Friday, January 6, 2012

STAR Parti Terbaru Di Sabah

PELANCARAN parti STAR Sabah pada Jumaat ini mungkin tidak disedari banyak pihak jika tidak kerana kenyataan yang dikeluarkan sekretariatnya pada petang Selasa.

Bagaimanapun, perkara yang paling menarik perhatian ramai ialah apabila kenyataan itu menyebut bahawa majlis pelancaran itu akan turut dihadiri Datuk Dr Jeffrey Kitingan, yang diketahui ramai sedang giat berusaha untuk membentuk barisan pembangkang yang dianggotai parti politik dari Sabah dan Sarawak untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Selain kumpulan pendesak yang beliau ketuai, dikenali UBF, setakat ini, Jeffrey telah berjaya menarik Parti Maju Sabah (SAPP) dan sebuah lagi parti yang belum didaftarkan iaitu Usno Baru, untuk menyertai gabungan itu yang dinamakan Perikatan Borneo.

Terkini, gabungan itu dikatakan akan mendapat anggota baru, Parti Pembaharuan Negeri (STAR), yang ditubuhkan di Sarawak.

Penganalisis politik dan orang dalam parti itu berkata Jeffrey, yang juga bekas naib presiden PKR, cuba mendaftarkan UBF sebagai parti politik tahun lepas tetapi tidak berhasil.

Mungkin itulah sebabnya STAR bersetuju melebarkan sayapnya ke Sabah walaupun parti itu tidak aktif sejak sekian lama.

Ada pihak berkata parti itu bersetuju menjadikan Jeffrey sebagai pemimpin utamanya di Sabah, dan selepas itu menarik parti pembangkang dari Sabah dan Sarawak untuk membentuk pakatan dikenali sebagai ‘Perikatan Borneo Bersatu (UBA)’.

Pengulas politik percaya Jeffrey menjadikan UBF sebagai alat untuk membolehkannya diterima oleh STAR dan seterusnya menjadi pemimpin parti itu.

Bagaimanapun, penganalaisis politik berkata pembentukan sebuah lagi parti gabungan pelbagai etnik di Sabah, khususnya dalam kalangan parti pembangkang, akan hanya menguntungkan Barisan Nasional (BN) di negeri itu berikutan kecenderungan penggerak utama masing-masing untuk mengubah sokongan atau menubuhkan parti baru setiap kali menjelang pilihan raya.

Mereka akan bercakaran sesama sendiri, kata Prof Madya Dr Bilcher Bala dari Universiti Malaysia Sabah (UMS).

"Mereka tak akan ada peluang untuk menang. Ini samalah dengan perpecahan yang berlaku dalam gabungan parti pembangkang sebelum ini. Pembangkang akan mengalami masalah besar apabila mereka berpecah," katanya.

Beliau berkata malah, banyak pihak percaya pembentukan pakatan pembangkang Borneo itu lebih merupakan persiapan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang bagi membolehkan STAR-UBF memberi tumpuan untuk menarik undi masyarakat pribumi Sabah (Kadazan, Dusun dan Murut), manakala SAPP (Cina) dan Usno pula, melalui kerjasama mereka dengan SPF, berharap akan dapat meraih undi Bumiputera Islam.

Bagaimanapun, harapan itu sebenarnya tidak mudah dicapai seperti yang mereka impikan.

"Halangan terbesar ialah perbezaan yang wujud antara penduduk Sabah dan Sarawak. Daripada segi budaya, mereka mungkin ada persamaan, tapi dalam kehidupan sosial, mereka berbeza. Keadaan politik juga amat berbeza antara kedua-dua negeri itu serta rakyatnya," kata beliau.

Sebelum ini, banyak pihak membuat spekulasi bahawa Jeffrey akan mengumumkan secara rasmi rancangan politiknya pada pertengahan bulan lepas iaitu semasa berlangsungnya perhimpunan sempena ulang tahun pertama penubuhan UBF di Kota Kinabalu. Bagaimanapun, perkara itu tidak berlaku.

