Sunday, July 1, 2012

BN Pilih John Ghani Punca Lajim Keluar Parti?

PEMIMPIN Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kuala Penyu, Datuk John Ghani besar kemungkinan berpeluang bertanding sebagai calon parti pemerintah sekiranya usaha untuk memujuknya menyertai semula Barisan Nasional (BN) berjaya.

KONTROVERSI.....Gambar kontroversi ini menjadi punca Lajim dikatakan menyertai pembangkang kerana menghadiri Majlis Krismas John Ghani.

Bekas Adun Bebas Kuala Penyu itu dikatakan sedang dalam perundingan dengan pemimpin atasan BN dalam usaha memujuk dia kembali ke perjuangan BN namun masih belum jawapan pasti daripada beliau.

Sumber terdekat dengan Umno menyatakan bahawa John Ghani sudah dipanggil oleh pemimpin atasan BN dan sudah diberitahu mengenai hasrat membawa beliau kembali ke pangkuan BN yang pernah menjadi landasan perjuangannya sebelum ini.

Usaha itu dilakukan sebagai alternatif untuk mengimbangi pengaruh Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Lajim Ukin yang diura-urakan akan meninggalkan BN sebaik sahaja Parlimen dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan.

Menurut sumber itu, jika Lajim menyertai parti pembangkang, PKR, BN dijangka menghadapi kesukaran untuk mempertahankan kerusi Parlimen Beaufort dan DUN Klias malah beberapa kerusi DUN lain seperti Lumadan, Kuala Penyu dan Membakut dijangka turut terjejas.

Situasi itu dikatakan tidak disenangi pucuk pimpinan BN negeri dan langkah memujuk John Ghani dikatakan antara usaha yang sedang dilakukan walaupun pemerhati politik beranggapan John Ghani sudah mengalami kemerosotan sokongan khusus di Kuala Penyu kerana gagal menunaikan janji sepanjang menjadi Adun Bebas sebelum ditewaskan John Teo Mau Sing pada pilihan raya umum 2008.

Pimpinan BN Sabah dijangka mempergunakan Upko sebagai saluran John Ghani untuk masuk semula ke dalam BN jika ia direstui Presiden parti itu, Tan Sri Bernard Giluk Dompok.

Sebelum ini, parti itu pernah membincangkan permohonan John Ghani untuk menyertai Upko namun putus di tengah jalan apabila pemimpin PKR itu dikatakan meletakkan syarat.

Namun begitu, John Ghani berkemungkinan besar akan memenuhi tawaran untuk kembali ke dalam BN sekiranya Upko bersetuju meletakkan beliau sebagai calon BN di DUN Kuala Penyu dalam pilihan raya umum ke-13.

Sungguh pun belum ada kata putus dicapai, John Ghani dilihat lebih berminat sekiranya diberi peluang menjadi calon semula kerana beliau dikatakan sering menyatakan bahawa PRU ke-13 adalah yang terakhirnya baginya yang kini mencecah usia lebih 60 tahun, jelas sumber itu lagi.

Tidak semudah perancangan pimpinan atasan BN, halangan lain yang terpaksa dihadapi John Ghani ialah pemimpin-pemimpin veteran di dalam Upko Beaufort yang sudah tentu tidak rela merestui kerana mereka dikatakan bermati-matian melobi untuk menjadi calon. Bagaimanapun jika dicalonkan, BN diramal akan mengalami kekalahan teruk di Kuala Penyu.

Sekiranya John Ghani diterima kembali ke dalam BN dan diberi peluang menjadi calon atas tiket BN, beliau juga akan berada dalam dilema kerana Datuk Lajim dikatakan akan menawarkan beberapa calon muda yang berpotensi dari parti-parti komponen BN yang sudah lama bekerja keras untuk BN untuk bertanding atas tiket PKR bagi menentang John Ghani yang sudah dianggap sebagai 'Kuda Tua' yang perlu direhatkan.

