Wednesday, February 27, 2013

Penceroboh Tentera Sulu Berdegil

azlanKetua kumpulan penceroboh Raja Muda Agbimuddin Kiram yang telah berkampung di Lahad Datu, Sabah selama dua minggu lebih enggan berganjak dengan pendirian mereka untuk kekal berada di perkampungan tersebut mereka dan sedia berkorban sekiranya tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Agbimuddin yang dipetik berkata kepada radio Filipina, Radio Inquirer jam 9 pagi tadi berkata setuju untuk berunding secara damai tetapi hak mereka perlu dipastikan terbela.

“Ya, kami mahu berdamai.

“Tapi ia hanya selagi hak kami tidak diambil daripada kami,” kata Agbimuddin.

Pemimpin tersebu yang mengaku sebagai Askar Kesultanan Sulu juga tidak menolak akan berlaku pertumpahan darah sekiranya mereka diserang oleh pihak berkuasa Malaysia.

“Tiada jalan lain selain mempertahankan diri.

“Terus berjuang atau mati,” kata Agbimuddin lagi.

Dalam pada itu, Agbimuddin juga membidas kenyataan oleh Presiden Filipina Benigno Aquino kepada Kesultanan Sulu bahawa mereka akan berdepan tindakan undang-undang sekiranya tidak menamatkan pencerobohan di Sabah tersebut.

“Kami hanya lakukan apa yang kami rasakan betul. Saya rasa tiada undang-undang yang menghalang kamu daripada menuntut perkara yang betul,” ujar beliau lagi.

Ketua penceroboh juga menegaskan bahawa tujuan mereka mendarat di perkampungan tersebut bukan untuk mencari persengketaan, memandangkan kedua-dua negara menganut agama sama iaitu Islam.

Pada 13 Februari lepas, pasukan keselamatan Malaysia menahan sekumpulan warga asing bersenjata yang berpakaian tentera kerana menceroboh perairan Lahad Datu, Sabah.

Jumaat lalu, Manila menggesa sekumpulan 100 warga negara itu yang bersenjata dan kini dikepung pasukan keselamatan Malaysia di pesisir pantai berhampiran Lahad Datu, Sabah pulang ke pangkuan keluarga masing-masing di tanah air mereka.

Setiausaha Ketiga dan Naib Konsul Kedutaan Besar Filipina di Kuala Lumpur Johann Veronica M. Andal berkata pasukan tentera dan polis negara itu kini memantau serta bertukar maklumat dengan rakan sejawatan mereka di Malaysia dalam usaha mencari penyelesaian segera insiden itu.

Sabah merupakan sebahagian dari Kesultanan Sulu sehingga Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (British North Borneo Chartered Company) pada 1881 dan menjadi sebuah negeri naungan Empayar British pada 1888.

Walaubagaimanapun, hal ehwal dalam negeri masih diselaraskan oleh Syarikat. Pemerintahan Syarikat tamat pada 1946 dan Sabah kemudiannya menjadi tanah jajahan Borneo Utara sehingga penyertaanya dalam Persekutuan Malaysia beserta Sarawak dan Singapura pada 16 September 1963.

-TMI / MK

Komen Anda

70 Responses to " Penceroboh Tentera Sulu Berdegil "
Anonymous said...
February 28, 2013 at 8:22 AM

Inilah hasil perjanjian antara manila dan moro yang dihadiri oleh najib dan Anifah aman, bukan main lagi di war2kan kejayaan diplomasi bn, kasihan sultan sulu dipinggirkan


Anonymous said...
February 28, 2013 at 11:42 AM

Hubungan antara Malaysia dan Filipina tidak selalu lancar. Pada tahun 1962, Presiden Filipina ketika itu, Diosdado Macapagal, secara rasmi membuat tuntutan atas Sabah berdasarkan tuntutan keturunan Kesultanan Sulu.


Anonymous said...
February 28, 2013 at 11:42 AM

Penerus Macapagal, Ferdinand Marcos, mengesampingkan tuntutan itu. Pada tahun 1968, terungkaplah bahawa dia sedang melatih pasukan sabotaj di Pulau Corregidor untuk penyusupan ke dalam Sabah. Marcos kemudian melepaskan tuntutan itu tetapi Malaysia selalu menginginkan penolakan awam secara jelas.