Beberapa pengulas politik berkata kehadiran Presiden STAR Dr Dripin Sakoi, Timbalan Presiden SAPP Amde Sidek dan ketua sebuah kumpulan yang cuba menghidupkan kembali Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) Datu Badaruddin Tun Mustapha pada perhimpunan itu, membayangkan bahawa Jeffrey sudah hampir mencapai hasratnya untuk menubuhkan UBA.

Amde dilaporkan berkata mereka belum membuat keputusan tentang siapa yang akan menerajui pakatan itu walaupun mengakui isu itu adalah antara perkara yang perlu diselesaikan.

Setakat ini, jawatan yang akan disandang Jeffrey dalam UBA sekiranya penubuhannya menjadi kenyataan masih menjadi teka-teki memandangkan beliau bukan presiden mana-mana parti politik, manakala UBF pimpinannya pula hanya merupakan sebuah badan bukan kerajaan.

Dr Bilcher Bala berpendapat penubuhan sebuah barisan pembangkang yang dianggotai parti berasal dari Sarawak dan Sabah sukar berfungsi dengn baik kerana pandangan dan objektif masing-masing memang berbeza.

"Satu hakikat yang tidak boleh dinafikan ialah kewujudan tiga dunia yang tidak pernah serupa; Semenanjung, Sabah dan Sarawak," kata beliau. (BERNAMA)

Komen Anda

68 Responses to " STAR Parti Terbaru Di Sabah "
Anonymous said...
January 7, 2012 at 8:49 PM

Ini Jeffrey dari dulu lg tiada halatuju yg konkrit politik dia..tida tantu2 punya org


rakyatmesia said...
January 7, 2012 at 10:26 PM

kacau daun saja c jefri ni. entah apau niat sebenar org ni.


Anonymous said...
January 14, 2012 at 3:51 PM

Antaranya, Star adalah parti yang akan membawa perubahan dan pembaharuan dalam sistem kerajaan. Yang pasti, katanya Sabah dan Sarawak akan bersatu hati sebagai penentu ataupun King
Maker.Pakatan Borneo akan terus menuntut supaya Perjanjian Malaysia dikaji semula termasuk asas pengagihan pungutan hasil atau cukai negeri dan minyak.


Anonymous said...
January 14, 2012 at 3:52 PM

Masa depan Sabah adalah dalam tangan kamu!

Hantikan Penjajahan! Selamatkan Negeri Kita! Selamatkan Sabah!

INI KALI LAH!

KALAU BUKAN KITA, SIAPA LAGI?

KALAU BUKAN SEKARANG, BILA LAGI?

SABAH NEGERI MERDEKA!


Anonymous said...
January 15, 2012 at 3:03 PM

Parti pembangkang asal Sabah sebenarnya boleh mendapat sokongan yang kuat rakyat. Malangnya Sabah tidak mempunyai seorang pemimpin yang berkarisma yang mampu menyatukan seluruh etnik rakyat Sabah (Kadazan, Cina dan Melayu). Isu-isu utama yang mendominasi politik tempatan di Sabah semasa pilihanraya ialah status beribu-ribu pendatang haram yang tinggal di Sabah dan tanah yang disita oleh sektor swasta, kadang-kadang melanggar undang-undang adat peribumi.


Anonymous said...
January 20, 2012 at 5:02 PM

jangan kita lupa,kerana berjuang utk negeri kita dan rakyat kitalah sehingga membuatkan DR jeffery terjatuh ke tangan ISA.Tiada salah klu kita bagi peluang sekali lagi kpd beliau utk memperjuangkan nasib kita rakyat Sabah!!!!


Anonymous said...
February 4, 2012 at 10:00 AM

perjuangan yang konsisten datuk jefry!.. teruskan!!.. hanya org yg melihat masa depan sabahan yg mengerti perjuangan mu!..


