Thursday, August 2, 2012

Perubahan politik di Johor, Sabah

Tidak terdengar lagi rhetoric megah Umno/BN bahawa Johor dan Sabah adalah ‘simpanan tetap’ atau kubu pertahanan terkuat Umno sejak zaman berzaman.

Dengan perkembangan terbaru politik di Sabah pula, negeri itu akan juga mengakhiri zamannya sebagai kubu kuat Umno/BN. Demikianlah putaran roda politik dan setiap pelaku di pentas politik sewajarnya menyedari hakikat ini.

Perkembangan baru di Sabah, menunjukkan Pakatan Rakyat dijangka akan mendapat sekurang-kurangnya 14 kerusi di Sabah ekoran tindakan dua anggota Parlimen BN menyokongnya baru-baru ini. Ini jangkaan yang dibuat oleh Ahli Parlimen PAS Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad dalam tulisannya dalam Harakahdaily kelmarin di mana beliau menyimpulkan bahawa simpanan tetap BN di Sabah dan Sarawak sudah tamat.

Beliau berkata, 55 kerusi parlimen dari 57 dari Sabah-Sarawak (Borneo) telah dibolosi dan sudah tidak ada lagi jaminan BN mendapat sokongan dari kedua-dua negeri ini.

"Hari ini diramalkan ialah 14 kerusi dari Sabah termasuk Kota Kinabalu, Sandakan dan Pensiangan akan mudah tumbang kepada Pakatan Pembangkang," kata ahli Parlimen Kuala Selangor itu yang mengulas tindakan Datuk Seri Panglima Lajim Ukin dan Datuk Wilfred Bumburing yang meninggalkan BN dan menyokong Pakatan Rakyat.

Penganalisis politik di Sabah meramalkan akan ramai lagi Adun dan Ahli Parlimen Sabah dari BN akan meninggalkan komponen parti itu dan akan menyertai Pakatan Rakyat.

Gelombang ini dikatakan sukar ditahan disebabkan beberapa isu, antaranya, isu kemiskinan terutama di kawasan pedalaman yang tidak ada perubahan sejak zaman berzaman, isu pendatang luar yang melimpahm hampir-hampir tidak terkawal, isu tanah dan pelbagai lagi.

Bagaimana pula di Johor - sebuah negeri yang sentiasa dimegahkan oleh Umno sebagai kubu kuatnya. Perkembangan menunjukkan bahawa oleh kerana banyaknya kerusi campuran baik di peringkat Parlimen mahupun Dun di negeri itu menyebabkan ketirisan mendadak sokongan pengundi terutama di kalangan pengundi Cina.

Kini tidak lagi terdengar suara angakuh pemimpin Umno Johor yang selama ini bermegah bahawa Johor adalah kubu terkuat Umno. Kalau tidak masakan Muhyidin Yasin menyeru Umno/BN supaya mempertahankan kawasan parlimen Gelang Patah dari jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam PRU akan datang. Nusa Jaya yang terletak di Gelang Patah adalah pusat pentadbiran kerajaan Johor yang baru.

Saya berkunjung ke Gelang Patah beberapa bulan lalu dan mendengar sendiri ulasan dari beberapa penduduk di situ, khususnya kalangan masyarakat Cina, bahawa mereka sangat tertekan dengan harga barang naik, peluang pekerjaan yang sangat terbatas dan lain-lain.

Seeorang petani Melayu di situ, Haji Solihin Markom, memberitahu bahawa orang kampung di sini hanya memerhatikan perubahan dari kampung menjadi bandar sedangkan “kedudukan kami macam dulu juga.”

Yang heboh di sini, katanya, ialah kesibukan orang kampung menjual tanah kerana harga mahal. Tetapi, katanya, adakah mereka berfikir selepas menjual tanah mereka, akhirnya mereka hendak ke mana kerana harga rumah semakin mahal di mana-mana.

“Adakah pemimpin politik yang ada di Johor memikirkan hal ini,” tanyanya.