Anonymous said...
February 28, 2013 at 11:43 AM

Selama bertahun-tahun, tuntutan Filipina atas Sabah belum diutarakan secara rasmi. Manila belum mengeluarkan kenyataan untuk menarik tuntutan ke atas wilayah tersebut.


Anonymous said...
February 28, 2013 at 11:44 AM

Pada tahun 1999, Malaysia menawarkan bantuan kepada Kerajaan Filipina untuk menyelesaikan masalah puak pemisah di Mindanao, bertindak sebagai perunding dan orang tengah bersama MILF.


Anonymous said...
February 28, 2013 at 11:56 AM

Pada tarikh 17 Oktober, Aquino mengatakan dia tidak membangkitkan kembali tuntutan atas Sabah.


Anonymous said...
February 28, 2013 at 11:57 AM

"Pada saat ini tuntutan itu terbengkalai kecuali kalian ingin mencampakkannya dengan api," kata Aquino kepada Company Asing Filipina [Foreign Correspondents of the Philippines atau FOCAP].


Anonymous said...
February 28, 2013 at 11:58 AM

Richard Jacobson dari Strategi dan Penilaian Pasifik [Pacific Strategies and Assessments atau PSA] berpangkalan di Asia mengatakan perselisihan bilateral atas Sabah akan terus menjadi iritasi di hubungan Filipina-Malaysia.


Anonymous said...
February 28, 2013 at 11:59 AM

"Nampaknya hal ini lebih banyak menyebabkan masalah politik dalaman bagi Malaysia daripada Filipina. Kedua-dua negara tampak kurang bersemangat untuk mendorong isu Sabah pada saat ini, atau mereka tampak siap untuk meningkatkan perselisihan. Bahkan, kedua-dua pemimpin negara tidak menyinggung perselisihan Sabah di dalam kenyataan umum mereka baru-baru ini tentang perjanjian kerangka kerja, "katanya.


Anonymous said...
February 28, 2013 at 12:01 PM

Malaysia dan Filipina bersetuju mempertingkatkan perkongsian produktif yang dinamik antara lain menerusi Mesyuarat Suruhanjaya Bersama (JCM) dan kerjasama ekonomi dan pelancongan.


Anonymous said...
February 28, 2013 at 12:01 PM

Persetujuan itu dicapai pada Mesyuarat Dua Hala Diperluaskan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Presiden Filipina Benigno Aquino III di Dewan Presiden, Istana Malacanang.


Anonymous said...
February 28, 2013 at 12:03 PM

Dalam konteks ini, kenyataan itu menyebut mereka melihat kepada mesyuarat kelapan JCM Filipina-Malaysia yang akan dihoskan oleh Malaysia pada tahun ini.


Anonymous said...
February 28, 2013 at 12:04 PM

Mengenai kerjasama ekonomi, kedua-dua pemimpin menyatakan usaha perniagaan bersama dan interaksi dipertingkatkan antara pelabur dan masyarakat peniaga kedua-dua negara dan bagi mengekalkan rentak itu, mereka meluluskan penganjuran pelaburan, pertukaran misi perdagangan dan pelaburan serta aktiviti berkaitan.


Anonymous said...
February 28, 2013 at 12:04 PM

Dalam kerjasama pelancongan, kedua-dua pemimpin berkata wujud peluang sektor pelancongan yang berkembang pesat di antara dua negara itu berikutan peningkatan kecendurangan rakyat untuk mengembara dan meningkatkan penghubung antara beberapa bandar raya Malaysia dan Filipina.


Anonymous said...
February 28, 2013 at 12:05 PM

Ia digalakkan dengan pertambahan bilangan syarikat penerbangan mengadakan perkhidmatan antara laluan dua negara khususnya Malaysian Airlines, Cebu Pacific, AirAsia Malaysia dan AirAsia Philippines, AirPhil Express dan tidak lama lagi syarikat Zest Air.


Anonymous said...
February 28, 2013 at 12:05 PM

Kedua-dua pemimpin juga memutuskan untuk mengarahkan agensi masing-masing mempercepatkan rundingan mengenai cadangan perjanjian kerjasama dalam bidang lain seperti kebudayaan, pendidikan, kesihatan, maklumat, pemerdagangan tenaga kerja dan orang serta memerangi jenayah merentas sempadan.