Anonymous said...
February 10, 2012 at 9:33 AM

ya setuju sangat, hanya orang yg melihat masa depan sabahan yg mengerti perjuangannya dan mengembalikan semula kemerdekaan orang sabah yg sepertinya didajah semula,,,


Anonymous said...
February 10, 2012 at 9:37 AM

ya setuju sangat, hanya orang yg melihat masa depan sabahan yg mengerti perjuangannya dan mengembalikan semula kemerdekaan orang sabah yg sepertinya dijajah semula,,,


Anonymous said...
February 21, 2012 at 1:48 AM

Bagi saya Jeffrey tu okay.. Sabahan nie y nda pcaya ngan org sndiri tu sabab Jeffrey gagal..


Anonymous said...
February 22, 2012 at 12:02 PM

terajui lah sabah x kira apa parti dengan syarat pemimpin tu bersih dan bersemangat untuk berjuang demi anak bangsa sabah.masaalah kita sendiri terlalu banyak parti yang di tubuhkan untuk jadi pembangkang.kenapa tidak d ujudkan satu parti pembangkang yang tulen.bukan mudah membentuk satu pakatan pembangkang apatah lagi di terajui oleh bekas politik yang di singkir dari parti asal.persepsi ini menunjukkan kepentingan individu.he he sja komen


Anonymous said...
February 23, 2012 at 7:24 PM

harap2 la menang parti STAR ni...x tahan suda bertuankan melayu dr seberang...


M. PROPERTIES CO. said...
March 5, 2012 at 10:11 AM

PARTI REFORMASI SABAH(STAR)PIMPINAN DATUK DR JEFFERY KITINGAN MEMANG BOLEH DAN PERLU DIBERI SOKONGAN SEMUA RAKYAT SABAH, SATU-SATUNYA PARTI YANG MEMPERJUANGKAN HAK-HAK RAKYAT NEGERI SABAH SABAH.


Anonymous said...
March 11, 2012 at 10:58 AM

boleh sekiranya STAR berkerjasama dengan PR,sebab BN tidak lagi relevan,kita hanya la di tipu oleh BN selama ni.kalau sekiranya STAR menang besar di sabah dan sarawak tetapi tidak mendapat sokongan dari kerajaan persekutuan,semua tu hanya la sia2,macam parti PBS satu msa dulu.kalau mau STAR berkuasa penuh,jawapannya sabah dan sarawak kena keluar dari malaysia.


Anonymous said...
March 11, 2012 at 11:09 AM

Kalau betul2 ini STAR berjuang tanpa ada kaitan dengan mana2 parti politik lain, sebagai CONTOH PKR, dan sebagainya. Dan tidak ada agenda lain. Why not kita org sabah sokong… Apa yg diperjuangkan sangat bagus.. tapi kalau STAR ada kaitan dengan PKR atau mana2 parti yg bukan Sabahan. Kirim salam sajalah…


Anonymous said...
March 11, 2012 at 4:11 PM

Teruskan perjuangan STAR,rakyat sabahan ayuh bangkit.


Anonymous said...
March 18, 2012 at 9:45 PM

tugas utama kalahkan umno. Star bersendirian tidak membawa apa-apa erti apalagi jika umno terus memerintah. Pembangkang kena bersatu dan lawan satu sama satu dengan bn. Setakat ini star hanya berjaya tarik ahli daripada parti pembangkang sabah sendiri yang jikapun dapat tarik keseluruhannya ahli dpd pembangkang, star tetap angan-angan.Bagaimana star harus dapat menarik ahli bn yang di pihak menang PRU lepas. Masih banyak persoalan dan curiga keatas Jeffri dan anggapan bahawa dia adalah talibarut pairin tetap ada dan tidak terhakis selagi pembangkang tidak dapat sepakat. Adakah kemampuan jeffri menyatukan pembangkang? kalau inipun dia tidak mampu maka sah dia bukan orang yang layak membawa ke arah penyelesaian masalah kita masa kini dan masa hadapan


Anonymous said...
March 20, 2012 at 10:10 PM

salam untuk semuah ini kali lar?fikir masak2 kita orang sabah mari remaja2, kawan2 sokong parti yang menentut hak sabah itu kemauan kita semua harus di ingat kami terlalu harap kan datu jeffry agar dapat laksanakAN APA YANG KAMI MAU?INI KALI LAR TUNTUT HAK KITA SINGKIR KAN ORANG ASING DI TAMPAT KITA ??????????


