Kalimah Allah: PM akan mengadap Agong

Jan 3, 10 6:44pm, malaysiakini

Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meminta umat Islam di negara ini bertenang dan tidak terlalu “memanaskan” isu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan akhbar mingguan gereja Katholik menggunakan perkataan “Allah” dalam penerbitannya.

PROTES SEBUTAN 'ALLAH'Perdana Menteri berkata kerajaan sedar bahawa isu itu amat sensitif serta menyentuh perasaan umat Islam di negara ini dan kerajaan akan menangani isu itu sebaik mungkin.

“Kerajaan amat sedar dan prihatin akan pelbagai reaksi yang telah kerajaan terima sejak keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi baru-baru ini.

“Isu ini amat sensitif dan menyentuh perasaan terutama sekali umat Islam, kita hendaklah bersikap bertenang pada masa ini dan membiarkan perkara ini diselesaikan melalui proses mahkamah,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah kecemerlangan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) bagi pelajar di Parlimen Pekan, lapor Bernama.

Bagaimanapun, ketika beliau bercakap, sekumpulan 200 orang Islam mengadakan protes di Pulau Pinang membantah keputusan mahkamah itu.

Protes selama satu jam itu pagi tadi diadakan di l7ar Mahkamah Tinggi Pulau Pinang yang diketuai oleh kumpulan yang menamakan dirinya Badan Anti Majlis Antara Agama (Badai). [Foto di bawah].

Sepertimana diketahui, rayuan boleh dikemukakan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan untuk diputuskan, katanya ketika diminta mengulas pelbagai reaksi masyarakat berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Khamis lepas yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan “Allah” dalam penerbitannya.

Najib berkata Kementerian Dalam Negeri akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan mahkamah itu.

Selain itu, perdana menteri berkata beliau juga akan memaklumkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berhubung proses rayuan berkenaan.

“Mereka (KDN) akan kemuka rayuan dan saya akan sembah maklum kepada Yang di-Pertuan Agong dan jika Yang di-Pertuan Agong berkenan, akan diberi taklimat, juga taklimat kepada Majlis Raja-Raja,” katanya.

Beliau berharap penyelesaian terhadap isu yang amat sensitif itu kelak dibuat dengan penuh kebijaksanaan.

Najib juga berharap isu itu tidak akan diburukkan lagi dengan pelbagai demonstrasi serta pelbagai petisyen dan memorandum berhubung perkara itu.

“Saya tak galakkan (umat Islam membuat demonstrasi dan sebagainya), (tapi) saya tahu perasaan di kalangan perasaan umat Islam, mereka merasa begitu terkilan.

“Cuma saya berharap perkara yang amat sensitif, kita biarkan kerajaan tangani isu ini dengan sebaik-baiknya melalui proses rayuan (di mahkamah)…saya tak nak terlalu memanaskan isu, kerajaan faham perasaan umat Islam, biarlah kita cari jalan sebaik-baiknya.”

Menyinggung umat Islam

Sementara itu, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, penggunaan kalimah “Allah” dikhuatiri digunakan oleh pendakyah agama bukan Islam yang mahu mengelirukan umat Islam dengan tujuan tersirat mereka.

Beliau berkata keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan akhbar mingguan gereja Katholik menggunakan perkataan “Allah” dalam penerbitannya telah menyinggung perasaan umat Islam di negara ini.

“Sebagai sebuah negara yang majmuk, mempunyai pelbagai agama, harus elakkan perkara sensitif ditimbulkan di mana-mana platform perundangan,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan persekolahan kepada pelajar miskin di kawasan Parlimen Bagan Datoh hari ini.

Dr Ahmad Zahid yang juga naib presiden Umno mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis lepas yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan “Allah”.

Pada 16 Februari lepas, Ketua Paderi Roman Katolik Kuala Lumpur Tan Sri Murphy Pakiam, sebagai penerbit majalah itu, memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman bagi menuntut satu deklarasi bahawa keputusan Menteri Dalam Negeri melarang beliau menggunakan perkataan “Allah” dalam majalah itu adalah haram dan perkataan itu bukan eksklusif bagi agama Islam.

Dr Ahmad Zahid berkata umat Islam di negara ini amat menghormati kedudukan agama lain dan tidak mahu ada pihak mencampuri urusan agama Islam.

Katanya sebelum ini, Majlis Fatwa Kebangsaan telah menetapkan dengan jelas bahawa perkataan “Allah” adalah khusus untuk orang Islam kerana ia merupakan perkataan khas sementara “Tuhan” merupakan nama am.

“Kalau selama ini tidak ada penulisan yang menggunakan perkataan “Allah” (bagi agama bukan Islam) mengapa pula akhbar mingguan ‘Herald-The Catholic Weekly’ terlalu ghairah hendak menggunakan perkataan “Allah”.

“Dalam Perlembagaan Persekutuan menetapkan agama Islam adalah agama rasmi sementara agama lain boleh diamalkan di Malaysia tetapi tidak boleh disebarkan di kalangan orang Islam,” katanya.

Beliau dengan itu menggesa semua tokoh ulama, pertubuhan bukan kerjaan dan seluruh umat Islam bersatu dalam hal melibatkan kesucian agama Islam.

Share |


Maklumat ini telah diterbitkan pada Monday, January 4th, 2010 dalam kategori berita. Anda boleh mengikuti komen berkaitan maklumat ini melalui feed RSS 2.0. Anda boleh meninggalkan komen , atau trackback daripada laman web anda.

