Saturday, September 18, 2010

ISU PATI DI SABAH SEMAKIN KRONIK

KEBANJIRAN PATI di Sabah memang tidak dapat dinafikan telah berlaku sejak berpuluh-puluh tahun dahulu. Kita perlu melihat susur galur dan faktor sejarah yang menyebabkan kenapa kebanjiran ini berlaku sejak sekian lama. Ini adalah kerana terdapatnya faktor ‘push dan pull’ yang terdapat di Negeri Sabah dan Negara Filipina.

Walau bagaimanapun, saya tidak bercadang untuk membincangkan kedua-dua faktor tersebut, namun lebih kepada isu penyelesaian kepada masalah ini.

Kadangkala, kita melihat isu ini sengaja dibiarkan seolah-olah ianya mempunyai agenda politik yang tersendiri. Ini adalah kerana isu PATI bukanlah merupakan isu yang baru yang wujud semalam, tetapi telah berpuluh tahun ianya sering diperkatakan, namun penyelesaiannya masih status quo.

Isu ini dilihat sebagai modal untuk bercakap supaya rakyat memandang mereka seolah-olah merekalah pejuang yang hebat dalam menangani isu ini. Kadangkala kita lupa bahawa kita mempunyai ruang, peluang dan kuasa pada masa lampau untuk menyelesaikan isu ini, tetapi tidak berbuat demikian.

Inilah yang dikatakan permainan politik yang hebat tetapi rakyat sudah mula pandai menilai permainan tersebut yang hanya dilihat sebagai omongan kosong yang tiada manfaat di sebaliknya.

Isu PATI seharusnya boleh diselesaikan melalui kuasa politik yang sedia ada sama ada di peringkat negeri atau pusat dan terpulang kepada kita bagaimana mahu menanganinya, sama ada dengan serius atau sebaliknya.

Pada hemat saya, tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa dengan melaksanakan operasi menangkap PATI ini tidak dapat menyelesaikan masalah ini. Semua PATI yang ditangkap akan dihantar ke Pusat Tahanan Sementara yang terdapat di negeri ini.

Keadaan kem yang daif dan penuh sesak serta prasarana yang tidak kemas akan menimbulkan permasalahan kepada mereka. Kerajaan juga terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak bagi menampung keperluan PATI yang berada diPusat Tahanan Sementara termasuklah makanan dan penyelenggaraan prasarana.

Selain dari itu, operasi ini dilihat sebagai tidak berkesan kerana tidak semua PATI yang akan ditangkap dan dihantar ke kem tahanan sementara. Kebanyakan mereka akan mencari tempat perlindungan dan tidak akan keluar semasa operasi dijalankan. Kejayaan operasi mungkin hanya 10 peratus sahaja tercapai

Beberapa persoalan juga perlu dijawab, antaranya bagaimanakah dengan PATI yang telah berada di negeri ini hampir berpuluh-puluh tahun? Apakah mereka ini juga dikategorikan sebagai PATI dan akan dihantar balik ke negara asal mereka jika ditangkap? Adakah negara asal mereka masih mahu menerima mereka? Mereka ini telah bermastautin di negeri ini serta mempunyai keluarga di sini.

Ada juga di antara mereka yang telah berkahwin dengan rakyat negeri ini dan mempunyai anak pinak di negeri ini, tetapi masih belum mempunyai sebarang dokumen peribadi.
Pulau Berhala di Sandakan, misalnya merupakan contoh yang paling ketara. Begitu juga dengan Pulau Jampiras. Inilah sebabnya pulau ini tidak diberi perhatian dari segi pembangunan disebabkan oleh status penduduknya berbanding dengan pulau di sebelahnya iaitu Pulau Nunuyan Laut yang mempunyai prasarana asas seperti sekolah, klinik, bekalan elektrik dan air.

Kebanyakan anak-anak penduduk di pulau ini tidak bersekolah kerana tidak mempunyai dokumen bagi tujuan tersebut. Apakah yang akan berlaku pada mereka? Siapakah yang akan membela nasib mereka? Mereka yang tinggal di pulau ini dikategorikan sebagai penduduk awal di sini dan telah berpuluh-puluh tahun menetap di sini.