Yang lebih parah lagi sebahagian besar ahli jawatankuasa bahagian Upko selain Umno yang dikuasai Datuk Lajim dijangka mengucapkan sayonara kepada parti masing-masing seterusnya mengalih sokongan kepada PKR yang pasti menampilkan orang muda yang berpotensi jika BN terdesak mempergunakan John Ghani.

Oleh : PENULIS KHAS (sabahkini)

Komen Anda

66 Responses to " BN Pilih John Ghani Punca Lajim Keluar Parti? "
arafat said...
July 1, 2012 at 9:17 AM

YB Cacamarba nih..atau mcm Keluarga 69 jer. Sekejap BN,kejap Bebas dan kejap nak PKR. lepas tu ura2 boleh masuk BN balik atas tiket UPKO. Nak komen pon susah..John Ghani ke Lajim Ukin.Cuma diharap PR lebih barhati2 tarhadap dua nih. tapi dr segi perhubungan jalanraya, ke K.Penyu tu mcm tiada YB je tapi ke Menumbok ,selesa.


Anonymous said...
July 4, 2012 at 9:44 PM

Rasanya ramai lagi yang hebat-hebat di beaufort bukan setakat lazim ukin dan john ghani sahaja


Anonymous said...
July 5, 2012 at 1:50 PM

Rakyat lebih bijak menilai sekarang. Pemimpin yang opportunist saja bakal ditolak oleh rakyat,


mogunsamang said...
July 5, 2012 at 1:52 PM

Adakah Lajim dan Ghani masih relevan kepada rakyat?


mantera said...
July 5, 2012 at 2:00 PM

belum tentu lagi akan tinggalkan UMNO. lagipun Lajim dah perjelaskan dia tidak akan tinggalkan UMNO.


Anonymous said...
July 5, 2012 at 2:10 PM

Sejarah Lajim pun katak juga. Katak yang akan lompat ke tempat yang ada benefits.


Anonymous said...
July 5, 2012 at 2:35 PM

Lambat laun Lajim harus buat pilihan juga..


alonso said...
July 5, 2012 at 8:27 PM

ada baiknya jika muka baru dari golongan muda yang dipilih untuk menjadi calon daripada calon kitar semula..


alonso said...
July 5, 2012 at 8:28 PM

apa2 pun keputusan di tangan pucuk pimpinan parti untuk memilih calon mereka...


max said...
July 5, 2012 at 8:30 PM

belum ada pun keputusan dari pucuk pimpinan BN untuk memilih calon mereka...ini hanya desas-desus saja barangkali...lebih baik tunggu pengumuman siapa yang akan dicalonkan..


glen said...
July 5, 2012 at 8:31 PM

lajim sudah menjelaskan pendirian beliau yang akan kekal bersama UMNO sebagai ahli biasa..


oswald said...
July 5, 2012 at 8:32 PM

kita tunggu dan lihat...


Anonymous said...
July 5, 2012 at 9:28 PM

inilah ura-ura arena politik...


Anonymous said...
July 5, 2012 at 9:29 PM

sekejap ini sekejap itu, spekulasi semata-mata


lina said...
July 5, 2012 at 9:33 PM

apa pun, biarlah rakyat yang menentukan parti mana yang akan
menang di PRU


george said...
July 5, 2012 at 9:35 PM

semoga JG berjaya di PRU13 jika benar JG akan menyertai BN


Anonymous said...
July 5, 2012 at 9:36 PM

apapun, semoga ada perubahan positif untuk Sabah selepas PRU13


Anonymous said...
July 6, 2012 at 12:27 AM

How many times must Lajim tell the public that he is not quitting BN so that the rumours go away???


Anonymous said...
July 6, 2012 at 12:27 AM

I wonder which "little birdie" start the rumours about Lajim.


junta said...
July 6, 2012 at 8:22 AM

kita tgk adakah Lajim benar2 akan tinggalkan UMNO.


Anonymous said...
July 6, 2012 at 6:09 PM

Bagus lagi john ghani masuk pas


Anonymous said...
July 9, 2012 at 11:23 AM

ahh..dapat RM baguih dr PM..kekal lah dlm BN. Itu semua ugutan YB kpd PM jer.