Anonymous said...
March 21, 2012 at 11:26 PM

I just don't understand if you all sabahan keep voting those party from outside your land like semenanjung...kenapa tidak mau percaya ngan orang sendiri tp mati2 percaya orang lain yg jelas mempergunakan kamu semata-mata...cuba kamu fikir..tgk sifat orang semenanjung tu...taiklah kalo dorang mau undi parti dari sabah untuk jadi wakil dorang..kita jak cni sabah ni yg buduh2 p undi orang luar...


Anonymous said...
March 21, 2012 at 11:35 PM

napa tidak bagi peluang dengan orang sendiri jadi wakil kita...ketepikan perbezaan agama, keturunan dan bangsa..ic projek o tidak...kalo kamu rasa kamu orang sabah..lahir, membesar, dan cari makan d sini..marilah sama memperjuangkan hak kita dan bersatu sebagai orang Sabah...hapuskan dominasi asing d tanah air kita sendiri..kita boleh berkawan dan bermesra dengan orang2 ni kerana kita tetap d kira sebagai bangsa Malaysia..tp hak tetap hak..dan kita mesti memperjuangkan hak kita demi generasi masa hadapan anak2 kita sendiri..jgn hilang jati diri bangsa dan asal usul hanya kerana manipulasi orang luar...this is our land..let us fight and die protecting it!!!Hidup orang Sabah!!


Anonymous said...
March 24, 2012 at 6:05 PM

kita lihat di sabah sebenarnya tiada lah parti pembankang...
tetapi kita mau hak sama rata dengan semanajung sana..
baru lah Malaysia...bukan MALAYA..TP kalau BN masih menang nanti dia TUkar nama " Negara MALAYA "
orang sabahan saja faham ayat ini...


Anonymous said...
April 3, 2012 at 10:45 PM

MARI ANAK2 SABAH BANGKIT. JANGANLAH KITA DIPERBUDAKKAN OLEH ORANG MALAYA. HIDUP STAR


Anonymous said...
April 8, 2012 at 1:02 AM

SAYA SEBAGAI GENERASI MUDA SABAHAN SOKONG INI PERJUANGAN STAR.CONTOHILA NEGARA BRUNEI DAN SINGAPURA.SKRANG MARI TUKAR PERSPEKTIF KITA PSAL KRAJAN DN PMBNGKANG.ANGPLA STAR NI KRAJAN DN BN 2 PMBNGKANG.BIARPN NMPK MCM NDA NGM TAPI ITU LA HRAPAN KITA.
KALAU BUKAN KITA SIAPA LAGI.


Anonymous said...
April 11, 2012 at 7:51 PM

tidak puas hati saya ni... kalau kita tengok sejarah pembentukan malaysia. sabah dan sarawak menyertai malaya untuk membentuk malaysia menjadikan malaysia 3 negara dalam satu sebagai rakan kongsi... tetapi sekarang bukan rakan kongsi lagi,, tetapi malaya menukarkan negara sabah dan negara sarawak kepada negeri dan menjadikan negeri ke 12 dan 13 kepada semenanjung/malaya yg sama dengan negeri2 di sana...pada masa yg sama malaya juga mencuri hasil bumi sabah sarawak..5 peratus saja sabah dapat, 95 peratus semua pergi semenanjung.

hanya parti star (United Bornean Front) yang memperjuang dan ingin mengembalikan hak2 sabah sarawak....


Anonymous said...
April 14, 2012 at 4:54 PM

Says sokong STAR kalau parti ini tidak bekerjasama dgn PR untuk tumbangkan BN.PR pun parti berpengkalan dari malaya juga.kalau star bekerjasama juga dgn PR,apa beza PBS berkerjasama dgn BN..


Anonymous said...
April 17, 2012 at 9:44 AM

Hapuskan PTI!!


