Saya terkejut. Saya terkejut kerana seorang bekas pemimpin UMNO yang kanan telah meluahkan perasaannya dengan berkata “UMNO is rotten to the core” (UMNO busuk hingga ke ususnya).

2. Beliau telah berkata yang beliau sedang memikir untuk menyokong PAS. Beliau juga berkata beliau telah bertemu ramai pemimpin-pemimpin UMNO yang telah bersara dan mereka speendapat dengannya.

3. UMNO busuk daripada peringkat terendah hingga ke peringkat tertinggi katanya. Di cawangan, ketua cawangan hanya berjuang untuk mengekal dirinya sebagai ketua sahaja. Kenapa? Sebabnya majoriti ketua cawangan dapat jadi pengerusi Jawatakuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung dengan elaun tertentu dan kuasa untuk mengagih peruntukan. Berpeluang juga untuk jadi kontraktor Kelas F untuk projek kecil di luar bandar.

4. Untuk menentukan dirinya tidak dicabar ketua cawangan tidak akan benarkan sesiapa yang lebih terpelajar daripadanya masuk UMNO cawangannya. Lebih daripada itu kebanyakan peruntukan untuk jadi ahli UMNO, yang mana dia mesti melalui cawangan, tidak akan dilayan. Tujuannya ialah supaya cawangannya tidak mempunyai banyak ahli kerana mereka tetap akan menimbulkan masalah dan sukar dikawal, bahkan sukar disogok pun.

5. Sebab itu tidak ramai ahli profesional yang dapat menjadi ahli UMNO. Sebaliknya semakin ramai daripada pemimpin PAS terdiri daripada doktor, peguam, jurutera dan lain-lain profesyen.

6. Oleh kerana ketua cawangan biasanya tidak memiliki pelajaran yang tinggi dan beliau menentukan ahli lain dalam cawangannya mempunyai ilmu pengetahuan yang lebih rendah daripadanya, maka apabila ketua terpaksa berhenti kerana sebab-sebab tertentu, maka penggantinya akan terdiri daripada yang kurang berkebolehan daripadanya. Dengan itu kualiti kepimpinan akan merosot sepanjang masa.

7. Tentu ada cawangan yang tidak seperti ini tetapi pengecualian hanya mengesahkan keadaan yang sebenar.

8. UMNO, kata bekas pemimpin kanan ini sekarang dipimpin oleh perasuah. Mereka menjadi ahli Majlis Tertinggi kerana sogokan wang. Orang ramai tidak akan serah nasib mereka kepada perasuah.

9. Penempatan perasuah dalam Kerajaan dan badan-badan lain juga memburukkan lagi imej UMNO. Sudah tentu perasuah akan dipilih sebagai calon UMNO dalam Pilihanraya Umum ke-13. Jika mereka diberi kemenangan maka negara akan dapat Kerajaan perasuah. Sebab itu beliau tidak akan sokong UMNO sebaliknya akan menyertai dan menyokong parti lawan. Katanya lagi hingga kini separuh daripada orang Melayu tidak merasai nikmat kerana Kerajaan-Kerajaan pimpinan UMNO menidakkan hak mereka sedangkan mereka juga orang Melayu walaupun mereka menyokong parti lawan. Mereka yang menyokong parti lawan bertambah sejak (Tun) Abdullah kerana ramai daripada ahli UMNO sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO.

10. Yang tinggal katanya ialah orang yang berkepentingan yang berharap mendapat sesuatu kerana menyokong UMNO. Mereka ini bukan nasionalis dan mereka tidak boleh diberi kepercayaan.

11. Banyaklah lagi hujah-hujahnya akan sebab-sebab UMNO tidak lagi akan diberi peluang untuk memerintah negara yang disayangi olehnya. Saya tidak akan hurai lebih lanjut. Hanya yang saya ingin sebutkan ialah pendapat beliau sudah menular ke semua peringkat orang Melayu, bahkan ahli UMNO juga.