Apakah kita mahu pada masa hadapan tanpa kita sedari timbulnya pengganas dari pulau ini? Pada masa itu, siapa pula yang perlu dipersalahkan? Kita sering mewar-warkan bahawa kita dan anak-anak kita adalah penentu generasi masa hadapan. Jika anak-anak ini merupakan generasi masa hadapan, apakah persiapan dan perkara yang perlu kita lakukan supaya mereka menjadi generasi masa hadapan yang berguna kepada masyarakat dan negara?

Oleh yang demikian, pada hemat saya, adalah lebih murni dan baik kerajaan negeri dengan kelulusan dari kerajaan pusat menubuhkan Jawatankuasa Khas Berautonomi dan menggerakkan Pasukan Petugas Khas yang sedia wujud melaksanakan pendaftaran dan tapisan keselamatan PATI ini secara terbuka di seluruh negeri dengan mengambilkira jangkamasa mereka berada di negeri ini, budaya hidup, tempat kelahiran dan lain-lain yang difikirkan perlu. Sekiranya mereka ini didapati mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan, maka mereka hendaklah diberi kelonggaran dan dokumen peribadi misalnya seperti IMM 13 untuk tinggal di negeri ini atau dihantar ke Semenanjung.

Bagi PATI yang yang dikenalpasti baru tiba di negeri ini hendaklah dihantar pulang dengan sertamerta. Setakat ini Zamboanga merupakan tempat PATI dihantar balik dan ini telah menimbulkan masalah sosial kepada bandaraya tersebut, kerana bukan semua PATI yang datang ke Negeri Sabah berasal dari Zamboanga.

Hasil pertemuan kami dengan Mayor Zamboanga pada tahun lepas, beliau akan memohon kerjasama dengan Negara Malaysia berhubung tempat penghantaran PATI supaya ianya dibuat berhampiran dengan tempat asal mereka.

Isu PATI ini dilihat sebagai isu politik dan akan menjadi lebih kronik jika tidak ditangani dengan segera dan terbuka. Ianya boleh diselesaikan tanpa adanya ‘political influence’ oleh mana-mana pihak.

Selain dari itu, masih juga terdapat ramai rakyat di negeri ini yang tiada mempunyai surat beranak dan Mykad walaupun mereka memang merupakan rakyat negeri ini. Ini adalah kerana permasalahan di masa lampau yang dibuat atas kepentingan politik yang mana ibubapa mereka diberi kad pengenalan projek bagi tujuan tertentu.

Semasa memiliki kad pengenalan tersebut, mereka melahirkan anak dan anak ini tidak dapat mendaftar sebagai rakyat Negeri Sabah kerana kad pengenalan projek yang dimiliki oleh ibubapa mereka. Apabila ibubapa mereka telah memperolehi kad pengenalan yang sah, anak tersebut masih lagi tidak dapat didaftarkan sebagai warganegara kerana dokumennya masih berpandukan kepada kad pengenalan projek yang dimiliki oleh ibubapa mereka.

Maka, anak ini akan menjadi pendatang di bumi sendiri dan sentiasa mempunyai perasaan takut di dalam diri mereka ke atas tindakan yang dikenakan sekiranya tertangkap oleh pihak berkuasa, sehinggalah ke akhir hayat mereka.

Ini jelas membuktikan kita perlu menyelesaikan masalah yang timbul akibat daripada perbuatan kita sendiri. Oleh yang demikian, tidak perlulah kita menuding jari kepada pihak lain untuk menyelesaikan isu yang dilakukan oleh kita sendiri.

Selain dari itu, karenah birokrasi oleh pejabat pendaftaran dalam pengurusan dokumen-dokumen peribadi seperti surat beranak dan Mykad juga memberi impak kepada rakyat negeri ini yang ingin membuat dokumen peribadi mereka.

Rakyat yang datang dari jauh dan terpaksa berbaris sejak dari pagi, namun apabila nombor giliran mereka dipanggil terdapat kesalahan dan dokumen yang tidak lengkap diserahkan kepada pihak jabatan pendaftaran menyebabkan proses pembikinan dokumen peribadi tersebut tidak dapat dibuat.

Apatah lagi dengan lagak staf-staf di Jabatan Pendaftaran yang tidak langsung mempunyai sifat berkompromi dalam membantu pengurusan dokumen-dokumen tersebut. Ini telah menyebabkan rakyat merasa bosan untuk datang lagi berurusan dengan pihak Jabatan Pendaftaran.

