Saturday, September 25, 2010

SANDIWARA POLIS LABUAN TERDEDAH?

DITEMUI .... Saiman (tengah) menunjukkan sepucuk pistol buatan sendiri yang ditemui sambil diperhatikan oleh Mohd Amy (kiri) dan C/Insp. Syed Asrul kepada media di pejabatnya, kelmarin.

KEJAYAAN Polis Di Raja Malaysia (PDRM) Wilayah Persekutuan Labuan menahan seorang lelaki tempatan yang amat dikehendaki oleh pihak PDRM Lawas, Sarawak kerana terbabit dalam kes cubaan bunuh menggunakan senjata api dalam satu pergaduhan keluarga yang berlaku di kampung Siang-Siang Lawas, pada 14 September lalu amat dialu-alukan oleh rakyat Sabah, Sarawak dan Labuan.

Ketua Polis Daerah Wilayah Persekutuan Labuan, Superitendan Saiman Kasran berkata, suspek yang disabitkan dengan cubaan bunuh mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan oleh PDRM Lawas di tahan di rumah anak lelakinya di Taman Mutiara Sungai Bedaun Labuan pada 17 September lalu.

Namun rakyat Labuan kesal kerana Unit D7 PDRM menyuburkan kegiatan maksiat di Labuan terutama pelacuran di Kelab Malam dan Pusat Hiburan seperti yang didedahkan sebelum ini.

Mengikut Krew Sabahkini.Net di Labuan, selepas tersiarnya kisah ‘Bapa Ayam’ bernama ‘Amoi’ di Sabahkini.net, PDRM mula gelisah dan bimbang kerana operasi haram mengutip tol mereka mula dipantau oleh penduduk Labuan sendiri yang tidak lagi percaya kepada polis.

Akibatnya, seminggu lalu, seramai 19 GRO dari sebuah Pusat Hiburan, Blue Wave, telah melarikan diri dari kuaters yang mereka tinggal kerana beberapa orang pegawai polis yang bersubahat bersama Amoi tidak menjaga GRO kerana bimbang menjadi mangsa lensa kamera Krew Sabahkini.net.

Menurut siasatan Krew Sabahkini.net, seorang GRO yang dikenali sebagai Easther, ‘Amoi’ telah mengugut rakannya dengan sebilah pisau kerana isteri ‘Amoi’ mengetahui bahawa suaminya mempunyai skandal seks dengan perempuan GRO yang dijaganya sendiri.

Kesemua 19 GRO di kuaters berkenaan telah berjaya melarikan diri pada tengah malam sewaktu Amoi sedang tidur setelah mereka berjaya memecahkan kunci dan polis yang diarah mengawal GRO berkenaan bertempiaran lari setelah menyedari Krew Sabahkini.net mengesan pergerakan mereka.

Malangnya, kesemua GRO berkenaan telah melarikan diri dan mendapat perlindungan di rumah Emelda Doliente @ Nursiah Abdullah, isteri seorang peniaga tempatan. Emelda dianggap sebagai ‘Duta Filipina’ di Labuan.


Kes Emelda telah disebarkan secara meluas oleh Malaysia Today sebelum ini, terutama dakwaan Ketua Penerangan AMK PKR Sabah, Zainuddin Hassan bahawa Emelda memiliki enam pasport Filipina sebelum mendapat Mykad dan mempunyai hubungan rapat dengan Ketua Cawangan Khas (KCK) Labuan, ketika itu, Abdul Razak Arshad yang juga merupakan rakan suami Emelda.

Bagaimanapun, kes 19 GRO yang melarikan diri ini tidak dilaporkan kepada mana-mana pihak kerana Emelda berjaya memujuk 19 GRO berkenaan agar tidak membuat laporan polis dan berjaya menyeludup mereka keluar daripada Labuan setelah Taukeh kepada ‘Amoi’ bersetuju membayar pampasan RM2,000 kepada setiap GRO berkenaan.

Krew Sabahkini.net melaporkan, dengan bantuan PDRM dan Imigresen Labuan, Emelda berjaya menyeludup keluar kesemua 19 GRO berkenaan dengan feri khas daripada Labuan pada 20 September 2010 untuk kembali ke Filipina tanpa sebarang dokumen pengenalan diri. -Sabahkini

Komen Anda

29 Responses to " SANDIWARA POLIS LABUAN TERDEDAH? "
Jonny said...
September 25, 2010 at 9:18 AM

Diharapkan pihak polis berusaha lagi untuk membanteras jenayah dan mendapatkan balik keyakinan daripada rakyat.


Bi said...
September 25, 2010 at 9:27 AM

Waaa ini sudah melampau...balik2 dengan kegiatan yang tidak bermoral, pentingkan kesenangan sehingga undang2 tidak dipatuhi!!!


sonia said...
September 25, 2010 at 9:27 AM

Apakah ini cerita yang benar?


ali asgar said...
September 25, 2010 at 9:38 AM

Adakah benar ini atau hanya cerita rekaan oleh seseorang yang mempunyai agenda lain..


supra said...
September 25, 2010 at 9:43 AM

polis harus menjalankan tugas dgn telus, jenayah harus dibenteras.


mai said...
September 25, 2010 at 9:45 AM

entah betul atau tidak cerita ni...apa pun, semoga setiap jenayah yang berlaku dapat dibanteras.


mike said...
September 25, 2010 at 10:02 AM

susah mahu percaya cerita ini..mungkin tidak perlu kita percaya, janji boleh menimbulkan kesangsian dan keraguan terhadap kewibawaan dan intergriti PDRM..


mike said...
September 25, 2010 at 10:04 AM

mungkin hanya segelintir sahaja anggota PDRM yang melakukan kegiatan tersebut..bukan lah ianya mengambarkan sikap PDRM secara keseluruhan namun cukup untuk menjatuhkan nama baik PDRM..anggota yang terlibat harus ditangkap..diharap kes ini akan disiasat..