Anonymous said...
May 8, 2012 at 10:15 PM

BERAPA YANG STAR BOLEH MENANG DI SABAH,HINGGA TIDAK BERKERJA DGN PR,JGN TERLALU EGO NANTI TINGGAL GIGIT JARI,P/RAYA 2008 SEMUA PEMBANGKANG KALAH TERUK SEBAB TIADA ADA KERJA SAMA,MAHUKAH DR J DAN RAKYAT SABAH AKAN MELIHAT BERULANG LGI,JADI KENA LAH KAMU DR J BERFIKIR BAIK2 SEBELUM NASI JADI BUBUR.( SATU LAWAN SATU )


Anonymous said...
May 12, 2012 at 4:25 AM

part star adalad parti repomasi untuk sabah n serawak mari orang brneo asli kita sokong perjuangan ini.


Anonymous said...
May 13, 2012 at 2:04 AM

Jom semua PENDATANG ASING dari Indonesia, Myammar, Filipina kita RAMPAS SABAH...Tubuhkan parti kita sendiri


blackarea69 said...
May 18, 2012 at 5:51 PM

Ini Kali la.....klu bkn skrg....bila lagi....


Anonymous said...
May 22, 2012 at 11:31 PM

HIDUP STAR... HIDUP SABAH... TANPA SABAH TIADA MALAYSIA. BN MEMANG SAITAN. TIADA GUNA. PEMBUNUH KEJAM, PERAMPAS HARTA SABAH. KEMBALIKAN HAK SABAH N SWAK... DAH 50 TAHUN MERDEKA, TPI JALAN RAYA TWU-KK MCM KEMARIN AJE MERDEKA.... NAMA AJE ADA YB, TPI DUIT SUME MASUK POKET.. SEDARLAH RAKYAT SABAH DARI MIMPI NGERI BN....


Anonymous said...
May 22, 2012 at 11:34 PM

btul tu.. depa idup dlm telunjuk bn yg penipu n pembunuh kejam n lakhnatullah... sy dah dok lama kat sabah, jalan raya sangat BAIK sekali.. lunbang sana sini. lubang besaq mcm rosmah punya. hahahaha


Anonymous said...
May 22, 2012 at 11:41 PM

urang sabah, comon lah... buat lah perubahan. kita mau kasi gegar ini sabah.. pakistan tu bersubahat dgn pembunuh urg monggol tu.


M. PROPERTIES CO. said...
May 23, 2012 at 7:32 AM

PARTI REFORMASI SABAH....STAR....
KITA SOKONGLAH PARTI STAR...SYABAS DAN TAHNIAH DATUK DR JEFFEREY KITINGAN DAN SEMUA PEJUANG-PEJUANG PARTI KITA UNTUK SABAH INI SEBAB SUDAH MENDAPAT SOKONGAN RAMAI DARI PENDUDUK SABAH,HARAP-HARAP KITA SAPU HABIS KERUSI PARLIMEN DAN DUN...


Anonymous said...
May 23, 2012 at 9:49 PM

Satu calon tanding satu calon tatap ada saingan gaman...TETAPI jika ada 3 atau 4 calin berebut sesuatu kawasan tatap korang semua bye bye gaman...sampai kiamat pun tuada harapan...mu fikil la sondiri ...itu la perumpamaan manusia terlalu sukar di atur tatapi anjing peliharaan adalah mudah


Anonymous said...
June 10, 2012 at 3:05 PM

SAYA SUKUNG 100%


Anonymous said...
June 10, 2012 at 3:32 PM

PTI KASI HALAU LA!!!!...DORANG KASI RUSAK BUNGA2 SABAH YG CANTIK....!!!!!!! HENTIKAN PROJEK IC!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! STAR LA HARAPAN... DAN KITA LA PENENTUNYA.. KLU BUKAN KITA SIAPA LAGI..!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!


Anonymous said...
June 25, 2012 at 12:16 PM

Dr Jeffry saya tabik, jangan meragui orang seperti dia. Kata orang dia ni tidak ada pendirian, lompat sini sana saja. Ya...saya berpendapat dia ada sebab untuk bertindak demikian. Dan pastinya kerana perjuangan yang berbeda. Apa yang di perjuangkan Jeffry?....itu kita sudah tahu sekarang, jadi kita sedar atau tidak, dia sekarang berjuang bermati matian untuk hak Sabah. Dia jujur atau tidak dalam perjuangan ini, jangan pertikaikan dulu, yang penting dia sekarang sedang berjuang untuk Sabah kita. Kita perlu sokong pemimpin seperti dia. Hidup Star hidup Sabah!