Isu pertindihan Mykad juga banyak berlaku dan ini menyebabkan dua atau tiga orang mempunyai nombor Mykad yang sama. Adalah wajar penerangan dan prosedur tentang pembikinan surat beranak dan Mykad dimaklumkan dengan cara yang lebih berkesan. Operasi pendaftaran bergerak perlu lebih kerap dilakukan dengan pihak Jabatan Imigresen terutama di kawasan-kawasan pedalaman termasuk pulau-pulau yang terdapat di negeri ini.

Tindakan segera perlu dilakukan dan terpulang kepada pihak yang berkenaan sama ada untuk berdiam diri atau membiarkan isu ini terus menerus berlaku dan mengharapkan orang lain akan menyelesaikannya pada masa akan datang sepertimana yang berlaku sekarang.

Oleh : SHAIMON S JUMADI (sabahkini)

Komen Anda

42 Responses to " ISU PATI DI SABAH SEMAKIN KRONIK "
Alexandra said...
September 18, 2010 at 8:56 AM

Perlu disertakan sedikit maklumat disini bahawa beberapa suku kaum yang sudah diikhtiraf sebagai salah satu daripada kaum bumiputera di Sabah sudah bermastautin atau sampai di Sabah sejak 500 tahun dahulu; yang bermakna sebelum pembentukan Malaysia lagi. Lalu isu PATI ini hanya boleh ditujukan kepada pendatang2 asing, yang datang ke negeri Sabah sejak 47 tahun dahulu; iaitu selepas pembentukan Malaysia. Jadi, janganlah dikaitkan lagi dengan nenek moyang mereka yang sebenarnya sudah lebih dahulu menduduki Sabah sebelum pembentukan Malaysia.


mantra said...
September 18, 2010 at 8:58 AM

masalah pati ini telah lama berlaku dan kini semakin teruk. masalah pati ini akan terus wujud selagi tiada kerjasama dari semua pihak.


Jonny said...
September 18, 2010 at 8:58 AM

Tindakan yang tegas patut diambil untuk menangani isu PATI di negeri kita.


Lucas said...
September 18, 2010 at 9:10 AM

Istilah PATI perlu diterjemahkan & disampaikan kepada rakyat secara keseluruhan bagi mengelakkan salah faham & penggunaan istilah PATI itu untuk tujuan2 tertentu, contohnya politik...pemberian taraf kewarganegaraan jg perlu diperketatkan kerana kedatangan imigran2 dari luar telah menyebabkan komposisi masyarakat Sabah telah menjadi semakin tidak stabil & tidak sekata...Tetapi sya yakin bahawa kerajaan negeri serius untuk mengatasi masalah ini dengan penubuhan Makmal Khas bagi mengurus warga asing di Sabah...pada masa ini, cadangan2 yg dikemukakan oleh Makmal Khas ini sedang diteliti oleh kerajaan pusat....


Lisa said...
September 18, 2010 at 9:20 AM

What is the best solution to solve this issue permanently? If the government don't solve this issue as soon as possible, sooner or later, we will be outnumbered by them.


Zol said...
September 18, 2010 at 9:22 AM

Isu ini sukar untuk diselesaikan jika tiada kerjasama dari semua pihak selain kerajaan.


zaimi said...
September 18, 2010 at 9:24 AM

isu PATI sememangnya pekara yang perlu diselesaikan. usaha perlu sentiasa dilakukan dan kerjasama dari semua pihak perlu dalam menyelesaikan masalah PATI ini.


Indahsabah said...
September 18, 2010 at 9:26 AM

Yang saya tahu, kerajaan telah melakukan banyak cara untuk menangani masalah PATI ini. Tapi memang mereka(PATI) ini tidak pernah takut walau telah ditangkap, dan dihantar tapi masih juga datang semula. Saya dengar lagi ada yang sudah sampai 5 kali datang, ditangkap dan dihantar pulang masih juga datang. Persolannya? adakah penjagaan sempadan negara ini tidak ketat?Kemana semua pihak berkuasa pergi. Adakah mereka ini tidak mejalankan tugas disempadan?Mesti ada dalang dalam semua ini.