Pesuruhjaya PAS Johor, Dato’ Dr. Mahfodz Mohamad pernah mendedahkan secara terperinci mengenai isu penjualan saham KFCH & QSR kepada CVC serta isu salah urus tadbir tanah oleh kerajaan Johor melalui KPRJ dan isu-isu lain.

Sudah sampai masanya, katanya, PAS/Pakatan Rakyat Johor menggandakan usaha dalam mendapatkan mandat dari rakyat untuk menerajui kerajaan dalam usaha mengembalikan hak rakyat yang telah diabaikan oleh Kerajaan Barisan Nasional.

Pada pilihan raya umum ke-12 pada 2008, Tan Ah Eng (BN) mengekalkan kerusi parlimennya P162 Gelang Patah. Peratusan kaum ialah Melayu 33.54%, Cina 54.06% India: 12.22%

Tan Ah Eng (BN) (33,630) menewaskan Dr. Zaleha Mustafa (PKR) (24,779) dengan majoriti 8,851. Jumlah pengundi undi waktu itu 60,653.

Menurut penganalisis politik di Johor, dalam pilihan raya umum 2008, pengundi Cina belum memberikan sokongan sepenuhnya kepada calon dari Pakatan Rakyat. Namun, dengan perkembangan terkini, peratus sokongan pengundi Cina jauh lebih meningkat, bahkan hampir-hampir lapan puluh lima peratus dikatakan menyokong Pakatan.

Ini yang membimbangkan Muhyidin Yasin menyebabkan beliau menggesa Umno/BN mempertahankan Gelang Patah. Jika terjadi kejatuhan Gelang Patah, menimbulkan kesan paling buruk kepada Umno/BN.

PAS Johor mensasarkan sekurang-kurangnya 17 kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) untuk dimenangi pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 akan datang.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Mazlan Aliman berkata, sasaran itu ditetapkan berdasarkan perubahan positif rakyat negeri itu yang kini menyambut baik Pakatan Rakyat, khususnya PAS yang disifatkan 'tidak pernah berlaku dalam sejarah sebelum ini'.

Pada PRU yang lalu, PAS bertanding 39 daripada keseluruhan 56 kerusi, manakala PKR dan DAP masing-masing 9 dan 12 kerusi.
Dari jumlah ditandingi itu itu PAS hanya menang di dua kerusi iaitu di Dun Maharani dan Sungai Abong.

Ini adalah keputusan 2008 yang lalu, di mana kini PAS/Pakatan menaruh harapan akan meraih kemenangan lebih banyak lagi bukan saja di Muar, tetapi juga kawasan Parlimen dan Dun di Batu Pahat, Pontian, Tanjung Piai, Kulai Jaya, Kluang bahkan Johor Bahru sendiri.

Kawasan Parlimen Tanjong Piai (P165) kini diwakili oleh Wee Jeck Seng dari MCA. Pihak Umno di kawasan ini dikatakan sangat bimbang dengan kedudukan kawasan ini memandangkan Pakatan Rakyat sedang berusaha bersungguh-sunggu untuk menawan kawasan tersebut yang merupakan kawasan kerusi campuran antara Melayu dan Cina.

Kebanyakan kerusi campuran ialah antara 50:50 iaitu antara bilangan pengundi Cina dan Melayu. Hanya beberapa kawasan Parlimen di Johor yang dikatakan mempunyai jumlah pengundi Melayu yang agak ramai. Antaranya, Mersing, Kota Tinggi dan Pontian. Ini yang menyebabkan pemimpin Umno sangat bimbang, memandangkan sokongan pengundi Cina kepada Pakatan Rakyat semakin bertambah.

Penganalisis berpendapat, pada PRU akan datang, dijangkakan antara 80 hingga 90% pengundi Cina akan mengundi DAP, sementara antara 70 hingga 80% akan mengundi PAS/PKR.

