Tuesday, January 1, 2013

BR1M 2.0 dibayar mulai Februari

Pembayaran Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M 2.0) akan dilaksanakan bermula Februari depan, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Beliau berkata bantuan BR1M 2.0 yang melibatkan peruntukan RM3 bilion itu dijangka memberi manfaat kepada seramai 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata ketua isi rumah yang tercicir dari senarai penerima BR1M yang lepas atau belum pernah memohon masih berpeluang berbuat demikian.

Beliau berkata sebanyak 2,684,916 permohonan baharu untuk BR1M 2.0 (BR1M) telah diterima sehingga hari ini di mana ia melibatkan 1,823,039 individu bujang manakala baki 861,877 diterima daripada isi rumah (keluarga).

"Kerajaan menggalakkan lebih ramai individu bujang memohon untuk mendapatkan BR1M 2.0. Pendaftaran akan terus dibuka sehingga satu tarikh yang diumumkan kelak," katanya.

Tahun lepas, seramai 4.2 juta penerima mendapat manfaat daripada BR1M, dengan jumlah peruntukan sebanyak RM2.1 bilion.

- Bernama

Komen Anda

51 Responses to " BR1M 2.0 dibayar mulai Februari "
Anonymous said...
January 1, 2013 at 12:24 PM

mana sudah PERGI AMANAH RAKYAT SABAH/saya amat menghormati dan keprihatinan Datuk Seri Lajim Hj Okin akan Menkaji dan membayar semula saham berkenaan sekira nya PAKATAN RAKYAT BERJAYA MENUMBANGKAN BN jadi BN beri kita ambik UNDI INI KALI LAH


Anonymous said...
January 1, 2013 at 5:13 PM

Rakyat diberi rm500. kroni diberi berjuta-juta....


Anonymous said...
January 1, 2013 at 6:58 PM

Terima kasih pada PR kerana BR1M diwujudkan ..Usaha berterusan pemimpin PR mendedahkan BK1M (Bantuan Kroni 1 Malaysia) akhirnya menakutkan UMNOBN...yg mahu menarik sokongan rakyat utk membolehkan mereka terus berkuasa...


Anonymous said...
January 1, 2013 at 6:59 PM

Lambat bayar BRIM..lagi orang marah....melesetlah niat nak dapat undi...orang dah penat tunggu....anak anak ke sekolah dah banyak pakai duit...ramai yagng dah pokai sekarang......


Anonymous said...
January 1, 2013 at 7:01 PM

BRIM 2.0 kasi kita ambil sebab itu duit kita semua, duit rakyat bukan duit bapak umno.Lepas tu kita semua beri undi pada PR supaya UBN boleh terlingkup pada PRU 13 nanti.INI KALI LAH BEB..


Anonymous said...
January 1, 2013 at 9:31 PM

Ingat kawan semua, duit kita ambilah. tapi undi pakatan rakyat. mampus kau bn kali ini. kamu inagt rm500.00 dapat memikat hati saya unti undi bn. tidak sabar lagi saya mahu undi pakatan.benci tengok muka bn bergelumbang dengan rasuah.


Anonymous said...
January 2, 2013 at 11:51 AM

Apabila kerajaan mengumumkan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia kepada isi rumah yang berpendapatan kurang dari RM3000 sebulan, maka Pakatan Rakyat merupakan pihak yang paling kuat melompat.


Anonymous said...
January 2, 2013 at 11:51 AM

pihak yang paling RAJIN membuat salinan borang BR1M adalah orang kuat PKR dan PAS. Mereka inilah yang beria-ia menghantar borang dan berkempen tentang BR1M kepada penduduk tanpa sedikit pun memperkatakan tentang syarat utama pemberian bantuan RM500 itu.


Anonymous said...
January 2, 2013 at 11:52 AM

Masing-masing menunggu pada pertengahan bulan Januari ini untuk mula menyerang dan menjadikan BR1M sebagai senjata terbaru mereka menyerang UMNO dan Barisan Nasional. Sedar bahawa mereka tidak layak dan permohonan mereka ditolak, para penyokong Pakatan Rakyat itu akan mula berkempen bahawa UMNO dan Najib Abdul Razak adalah pembohong.


Anonymous said...
January 2, 2013 at 11:52 AM

Kononnya, Najib menggunakan BR1M untuk mengumpul maklumat kepada LHDN memungut cukai pendapatan daripada rakyat Malaysia. BR1M pada masa yang sama, sebenarnya hanyalah topeng Najib semata-mata kerana apalah sangat RM500 berbanding beribu-ribu ringgit yang boleh dipungut daripada setiap individu berdasarkan butiran pendapatan mereka.