Jason said...
September 18, 2010 at 9:33 AM

Nampaknya operasi yang dijalankan oleh kerajaan tidak beberapa kesan kerana mereka(PATI)akan mencari tempat perlindungan dan tidak akan keluar semasa operasi dijalankan. Diharapkan kerajaan tidak akan berputus asa untuk mencari penyelesaiaan yang lebih berkesan.


Johnson said...
September 18, 2010 at 9:35 AM

Mungkin kita perlu lebih banyak anak-anak muda berkhidmat sebagi polis sempadan. Mungkin kerajaan patut mencadangkan keistimewaan atau insentif kepada anak-anak muda supaya mereka lebih berminat untuk menjadi individu yang berkhidmat untuk negara. Kan?


supra said...
September 18, 2010 at 10:08 AM

masalah pati perlu diselesaikan dgn segera. tk boleh biarkan mereka terus berleluasa di negeri kita.


Bi said...
September 18, 2010 at 10:22 AM

Bagaimana pula dengan peranan rakyat disini? Umah sewa, bagi kerja... berbuih mulut pun tidak akan selesai selagi orang sendiri berbaik2 dengan pendatang asing...buat apa p pasar pilipin???? mau ka c tambah pendapat orang asing saja!!!!!! Kamu sendiri tidak pandai sedar asyik salahkan itu ini tapi tidak sedar bahawa masalah ini juga berpunca dari Sabahan sendiri.


mike said...
September 18, 2010 at 10:49 AM

artikel yang bagus dari penulis...


mike said...
September 18, 2010 at 10:52 AM

isu PATI bukan baru di sabah..isu ini telah menimbulkan pelbagai masalah di kalangan rakyat, kerajaan dan juga negara2 terlibat selain PATI itu sendiri..tidak dinafikan memang wajar kerajaan masa kini harus memberikan perhatian yang lebih kepada penyelesaian isu ini..


mike said...
September 18, 2010 at 10:54 AM

pihak2 yang bertanggungjawab harus segera bertindak sebelum isu ini menjadi lebih kronik dan kritikal..kini di sabah, mana2 kita pergi tidak lari kita akan nampak pendatang2 dari filipina terutamanya dan dari lain2 negara..ini sudah cukup membuktikan bahawa isu PATI di sabah makin teruk.


mike said...
September 18, 2010 at 10:57 AM

masa depan negeri kita terletak pada tangan kita dan generasi akan datang..jika dibiarkan sahaja isu ini maka nescaya satu masa nanti negeri kita akan hancur..


mike said...
September 18, 2010 at 11:00 AM

diharapkan kerajaan sekarang lebih prihatin dan fokus kepada isu ini..harus dimasukkan isu ini dalam NKRA negara..bagi mana2 negara2 yang tidak memberikan kerjasama, hubungan diplomatik dengan negara tersebut harus diputuskan..


ali asgar said...
September 18, 2010 at 11:01 AM

Apa yang penting sekarang, kita mesti memberikan kerjasama dengan kerajaan untuk menangani masalah ini. Berikanlah maklumat supaya memudahkan menyelesaikan masalah PATI ini.


maxi shenzi said...
September 18, 2010 at 11:03 AM

sebelum ini terdapat banyak laporan bahawa pintu2 masuk negara dan kawalan perairan kita terlalu longgar. terdapat unsur2 rasuah di pelabuhan atau pintu masuk kita yang menyebabkan masalah ini semakin mustahil untuk ditangani. bayangkan bagaimana PATI ini boleh keluar masuk ke negara kita jika tiada dalang atau bukan kerana kuasa wang... jadi selagi masalah ini tidak diselesaikan, selagi itu isu PATI tidak akan lenyap di Sabah.


partisabahbersatu said...
September 18, 2010 at 11:32 AM

selagi jawatan penting dalam kerajaan dan anggota keselamatan di sabah terus dibolot oleh rakyat Tanah Melayu, masalah PATI tidak akan selesai sampai kapan pun. sabahan sendiri juga harus peka tanggungjawab mereka supaya tidak memberi ruang PATI terus selesa tinggal di sini. pada saya, hanya rakyat sabah sendiri yang cintakan sabah sahaja dapat membendung masalah ini. lihatlah gejala pelacuran,pondan dan penjualan barfang seludup di kg air, kk. POLIS,DBKK hanya menutup sebelah mata kerana yang menguasai mereka ialah orang tanah Melayu. Tunggulah saya jadi ketua menteri, abis dorang PATI NI SAYA CAMPAK P KALIMANTAN SAMA MINDANAO