Kamal said...
September 25, 2010 at 10:05 AM

Benarkah cerita ini


mike said...
September 25, 2010 at 10:07 AM

jika apa yang didedahkan oleh Sabahkini.net ini didakwa adalah benar, apakah buktinya? Sabahkini.net siap tahu jumlah bayaran dan tarikh tersebut namun apa yang dilakukan? ianya hanya dijadikan sebagai cerita..dimanakah bukti mereka?


Kamal said...
September 25, 2010 at 10:09 AM

Diharapkan Sabahkini.net teruskan dengan siasatan mereka dan membongkarkan segala kegiatan tidak bermoral polis2x tersebut.


mike said...
September 25, 2010 at 10:10 AM

bukankah krew sabahkini.net membawa lensa bersama mereka? seharusnya adalah gambar atau video yang diambil sebagai bukti...bukannya mensensasikan sesuatu isu untuk menaikkan dan mempopularkan sabahkini.net..


mike said...
September 25, 2010 at 10:12 AM

jumlah GRO, jumlah bayaran dan tarikh semuanya diketahui oleh sabahkini.net...bagaimana mereka mendapat maklumat ini? jangan2 mereka pun terlibat sama dengan kegiatan ini..


mike said...
September 25, 2010 at 10:13 AM

cerita sabahkini.net ini begitu tersusun dengan kronologinya..terlalu sempurna...


Paquin said...
September 25, 2010 at 11:29 PM

Kalau Krew Sabahkini.Net jadi penguatkuasa, konpom selesai semua2 kes2 jenayah di negara kita ni kan. hihihi


Paquin said...
September 25, 2010 at 11:31 PM

Mike, Krew Sabahkini.Net ni kan pengarah filem.. Mestilah dorang tahu semua yang berlaku dats y la jalan ceritanya ikut kronologi. hahhaa


Paquin said...
September 25, 2010 at 11:36 PM

Bagi saya sebagai polis, haruslah telus dalam menjalankan tugas. Janagn salahgunakan kuasa kerana ia akan jadi punca jenayah makin berleluasa.


Paquin said...
September 25, 2010 at 11:37 PM

Semoga suatu hari nanti kebenaran akan terbongkar juga. Semua pihak harus bagi kerjasama bagi memastikan kebenaran itu ditemukan!


Paquin said...
September 25, 2010 at 11:38 PM

Apapun hal ni belum lagi diketahu sejauh manakah kebenaranya.. So janganlah diperbesarkan sangat. Sama2 lah kita tunggu & lihat nanti k:)


Pak Ir. said...
September 26, 2010 at 10:37 AM

Polis Di Raja Malaysia adalah satu pasukan berwibawa yg bertugas menjaga keselamatan negara dan rakyatnya.,semua rakyat Malaysia tahu dan faham tanggungjawab PDRM dan anggota PDRM lebih-lebih lagi memahaminya,..oleh itu,..Rakyat Malaysia dan anggota PDRM mari kita jaga nama baik PDRM .


neiji sheito said...
September 27, 2010 at 9:35 AM

semakin banyak media semakin sukar pesalah menyembunyikan kesalahan. inilah peranan media mendedahkan realiti sebenar apa yang berlaku disekeliling kita. tapi lebih baik jika pihak media dapat siarkan gambar pihak yang telah menyalahgunakan kuasa..


Jonny said...
September 27, 2010 at 10:03 AM

Untuk memastikan kebenaran cerita ini, penyiasatan perlu dibuat.


partisabahbersatu said...
September 27, 2010 at 11:17 AM This comment has been removed by the author.

partisabahbersatu said...
September 27, 2010 at 11:17 AM

SABAHKINI sila siasat.. Pegawai Polis Trafik Labuan merokok di dalam kaunter membuat laopran kemalangan jalanraya. Bukankah Balai Polis adalah tempat/kawasan larangan merokok?


partisabahbersatu said...
September 27, 2010 at 11:18 AM

SABAHKINI sila siasat.. Pegawai Polis Trafik Labuan merokok di dalam kaunter membuat laporan kemalangan jalanraya. Bukankah Balai Polis adalah tempat/kawasan larangan merokok?


Jonny said...
September 28, 2010 at 10:09 AM

Diharapkan perkara ini disiasat secara lanjut. Rakyat berhak mengetahui perkara sebenar.


Nurul said...
September 28, 2010 at 4:12 PM

Kenapa harus perkara ini boleh berlaku?seharusnya mereka menangani masalah ini dan bukan membantu melepaskan mereka ini. Apa pun, siasatan harus untuk membersihkan nama baik polis.


Jonny said...
September 29, 2010 at 9:21 AM

Ya, tunggulah siasatan dahulu. Tak guna kita membuat spekulasi tanpa bukti.


Anone said...
November 21, 2012 at 3:45 PM

Iya betul cerita ni aku kenal moi dan isteri nya jugak.....