Anonymous said...
January 2, 2013 at 11:53 AM

Tuntutan untuk amaun cukai pendapatan yang tertunggak sentiasa dilakukan dari semasa ke semasa tanpa perlu menunggu BR1M. LHDN dipertanggungjawabkan untuk menyaring permohonan agar hanya mereka yang layak sahaja mendapat bantuan BR1M, bukannya semua pihak seperti yang dicanangkan oleh para penyokong Pakatan Rakyat.


Hamdan Hadillah said...
January 2, 2013 at 2:23 PM

Memang ramai yang tidak sabar ini untuk mendapat BR1M ini.


Hamdan Hadillah said...
January 2, 2013 at 2:23 PM

Ini antara usaha kerajaan untuk membantu rakyat. Ini untuk meringankan beban pada awal tahun.


Hamdan Hadillah said...
January 2, 2013 at 2:24 PM

Semoga BR1M ini akan memastikan mereka yang benar-benar layak saja mendapat bantuan tersebut.


Anonymous said...
January 2, 2013 at 2:51 PM

bulan depan bayaran BR1m akan dilakukan.


Anonymous said...
January 2, 2013 at 2:52 PM

pasti ramai menantikan bayaran bantuan tersebut.


Anonymous said...
January 2, 2013 at 2:57 PM

Tahniah kepada yang layak yang menerimanya


Anonymous said...
January 2, 2013 at 2:58 PM

Mungkin lepas ni ada BR1M 3.0?


Anonymous said...
January 2, 2013 at 5:01 PM

Hamdan Hadillah said...
January 2, 2013 2:23 PM

Itu duit rakyat la.. bukan duit umno..


Anonymous said...
January 2, 2013 at 5:03 PM

mula2 kata bulan November 2012...lepas tu bulan Januari 2013..ni bulan Februari pulak..memang janji ditepati la no...bulan Mac ada LIMA 13 Langkawi...mungkin kali terakhir najib pi rasmi LIMA tersebut kot....


Anonymous said...
January 2, 2013 at 7:24 PM

walau apa pun kita bterima kasih kepada bn. tapi saya kali ini undi pkr.


Anonymous said...
January 2, 2013 at 11:09 PM

Pilihan sudah ada cuma tunggu masa dan waktu memilih sahaja,apa pun terima kasih pada kerajaan sebab masih prihatin kepada rakyat.


Anonymous said...
January 3, 2013 at 11:07 PM

Bukan kata BRIM, TRIM atau KRIM utk suami isteri, PTPTN pun sudah berubah sakan promosi pmbayaran pinjamannya. ada diskaun le ada itu ini le. Suma itu gara2 PR yg gasak ,bah itu. Tapi jgn lupa,jika BN masih lagi selepas PRU nanti, tiada lagi ubat2an free utk rakyat walau sekadar paracetamol atau ubat2 asas. Semua kena bayar dklinik swasta atau seumpamanya. Hidupp Umno. Mampos Melayuuu.

**yassir arafat


walter said...
January 6, 2013 at 2:12 PM

kata Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, PR tidak memiliki dana sekukuh BN, terutamanya di negeri-negeri yang bukan di bawah bidang kuasa mereka seperti di Johor, Pahang, dan Perak, dan itu menyukarkan mereka untuk mendapatkan sokongan masyarakat luar bandar.


walter said...
January 6, 2013 at 2:13 PM

Ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad turut menyokong kenyataan Pua, namun mengingatkan BN bahawa BR1M hanya mengukuhkan sokongan penyokong tegar mereka, bukannya kumpulan pengundi muda yang merangkumi sekitar 30 peratus daftar pemilih.


walter said...
January 6, 2013 at 2:13 PM

Dalam masa mereka mengakui bahawa bantuan ini bakal mencerahkan peluang BN untuk terus memerintah selepas PRU13, sempat juga mereka mendabik dada kononnya hanya rakyat yang tidak mendapat akses media alternatif sahaja yang menyokong BN.


walter said...
January 6, 2013 at 2:13 PM

Tahukah pemimpin-pemimpin PR bahawa media alternatif sekarang juga banyak yang memaparkan kepincangan dan kelemahan Pakatan Rakyat? Jangan anggap media alternatif hanya dikuasai oleh pembangkang, silap perhitungan buruk padahnya.