Bi said...
September 18, 2010 at 11:34 AM

Cakap saja tidak guna kita kena bertindak sekarang..saya heran la kenapa ada lagi yang berkeliaran di KK, dan polis pula 1orang pun tidak ada untuk meronda, jarang2 nampak itu pun pakai kereta besar..... yang penjual rokok tu senang saja ba 2 mau tangkap.... pura2 beli rokok dorg trus tangkap.....eee kalau la ada kuasa!!!! mana suda polis2??????


Logop said...
September 18, 2010 at 11:34 AM

Kerjasama semua pihak adalah penting. Jangan biarkan PATI terus tinggal di tempat kita.


leila said...
September 18, 2010 at 11:51 AM

What more can I say? I have heard this thing for so many times. Keep repeating all the time. I'm just tired.


Velove said...
September 18, 2010 at 12:10 PM

PTI bukan lagi pao baru di Sabah. Ia menjadi darah daging dalam setiap Sabahans. Apa yang kita mampu lakukan hanya mengeluh ini itu dan mengharapkan keajaiban berlaku. Tolonglah, orang kita juga harus bijak.Jangan biarkan mereka bermaharajalela. Buat operasi di hutan2,nescaya lagi banyak.


sonia said...
September 18, 2010 at 12:16 PM

Nampaknya para pendatang asing yang haram memang suka dengan negeri kita.


rakyat_mesia said...
September 18, 2010 at 11:42 PM

masalah PATI telah berlaku sejak bertahun dahulu tetapi semakin parah sejak akhir2 ini. rasanya malas nak ulas panjang2 isu ini sbb tak kemana jua perginya idea2 kita ini. pendek cerita, menteri KDN si Hisamuddin kata tak payah wujudkan siasatan diraja mengenai isu PATI disabah. jadi mcmmana nak selesaikan isu ini kalau pihak yang bertanggungjawab tak mahu bertindak? bukan nak kempen la tapi sendiri fikirlah apa jenis kerajaan mcm ni. PRU akan datang, undilah lagi parti Hisamuddin tu ar..supaya PATI boleh membiak ramai2 lagi disabah dan menjadi org melayu (umno) yang terhormat di sabah.


Mambang said...
September 19, 2010 at 3:22 PM

isu PATI sememangnya sudah jadi duri dalam daging di Sabah. mungkin anda ada menonton TV3 pada 8pm, 18 hb September 2010 yang menyiarkan tentang dua orang gadis Penan sudahpun mendapat MyKAD masing2 selepas menunggu 5 tahun. Berbanding Sabah, isu ketulinan warga Sarawak tidak begitu menimbulkan keragaduan dan persoalan kerana di Sarawak tidak ramai / tiada PATI.


Mambang said...
September 19, 2010 at 3:23 PM

Saya agak dokumen-dokumen yang tidak lengkap tersebut yang cuba dijelaskan dalam artikel ini adalah berkemungkinan menunjukkan bahawa kebanyakan para pemohon bukannya warga TULIN Sabah kerana tidak dapat menyediakan bukti sehingga menyukarkan pemprosesan dokumen oleh petugas NRD. NRD menjalankan tugas mereka dengan baik dan bersikap amat teliti dalam melaksanakan tugas mereka terutama dalam proses screening para pemohon adalah wajar diberikan pujian..jika tidak, senang-senanglah PATI mengaku mereka warga Sabah.


Mambang said...
September 19, 2010 at 3:34 PM

petugas-petugas KHAS yang dicadangkan dalam artikel ini boleh mempercepatkan pemprosesan dokumen MyKAD tetapi ia tidak boleh menyelesaikan isu-isu PATI. Masalah PATI ini adalah masalah negara yang perlu campurtangan politik samada dalaman dan antarabangsa. Saya lihat Kerajaan Indonesia mempunyai konsulat di Sabah tetapi bagaimana pula dengan Kerajaan Filipina? Saya lihat sendiri, ramai warga Filipina berbangsa Kagayan hidup dengan bebas, lahir dan membesar di Sabah tanpa dokumen sah sedang cuba sedaya upaya untuk mendapatkan kerakyatan. Apa yang patut kita buat pada mereka ini? Buang? Hantar ke Filipina? Sedangkan mereka ni belum pernah pijak ke Filipina dan sudah beranak pinak di Sabah. Kalau kita berlembut hati, simpati, kesian pada mereka ni..dan bagi kerakyatan, jumlah sebenar mereka mungkin berjuta? beratus ribu? Dilema? Sebab diberi satu nanti yang sejuta PATI pula akan menuntut!


