Monday, January 14, 2013

Media Rejim BN Fitnah #KL112 Jadi "Himpunan Shamsidar"

Sungguh memalukan!!! Sedang media antarabangsa dan portal rasmi berita luar negara menyebut Himpunan Kebangkitan Rakyat yang diadakan di Stadium Merdeka sebagai tajuk utama, hampir kesemua media rejim pencacai Barisan Nasional (BN) menyebutnya sebagai 'Himpunan Shamsidar' dengan niat cuba membodohkan penonton mereka.

Mendahului senarai sudah semestinya Sistem Televisyen Malaysia Berhad (TV3) yang terkenal dengan fitnah menggila menyebut himpunan Shamsidar ini kununnya melanggar syarat yang ditetapkan dalam akta perhimpunan aman (APA).

Rupanya bila meninjau ke rangkaian lain, TV9 dan RTM1, ternyata semua pembaca berita menyebut nama himpunan yang sama sehinggakan TV Al Hijrah yang kurang terlibat dalam menyiarkan berita fitnah turut terpalit sama.

Ditambah lagi dengan kenyataan ketua polis daerah Dang Wangi, Zainuddin Ahmad dalam sidang media 'membetulkan' bilangan peserta dari '80 ribu kepada 45 ribu' yang sebelum itu ditulis mereka sendiri menerusi laman sosial Twitter milik PDRM.

Sambil menyebut himpunan tersebut gagal mencapai sasaran yang diunjur penganjur, kesemua stesen televisyen juga 'sepakat' bahawa himpunan seperti ini akan 'mencemar imej negara selain merosakkan perniagaan yang terpaksa menutup operasi masing-masing'.

Saya tidaklah mahu memanjangkan polemik himpunan ini milik siapa tetapi adakah patut kredibiliti dan mutu berita stesen penyiaran negara kita kini berada pada tahap 'membodohkan pemikiran rakyat' semata-mata gagal dalam usaha memburukkannya dengan cara keganasan seperti yang dilakukan semasa siri himpunan Bersih sejak empat tahun lalu?

Mengapakah editor berita stesen televisyen tidak mahu bertanggungjawab di atas fitnah yang memalukan lagi nama negara malah menteri penerangan, komunikasi dan kebudayaan, Rais Yatim terlupa untuk memantau kerana terlalu sibuk mengira berapa jumlah peserta himpunan terbabit?

Jika isteri Azmin Ali, Shamsidar Taharin yang dijadikan modal fitnah memburukkan Pakatan Rakyat dalam himpunan kebangkitan rakyat ini, saya tidak terkejut sekiranya tuan punya badan akan menyaman kesemua media yang memfitnahnya tanpa merujuk kepada dirinya perkara sebenarnya.

Inilah yang terjadi apabila rejim Zionis BN sudah makin hampir di penghujung kuasa, makin banyak mereka melakukan kesilapan demi kesilapan yang akan menjauhkan mereka dari rakyat yang sudah muak dengan pembohongan mereka. -jalanpulang

Komen Anda

27 Responses to " Media Rejim BN Fitnah #KL112 Jadi "Himpunan Shamsidar" "
Anonymous said...
January 14, 2013 at 9:11 PM

TV1, TV2, TV3suku...sudah lama saya tidak menonton terutamanya berita2 nya, semuanya kaki fitnah; si pembaca berita pun otak babi...membodohkan orang saja..


Anonymous said...
January 16, 2013 at 11:33 AM

TV suku, utusan sex itu semua milik UMNO yang kerja mereka asyik memfitnah ajaran tuannya UMNO parti pejuang Islam dan melayu, di mana Islam dalam perjuangan UMNO menghalalkan fitnah!


Anonymous said...
January 17, 2013 at 1:08 AM

Berita gila babi,babi pun tidak gila macam berita yang disampaikan tu.....


Hidup Di Sabah said...
January 17, 2013 at 10:32 AM

Masalah membawa kanak-kanak ini satu yang tidak patutlah.


