Wednesday, August 11, 2010

SKANDAL SEKS PEMBANTU MENTERI

SURE Heboh! Satu Sabah dan 1Malaysia sudah heboh dengan Skandal Seks seorang Pembantu Menteri dalam Kabinet April Fool, Datuk Musa Aman dengan seorang Ketua Puteri UMNO di Bahagian Utara Sabah sehingga sampai ke pengetahuan Perdana Menteri Malaysia.
Entah badi apa yang menimpa Pergerakan Puteri UMNO yang sebelum ini digelar sebagai ‘Geisha’ oleh beberapa Veteran UMNO kerana malang yang menimpa berulang-ulang.

Dimulai dengan Skandal Ketua Puteri yang ‘Lesbo’, ditambah dengan Ketua Puteri yang merampas suami orang dan bersekedudukan sebelum bernikah; diperlecehkan dengan yang mati kerana menggugurkan kandungan anak luar nikah di Indonesia dan terkini menjalinkan hubungan sulit dengan Pembantu Menteri yang sebelum ini adalah orang penting dalam UMNO.

Mungkin kerana kemaruk cinta, Pembantu Menteri UMNO ini telah menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada kekasihnya tanpa mempedulikan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah dan Lembaga Hasil Dalam Negeri sedang memerhatikan gerak gerinya kerana beliau masih mempunyai kes yang belum selesai dengan kedua agensi penting berkenaan.

Bagi membuktikan cintanya, Datuk M mampu memberikan apa sahaja untuk membuktikan cintanya yang baru bersemi kepada seorang gadis muda yang merupakan pemimpin golongan puteri yang sering dilabel sebagai ‘Bunga UMNO’.

Namun Ketua Puteri UMNO tersebut pandai berpencak di pentas politik kerana mendakwa kejayaan memiliki kereta mewah, rumah dan apa sahaja yang diperolehinya adalah hasil kerja keras beliau, yang sememangnya seorang ahli perniagaan.

Formula inilah yang sebelum ini menjadi modal kepada artis yang mempunyai skandal seks dengan VVIP dan kini di ‘Copy & Paste’ oleh pemimpin muda UMNO terutama Ketua Puteri yang mampu berkereta mewah dan berumah besar; walaupun skrip lakonan mereka boleh dibaca seperti skrip Mi Maggi, ‘cepat dimasak, sedap dimakan’.

Mungkinkah Pembantu Menteri tersebut menganggap bahawa Pergerakan Puteri Umno sekadar menjadi transit untuk mendapatkan ‘mangsa’ yang kaya, berpengaruh di kalangan anggota parti itu demi kemewahan serta kepentingan diri?.

Mungkinkah juga Ketua Puteri berkenaan kehausan kasih setelah lama kemarau kasih dan peluang ini dimanfaat sebaik mungkin ketika getah masih pekat dan figura masih mampu menawan hati dan ‘mata buaya’ Pembantu Menteri berkenaan yang sebelum ini telah beberapa kali terlepas daripada dicekup SPRM?

Hanya mereka berdua yang tahu, namun bak kata pepatah, apabila cinta sudah melekat, ‘tahi kucing, ku rasa coklat’.

Oleh :PERISIK SABAHKINI.NET

Komen Anda

37 Responses to " SKANDAL SEKS PEMBANTU MENTERI "
Jonny said...
August 11, 2010 at 8:39 AM

Betul kah ni, penuduhan seperti ini amat serius.


mai said...
August 11, 2010 at 9:00 AM

susah mau cakap betul atau tidak..kita sendiri pun tidak tahu betul atau tidak pekara ni..apa pun, mereka perlu fokus untuk berkhidmat kepada rakyat.


supra said...
August 11, 2010 at 9:07 AM

ada asas ke cerita ni, jika ada tunjukkan!