walter said...
January 6, 2013 at 2:14 PM

Tony Pua yang sebelum ini tersengih-sengih dalam jet mewah boleh pula cakap kononnya PR tidak mempunyai dana sekukuh BN?? Habis tu bagaimana dia boleh naik jet mewah? bagaimana PR boleh beli bas mewah? bagaimana PR boleh beli dua buah trak? bagaimana Zuraida boleh beli 4 buah kereta? mana perginya dana yang disumbangkan penyokong-penyokong PR melalui tabung tin milo PR?


walter said...
January 6, 2013 at 2:14 PM

Jika pemimpin-pemimpin kerajaan PR bersungguh-sungguh mahu membantu rakyat, mereka juga boleh hulurkan bantuan yang sama seperti kerajaan BN di negeri-negeri yang dijajah oleh mereka. Namun disebabkan sikap tamak haloba dan rasuah yang menebal dalam diri semua pemimpin-pemimpin PR, maka secara automatiknya, bantuan kepada rakyat terpaksa diabaikan atau ditangguhkan.


walter said...
January 6, 2013 at 2:15 PM

Jika benar kerajaan PR tidak mampu menghulurkan bantuan sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan BN, bagaimana mereka begitu confident menjanjikan perkara-perkara seperti berikut pada PRU 2008;

SELANGOR

• Membuka tabung permulaan RM100 bagi setiap anak kelahiran Selangor.
• Memberi bantuan RM75 sebulan bagi setiap anak yang dihantar ke pusat asuhan.
• Memberi bantuan RM50 sebulan seorang bagi pendidikan pra sekolah.
• Memberi bantuan kepada anak muda untuk berkahwin.
• Memberi 14 hari cuti kepada suami yang isterinya bersalin.
• Memberi cuti sebulan kepada isteri yang kematian suami.
• Menyediakan perubatan percuma untuk warga berumur 65 tahun ke atas.
• Memberi elaun khas suri rumah yang memilih untuk menjaga anak-anak sepenuh masa.

KEDAH

• Memberi bantuan perkapita kepada sekolah rendah jenis kebangsaan (SRJK).
• Menawarkan pemberian cuti bersalin selama tiga bulan kepada kakitangan kerajaan tanpa menghadkan bilangan anak.
• Memberi cuti 14 hari kepada mereka yang kematian pasangan.
• Memberi subsidi air kepada masjid dan rumah kebajikan yang berdaftar.
• Memperbanyakkan kemudahan tempat meletak kenderaan di bandar-bandar utama.

PULAU PINANG

• Memberi bonus RM6,000 setahun kepada keluarga bergaji kurang RM6,000 sebulan.
• Menyediakan 100,000 anggota polis bagi meronda jalan raya dan kawasan kediaman untuk mengurangkan jenayah.
• Menghapuskan tol Sungai Nyior.


walter said...
January 6, 2013 at 2:16 PM

Tidak salah kerajaan membantu rakyat meringankan beban mereka. Kalaupun dana BR1M itu datang daripada cukai yang dibayar oleh rakyat, bagi saya tindakan itu berganda-ganda lebih baik dari PR yang menggunakan dana awam untuk menyewa jet mewah, membiayai kos guaman penjenayah, membeli bas mewah dan sebagainya.


pirit said...
January 7, 2013 at 10:32 AM

BIG tq, ttp sy tatap undi PEMBANGKANG!!!


Anonymous said...
January 21, 2013 at 4:07 PM

Urus Tadbir Kerajaan BN Sabah Sudah Cukup Baik

Dalam laporan terbaru untuk tahun 2011, Ketua Audit Negara telah menganugerahkan ulasan "sangat baik" hanya kepada negeri Sarawak. Sementara itu, Sabah pula terus mengekalkan status kedua terbaik iaitu "baik" dari tahun-tahun sebelum ini.

Akaun-akaun dana disatukan untuk 2011 bagi kerajaan-kerajaan negeri Sabah dan Sarawak adalah yang paling tinggi dalam kalangan negeri-negeri di Malaysia, iaitu RM18.5 bilion untuk Sarawak dan RM2.66 bilion untuk Sabah. Manakala, Selangor jatuh di tempat ketiga dengan RM1.94 bilion sementara Pulau Pinang pula pada tempat keempat dengan RM1.13 bilion.