Hidup Di Sabah said...
January 17, 2013 at 10:36 AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyifatkan perhimpunan yang berlangsung secara aman anjuran pakatan pembangkang Sabtu lalu menjadi testimoni kepada keberkesanan penguatkuasaan Akta Perhimpunan Aman 2012.


Hidup Di Sabah said...
January 17, 2013 at 10:37 AM

Malah beliau berkata, ia membuktikan kemampuan semua pihak tidak kira pihak berkuasa mahu pun penganjur mematuhi peruntukan dan semangat akta itu.


Hidup Di Sabah said...
January 17, 2013 at 10:37 AM

Terima kasih kepada pembangkang walaupun saya tak bersetuju dengan mereka, kerana sudah menghormati semangat Akta itu.


Hidup Di Sabah said...
January 17, 2013 at 10:38 AM

Inilah yang kita mahukan sebenarnya, keamanan yang diutamakan.


Hidup Di Sabah said...
January 17, 2013 at 10:39 AM

Jangan jadikan perkara ini satu kehancuran kepada negara kita.


Anonymous said...
January 17, 2013 at 2:03 PM

3 daripada 27 syarat yang diberikan telah dilanggar oleh perhimpunan ini.


Anonymous said...
January 17, 2013 at 2:05 PM

Apapun, perjalanan perhimpunan kali ini ada peningkatan berbanding dengan perhimpunan yang lalu.


Anonymous said...
January 18, 2013 at 12:35 PM

Dah kemaruk sangat dah puak-puak Pakatan Rakyat ini dalam usaha mereka untuk menimbulkan kemarahan rakyat Malaysia terhadap Kerajaan sekarang ini.


Anonymous said...
January 18, 2013 at 12:36 PM

Setakat ini, Kerajaan UMNO-BN, baik Pusat mahupun Negeri, belum lagi merampas tanah yang patut digunakan oleh warga marhein seperti yang dilakukan oleh Pulau Pinang dan Selangor untuk membina hospital-hospital yang tidak akan disinggahi oleh rakyat marhein.


Anonymous said...
January 18, 2013 at 12:36 PM

Sebaliknya DAP dan PKR di Pulau Pinang dan Selangor, langsung tidak mempunyai inisiatif untuk memberikan perubatan percuma kepada rakyat negeri masing-masing, walaupun pada masa yang sama, mereka begitu giat berkempen memburuk-burukkan Kementerian Kesihatan Malaysia.


Anonymous said...
January 18, 2013 at 12:38 PM

Himpunan Kebangkitan Rakyat versi Kedah yang diadakan sudah tentulah menampilkan Azizan Abdul Razak sebagai TUAN RUMAH. Menteri Besar Kedah merangkap Pesuruhjaya PAS Kedah itu, sekalipun tidak begitu sihat dan kelihatan tidak bertenaga, perlu juga berucap untuk menenangkan perasaan para penyokongnya, sekaligus memberi isyarat kepada PARASIT PAS yang sedang mencari-cari jalan untuk mensabotajnya.


Anonymous said...
January 18, 2013 at 12:39 PM

Banyak perkara menarik yang disentuh oleh Azizan Abdul Razak dalam ucapannya. Antara yang menarik dalam ucapannya ialah bagaimana Azizan memberitahu hadirin yang sudah pasti sebahagian besar daripada mereka akan mengangguk dan bersetuju dengan kata-katanya bahawa Kerajaan Pusat takut untuk membubarkan Parlimen walaupun ahli-ahli PAS dan Pakatan Rakyat sudah tidak sabar-sabar untuk keluar mengundi.


Anonymous said...
January 18, 2013 at 12:39 PM

Sesuatu yang tidak dapat dijelaskan atau disentuh oleh Azizan Abdul Razak ialah, keazaman PAS Kedah sendiri yang penggal pentadbiran akan dihabiskan sampai ke santak tarikh akhir tanpa sebarang niat untuk melakukan pembubaran awal bagi membolehkan pilihanraya DUN.