Inilah gelombang perubahan yang akan melanda Johor dan Sabah, walaupun pemimpin BN cuba menafikannya, tetapi pada hakikatnya begitulah. Tunggulah PRU akan datang ini

Komen Anda

54 Responses to " Perubahan politik di Johor, Sabah "
pirit said...
August 2, 2012 at 8:15 AM

berakhirnya era penjajahan rejim tembirang UMNgOk!!!


Anonymous said...
August 2, 2012 at 9:04 AM

kalau tumbang BN maka menangis lah balaci2 umngok.Ohh tidakk!!.


Anonymous said...
August 2, 2012 at 9:59 AM

Parlimen Kota Tinggi pun sebenarnya pernah berlaku kekecohan antara puak2 umno bahagian dan pagar rumah Ketua Bahagian rasanya pernah kena 'tabur' cat. Sedikit masa lalu ler. jadi tak pelik kalu senario spt yg dhebohkan benar2 berlaku dJohor. Even, dua kerusi DUN Johor iaitu Sg Mati dan Maharani jatuh secara 'jantan' ketangan PAS. Sebelum itu, DUN Senggarang dpt kpd PAS (YB Dr Ramli Kati) setelah berlaku kesilapan teknik dlm borang pencalonan UMNO. Bg kedua2 DUN diatas, YB juga seorang doktor. Fakta menarik, Datuk Halimah Saddique pernah ditangkap 'rasuah politik' di kaw. beliau dan jelas boleh dilucuthak kerusi atau pencalonan beliau utk kerusi parlimen yg beliau wakili sekarang. Mungkin ada kuasa ghaib yg minta SPRM atau SPR jgn prbesarkan isu itu maka kekallah datuk Halimah Saddique brtanding dan menang.

**Yassir Arafat


Anonymous said...
August 2, 2012 at 10:14 AM

PAS ni dr dulu suka bermimpi..agak2la mau menang 17 kerusi..di sabah berapa kerusi dorang ramal mau menang???kalau KK,SANDAKAN tu mmg bkn kawasan majoriti bumiputra jd DAP la kan tp dorang pla yg hepi sgt sedangkn DAP perkudakan durang jak kcuali PENSIANGAN la sbb joseph kurup men buyuk masa PRU 12..


Anonymous said...
August 2, 2012 at 12:02 PM

Politics in Sabah are getting nerve wrecking. I hope more good news to come.


Anonymous said...
August 2, 2012 at 12:23 PM

KALAU PAS DI PERKUDAKAN OLEH DAP TAPI RAKYAT DILEMBUKAN OLEH BN-UMNO.TERUTAMANYA PENYOKONGNYA.


Anonymous said...
August 2, 2012 at 12:49 PM

ooo..nak citer2 PAS plak ya? ini aku bagi fakta yg mmg catatan panas utk org2 yg mudah lupa, terutama si anony ogos 2, 9.59am

10 Fatwa PAS Yg Terkenal Oleh Mursyidul Am Nik Aziz Nik Mat -

1. "Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam."
- Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

2. "Bukan sahaja dalam menifesto, dalam perlembagaan PAS sendiri memang tidak mengandungi satu perkataan pun untuk menubuhkan sebuah negara Islam, dia (DAP) boleh tengok sendiri dan baca perlembagaan itu."
- Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 4 Ogos 2001.


3. "Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir."
- Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.


4. "Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid."
- Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

5. "Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya."
- Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

6. "Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima."
- Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

7. "Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram."
- Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

8. "Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri."
- Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

9. "Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan dan lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, jadi bila diminum oleh mereka, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?"
- Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 26 November 1994.

10. "PAS sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..."
- Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

kita semua dah lupa, kan? tapi Allah tidak!! juga pengundi2 yg matang. ada sapa2 lagi yg catat?


Anonymous said...
August 2, 2012 at 1:42 PM

Perubahan politik di mana2 pun akan berlaku. Tidak semestinya antara Johor dan Sabah saja.


Anonymous said...
August 2, 2012 at 1:44 PM

I don't think PAS is strong enough to with hold Sabah honestly.