Anonymous said...
July 9, 2012 at 6:59 PM

banyak hal pada masa dekat pilihan raya.


Anonymous said...
July 9, 2012 at 7:00 PM

kenapalah lajim nak keluar pada masa ini?


Anonymous said...
July 9, 2012 at 7:01 PM

Kesian lajim...lompat partilahhh


Xoxo said...
July 9, 2012 at 7:02 PM

kenalah menyokong BN selalu, akan menang juga pada akhirnya.


wawa said...
July 9, 2012 at 11:52 PM

Biasa lah bah ahli politik ni, biarpun masih berlainan parti, tapi masih berkawan juga.


xave said...
July 9, 2012 at 11:53 PM

Bah, harap Lajim tidak akan lompat parti lagi, setia dengan BN sahaja.


shilla said...
July 9, 2012 at 11:56 PM

Bikin keliru betul isu2 ini, apapun kita tunggu dan lihat sahaja lah nanti.


wawa said...
July 9, 2012 at 11:57 PM

kalau John Ghani masuk BN, ok juga lah, satu keputusan yang baik.


perry said...
July 9, 2012 at 11:59 PM

Belum ada pengumuman mengenai siapa calon2 yang bakal bertanding, namun macam2 cerita sudah keluar.


Mark said...
July 10, 2012 at 3:35 PM

Lajim memberi isyarat salah kepada golongan awam.


Birunda said...
July 10, 2012 at 3:40 PM

lebih baik jika Lajim kelaur terus dari BN dan teruskan perjuangan untuk rakyat.


Din said...
July 10, 2012 at 3:42 PM

Senarai nama calon harus dibuat dengan adil.


Murugam said...
July 10, 2012 at 3:43 PM

Najib will decide who are the best choices.


Pauline said...
July 10, 2012 at 3:45 PM

Lajim still not quiting BN. He should himself clear now.


Batresiah said...
July 10, 2012 at 3:47 PM

Tidak perlulah membuat kesimpulan yang tidak patut. Rasanya tidak ada kaitan pun mengenai perkara tersebut.


ali asgar said...
July 10, 2012 at 3:51 PM

Mesti Datuk Lajim kata tidak ada makna dan kaitan pun dengan perkara ini. Datuk Lajim belum keluar parti lagi pun. Masih lagi bersama dengan UMNO.


ajis said...
July 10, 2012 at 11:05 PM

ada saja kontoversi yang sengaja disensasikan oleh pihak tertentu.


ajis said...
July 10, 2012 at 11:06 PM

tunggu dan lihat sajalah, tidak perlu timbulkan sebarang spekulasi.


mat said...
July 11, 2012 at 12:07 AM

sampai sekarang pun Lajim masih dalam BN.


mat said...
July 11, 2012 at 12:08 AM

mungkin ada yang sengaja mainkan isu ini.


deri said...
July 11, 2012 at 12:13 AM

semua harus memberikan perhatian pada isu-isu lain yang lebih penting. isu seerti ini hanya khabar angin saja.


Anonymous said...
July 11, 2012 at 1:06 PM

Tetapkan pendirian tu. jangan asyik lompat parti nanti lama kelamaan rakyat akan hilang keyakinan.


Anonymous said...
July 11, 2012 at 1:07 PM

kalau dulu sudah tinggalkan parti, kenapa sekarang mahu kembali lagi?


Anonymous said...
July 11, 2012 at 1:08 PM

John Ghani masuk BN, Lajim pula lompat masuk PKR ni nanti.huhu


Anonymous said...
July 11, 2012 at 7:03 PM

simpan tunggul kayu lawan BN dimana tunggul kayu itu di jampi oleh Lajim Okin pasti calun BN akan mengigit jari bah,jangan kamu main-main dengan jampi si Janang Gayuh ini silap hari bulan inda samapi 10 UMNO dapat kerusi.


Anonymous said...
July 23, 2012 at 3:06 AM

Haha lihat lah kalau berani


Anonymous said...
July 24, 2012 at 10:17 AM

kenapa pula calun yang ada potensi menang di gugur kan dpd calun.saya menyukung penuh DLO di kekalkan calun perlamant boufort.D.M.A di rihat kan jadi calun B.N.