Anonymous said...
February 28, 2013 at 12:06 PM

Kenyataan tersebut menyatakan Kuala Lumpur turut mengesahkan sokongan kepada Manila dalam program sosioekonomi, merangka peluang bagi memupuk peluang ekonomi dan pekerjaan di Mindanao.


Anonymous said...
February 28, 2013 at 12:06 PM

"Mereka juga menggesa ahli perniagaan Malaysia dan luar negara menimbang supaya melabur dalam sektor minyak sawit, getah asli, industri halal, infrastruktur serta bidang lain di rantau ini," menurut kenyataan itu.


Anonymous said...
February 28, 2013 at 12:08 PM

Dalam menyokong usaha Manila mengukuhkan keamanan dan memupuk pembangunan mampan di Mindanao, kedua-dua pemimpin juga bersetuju mempergunakan Jawatankuasa Bersama Filipina-Malaysia Mengenai Bantuan Kemajuan Sosioekonomi Penduduk Islam Filipina (JCASAMF) di bawah naungan JCM kedua-dua negara.


Anonymous said...
February 28, 2013 at 12:09 PM

Kedua-dua pemimpin juga meminta supaya JCASAMF mengadakan semula mesyuarat secepat mungkin bagi merangka antara lain projek atau usaha kerjasama dalam bidang pendidikan madrasah, industri halal, program menunaikan haji, perbankan Islam, program universiti berkembar serta pertukaran pelajar.


Anonymous said...
February 28, 2013 at 12:10 PM

Kenyataan itu menyebut beliau memberi jamninan bahawa Malaysia akan bekerjasama rapat dengan Manila bagi melaksanakan kerangka perjanjian damai Bangsamoro yang dimeterai


Anonymous said...
February 28, 2013 at 1:47 PM

jika askar pemberontak ini berdegil..ATM harus tahu apa yg dilakukan


Anonymous said...
February 28, 2013 at 1:53 PM

Anwar Ibrahim Gelabah Dalam Insiden Lahad Datu? Askar Sulu Mencari Pemimpin Pembangkang.
Jumaat, Februari 22, 2013

MyMassa ada melaporkan bahawa Tian Chua membuat pertemuan dengan Nur Misuari 4 bulan yang lepas untuk merancang sesuatu di bumi Sabah.

http://mymassa.blogspot.com/2013/02/top-secret-apa-tian-chua-buat-dengan.html

Nampaknya apa yang dibocorkan oleh sumber dalaman PKR memang benar. Kini Askar Sulu mencari pemimpin pembangkang menjanjikan sesuatu kepada mereka. Perkara ini telah dilaporkan oleh agensi berita antarabangsa, Reuters.
Another Philippine military officer said the men were followers of the heirs of the Sultan of Sulu - an island group off the southern Philippines - who had been invited to Sabah by a Malaysian opposition politician to discuss land issues.

Baca seterusnya di sini : http://www.reuters.com/article/2013/02/14/us-malaysia-philippines-idUSBRE91D0BY20130214

Kalau sebelum ini Tian Chua yang keluarkan kenyataan mengaitkan Kerajaan Malaysia 'mencipta' insiden di Lahad Datu, kini Anwar Ibrahim pula terpaksa bersuara. Kenapa Anwar gelabah menyalahkan UMNO sedangkan Reuters tidak menyebut pun pembangkang dari parti mana. Adakah dari PKR, DAP, PAS atau parti pembangkang negeri Sabah seperti SAPP?


Anonymous said...
February 28, 2013 at 2:06 PM

Apabila pihak polis menyatakan bahawa rundingan telah tamat, dan penceroboh bersedia untuk pulang, akan tetapi akan berjumpa "personaliti tertentu" terlebih dahulu; mungkin terungkai melalui penjelasan berikut dan sama-samalah pembaca menilai fakta dan auta tulisan itu.


Anonymous said...
February 28, 2013 at 2:06 PM

Melihat kepada berlarutannya pencerobohan itu, mungkin juga tulisan seperti yang dilampirkan mempunyai kebenaran. Disebabkan pasukan keselamatan Malaysia mengambil jalan perundingan, maka pihak penceroboh mengambil kesempatan, apatah lagi tindakan mereka bukan sahaja mendapat perhatian daripada segenap pemimpin negara akan tetapi juga kerajaan Filipina termasuk Presiden negara itu.