Anonymous said...
August 2, 2012 at 1:45 PM

Biasalah dengan perubahan angin yang berlaku. Ini menunjukkan kuasa politik yang ada tidak statik.


Anonymous said...
August 2, 2012 at 1:48 PM

Lajim and Bumburing departure won't cause any reverse effect to the whole party.


Anonymous said...
August 2, 2012 at 1:51 PM

Potgan ayat2 darpd apa yg dprkatan tetapi tdk diambil smua pnjelsan dn maksud yg sbnr memg mnjd lain mksdnya. Sama juga gambar2 video lucah yg dreka cipta oleh pencacai UMNO/BN yg kehilgn imana prisip tdk takut pd HUKUM ALLAH. Perbuatn puter belit memang ada pd pemimppin dan pnyokong tegar UMNO/BN yg masih masih bodoh ketinggaln ms prubahn. Ayu UBAH 1 MALAYSIA ramai rakyat ikut ROKET naik BULAN cari KEADILAN spy rkyat hidup senang dalm P A K A T A N!!!


Anonymous said...
August 2, 2012 at 2:34 PM

Pasti akan ada perubahan yang berlaku, hanya ada dua perubahan yang mana keadaan bertambah baik atau bertambah buruk.


Anonymous said...
August 2, 2012 at 2:35 PM

Namun semua perubahan itu berlaku atas tindakan rakyat, hanya rakyat yang bertanggungjawab untuk membuat perubahan itu.


Anonymous said...
August 2, 2012 at 3:09 PM

AKU TIDAK KISAH SAPA YG BARTANDING ASALKAN DACING!! HIDUP BN!!!


Anonymous said...
August 2, 2012 at 3:15 PM

wokey anon august 2, 2.49pm - 10 Lagi Fatwa PAS Yg Terkenal Oleh Mursyidul Am Nik Aziz Nik Mat, impian syurga orang2 PAS yg mengaku pandaaii sangaaattt!!!

1. "Menentang PAS adalah Haram mengikut Al-Quran."
- Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

2. "Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam."
- Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.

3. "Para imam hendaklah faham bahawa ada anak-anak mukim tidak mahu menuruti imam yang beraqidah politik suku, agama suku, kerana boleh menyebabkan sembahyang tidak sah."
- Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 4 Mac 2001.

4. "Negara kita Malaysia belum merdeka lagi kerana perlembagaannya masih perlembagaan kafir."
- Khutbah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Pengadang Baru, Marang, Oktober 2001.


5. "Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan)."
–Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.

6. "Kerajaan PAS Kelantan akan mengkaji kemungkinan melarang wanita bekerja. Tidak adil membiarkan wanita, kerana lelaki dari segi fitrahnya mempunyai tanggungjawab mencari nafkah bagi menanggung kehidupan keluarga."
– Nik Aziz Nik Mat, 16 Mac 1999 di Kota Baharu.

7. "Ya Allah, aku mohon butakan mata pengundi-pengundi hantu supaya mereka tidak nampak simbol lain kecuali simbol PAS."
– Doa Nik Aziz Nik Mat pada 27 Mei 1999 diaminkan oleh kira-kira 3,000 penyokong beliau dalam satu majlis makan malam dan ceramah PAS di Sungai Bakut, Nibong Tebal.


8. "Tiada sebab langsung orang Islam tolak Islam. Islam yang dibawa oleh UMNO ini Islam kacukan, Islam plastik. Macam duit palsu, ubat palsu, makanan palsu. Ini Islam palsu yang dibawa UMNO. Islam ini tidak boleh bawa ke akhirat, tidak boleh bawa ke syurga, dia boleh bawa dekat pintu kubur. Bertengkar atas muka bumi tak habis-habis dengan Melayu sendiri boleh bertengkar."
– Nik Aziz Nik Mat, Rakaman Audio di Sidang Akhbar di Pulau Pinang pada 17 Ogos 2009.