Anonymous said...
July 24, 2012 at 10:27 AM

jangan kita kacang lupa kan kulit. kalau bukan DLO amno x akan memerintah di sabah.D.M.A x akan jadi cm klau bukan 2orang pemimpin PBS melumpat parti.


Azroy said...
July 25, 2012 at 11:55 AM

itukah punca Lajim keluar parti?? atau sebenarnya Lajim telah ditawakan jawatan TPM atau lain2 jawatan kabinet persekutuan oleh Anwar??


Azroy said...
July 25, 2012 at 11:57 AM

sebelum ini, dikhabarkan Lajim ada berjumpa dengan Anwar.. apa yang dibincangkan?? seperti PRU12, Anwar juga ada berjumpa dengan Yong Teck Lee untuk menawarkan jawatan TPM kepada YTL.. mungkin ini strategi yang sama digunakan oleh Anwar pada PRU kali ini??


Anonymous said...
July 30, 2012 at 1:27 PM

Barisan Nasional (BN) Sabah secretary Datuk Abdul Rahman Dahlan has expressed regret over the announcement by Umno Supreme Council member and Beaufort chief Datuk Seri Panglima Lajim Okin that he would be joining an opposition party and was ready to be sacked by Umno.


Anonymous said...
July 30, 2012 at 1:27 PM

Nevertheless, he said, BN Beaufort will now be able to formulate strategies with clear direction, without being bogged down by uncertainties in the last few months created by overdramatised political power play by certain parties.


Anonymous said...
July 30, 2012 at 1:27 PM

“I must emphasise that BN’s success in developing this country in the last 50 years is not due to individual personalities. It is the collective wisdom of all BN leaders which made it happen,” Abdul Rahman said.


Anonymous said...
July 30, 2012 at 1:28 PM

“In the next general election, the people of Sabah will vote for progress, development, peace and security which are the cornerstones of Barisan Nasional government under the able leadership of YAB Datuk Seri Najib Tun Razak and YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman,” he said.


Anonymous said...
July 30, 2012 at 1:28 PM

“Both leaders have rolled out many successful and effective programmes to reduce poverty, help the poor, increase economic activities, provide employment and business opportunities as well as giving more democratic space to all Malaysians.”


Anonymous said...
July 30, 2012 at 1:28 PM

Meanwhile, Deputy Chief Minister Datuk Seri Panglima Haji Yahya Hussin said Lajim, being a politician, has his own stand.


Anonymous said...
July 30, 2012 at 1:28 PM

Asked if this had been discussed at the party-level, Yahya said it was up to the leadership to decide on the action to be taken following the latest development.


Anonymous said...
July 30, 2012 at 1:28 PM

Meanwhile, PAS said it is ready to accept Lajim, who is also Deputy Housing and Local Government Minister and the Member of Parliament for Beaufort.”PAS welcomes him (Lajim) to continue his political struggle with PAS and Pakatan Rakyat,” said Sabah PAS Youth chief Lahirul Latigu.


Anonymous said...
July 30, 2012 at 1:28 PM

“PAS looks forward to Beaufort member of parliament Datuk Seri Lajim Ukin’s next course of action if he is sacked by Umno.


Anonymous said...
July 30, 2012 at 1:29 PM

“He (Lajim) has already admitted that PR is able to make changes and corrects the distortions made by Umno. PAS is grateful for his views,” he said.


Anonymous said...
July 30, 2012 at 1:29 PM

Lahirul also said PAS would readily accept other politicians and community leaders regardless of their position and background.


Anonymous said...
July 30, 2012 at 1:29 PM

He said PAS had shown its openness and willingness to admit anyone who was interested to join the party.


Anonymous said...
July 30, 2012 at 1:29 PM

“PAS has gone through numerous experiences. The party also accepts professionals such as doctors, lawyers and ordinary people who want to join PAS. We never block the entry of such people to our party,” he said.


Anonymous said...
April 5, 2013 at 12:12 AM

Fail