12. Rakan-rakan dalam Barisan Nasional semuanya berpecah dan lemah. Mereka tidak mampu menjayakan Barisan Nasional.

13. Masa semakin singkat untuk memperbaiki keadaan ini. Saya mencatat maklumat ini untuk pengetahuan umum sahaja.

Kepada Dr M, jangan sampai Pak Lah masuk PAS dulu. Bekas PM sebelum ini pun ada yang sertai pembangkang. Itu sahaja, sekian. (AK)

Sumber: GB / Chedet

Share |


Maklumat ini telah diterbitkan pada Tuesday, December 1st, 2009 dalam kategori berita. Anda boleh mengikuti komen berkaitan maklumat ini melalui feed RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan komen , atau trackback daripada laman web anda.

17 Responses to “UMNO busuk, Siapa Pemimpin Yang Akan Masuk PAS?”

  1. Shawnty on December 1st, 2009 at 11:05 am

    I am surprised! Gosh!!

  2. Dorylia on December 1st, 2009 at 2:19 pm

    Tidak mungkin Dr M akan menyertai pihak pembangkang…. Saya lihat beliau mempunyai sebab mengapa berkata sedemikian..

  3. Andray on December 1st, 2009 at 2:40 pm

    There must be a reason why Dr M saying like this…and as what my understanding to this article, Dr M want changes be made in UMNO… Nowadays we can see that lots of UMNO problems made by their own members.. this should be change before people fed up and change their vote to others party..

  4. 1 Malaysia on December 1st, 2009 at 2:41 pm

    Ya tidak mustahil benda ini akan berlaku,saya lebih yakin baru2 ini ayah saya seorang ahli surau yang begitu mengagumi kepimpinan TGNA bermimipi…

    Dalam mimpi beliau ayah saya melihat TGNA membaling banyak gulungan tali keseberang sungai dan diseberang sana ada ramai orang yang menunggu untuk menyeberang menggunakan tali yang TGNA baling itu…

    Saya membuat kesimpulan daripada mimpi ayahku itu yang mana akan ramai pembesar2 UMNO yang sudah insaf dari terus bergelumang dengan dosa untuk kembali kepangkal jalan yang diredai olehNya dengan menyertai PAS demi masa depan Islam dan Malaysia..

    Ini kerana diakhirat kelak Allah tidak akan bertanya akan keadaan bangsamu iaitu Melayu tapi apa yang Allah Tanyakan ialah bagaimana dengan Agamamu dan apa yang kita buat untuk agama Allah ini iaitu Islam????

    Mimpi itu mainan tidur,tapi mimpi orang yang rajin menziarahi rumah Allah ada betulnya!!!!!

  5. johan on December 1st, 2009 at 4:15 pm

    Apa pun orang islam mesti ingat ….jangan sampai orang2 islam bercakaran sesama sendiri akhirnya kepimpinan negara tergadai kepada bukan islam…tak kisah kalau orang cina islam, india muslim atau mamak yang memerintah..itu keindahan islam…terbuka kepada semua umat manusia…sedangkan semasa orang islam memerintah sekarang pun kita dah kena tipu dengan bukan islam kiri dan kanan contoh seperti makanan halal, certificate halal dan sebagainya…bayangkan apabila kita kehilangan kuasa .. sebagai contoh tengok sahaja di seberang tambak kehidupan orang2 seagama dengan kita..nak cakap pun tak berani keluar suara..ingatlah perjuangan parti2 bukan islam hanya untuk bangsa mereka sahaja..lihat kenyataan pemimpin2 mereka seperti hua zong, dong jiao zong etc. sedangkan orang islam berjuang untuk keadilan semua bangsa..kerana setiap pemimpin islam akan di persoal tindakan mereka di dunia ni.. satu pun tak lepas..

  6. sam on December 1st, 2009 at 4:38 pm

    jika benar DrM kata begini,mampuslah UMNO di pilihhanraya ke-13. tetapi saya rasa memang banyak ahli UMNO tidak membaca pandangan Tun DrM ini. Ahli2 UMNO saja tidak mahu menerima pendapat dan pandangan dpd Tun DrM. Tun DrM tahu bahawa para pemimpin UMNO ada setengahnya mengamalkan budaya rasuah,untuk mengekalkan jawatan mereka didalam parti dan kabinet. Tun DrM pernah kalah semasa pemilihan wkil tujuh di cawangan UMNO Kubang Pasu beberapa tahun yg lalu
    , ini adalah gara-gara para pengundi telah dirasuahkan dan masa itu Tun DrM kalah.