9. "Islam bawah UMNO tidak ke mana dan tidak boleh bawa seseorang itu ke syurga. Berdasarkan perkara itu, saya percaya penduduk di kawasan Permatang Pasir akan memilih calon Pas sebagai wakil rakyat mereka (undi PAS masuk Syurga)."
– Ucapan Nik Aziz Nik Mat kepada pemberita di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) pada 17 Ogos 2009 selepas proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil Permatang Pasir.


10. "Nabi Muhamad, masa kecilnya seperti Mat atau Mamat, setaraf budak-budak biasa di kampung-kampung, hanya mulia ketika berumur 40 tahun iaitu setelah menerima kerasulan, malah sambut Maulidur Rasul adalah kerja orang tak sudah."
- jawapan Nik Aziz semasa menyokong Kerajaan Pulau Pinang mengharamkan perarakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul.

inila nilai tok guru marang skepperr penyokong2 PAS yg sentiasa mental blok!! kata2 nya adalah berlandas kepala hotak dia aje! woi bodo yg perasan pandai, rujuk kemarahan karpal sekarang ni dlm the rocket!


Anonymous said...
August 2, 2012 at 3:46 PM

KTAq org sbah sudah bosan dgn dayah org umno, ktaq org pribumi sabah terpingir, karna banyak pati dah punya ic dan mengundi bn, berniaga tiap2 pasar kdai dia org bolih buat apa sja janji bleh dapat tempat berniaga, kmi urang sbah mau tanya datuk salleh, macam mana urg plipin dn indon bleh dapat ic biru dan ic hijau, kalau dulu warga pakistan banyak dpat ic, urang2 pendatang asing ini bhasa sabah tak tahu apa lagi bahasa malaysia..mintak datuk tolong jelaskan.


Anonymous said...
August 2, 2012 at 3:48 PM

Kita anak Sabah sedang bertarung dengan gorombolan-gerombolan parti penjajah umno/bn yang disokong oleh pengkhianat-pengkhianat di Sabah. Kita jangan gentar menghadapi mereka walaupun gerakan mereka disokong dengan wang dan harta benda untuk membutakan rakyat Sabah. Perjuangan kita suci, perjuangan untuk menegakkan Hak dan Kemerdekaan Negara Sabah dalam Persekutuan Malaysia. Jangan takut menghadapi musuh Sabah. Ayuh maju kedepan dan pastikan pru13 milik kita anak Sabah. Merdeka Sabah !!!
INI KALI LAH!!


Anonymous said...
August 2, 2012 at 3:49 PM

Kita merancang, PRU13 yang menentukannya.


Anonymous said...
August 2, 2012 at 3:50 PM

Walaupun berlaku perubahan, ia tidak menggugat kedudukan BN yang kukuh.


Anonymous said...
August 2, 2012 at 4:14 PM

Hanya rakyat yang akan tentukan kedudukan parti bila tiba pilihanraya nanti.


alfred said...
August 2, 2012 at 7:33 PM

PAS hanya banyak cakap saja...di sabah PAS langsung tidak relevan dan ditolak mentah2 oleh rakyat sabah...pasal tu lah PAS asyik sembunyi di belakang PKR dan DAP dan turut menumpang glamor...


alfred said...
August 2, 2012 at 7:36 PM

PR di sabah juga bukan dalam kedudukan yang selesa berbanding BN sebab banyak parti pembangkang tempatan...berbeza dengan di semenanjung, sabah ada Star dan SAPP...tidak termasuk parti2 nyamuk pembangkang lain yang tidak memberi ancaman langsung kepada BN...konon 14 kerusi parlimen sabah akan jatuh ke tangan PR adalah mimpi kosong PAS saja...PKR dan DAP tiada pun cakap apa2...mungkin PAS cuba mahu kejar sekutu2 nya dalam PR sebab PAS sudah jauh ketinggalan..


holmes said...
August 2, 2012 at 7:42 PM

lajim dan bumburing keluar BN pun tidak menjejaskan BN sabah...bahkan makin kuat...