7 Responses to “Kalimah Allah: PM akan mengadap Agong”

  1. faith on January 4th, 2010 at 9:42 am

    Gosh…when will it be over….the question is how does this thing happen in the first place??why does people have to bring this very simple matter to the point that it has to be settle in the highest court available in Malaysia??Why now??why anybody doesnt said anything about it 30-20 years ago?how to solve it and making sure that everybody is satisfied by the outcome?can the outcome produce a WIN-WIN situation??

  2. KOGIU on January 4th, 2010 at 9:43 am

    Rakyat Malaysia dari segenap lapisan perlu bertenang, gunakan akal dan fikiran waras, Memang benar ALLAH itu adalah nama Tuhan sebenarnya kata Ustz Dr.Asri..jadi, apa yg jadi kerisauan, yang menyebut ALLAH itu melafazkan bahawa dia yakni orang yang melafazkan mengakui bahawa Tuhan itu ALLAH.. Memang semua manusia menyebut nama tuhan itu adalah A L L A H

  3. KOGIU on January 4th, 2010 at 9:46 am

    Rakyat Malaysia dari segenap lapisan perlu bertenang, gunakan akal dan fikiran waras, Memang benar ALLAH itu adalah nama Tuhan sebenarnya kata Ustz Dr.Asri..jadi, apa yg jadi kerisauan, yang menyebut ALLAH itu melafazkan bahawa dia yakni orang yang melafazkan mengakui bahawa Tuhan itu ALLAH.. Memang semua manusia layak menyebut nama tuhan itu adalah A L L A H

  4. Andray on January 4th, 2010 at 1:56 pm

    I don’t know how do you people see this, but no matter the result is, we still can live in a harmony view.

  5. NBL on January 4th, 2010 at 2:01 pm

    perkataan ALLAH memang diguna pakai oleh kristian dan bukannya islam semata.
    sepatutnya perkara ini diselesaikan dengan rundingan di antara ulama dan pendeta TANPA MELIBATKAN NGO yang membantah membabi buta,seolah ingin berperang dan membuat provokasi serta sangat emosi.cuba lihat,ada tak pihak kristian membantah sedemikian di Malaysia? jawapannya TIADA.jadi,kepada NGO2,waras lah,jangan emosi melampau,biar pihak berkaitan yang menyelesaikannya.

  6. Kalaukaubolehbah on January 4th, 2010 at 3:34 pm

    Kalau semua umat manusia menggunakan akal fikiran yang waras, memang perkara untuk merebut siapa yang berkuasa menggunakan perkataan ALLAH itu tidak akan timbul.

    Apabila manusia mengambil alih kuasa ALLAH, maka manusia itu lebih berkuasa daripada ALLAH sendiri dan dia sendiri tidak mempercayai kuasa ALLAH.

    Sebenarnya apa kuasa manusia menafikan kepercayaan seseorang itu terhadap ALLAH. Bukan kah elok kalau kita semua percaya kepada nya?

    Setahu saya banyak juga yang tidak berugama mempercayai ALLAH. Jadi kenapa manusia cuba pula mau menjadi ALLAH. Siapa bah kita ini?

  7. machoman sabah on January 4th, 2010 at 4:41 pm

    dalam undang2 malaysia adakah termaktub perkataan Allah itu hanya diguna kan oleh Islam saja.?..tidak ada bukan. yang penting org Islam itu perlu ilmu menapis dalam terjemahan perkataan Allah oleh org bukan Islam. dan rasanya org Islam tidak akan membaca majalah yang tidak berdasarkan akidah islam. cuma dikhuatiri anak muda kini ramai yang tiada pengetahuan agama Islam yang mendalam. tambahan pula konsep 1malaysia membuat orang Islam lagi keliru. sebelum ini Islam hadhari apadah jadi dgn konsep itu?..mengelirukan dan dikelirukan.

Leave a Reply


  AKHBAR ALTERNATIF   AKHBAR PERDANA   RADIO  &  TV   PERTUBUHAN / NGO   BICARA AGAMA
# TKOdaily
# Malaysiakini
# Harakahdaily
# Sabahkini
# Siasahdaily
# Detikdaily
# Klpos.com
# MalaysiaDigest
# Tranungkite
# Buletin Online
# Berita Harian
# Utusan Malaysia
# Bernama
# Harian Metro
# Sinar Harian
# MStar Online
# Berita RTM
# Sabah Tourism
# SabahTimes
# DailyExpress
# WebTV Pas
# WTV8
# TV Ceramah
# Grapes Nasyid
# Kuliah.net
# Darulsalam
# Era FM
# Ikim FM
# Muzik FM
# Nasyid FM
# IKIM
# Fomca
# Aliran
# Suaram
# Amal Malaysia
# Halal Jakim
# Bersih
# UMS
# Sabah EDU
# Info Sabah
# Zaharuddin
# Ust. Nasrudin
# Saifulislam
# Ilmu & Ulama
# Harun Yahya
# Minda Super
# Jarum Emas
# Dr Mohd Asri
# Warisan Nabawi
# Mesra Rakyat

 

 

Hakcipta @ 2008 Sabahdaily.com

Email : sabahdaily[a]gmail.com

Powered by FeedBurner Mesothelioma Add to Google Reader or Homepage Add to Technorati Favorites