Thursday, February 14, 2013

AirAsia tawar 10,000 tempat duduk percuma

Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia Bhd menawarkan 10,000 tempat duduk percuma untuk tempahan ke destinasi
di semenanjung, Sabah dan Sarawak pada Jumaat bagi perjalanan 1-30 April.

Tempat duduk percuma berkenaan hanya sah bagi penerbangan dari Kota Kinabalu, Kuching, Labuan, Sandakan, Miri, Tawau, Sibu, Bintulu, Kuala Lumpur, Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Tempat duduk percuma itu tidak ditawarkan bagi penerbangan domestik dalam semenanjung atau Sabah dan Sarawak, demikian menurut AirAsia dalam satu kenyataan.

Tempahan bagi tempat duduk percuma itu dibuka kepda semua rakyat Malaysia dengan MyKad semalam 24 jam bermula 12.01 pagi 15 Februari.

Bagaimanapun, cukai lapangan terbang akan dikenakan, walaupun tambang dan surcaj bahan api diketepikan.

"Peruntukan bagasi, makanan dalam penerbangan, pilihan tempat duduk dan perkhidmatan nilai tambah lain juga tidak termasuk dalam tambang murah berkenaan," katanya.

Tawaran berkenaan merupakan sebahagian program 'Integrasi 1Malaysia dengan AirAsia' yang dilancarkan awal bulan lepas oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

- Bernama

Komen Anda

5 Responses to " AirAsia tawar 10,000 tempat duduk percuma "
Anonymous said...
February 14, 2013 at 9:38 PM

Peluang ini adalah untuk membawa pengundi dari pelbagai tempat untuk memastikan BN menang besar di Semenanjung. Target utama adalah negeri-negeri yang dimanangi PR. Rakyat yang setia dengan PR wajib sedar kemana pelancong sementara ini bergerak. Pastikan pengundi hantu ini dibasmikan sebaiknya. Bersatu kearah undi yang bersih.


Anonymous said...
February 14, 2013 at 10:31 PM

yg pasti...nak dpt tiket tu mcm celaka teruknyer. klik sana klik sini masa tingal 30 saat. Masuk butir2 kad kdit, masa pun cukop. Belum dkira masa mnta password kd kredit lagih. Auta punya bisnis. Maswings senang jer dpt tiket secara online. 10 saat clear.


Anonymous said...
February 18, 2013 at 1:02 PM

Mula saja dibuka masa pemberian tiket percuma ni, pasti sudah lebih 10 000 orang sudah lama menunggu.


Anonymous said...
February 18, 2013 at 1:05 PM

Masa sangat terhad.bulan april tiada public holiday.cuti sekolah pun tiada.


Anonymous said...
February 19, 2013 at 9:09 AM

apa lagi jgn kasih lama.