Mambang said...
September 19, 2010 at 4:01 PM

Adakah anda kenal para penduduk yang tinggal di Kinabatangan dan Lahad Datu (Silam)? Bangsa Bugis dari Indonesia adalah penduduk teramai di sana dan ada yang ada MyKAD, ic merah dan langsung tiada ic. Ramai yang sudah memiliki tanah-tanih dan kaya raya dengan sawit berekar-ekar. Rumah mereka jauh lebih mahal dan saiz besar berbanding dengan orang kampung. Mereka juga ada FWD yang mahal-mahal berbanding dengan orang kampung. Yang menyakitkan mata, ramai pula bangsa sendiri iaitu bangsa Sungai hidup menumpang ditanah-tanah tidak sah dan isu menceroboh hutan simpan adalah perkara biasa kepada mereka ini kerana tanah-tanah NT/CL/etc. sudah dijual kepada orang-orang Bugis tersebut. So apa kita patut buat? Halau mereka ni? Buang? Rampas hak milik mereka? Fikirkan lah...yang saya lihat pelbagai pihak suka bising sana bising sana tetapi isu PATI tidak pernah selesai juga..malah semakin ramai..


rakyat_mesia said...
September 19, 2010 at 7:24 PM

nak harapkan negara luar nak atasi masalah PATI disabah? rasanya dunia kiamat pun tak mungkin ini berlaku. nak harapkan negara luar, pemimpin negara sendiri pun tidak bertindak seperti yg sepatutnya mcm mana nak selesai isu? dulu time chong kah kiat jadi KM isu PATI ini menjadi keutamaan beliau dan banyak usaha2 yang dibuat membendung PATI. tapi bila sampai giliran musa/umno, PATI semakin bermaharajalela di sabah. jadi rakyat sabah kena tanya diri apa untungnya umno masuk di sabah, org sarawak memang bertuah sbb PATI hanya sedikit/tiaada disana. inilah kebijaksanaan pemimpin sarawak sedangkan pemimpin dan rakyat sabah nampak mcm agak bodoh atau punyai IQ yang rendah suruh makan taik, maka makan lah dia. sepatutnya suruhanjaya siasatan diraja perlu dibuat tetapi Hisamuddin kata tak payah. nah...inilah umno. korang jilat2lah umno tu.


AtasPagar said...
September 19, 2010 at 11:29 PM

kalau itu prabet lapok tangkap tentu itu sarjansingh kasi lepas, kalau itu inspektor sahap tangkap tentu itu ocpd kasi lepas dan bgitulah strusnya kalau itu polis, kastam, imgersin tngkap tntu itu mntri kasi lepas dan bgitulah sterusny xda ksudahan..kalaulah itu wayang xmain d pawagam brtrusan tntulah tuan dirctor xdpt income..agak2 ini crita ada kena-mengenakah sama itu pti..takut2 kalau PR mmrintah jln critanya jugak tatap sama atau scripnya shj dialih suara..? fikir2kn la..
(hemm..nak cari kayu..nak cari kayu..)


langsat said...
September 19, 2010 at 11:53 PM

Banyak faktor-faktor penyebab kebanjiran pati di negeri ini dan antaranya ialah pengambilan pekerja asing dari pelbagai sektor pekerjaan tanpa had, terutamanya di sektor perladangan di seluruh negeri sabah.


Jonny said...
September 20, 2010 at 9:20 AM

Bukan senang mahu menghapuskan PATI, kita perlu memikirkan sesuatu cara yang lebih berkesan untuk menangani masalah ini.


maxi shenzi said...
September 20, 2010 at 10:14 AM

mulakan dengan memboikot hasil julan mereka, jangan bagi PATI ini kerja, rumah atau bilik sewa. sampai masanya mereka sendiri akan terdesak untuk keluar dari Sabah. tapi mampukah rakyat dan majikan melakukannya?? kadang2 kita perlu bertindak kejam terhadap mereka sebelum mereka yang bertindak kejam terhadap kita...