holmes said...
August 2, 2012 at 7:44 PM

PAS sabah pula kekal sama...iaitu lemah...dan pasti kalah jika bertanding di sabah...


luke said...
August 2, 2012 at 7:48 PM

mungkin juga perubahan berlaku dalam senario politik di sabah namun perubahan ini tidak memberikan impak yang besar kepada BN sabah...dan yang pasti sekarang, pihak pembangkang di sabah saling bermusuh antara satu sama lain dan ini bermakna undi pembangkang akan pecah...ini bermakna 14 kerusi parlimen sabah akan jatuh ke tangan PR adalah khabar angin semata-mata dan tidak berasas...


luke said...
August 2, 2012 at 7:49 PM

BN sabah pasti akan menang pada pru13 nanti...itu sudah hampir pasti..


Anonymous said...
August 2, 2012 at 9:31 PM

Jom tumbangkan Bn yg bakal memufliskan negara dgn brbagai skandal curi wang negara spt NFc, Naluri Bhd, 1MDB,Perwaja, Petornas jd harta makbapak umno, MAS yg tambang mahal tp rugi, BN(barang naik setiap masa) dan banyak lagi penyelewengn UMNO. Penyelewengan inilah yg menyebabkan ramai org kuat umno lari. Yg tinggal hanya 'anjing'umno spt upahan suara2 syaitan utk mencerca islam dan tok guru. Yg mereka puja hanya 'perompak'negara. Mcm ni kah parti yg harus kita tegakkan lagi?


Anonymous said...
August 2, 2012 at 9:33 PM

selamanya memang BN yang menang,Pas tak pernah menang.jadi yang takut kalah ialah BN,bukan PAS.Tapi ingat orang tidak akan selama2nya di atas ada masa di bawah juga,ingat langit selalu cerah je k?ada kala mendung juga.ingat Tuhan beb,jangan sombong macam umno tu,nak dia je memerintah,macam orang lain tak layak.negeri pakatan jau sejuta kali ganda lebih baik dari ngeri dibawah BN.itu baru perintah 4 tahun.Apakah sumbangan BN pada sabah,yang saya tahu ialah menjadikan SABAH NEGERI PALING MISKIN DI MALAYSIA.HIDUP UMNO untuk berkubur selamanya.


Anonymous said...
August 2, 2012 at 9:54 PM

Saya memang amat sedih melihat rakyak Sabah di tipu, dibohongi, dianaktirikan.
Bangkitlah Sabah inilah masa mu
Berjanjilah Sabah pada diri mu
Sabah Negeri memilih ABU
Sabah Negeri Di Bawah Bayu


Anonymous said...
August 2, 2012 at 9:56 PM

Isu-isu termasuk masalah yang dihadapi di Sabah, "jika dilakukan secara efektif, banyak isu boleh diselesaikan"... apakah ini kenyataan menempelak atau hakikat... patutlah isu PATI di Sabah dah berkurun tak selesai rupanya tak efektif & sambil lewa..


Anonymous said...
August 2, 2012 at 9:59 PM

Lajim dan Wilfred sekurang2nya menyedarkan pemimpin KL bahawa sabah x blh dijadikan fix deposit tanpa mendengar keluhan rakyat sabah.Memang byk boleh diselesaikan di parlimen klu mahu.Tapi 19 tahun UMNO ambili sabah perlahan -lahan jadi PENJAJAH meminggirkan anak pribumi.PATI bukan berkurang malah dapat IC dan datang PATI baru dtg yg kemudiannya dpt IC.Akhirnya isu PATI x relevan lagi seperti perjanjian 20 perkara dan penggiliran ketua menteri.Janji kemudian tipu..janji kemudian tipu...janji kemudian tipu.Bila pula janji ditepati?
Melayu memang mudah lupa tapi rakyat sabah bukan semua melayu dan yg melayu pun bukan semua mudah lupa.Sedarlah.....