Anonymous said...
June 25, 2012 at 12:34 PM

Orang Sabah! buka mata kamu besar-besar. Dulu kita sama-sama tauke dengan Malaya dan Sarawak, sekarang Sabah dan Sarawak mereka jadikan kuli mereka. Dia suruh kita kerja kuat-kuat lepas tu dia ambil duit kita 95 sen dia bagi kita 5 sen. Dia bilang budak-budak tidak boleh pegang duit banyak-banyak. Ha..... kalau dulu kita diperbodohkan kerana rendah sikul sekarang orang Sabah banyak yang tinggi sikul bah! uh... jangan haraplah. Sabah bangkitlah dari tidur, bangunlah dan tuntutlah hakmu.


Anonymous said...
July 4, 2012 at 4:00 PM

rakyat sabah saya tengok mcm takut buat perubahan sama cepat kena kasi ayam2 sama yb2 yg bodoh tu. yb bg tong gas terus undi tu yb,pas tu yb menang kg durang terus kena kasi lupa. pru akan datang tu yb datang lg bagi tong gas sama org kg minta undi, tu org kg undi lagi... mcm ni la masalah org2 kg yang suka kasi menang tu yb2 yg tiada guna.

satu lagi, bila pilihan raya ja, ada ja muka2 sunbang g tanding kacau undi atas tiket bebas. tau sdh tidak boleh menang tu tiket2 bebas jan la kacau undi. biar 1 lawan 1... bagi saya orang BODOH ja yg g tanding yg cuma g kacau undi... kalau boleh pru akan datang biar semua kawasan 1 lawan 1.

kalau mcm tu saya rasa ada sesetengah kawasan pembangkang boleh menang... kalau susah sgt pembangkang mau menang d sabah pn, tp sekurang2nya 10 dun menang n 10 parlimen. baru kuat suara pembangkang d sabah.

sekarang ni apa kerajan buat, x yg berani mau bantah sb pembangkang d sabah berapa saja yang menang?

ni PENDATANG ASING LAGI YG BETUL2 SOI DI SABAH, dorg ada ic entah dari mana dorg dapat. dorg la yang kasi menang sesetengah kerajan d sabah,


so wahai rakyat sabah, bangun dari tidur. berani buat perubahan. jangan kerana tong gas ja kita gadai negeri kita. pikir2 la org sabah.....


Anonymous said...
July 9, 2012 at 7:34 PM

sy sokong STAR, kasi kalah itu BN UMNO. diurang pambunuh, pangintut, perampas harta benda sabah... sama2 kita jatuhkan umno najib bin pukimmak. kau mau tau, org melayu hari ini semakin lama semakin benci umno bajingan tu. di sabah uda bnyk bendera parti pembangkang. jgan lah kita di anjing2kan ole umno n bn. diorang dah takut dgn byang2 sendiri. ni kali lah, DATUK JEFFREY n kita anak2 bumi d bwah bayu bangkit perbuatan keji n mungkar BN LAKHNATULLAH.


Anonymous said...
July 25, 2012 at 9:31 AM

Kalau tidak kerjasama parti-parti pembangkang di sabah BN tetap menang
apalagi pendatang tetap undi BN Kalau boleh one by one challenge


Anonymous said...
July 25, 2012 at 9:39 AM

Kalau pergi mengundi nanti undilah parti pembangkang jangan ingat "siapa ada duit itu yang di undi dan jangan sampai teputus-putus selipar berebut ikan tin sardin" inilah expression orang-orang pendalam sabah.


Anonymous said...
August 2, 2012 at 2:46 PM

bn kami x perlu kn di sabah lg.. biar la org sabah yg perintah tmpat sndiri..


Anonymous said...
August 7, 2012 at 9:15 PM

Btul2......malas sudah krja d kl..mhu krja d sabah tmpat sndri.....jom undi usno ngn star,,,,bangun rakyt sabah.......kita lubuk emas melaya....jgn biar kn lubuk emas kita d jajah smpai bila2....