Anonymous said...
February 28, 2013 at 2:06 PM

Rancangan penceroboh pada awalnya hanya datang kerana memuktamadkan suatu perjanjian, akhirnya berkembang kepada soal tuntutan ke atas Sabah yang telah merupakan sejarah lebih 500 tahun lalu.


Anonymous said...
February 28, 2013 at 2:06 PM

Kini, pasukan keselamatan negara berada dipersimpangan, sedangkan tempoh yang diberikan kepada penceroboh untuk meninggalkan tanah Sabah akan berakhir bila-bila masa daripada sekarang.


Anonymous said...
February 28, 2013 at 2:07 PM

Bagi rakyat apapun muslihat disebalik pencerobohan ini, pasukan keselamatan perlu bertindak, kerana jika tidak kejadian serupa tiada jaminan tidak berulang lagi.


terrorist said...
February 28, 2013 at 2:25 PM

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib meminta masyarakat agar tidak bimbang kerana keselamatan masih lagi terkawal walaupun kumpulan itu berkemungkinan berhadapan dengan masalah kekurangan air, makanan dan minyak.


terrorist said...
February 28, 2013 at 2:25 PM

Pasukan keselamatan memerlukan masa yang sesuai bagi mengusir kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, dekat sini, memandangkan kumpulan berkenaan bukanlah satu jumlah yang kecil. Beliau berkata, pihak berkuasa tidak akan melanjutkan tempoh rundingan dengan kumpulan mendakwa Askar Diraja Sulu yang dikepung di Kampung Tanduo di sini. Ia berikutan lanjutan masa yang telah diberikan sebelum ini sehingga Jumaat lalu telah tamat.


terrorist said...
February 28, 2013 at 2:26 PM

Dalam pada itu, beliau menafikan berlakunya perbalahan sehingga mengakibatkan kematian dua anggota kumpulan terbabit di kawasan berkenaan seperti dilaporkan media sebelum ini.


terrorist said...
February 28, 2013 at 2:26 PM

“Setakat tembakan kita ada dengar tetapi saya berani mengatakan tembakan bukan dari pasukan keselamatan, tembakan dari dalam pun kita tidak berani hendak mengesahkan.

“Mungkin tembakan ke atas binatang atau amaran (kumpulan penceroboh). Jadi saya sendiri pun tidak tahu dari mana sumber mereka dapat,” katanya.


terrorist said...
February 28, 2013 at 2:26 PM

Mengenai kapal Filipina yang akan digunakan bagi membawa pulang kumpulan penceroboh, beliau berkata ia tidak berada di perairan negeri ini seperti yang telah dilaporkan, sebaliknya berada di perairan Filipina.


terrorist said...
February 28, 2013 at 2:26 PM

“Saya sendiri telah mengesahkannya bersama Panglima Divisyen 2 Tentera Laut Diraja Malaysia. Jadi, saya minta sebarang maklumat berhubung insiden pencerobohan itu perlu mendapatkan pengesahan daripada pihak keselamatan,” katanya.


Anonymous said...
February 28, 2013 at 2:27 PM

orang filipin sudah lebih 800,000 di sabah. bila2 saja mereka bunuh kita. inilah hasilnya projek ic dan kelemahan perisikan negara. lebih baik org2 sabah berpakat angkat senjata dan pertahankan sendiri bumi sabah dari penceroboh ini. kerajaan kena ingat kerajaan filipina masih meletakkan tuntutan ke atas sabah sebagai salah satu dalam perlembagan meraka.

mulai saat ini, kita kena berhati hati dengan org2 filipin yang berada disekeliling kita. alang2 seluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan''


jordan Hamid said...
February 28, 2013 at 3:04 PM

Cakap didakwa Askar di raja. Raja itu mempertahankan bermakna betul lah askar di raja..kata pemceroboh..tapi siapa sebenar tanah kedaung itu?..


Hidup Di Sabah said...
February 28, 2013 at 3:54 PM

Nampaknya mereka ini tetap juga berdegil untuk balik secara aman.


Hidup Di Sabah said...
February 28, 2013 at 3:55 PM

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) masih bertanggungjawab dalam kes pencerobohan kumpulan yang mendakwa Tentera Diraja Kesultanan Sulu yang dikepung di Kampung Tanduao, Tungku, dekat sini.

Beliau memberitahu, pada masa ini pihaknya masih memainkan peranan utama dalam menyelesaikan kes itu yang kini telah pun memasuki hari ke-15.