Ted Medresher said...
August 11, 2010 at 9:09 AM

masih belum tahu sejauhmana kebenarannya tapi kalau sekadar menjalinkan hubungan mungkin rakyat tidak kisah, tapi kalau sudah melibatkan wang yang banyak dan diragui sumbernya, memang patut disiasat dan dedahkan siapa orang itu. apa2pun cerita ini masih samar2..


mai said...
August 11, 2010 at 9:14 AM

susah mau cakap betul atau tidak..kita sendiri pun tidak tahu betul atau tidak pekara ni..apa pun, mereka perlu fokus untuk berkhidmat kepada rakyat.


mike said...
August 11, 2010 at 9:31 AM

cerita ini lebih kepada menyedapkan rasa...tiada sumber atau bukti, jadi tidak perlu kita percaya atau menganggapnya sebagai betul...


mike said...
August 11, 2010 at 9:35 AM

cerita seperti ini adalah serius...seharusnya ianya harus disiasat dan disahkan kesahihan sebelum dihebahkan...ianya melibatkan nama baik individu dan parti..jangan sampai mejilat tahi sendiri...


Kebenaran said...
August 11, 2010 at 9:57 AM

tidak pasti cerita ini beul, tapi dari jalan cerita ini memang sesuai kalau membuat novel. tapi apa pun, siasatan perlu untuk membuktikan kebenarannya.


Leo said...
August 11, 2010 at 10:07 AM

Cerita ini sukar untuk dipercayai kerana tiada sebarang bukti atau sumber. Jangalah kita cepat percayakan khabar angin. Ada2x ja orang mahu menjatuhkan mereka dengan memburukkan nama mereka.


Kamal said...
August 11, 2010 at 10:23 AM

Janganlah sembarangan menuduh orang tanpa bukti.


tombolo said...
August 11, 2010 at 10:35 AM

sebaiknya perkara ini perlu disiasat. jika benar, tindakan tegas perlu diambil.


Bi said...
August 11, 2010 at 11:38 AM

Dedah kan nama, hal ini memalukan seluruh Sabah...


Richard said...
August 11, 2010 at 11:43 AM

Serious allegation. I wonder what's going on with Puteri UMNO these days..


boY said...
August 11, 2010 at 2:53 PM

cerita ini tidak pasti kebenarannya, tapi apa pun cuba pastikan kebenaran dalam hal ini. biar pihak berkuasa yang memberikan kata putus.


teh tarik said...
August 11, 2010 at 3:17 PM

Baik nama kedua watak si Romeo dan Juliet itu juga turut dipaparkan.
Tak payahlah kita membuat teke-teki.


eika said...
August 11, 2010 at 3:27 PM

cerita ini tidak dapat dipastikan kebenarannya..mungkin cerita ni cuma khabar angin..


sasha said...
August 11, 2010 at 4:32 PM

Angin meniup, tentu ada puncanya.


ivan medhousky said...
August 12, 2010 at 9:32 AM

kalau tidak benar, hentikan khabar ini. tapi sekiranya benar, dedahkan dan buat laporan sekiranya terdapat unsur2 rasuah.


Jonny said...
August 12, 2010 at 9:45 AM

Baik kita tunggu penjelasan yang selanjutnya sebelum membuat kesimpulan.


baboon said...
August 12, 2010 at 2:19 PM

Siapa yang akan memberi penjelasan?


dadido said...
August 12, 2010 at 4:12 PM

Kesahihan kes ini masih kabur.


pencari said...
August 12, 2010 at 6:13 PM

Kes skandal ini monyet di Kudat pun tahu. Ketua Puteri UMNO ada skandal dengan Musbah jamli bah. kenapa mau tapuk-tapuk nama itu orang.Kalau dia memang gatal, apa mau buat. Ketua putri itu janda memang sudah lama gatal. kahwin sahajalah kalau mau tebus dosa. hairan kenapa orang kota belud masih pilih yb macam ini dan orang kudat pilih ketua yang tidak bermoral? tutup atas bawah buka.


duludulu said...
August 13, 2010 at 2:21 PM

Jangan sokong pemimpin yang tidak bermoral. Jika dia sanggup berdosa demi memenuhi nafsunya dan lupa ajaran Nabi, apa lagi yang tidak sanggup dia lakukan.