Sekiranya kita melihat kepada statistik pendapatan negeri untuk tahun 2011, Sarawak menduduki tempat pertama dengan RM6.6 bilion, diikuti oleh Sabah pada tempat kedua dengan RM4.4 bilion, Selangor di tempat keempat dengan RM1.6 bilion dan Pulaiu Pinang di tempat ketujuh dengan RM602 juta.


Anonymous said...
January 29, 2013 at 11:23 AM

The BR1M payment this year involves an allocation of RM3 billion.


Anonymous said...
January 29, 2013 at 11:24 AM

Six million of the 7.3 million applications for the government aid, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), have been processed by the Inland Revenue Board, said Second Finance Minister Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.



Anonymous said...
January 29, 2013 at 11:24 AM

He said out of the total number, 4.1 million had received the BR1M last year while the other 3.2 million were new applicants.


Anonymous said...
January 29, 2013 at 11:24 AM

"Another 1.3 applications are still being processed," he added after attending a 1Malaysia Library Enlivening Programme at Kampung Tersusun, Batu 6, Tambun.


Anonymous said...
January 29, 2013 at 11:24 AM


However, Ahmad Husni said, only applicants who registered on or before last Dec 31 would receive the payment this February while those who registered after that date, would receive theirs at a date to be fixed later.


Anonymous said...
January 29, 2013 at 11:25 AM


"Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak will launch the payment on Feb 2 at a place we're identifying," he said.


Anonymous said...
January 29, 2013 at 11:25 AM

Ahmad Husni said like last year, the BR1M payment would be made through vouchers.


Anonymous said...
January 29, 2013 at 11:25 AM

"We will have mobile banks at the aid-presentation ceremonies. Last year, we had Bank Simpanan Nasional, Maybank and CIMB. This year, we will have one more participating bank, Public Bank."


Anonymous said...
January 29, 2013 at 11:25 AM


He said the BR1M would not only benefit the recipients, but would also have a positive economic impact on the local community.


Lysa said...
January 31, 2013 at 8:41 AM

Bagi yang awal memohon awal la dapat tu..


Lysa said...
January 31, 2013 at 8:43 AM

Masih belum ada tarikh tutup yang ditetapkan untuk permohonan ni.jadi, mereka yang belum lagi apply cepat2la buat permohonan.


Lysa said...
January 31, 2013 at 8:44 AM

Kena hati2 sebab di mana ada duit, di situlah juga muncul para penipu dan perompak.


Dex said...
January 31, 2013 at 8:46 AM

Ya.masa pemberian bantuan dulu ada kes seperti tu.


Dex said...
January 31, 2013 at 8:48 AM

Makin banyak bantuan yang diberi oleh kerajaan. rakyat pandai2lah manfaatkan pemberian ni.


Dex said...
January 31, 2013 at 8:51 AM

Golongan yang termasuk dalam kategori miskin tegar diharap tiada yang tercicir dalam mendapat bantuan ni.


Anonymous said...
February 1, 2013 at 9:21 PM

SEPATUTNYA SYARAT DIPERKETATKAN DGN MENGATAKAN HANYA PEMOHON YG BERASAL DARI M'SIA SJ YG LAYAK.BUKAN PADA PMEGANG MYKAD BIRU YG DULUNYA MEMEGANG MYKAD MERAH.BERKETURUNAN INDONESIA YG ASALNYA MEMEGANG MYPR KEMUDIAN MENDAPAT KERAKYATAN(MYKAD BIRU) PUN LAYAK DAPAT.UNTUNG TOL ORG INDON SKG NI YER.


Anonymous said...
February 6, 2013 at 7:58 PM

Patut la roadblok hari2..mau kutip balik la tu BR1M


Anonymous said...
November 2, 2013 at 12:43 AM

Heran btul korg nie...wlau brim memey duit rkyt kira ok la krjaan nk share wlau sikit....lau diorg xnk bg pon korg bkn ade hak pon nk tuntut pape....cara pembgkg; terang2 ambik wet rkyt mntk dèrma tuk wt ceramh...duet yg kluar dr kocek pnyokong dye..haha...tu xsedar....yg heran tu ckp brim duet rkyt anda nmpk ke rkyt bg or sdekah duet msok dlm tabung utk peruntukan brim...sush berckp dgn yg ade otak n akal tp xblh nk pk....ari2 pkai brg bersubsidi ape cer pulak????? Xnk ckp rasuah jugk ke??? Brg naek hrga cket taw pulaak melenting...lau pandai sgt g lah bli brg or hasilkn sndri2 brg2 runcit kperluan harian...tgk berbaloi ke x???