Hidup Di Sabah said...
February 28, 2013 at 3:55 PM

Bagaimanapun jelasnya, pihak polis terus mendapat kerjasama daripada semua pasukan keselamatan termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan sebagainya.

“Kita ada pasukan bersama dan ini adalah isu dalaman jadi ia masih dalam tanggungjawab PDRM,” katanya dalam sidang media selepas meninjau Operasi Ops Sulu di Komtek Sahabat 16 Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) di sini, kelmarin.


Hidup Di Sabah said...
February 28, 2013 at 3:55 PM

Hadir sama, Panglima 1Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohd. Zaki Mokhtar; Pengarah Kementerian Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid dan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib.

Menurut Khalid, pada masa ini operasi adalah seperti biasa dan keadaan keselamatan juga berada dalam keadaan yang terkawal.


Hidup Di Sabah said...
February 28, 2013 at 3:55 PM

Dalam pada itu, ditanya mengenai tindakan seterusnya yang akan dilakukan pihak berkuasa, beliau menjelaskan, pihak polis tidak boleh mendedahkan strategi seterusnya tetapi akan berusaha menamatkan isu itu secepat mungkin.

“Kita akan beri maklumat terkini dan tunggulah kita akan memaklumkan,” katanya.


Hidup Di Sabah said...
February 28, 2013 at 3:55 PM

Dalam perkembangan lain, Khalid berkata, tidak ada campur tangan negara asing dalam menangani masalah ini seperti yang didakwa oleh beberapa pihak dan pihak polis tidak akan sama sekali membenarkan pihak luar mencampuri urusan dalaman negara.


Hidup Di Sabah said...
February 28, 2013 at 3:56 PM

Polis memberi jaminan bahawa insiden pencerobohan kumpulan bersenjata rakyat Filipina di Kampung Tanduo, kira-kira 130km dari sini, akan ditamatkan secepat mungkin.

Tanpa menyatakan bilakah sebenarnya ia akan berakhir, Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata episod yang bermula sejak 12 Feb lepas akan diselesaikan secepat mungkin dan menasihati orang ramai supaya tidak bimbang.


Hidup Di Sabah said...
February 28, 2013 at 3:56 PM

Ditanya tindakan yang akan diambil selepas tamatnya tempoh yang diberi pihak berkuasa kepada kumpulan itu Ahad lepas, Khalid sekadar berkata: "Tunggu dan lihat".Katanya tindakan boleh diambil pada bila-bila masa terhadap 150 orang penceroboh yang masih bertahan dan enggan keluar dari Kampung Tanduo.

"Kita akan tamatkan stand-off sekarang ini. Cuma saya menasihati orang ramai supaya jangan bimbang dan jangan ragu-ragu. Insya-Allah, kita selesaikannya dengan secepat mungkin," katanya kepada pemberita di sini, Selasa.


Hidup Di Sabah said...
February 28, 2013 at 3:56 PM

Apabila ditanya sama ada proses rundingan masih berlaku dengan kumpulan tersebut, Khalid berkata: "Saya tidak mahu lagi mengulas perkara (rundingan) itu".

Khalid juga berkata polis tidak tahu menahu mengenai dakwaan sesetengah pihak kononnya empat anggota keluarga Kiram (kerabat Kesultanan Sulu) telah ditangkap oleh pihak berkuasa.


Hidup Di Sabah said...
February 28, 2013 at 3:56 PM

Terdahulu selepas menerima taklimat mengenai perkembangan insiden itu di Komtek Sahabat 16 Batalion 17, Pasukan Gerakan Am (PGA) Felda Sahabat, Khalid menjelaskan kepada pemberita bahawa insiden pencerobohan kumpulan yang mengaku Askar Diraja Kesultanan Sulu masih di bawah tanggungjawab Polis Diraja Malaysia.

Beliau berkata isu berkenaan masih ditangani sebagai isu keselamatan negara dan operasi turut melibatkan agensi keselamatan lain.


Hidup Di Sabah said...
February 28, 2013 at 3:56 PM

Keadaan di sini masih seperti biasa dan tujuan lawatan saya pagi ini semata-mata untuk menemui anggota saya di lapangan," katanya.

Turut hadir pada sidang akhbar berkenaan ialah Pengarah Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid, Panglima 1 Divisyen Mejar Jeneral Datuk Mohd Zaki Mokthar dan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.