titan said...
August 13, 2010 at 2:59 PM

Moyet biasanya hidup atas pokok. Duduk tinggi dilangit, jauh hujung pantai pun nampak. Barangkali inilah sebab moyet di Kudat pun tahu kisah 'romantik' ini.


karibon said...
August 17, 2010 at 2:18 PM

Nama pembantu menteri tersebut sudah didedahkan oleh pencari. Barangkali pembantu menteri tersebut tidak layan internet terutamanya sabahdaily, kenapa tiada respon?


heyman said...
August 17, 2010 at 5:04 PM

Parti tersebut harus bertindak mengatasi pekara begini dari terus berlaku. Tindakan tegas wajah diambil terhadap pihak yang terlibat supaya pekara sama tidak berlaku lagi.


susi said...
August 18, 2010 at 1:55 PM

Kenapa JAIS tidak bertindak? Janganlah 'double standard', Sebagai Jab penguatkuasa, kenalah sensitif.


viga said...
August 18, 2010 at 4:12 PM

Bung Moktar sudah didenda, bila lagi pembantu menteri ini?


tarap runtuh said...
August 18, 2010 at 5:37 PM

Perempuan seperti si Zeti tidak merasa malu menjadi isteri kedua orang. Yang penting lelaki itu kaya dan berpangkat.
Sama fikiran ketua puteri UMNO yang disebut diatas.


leon said...
August 18, 2010 at 6:32 PM

Macam mana nak jadi teladan pada rakyat?


Anonymous said...
April 11, 2011 at 9:48 AM

Asyik2 isu skandal seks itu ini, tiada kes lainka yg mau cerita. cuba la durang cerita pasal mcm mana mau kasi bangun ini Sabah.tinguk skg ni pluang pekerjaan teramatlah kurang di Sabah.Mungkin di KK byk tpi tinguk kwsn2 lain spt tawau,sdkn,keningau mmgsusah la mau cri kerja. bawa2 la bertaubat jo. cuba tinguk di jepun,nda tau bila lg giliran kita..


Anonymous said...
April 12, 2011 at 6:05 PM

kepada berkenaan kena siasat skandal ini jgn biarkan bernanah


Anonymous said...
April 25, 2011 at 12:13 PM

tak payah bukti la...sudah tau,smua ahli umno mmg suka pakai duit rakyat...gaji+elaun baru dlm 8ribu...tp bli kereta rumah,smua bli cash...dasar perampas duit rakyat...


Anonymous said...
April 26, 2011 at 11:26 AM

Kamurang mau harap JAIS, nah..betimbun kes dimahkamah rendah syariah KUDAT, rasanya makhamah rendah syariah kudat terlalu tidak cekap dan tidak mampu selesai banyak kes, berbelit-belit, contoh seorang orang kampung miskin dari kota merudu..mau tuntut waris...sudah bayar semua iklan disurat khabar, kasi datang lagi wakil jauh dari sandakan,...kamu tau apa keputusan hakimnya....permohonan tuntut waris dibatalkan...dengan alasan ...nilai tanah kunun melebihi 150 ribu,..itu hakim main agak-agak saja...kalau orang profesional..permohonan seperti itu awal-awal lagi buat keputusan, jangan bikin rungi banyak duit orang miskin, menyusahkan orang datang dari jauh sandakan ke kudat sebagai saksi...tau-tau,..permuhunan dibatalkan....pembaca diman rasionalnya mereka ini,..pengarah JAHENS SABAH...baik siasat apa kerja diorang dikudat ini


Anonymous said...
April 26, 2011 at 11:28 AM

Inikan pula mau suruh siasat skandal seks orang berprofil tinggi


Anonymous said...
May 31, 2011 at 10:25 AM

terjah tetap terjah, sampai terserlah


Pero said...
June 29, 2011 at 11:11 AM

Siasatan terperinci diperlukan jika ia berasas ...