  7. butod on December 1st, 2009 at 8:45 pm

    susahlah kalau asyik takut org bukan islam memerintah. kenyataan saudara Johan tu kena ubah sikit.Terlalu sensitif.Ingat negara ni bukan hanya untuk orang Islam. anda tak matang langsung dalam membuat hujah.

  8. sdk provok on December 1st, 2009 at 8:55 pm

    Orang sabah sepatutnya menerima PAS dari dulu lagi jika mahu melihat hak-hak mereka diperjuangkan dengan penuh kebenaran dan keadilan tapi selagi dinding propaganda BN yang penuh muslihat dan strategi kotor masih tidak disedari oleh kita di sini terutama dengan momokan bahawa PAS sebagai parti ekstrimis dan anti non- muslim maka selamanyalah kita ketinggalan. Marilah orang Sabah semua kita bersama cuba memahami dan menghayati perjuangan murni PAS. Satu contoh jelas strategi memburukkan PAS ialah dengan penyebaran persepsi bahawa PAS tidak sesuai di Sabah kerana penduduknya berbilang agama. ini betul-betul membuyuk dan memperbuduhkan kita ……….. percayalah ……PAS adalah pilihan yg boleh kita cuba.

  9. yaka on December 1st, 2009 at 9:28 pm

    yaka? sesuaika pas di sabah? rasanya pas x layak.

  10. sdk provok on December 1st, 2009 at 10:54 pm

    Mengapa selama ini kita merasakan PAS tidak sesuai atau layak di Sabah………….
    sebab kita takut dengan bayang-bayang sendiri dan telah lama dibuyuk dengan propaganda yang memperbodohkan dan menjauhkan kita dari mengenali PAS;
    1. PAS kununnya akan melakukan ketidakadilan kepada penganut agama lain,
    hakikatnya penganut agama lain hidup lebih harmoni dan terjamin berbanding
    di bawah pemerintahan parti lain bahkan peluang untuk mereka sangat terbuka.
    2. PAS digambarkan sebagai parti yang ketinggalan zaman dan mengongkong,
    sebenarnya PAS lebih bersifat terbuka dari semua parti yang ada di Malaysia
    samada dari segi isu yang diketengahkan atau dasar parti yang sudah lama
    berjuang untuk keseluruhan rakyat negara ini tanpa mengira kaum atau agama
    3. PAS dilabel sebagai parti ekstrem,rasis dan tidak demokratik,
    jika di amati dengan betul sejarah perjuangan PAS dalam politik di negara ini
    PAS tidak pernah berjuang untuk sesuatu yang berunsurkan perkauman dan
    ,kedaerahan melainkan apa yang termaktub dalam perlembagaan seperti hak
    rakyat , perundangan, kedudukan islam sebagai agama rasmi dan sebagainya.

    TAPI kalau mau tinguk parti yang mempunyai dasar dan perjuangan yang masih
    kuat dengan sumangat serta pemikiran kampungan nda susah baitu banding
    saja dengan parti yang sedia ada disabah ni cuma perlu tambah lagilah sikit
    dengan perjuangan peribadi sebagai teras utama.

  11. Gorila on December 2nd, 2009 at 8:38 am

    Sebab perjuagan PAS ini berasaskan kepada keagaaman…Salah satu sebab….sepa sukung? angguk kepala……

  12. machoman sabah on December 2nd, 2009 at 9:05 am

    di kelantan PAS memerintah tanpa mengenepikan kaum dan penganut agama lain. itulah hakikatnya.