Hidup Di Sabah said...
February 28, 2013 at 3:57 PM

Khalid berkata setakat ini tidak terdapat sebarang unsur luar yang campurtangan dalam usaha polis menyelesaikan isu berkenaan dan menegaskan pihaknya tidak akan membenarkan sebarang campurtangan seperti itu menganggu urusan keselamatan negara.Jadi kita perlulah terus percaya dengan apa yang dikatakan oleh pihak keselamatan ini. Semoga masalah ini akan dapat diselesaikan segera.


Anonymous said...
February 28, 2013 at 4:16 PM

Tian Chua & Anwar kena juga brtanggungjawab, bha


Si Raja Sulu` kenapa kau diam?? mana kau??



Anonymous said...
February 28, 2013 at 6:09 PM

Inilah akibatnya klu tiada apa2 tindakan keras diambil,makin keras kepala lah dorang..


Anonymous said...
February 28, 2013 at 8:08 PM

Projek ic palsu angkara Umngok telah makan tuan...kah kah kahh. Ndak apa, PR ada utk memastikan kedaultan Sabah kembali kpd rakyat Sabah. Biar menang PR !!

**Raja sulu'


Anonymous said...
February 28, 2013 at 8:09 PM

Tian Chua dan Anwar kna t/jawab?? Sapa perintah negara nih? BN ke PR.?


Anonymous said...
February 28, 2013 at 8:25 PM

Saudara, yang penting dalam hal ini adalah mencari siapa dalang disebaliik semua kekacuan ini. Kalau tiada dalang mana munkin mereka berani masuk kenegara ini dengan begitu megah sekali, seolah olah Sabah itu tiada yang mengawal nya. Bertanggong jawab lah sedikit. Negara kita ini sudah pun dijual pada Singapura. Kedaulatan kita dimana. Habis pulau yang terletak dihadapn mata pun tergadai pada Singapura. Contoh Pulau Batu Putih,` Pulau Tekong Besar, Pulau Ubin, Tanah KTM dari pada Woodland hingga ke Tanjong Pagar, Telaga minyak berhampiran Miri, penjualan air dari Johor ke Singapura yang mana ianya lebih menguntungkan pihak Singapura daripada raakyat sendiri, iaitu Johor. Memang bachul lah negara kita ini dibawah pemerintahan UMNO/Bn yang cuma pentingkan Rasuah, Rompakan beramai ramai akan harta raakyat dan lain lain. Kini perihal Sabah, maka sudah tiba masa nya kita tunjuk kekuatan kita. Mereka mereka ini datang nya tidak dijemput. Mereka menceroboh bumi kita. Walau pun mereka itu Islam. kalau mereka itu Islam, ini kah cara nya untuk mereka mendapatkan hak mereka semula. Ibarat kata Bekas Presiden Indonesia dahulu, semasa zaman konfrontasi Indonesia/Malaysia, GANYANG MALAYSIA. Olih itu jika puak puak ini masih ingkar dan tak ingin berundur dari bumi Sabah, seperti mana yang diarahkan olih pucuk pimpinan mereka, maka ATM (bukan PDRM), WAJIB DAN MENJADI KEWAJIPAN BAGI ATM UNTUK GANYANG MEREKA. KEMBALIKAN SEMULA KEDAULATAN NEGARA INI YANG SUDAH SEKIAN LAMA MENANGIS SEBAB DINODAI OLIH PENGKHIANATX YANG BERSELINDUNG DIBAWAH PANJI PANJI UMNO/BN ITU. MUDAH MUDAHAN INI BUKAN ANGKARA UMNO/BN UNTUK MENDAPATKAN UNDI DARIPADA PENDUDUK FILIPINO YANG TELAH DIBERI IC UNTUK MENGUNDI MEREKA DI PRU KE 13th NANTI.


Anonymous said...
February 28, 2013 at 9:41 PM

hai..ambil pungutan suara rakyat sabah,sama ada mahu sabah masuk f pun sultan sdulilipina atau tidak.Kalau rakyat tidak mahu filipina berperang saja kita,senang.jangan pula nak tuntut sebarangan,negara filipina sendiri pun porak peranda siapa nak..bodoh sultan sulu


Anonymous said...
February 28, 2013 at 9:55 PM

asik2 Anuar yang salah....bila masa Anuar yang perintah Malaysia? siapa dalang yang memberi IC projek sama PATI ? di Sabah ni penuh sudah sama orang asing samada daari Filipin atau Indon..bila2 saja diaorang boleh bergabung tawan ini Sabah...