KMPDSB said...
September 26, 2012 at 9:44 PM

We sabahan are still seaching for a better government with good caliber leaders !


KMPDSB said...
September 26, 2012 at 9:54 PM

We sabahan are still seaching for a better government with good caliber leaders !


KMPDSB said...
September 26, 2012 at 9:57 PM

Are we organising a united front ?


Anonymous said...
September 30, 2012 at 10:06 PM

urm..perjuangan yang bagus.. tapi peluang menang yang sikit.. sebab semangat patriotik tidak kuat (Look "Anonymous").. "Life itself is hard.. just focus your afterlife"


Anonymous said...
October 1, 2012 at 6:26 PM

saya minta la kepada semua rakyat sabah kalau mau berhasrat dalam hati memperjuangkan hak-hak tempatan sabah, jangan pikir akan keuntungan sendiri, maksudnya bersatulah dalam satu sahaja parti politik, cuba ingat masa parti berjaya menunpaskan parti usno semua pemimpinnya adalah anak anak sabah dan PBS menumbangkan parti berjaya semuanya pemimpin sabah, kenapa kita tidak boleh lakukan seperti yang dahulu, bagi saya kepada rakyat sabah kita carilah calon bagi semua dun dan parlimen adalah calon memang anak tempatan dan dalam parti yang lahir dari negeri sabah sendiri, sekarang banyak sudah parti dalam negeri sabah kalaulah semua parti ini bersatu alangkah baiknya, dan semua calon dilahirkan atau anak jati dalan dun atau parlimen itu sendiri.contohnya calon n2 kudat bagilah calon yang bertanding berasal dari n2 kudat dan bukannya dari daerah lain


Anonymous said...
October 3, 2012 at 10:31 PM

Jom semua PENDATANG ASING dari Indonesia, Myammar, Filipina kita RAMPAS SABAH...Tubuhkan parti kita sendiri--ko nih pilak ka OM gere2?


Anonymous said...
October 6, 2012 at 1:42 PM

hahahahahahhaa mampu ketawa ja saya ni...


Anonymous said...
October 6, 2012 at 1:47 PM

ketawa untk kemenangan rakyat sabah.. HIDUP NEGERI KU SABAH>>>


huguan siou/udin said...
October 23, 2012 at 7:18 PM

Pembkng sabah hrus bersatu dengn satu misi..tumbngkn bn..star tidk mampu tunbngkn bn bersendirian..jngn sesakli cuba tnding dln 3,4,5 penjuru..undi akn berphak kpda bn..klau pembkng sbah silap atur letk clun..almat bye2..la ..psti klah ..star seharusnya kerjsama dngn pkr...dn lwan bn one by one...bru ngam...


huguan siou/udin said...
October 23, 2012 at 7:24 PM

Star tidk boli lwn bn sendirian..hrus kerjsama dngn pembnkng lain sperti pkr..jngn seskli letk clon 3,4,5 penjuru..almat klah olih bn..klu lwn bn lwn one by one..pembnkng sbah kena atur clon2 nya dngn satu misi iatu tumbngkn bn..klu star mhu sendiri2 hmmm bye2 gaman smpi kiamat la..bru mnang..


Anonymous said...
November 24, 2012 at 1:30 PM

Belia bangkit utk star ! Ini kali la !


Anonymous said...
December 28, 2012 at 7:14 AM

Bukan salah bn..salah bekas2 ketua menteri sabah yg dulu2..spi yg skg pn ndak boleh paki..ﹰ


Anonymous said...
January 20, 2013 at 9:07 PM

drp Star pilih PR yang tiada kesepakatan lagi ( Pas ngan Dap )bagus sertai BN, perjuangkan hak2 sabah dari dalam.. siapapun yg memerintah belum tahu dapat menukar kehidupan kluarga kita... justeru jangan emosi sja... yg jelas jika anak-anak kita,keluarga, masyarakat, dan orang2 tempatan mempunyai pendidikan setinggi-tingginya, sekurang-kurangnya ijazah pertama....saya yakin ianya akan mengubah ekonomi dan kehidupan ke arah yang lebih baik...syukurla rakyat dapat merasa 500, 250, warga emas 300 sbln, bdak2 skolah 100 dan lain2 lagi....smoga ianya berterusan... jangan la terlalu berharap sesuatu yg blum pasti...umpama mendengar guruh di langit air di tangki mau dibuang.....