Velove said...
September 20, 2010 at 10:17 AM

Hakikatnya, masalah ini tidak akan menjadi kudis kalau orang tempatan bekerjasama dalam memeranginya. Seperti kata Dompok, masakan pokok bergoyang kalau tiada angin. Jadi renung2 la.


chimchim said...
September 20, 2010 at 3:26 PM

Sabahans, lets face it. We have dealt with it for a very long time ago. The same word goes again and again.


onong said...
September 20, 2010 at 3:57 PM

Tahap kronik gaban suda ni. Pendekatan yang terbaru memang terbukti berkesan tapi siapakah yang sudi membuat operasi 24 jam di Wawasan Plaza, contohnya? Pengemis PTI di segama & Kg air..seperti tiada sudahnya. Pening.


rakyat_mesia said...
September 20, 2010 at 10:19 PM

kalau PR memerintah di sabah dan isu PATI masih lagi menjadi jadi, jadilah org sabah yg bijak, cari la lagi pemimpin2 yang tegas dan berjiwa negara..buat apa sokong kerajaan yang tahu kumpul kekayaan peribadi saja. PR tak buat kerja, hukum lagi dalam PRU. apa susah, janganlah lagi org2 sabah ini menjadi barang yang bernilai hanya RM50 sahaja. ini tidak, bila tiba hari mengundi dan di pancing RM50 dah tak bleh fikir mcm lah RM50 tu bleh tampung belanja seumur hidup. kalau kita undi parti2 tertentu disebabkan RM50 tu saja, maknanya harga diri atau moral kita cuma bernilai RM50 saja tak bernilai langsung. sebenarnya inilah fenomena yg masih kuat di sabah. sbb itulah rakyat sabah tidak mampu menolong memajukan negeri sendiri kerana mempunyai minda yang masih tertutup rapat.


rakyat_mesia said...
September 20, 2010 at 10:35 PM

pada saya kunci untuk memajukan negeri sabah ialah pemimpin itu mestilah anak jati sabah. parti politik yang memerintah semestinya parti tempatan sabah. kalau kita pilih parti import misalkata umno atau PR maknanya semua dasar2 utk memajukan negeri sabah bergantung kepada dasar parti. misalkata umno parti yang berpusat di semenanjung maknanya apabila pemimpin sabah dari parti umno melaksanakan apa2 program pembangunan, kena minta kelulusan dari umno pusat. sebab itu disarawak kuasa autonomi utk membangunkan negeri mereka tidak berhadapan dgn byk halangan sbb parti yg memerintah adalah parti tempatan. pemimpin sarawak amat sedar ttg perkara ini sbb itulah rakyat dan pemimpin langsung tak mahu umno atau parti luar menguasai negeri mereka. tapi di sabah sudah tak ketentuan lagi. pewujudan JPPS merencatkan pelan pembangunan kerajaan negeri kerana sebahagian besar peruntukan dari kerajaan pusat akan disalurkan ke JPPS sementara kerajaan negeri amat ketandusan perbelanjaan. tengoklah pejabat pos, majlis daerah, jabatan pertanian dan beberapa jabatan kerajaan negeri masih ditakuk lama. bangunan2 sudah usang sementara gaji kakitangan negeri dilaporkan ada yg tertunggak. inilah ketidak adilan kerajaan umno/BN terhadap sabah seolah olah sabah adalah negeri pembangkang.


AtasPagar said...
September 27, 2010 at 10:28 PM

seorang penternak brlesen dlm thn 1970an brjaya menambah bilangan ternakan beliau berlipat kali ganda pada hari ini dan 50 tahun akn dtng dianggarkan populasi ternakan akan menengelamkan bilangan spices asal..pada masa itu pembekal tidak perlu risau akan tuntutan 20 prkara krna suarahati mereka hnya utk kkayaan/kpentingan kaum kerabat pti yg memeggang berbagai prniagaan/jawatan pnting..siapakah penternak/pembekal pti itu..??? fikir2kn lah...


Anonymous said...
March 24, 2011 at 8:21 AM

Isu PATI masih lagi berleluasa. Sampai bila ia akan selesai?