Anonymous said...
January 18, 2013 at 12:39 PM

Menariknya, hadirin yang ada dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat itu, bertakbir riuh sambil mencerca UMNO dan Najib Abdul Razak biarpun sebenarnya mereka sekadar mencerca kepimpinan sendiri yang sangat takut untuk kehilangan kuasa, tetapi berselindung dengan alasan Najib yang takut bubarkan Parlimen.


Anonymous said...
January 18, 2013 at 12:40 PM

Pelbagai peringkat masyarakat telah dihampiri dan dihasut oleh para pemimpin Pakatan Rakyat sepanjang tempoh kempen.


Anonymous said...
January 18, 2013 at 12:41 PM

Pelbagai provokasi dan hebahan membabitkan SAMM, persatuan-persatuan pelajar, ANAK dan sebagainya turut dibuat. Setiap kali berita tentang Himpunan Kebangkitan Rakyat dibuat, para pemimpin dan pemuja Pakatan Rakyat akan membayangkan bahawa 12 Januari 2013 akan menyaksikan negara ini beralih tampuk kepimpinan. ternyata tiada apa2 peralihan yang berlaku.


Anonymous said...
January 18, 2013 at 12:41 PM

Dengan kata lain, Pakatan akan mengambilalih pentadbiran negara bermula pada 12 Januari 2013 sebelum mereka mengubah segala sistem yang dilaksanakan di negara ini semenjak merdeka daripada Britain pada 31 Ogos 1957. Konon-kononnya, perubahan sistem tersebut diperlukan bagi memastikan agihan ekonomi dan ketidakadilan selama ini, dapat dihapuskan.


Anonymous said...
January 21, 2013 at 11:40 AM

perhimpunan kali ini lebih aman, moga ia berterusan.


Anonymous said...
January 21, 2013 at 11:52 AM

Anonymous said...
January 21, 2013 at 11:40 AM

perhimpunan kali ini lebih aman, moga ia berterusan.
( Aman sebab tidak diganggu oleh anjing kerajaan!)


Anonymous said...
January 21, 2013 at 11:55 AM

Hidup Di Sabah said...
January 17, 2013 at 10:32 AM

Masalah membawa kanak-kanak ini satu yang tidak patutlah
( Himpunan anjuran BN/UMNO kenapa guna pelajar sekolah? Phuuiii!!!!)


Anonymous said...
February 13, 2013 at 10:57 AM

If BN wins election, the opposition will claim it was rigged even if it was won fair and square The propagandist credo tells us that information, at its best truthful and at worst, a lie, can be manipulated to be believable or unbelievable in whatever communications platform, provided that the message is blasted to the targeted audience repeatedly.


Anonymous said...
February 13, 2013 at 10:57 AM

This truism happens all the time -- Bigfoot is roaming in western North America, Neil Armstrong is a Muslim, the United Nations will eventually invade America, guns don't kill people, people kill people.In this era of intrusive and 24/7 social networking and the split second news breaks, people have a choice whether to believe or disbelieve the truth; to swallow a lie or throw up one of their own, or whatever they feel comfortable in treating the information offered to them.


Anonymous said...
February 13, 2013 at 10:57 AM


This conditioning of the mind can be paraphrased from Joseph Goebbels's maxim that if you tell a lie big enough and keep repeating it, people will eventually come to believe it, or so claimed the notorious Nazi minister of public enlightenment and propaganda when he was propping up Adolph Hitler's evil bid to dominate the world by any means necessary.In the last month, the spirit of Goebbels' philosophy is invoked after a series of events hosted or influenced by Pakatan Rakyat's chief propagandist, the de facto Parti Keadilan Rakyat leader Datuk Seri Anwar Ibrahim, designed to propagate the tenuous idea that his axis of contentious sleeping bedfellows will win the 13th general election.