  13. sam on December 2nd, 2009 at 10:17 am

    jika PAS nak memerintah negeri Sabah dan negara, PAS kena banyak lagi usaha di buat, seperti memberi penerangan kpd rakyat Sabah yg bukan beragama Islam.Perjuangan PAS terlalu bagus jika boleh di terima oleh rakyat Sabah, kerana PAS berjuang berlandaskan kitab alquran dan hadis dan berpegang kpd ajaran kedua-dua kitab ini. Perjuangan ini sudah cukup merangkumi dunia dan akhirat. apa bila rakyat Sabah yg bukan beragama islam faham dan mengerti ajaran islam, saya rasa rakyat yg bukan Islam boleh menerima perjuangan PAS. Jika PAS dapat memerintah Sabah hapuslah rasuah, perjudian, pelacuran dan maksiat, penyeludupan rokok dan arak, sarang2 pelacuran, rumah2 urut, kedai 4-ekor, lorong2 pelacuran termasuk pondan-pondan di Kg.Air Kota Kinabalu, penjualan CD luncah di Sinsuran K.K. dan lain-lain. saya cadang penjualan arak ini di jual di Labuan kerana harga arak di sana murah, kedua kesemua pub dan kedai2 yg menjual minuman arak di Kota Kinabalu,di pindah ke pulau2 yg berdekatan seperti Pulau Memutik,Pulau Gaya, Pulau Sulug dll.Yg paling besar menerima menafaatnya ialah isteri2 mereka yg mempunyai suami kaki judi, kaki bermain kayu tiga, suami kaki botol dll. Bila kemungkaran ini dapat di benteras, aman dan harmoni lah rumah tangga, kerana ekonomi rumah tangga mereka akan bertambah stabil. Sistem pemerintahan islam tidak pernah mendekrmenasi rakyat, tetapi sistem pemerintahan di luar negara sudah terbukti sangat kejam dan rakus,seperti pemerintahan di Bosnia , Palastine, Filipina, Thailand & dinegara lain yg tak sempat saya sebutkan di sini. Kerajaan di sana membunuh orang-orang Islam yg tidak berdosa. Idea saya ini memeng gila2 dan sukar diterima oleh rakyat Sabah bukan Islam kerana otak dan fikiran mereka dah lama diracuni dan dituba oleh BN, tetapi kamu bacalah apa kata Tun DrM, UMNO sekarang ini adalah parti MAKIN RAPUH DAN MEMBUSUK”

  14. Gorila on December 2nd, 2009 at 10:23 am

    memang la kan d kelantan mana da orang lain smua pun kelantanist yang majoriti ehem Islam…. ba jangan banyak cakap la kalu mau PAS ba undi la kamu Kalu mau lain2 parti pun bulih….masing2 punya kepala kubur pun masing2…

  15. 1 malaysia on December 2nd, 2009 at 10:24 am

    Awas terdapat segelintir anti agama Islam yang wujud di sabah ini,dan mereka ini sentiasa berusaha untuk menidakkan hak2 orang islam itu sendiri…….dari maklumat yang saya perolehi mereka ini aktif di sebelah pantai barat sabah…!!!!

    Mereka jugak benci dengan PAS dan Islam!!!!!!!

  16. Gorila on December 2nd, 2009 at 10:32 am

    Jaadeeeyyy ko ada masalah ka? macam la orang islam tidak ada yang anti buddha dan lain2 agama….

  17. Gorila on December 2nd, 2009 at 10:35 am

    Tapi saya tidak lah anti islam…. Sama saja ba manusia juga… peace2

Leave a Reply


  AKHBAR ALTERNATIF   AKHBAR PERDANA   RADIO  &  TV   PERTUBUHAN / NGO   BICARA AGAMA
# TKOdaily
# Malaysiakini
# Harakahdaily
# Sabahkini
# Siasahdaily
# Detikdaily
# Klpos.com
# MalaysiaDigest
# Tranungkite
# Buletin Online
# Berita Harian
# Utusan Malaysia
# Bernama
# Harian Metro
# Sinar Harian
# MStar Online
# Berita RTM
# Sabah Tourism
# SabahTimes
# DailyExpress
# WebTV Pas
# WTV8
# TV Ceramah
# Grapes Nasyid
# Kuliah.net
# Darulsalam
# Era FM
# Ikim FM
# Muzik FM
# Nasyid FM
# IKIM
# Fomca
# Aliran
# Suaram
# Amal Malaysia
# Halal Jakim
# Bersih
# UMS
# Sabah EDU
# Info Sabah
# Zaharuddin
# Ust. Nasrudin
# Saifulislam
# Ilmu & Ulama
# Harun Yahya
# Minda Super
# Jarum Emas
# Dr Mohd Asri
# Warisan Nabawi
# Mesra Rakyat

 

 

Hakcipta @ 2008 Sabahdaily.com

Email : sabahdaily[a]gmail.com

Powered by FeedBurner Mesothelioma Add to Google Reader or Homepage Add to Technorati Favorites