Anonymous said...
January 23, 2013 at 10:42 PM

catat sejarah yg betul kali ni, kita bersatu sebagai rakyat sabah, pertahankan sabah tanah airku. ddjk adalah seorg pemimpin peninggalan harta negeri sabah, beliau la satu2nya rakyat sabah yg bfikiran jauh menegakkn kebenaran, yg mampu mpertahankan kahzanah bumi sabah. undilah STAR. INI KALI LAH


Anonymous said...
February 6, 2013 at 10:28 AM

ini kali lah(dba,adee,ilie)


Anonymous said...
February 10, 2013 at 11:41 AM

itu lah undi lah star jangan cakap saja ini kali la betul betul bah


Anonymous said...
February 10, 2013 at 11:49 AM

kamu tau c najip takut umum pru 13 seluruh sabah sekarang dalam diam tunggu musim mengundi mereka umum ini dan itu kenapa tidak laksanakan masa mereka memerintah baru tahun ini sejarah tercipta umum pru 13 habis tempoh ni percayalah sebenarnya bn sedang takut kalah tapi memang meniti jalan kehancuran percayalah


Anonymous said...
February 10, 2013 at 11:57 AM

kamu buruk kan dr jefferi tapi kenapa tidak kutuk katak-katak dulu macam c rubin, kurup,inilah masa mereka harus di hukum tumpaskan mereka macam c kurup penipu menang tanpa bertanding kunu dalam pru 13 dalam diam kawasan pensiangan rata-rata kami orang murut mahu orang kami tengok nanti kurap akan di malukan kami mahu ini kali la mana sudah janji c kurap hospital,kilang jaraknya janji tidak di tapati lah


Anonymous said...
February 10, 2013 at 12:18 PM

saya telah bermimpi melihat bendera parti keadilan terpacak megah di atas gunung kinabalu saya pun tidak pasti apa ertinya mimpi saya malam tadi


Anonymous said...
April 23, 2013 at 4:44 PM

STAR = SELALU TERUS AKAN REBAH


Anonymous said...
April 25, 2013 at 4:04 PM

Dr. Jeffry seorang yg tegas dan berani. Dia ada sebab kenapa dia 'lompat parti' STAR adalah parti tempatan yang benar2 memperjuangkan hak Sabah seperti yang terkandung dalam 20 perkara.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 4:09 PM

Ada pihak2 tertentu yg menyokong BN dan sekutunya sebab pok projek. Parti tempatan yg lain spt PBS bukannya tidak bgus, tapi mereka seperti kerbau yg di cucuk hidung. Mereka hanya boneka BN. Mereka tidak boleh berbuat apa2 untuk Sabah. Sungguh kasihan. Sebab itu saya pilih STAR..!!!!!


Anonymous said...
May 1, 2013 at 11:02 AM

DAP 1 PKR 1 PAS1 STAR 1 jumlahnya 4 kerusi macam manapun ia tetap pakatan.BERBANDING BN 1 ia tetap 1 kerusi.Kalau PKR atau DAP kerusi terbanyak sabah akan dijajah juga STAR MELUKUT DI TEPI GANTANG TAMPAL mata JK oleh pkr dengan 1 juta dia dah bisu tu.
BUKANKAH SEMUA PEMIMPIN PAKATAN TU SEMUANYA TAMAK MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI DAN KELUARGA.JANGAN DENGKI KENAPA BN BERTAHAN LEBIH LAMA KENAPA PR sekejap menang sekejap kalah.Rakyat bukannya bodoh menilai mana parti yang paling sesuai memimpin negara ini.Kalau sabah tak masuk malaysia itu adalah berita baik kepada penganas sulu .