Anonymous said...
February 28, 2013 at 11:24 PM

Pihak berkuasa kerajaan Malaysia sudah memaklumkan kejadian itu kepada kerajaan Filipina.


Anonymous said...
February 28, 2013 at 11:25 PM

Apa yang penting keberhasilan yang selesai tanpa pertumpahan darah.


Anonymous said...
February 28, 2013 at 11:26 PM

Perdana Menteri berkata perkara itu dalam makluman polis.


Anonymous said...
February 28, 2013 at 11:26 PM

Pihak berkuasa keselamatan Malaysia sudah mengenal pasti kumpulan itu, biarlah polis melakukan rundingan dengan mereka dan mudah-mudahan mencapai hasil dan kejayaan.


Anonymous said...
February 28, 2013 at 11:27 PM

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bekerjasama dengan polis mengambil tindakan segera berhubung perkara itu.


Anonymous said...
February 28, 2013 at 11:32 PM

Di mana sultan sulu waktu sabah dijajah??.siapa yang membantu sabah??.maka merekalah pejuang terdahulu yang berhak keatas sabah..kami penduduk sabah terdiri daripada pelbagai etnik akan mempertahankan tanah kelahiran kami seperti pejuang yang terdahulu menentang penjajah demi kemerdekaan.kerana kami anak merdeka.


Anonymous said...
March 1, 2013 at 4:31 AM

Apa lah punya kerajaan ini, LEMAH, PONDAN


mantera said...
March 1, 2013 at 1:21 PM

Lahad Datu kini berada dalam zon perang antara polis dan tentera sultan Sulu di Kampung Tanduo


mantera said...
March 1, 2013 at 1:22 PM

Semua penduduk di felda khususnya berada dalam keadaan panik dan kini menunggu arahan untuk keluar daripada kawasan tersebut. Insiden berbalas tembakan turut kedengaran antara tentera Sultan Sulu, Sultan Jamalul Kiram III dengan pasukan keselamatan Malaysia.


mantera said...
March 1, 2013 at 1:22 PM

Dilaporkan juga ada mangsa yang cedera namun bilangannya belum dapat dipastikan. Suasana di sana dikatakan tegang dengan polis dan tentera dikerah mengawal keadaan yang berbahaya sejak jam 6 pagi waktu tempatan.


mantera said...
March 1, 2013 at 1:31 PM

Tentera Kiram yang didokong Sultan Sulu itu juga meningkatkan serangan terhadap barisan pertahanan yang dibina pasukan keselamatan Malaysia menyebabkan insiden tersebut meletus dalam serangan yang sudah memasuki hari ke-20 itu.


Anonymous said...
March 1, 2013 at 10:37 PM

Yg kaitkn Anwar atau Tian Chua dlm isu nih hanya ANJINGUMngok je. Ada kau dengar BN atau PM kata Anwar terlibat? Ada disiarkn dlm TV 3 ?


jackie said...
March 2, 2013 at 11:07 AM

Fikir secara logik dan waras, pasti ada sebab mengapa isu ini tidak disiarkan dalam TV, mungkin untuk tujuan keselamatan rakyat.


Anonymous said...
March 2, 2013 at 10:22 PM

ini pun mahu salahkan Anwar, salahkan Pakatan Rakyat? Tak cukup fitnah lagi ke? Kamu sepatutnya fikir, setelah berbilion-bilion ringgit dilaburkan ke dalam perlengkapan tentera, pertahanan negara, militan ini masuk bagai pelancong asing, dengar cerita masuk dengan feri lagi, apa terjadi dengan pertahanan Malaysia di Sabah? Ini bukan kerja Anwar atau Pakatan Rakyat, mereka bukan kerajaan. Tolong guna otak sikit memikir, fikir secara logik, jangan ikut perangai pengarang Utusan yang hanya tahu memfitnah saje.


Anonymous said...
March 2, 2013 at 10:24 PM

Rakyat Malaysia berharap pemberontak itu dapat ditangkap atau dihapuskan dalam seminggu ini. Doakan agar semuanya selesai minggu ini. Amiinnn...!