Adel said...
August 2, 2012 at 10:18 PM

Punya konfiden penulis ni PR akan dapat banyak kerusi next GE nanti. hahaha


Mars said...
August 2, 2012 at 10:19 PM

Susah nak ramal lah. Senanglah kita cakap sekarang tapi apa-apa pun boleh berlaku nanti.


Mars said...
August 2, 2012 at 10:20 PM

Jadi kita tunggu dan lihat sajalah nanti:)


chloe said...
August 2, 2012 at 10:31 PM

Yang saya tahu, siapapun yang menang nanti saya yakin pemimpin itu memang layak menang dan mampu menjaga kebajikan rakyat.


Anonymous said...
August 2, 2012 at 10:32 PM

Entah apa akan berlaku nanti. Macam tak sabar mahu tahu keputusan PRU13. Masalahnya bahangnya makin panas tapi date PRU masih juga belum kena umum. huhuhu


kura said...
August 3, 2012 at 7:22 AM

kita tunggu dan lihat sahajalah.


kura said...
August 3, 2012 at 7:23 AM

jangan terlalu konfiden.. BN tetap kuat di mana2x tempat.


kura said...
August 3, 2012 at 7:25 AM

BN telah membawa pelbagai pembangunan yang positif ke dalam Sabah. Tanpa BN/UMNO, tidak mungkin Sabah dapat membangunkan dengan cepat.


Anonymous said...
August 3, 2012 at 7:53 AM

aku BN..aku tatap dgn dacing,bah!!

di tempat aku nih,nda dengar rakyat suka dgn tindakan lajim & bumburing! bahagia dgn BN adalah!

btw, PR nih menang jadi arang...kalah mmg terus jadi ABU!! hik3

*tidung me.d


Anonymous said...
August 3, 2012 at 11:57 AM

aku tatap sokong BN karana PATI dSabah. Biar PATI yg bolot harta Sabah dan tukar nama kapada TARAKAN ka atau JOLO ka atau apa2 lgihlah.


Anonymous said...
August 6, 2012 at 8:33 AM

Belum kita tahu sama ada Sabah dan Johor akan mengakhiri zaman sebagai kubu kuat Umno/BN sehigga PRU-13 dilaksanakan.


Anonymous said...
August 6, 2012 at 8:34 AM

Biarlah rakyat Sabah dan Johor membuat undian mereka sendiri pada PRU-13.


kili said...
August 6, 2012 at 9:33 AM

Johor dan Sabah antara kubu kuat BN, kita tgk adakah BN berjaya mempertahankannya.


Anonymous said...
August 6, 2012 at 9:34 AM

biar rakyat menentukannya.


Anonymous said...
August 6, 2012 at 10:51 AM

Jangan hanya bergantung dengan ramalan saja. Apa2 pun boleh terjadi.


Anonymous said...
August 6, 2012 at 10:56 AM

Belum tentukan PR mampu menawan Sabah


yana said...
August 6, 2012 at 12:01 PM

Biarlah Lajim dan Bumburing keluar.. BN tetap masih kuat juga.


rain said...
August 6, 2012 at 12:02 PM

BN telah membawa perubahan positif kepada Sabah, buat apa mau tukar lagi.


Anonymous said...
August 6, 2012 at 11:12 PM

Aku ndak tau apa yg prubahan positif yg BN tlh lakukan dSabah mbah. Fening kepala aku..


f said...
August 7, 2012 at 1:51 PM

Sekarang Pas janji itu ini lah...tapi belum tentu dapat menunaikan..berhenti bermimpi lah.


carie said...
August 7, 2012 at 1:53 PM

Itu hanya ramalan sahaja.. Politik kalau tiada cerita-cerita sebegini tidak meriah..oleh itu rakyat jangan muadah terpengaruh dengan apa yang pembangkang cakap.


vanesa said...
August 7, 2012 at 1:55 PM

Rakyat yang akan menentukan sama ada mau perubahan atau tidak..bagi saya, kerajaan yang ada sekarang sudah cukup bagus.