Tuesday, February 19, 2013

Siapa Dalang Pencerobohan Abu Sayyaf?

GEMPAR!!! ...Puluhan Lelaki Bersenjata Warga Filipina Dikesan Di Lahad Datu!Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Parti Maju Sabah (SAPP) Roger Stimin menggesa Wisma Putra agar mengadakan kerjasama dua hala untuk membuka kertas siasatan bagaimana penceroboh masuk ke negara ini melalui Kg Tanduo di Lahad Datu pada Selasa lalu, di mana pihak Manila juga tidak tahu menahu berhubung tujuan dan matlamat mereka.

Malahan katanya, mereka mendakwa kononnya mereka itu adalah penyokong Kesultanan Sulu dan mahu diiktiraf sebagai Tentera Kesultanan DiRaja Sulu dengan harapan warga Sulu yang kini berada di Sabah tidak diusir kembali ke Filipina.
“Apakah motif mereka sebenarnya?...Mungkinkah ada dalang di sebaliknya yang bertujuan untuk menakut nakutkan rakyat Sabah di kala Negara akan menghadapi pilihanraya umum kali ke-13 (PRU-13) dalam masa terdekat.

“Itu sebab kita mahu Wisma Putra bersama Manila adakan siasatan siapa penganjurnya yang mahu menimbulkan kekerohan di kedua-dua buah negara berjiran ini,” kata beliau ketika majlis perasmian cawangan SAPP Kg Makakagas dekat sini, baru-baru ini.

Dalam pada itu, berhubung dengan perjuangan SAPP untuk menghadapi PRU-13, beliau menegaskan bahawa siapa juga yang dicalonkan oleh pucuk pimpinan bukan faktornya tetapi apa yang lebih penting ialah kesepakatan ahli dan penyokongnya untuk mengumpul kekuatannya bagi memenangi PRU-13 dengan selesa.

“Kita tiada pilihan lain, kecuali menukarkan kerajaan yang ada sekarang UMNO-BN untuk mengembalikan hak-hak asasi kita termasuk kuasa autonomi yang kini sudah terhakis (kerana) untuk mendapatkan sesuatu pembangunan untuk Sabah kita terpaksa mendapat kelulusan Kuala Lumpur.

“50 tahun kita sudah bersama dalam Malaysia selepas pembentukannya tahun 1963, dan kita juga sudah berada dalam kerajaan BN selama hampir 20 tahun tetapi perbezaan pembangunan antara Semenanjung dengan Sabah sangat jauh sekali; sama ada dari aspek ekonomi dan pendidikan ternyata dengan jelas jauh bezanya,” tegasnya.

Roger yang juga merupakan Naib Ketua CLC Melalap berkata, pemimpin pemimpin BN dikawasan disini sudah gagal menunaikan janji mereka yang pernah ditaburkan mereka kepada rakyat sejak tahun 2008 seperti pembangunan Koridor Pembangunan Sabah (SDC) di mana Pekan Melalap salah satu daripadanya menikmati limpahan pembangunannya namun sehingga ke hari ini ia sekadar janji kosong.

Malahan katanya, mereka membina rumah mesra rakyat tidak dilengkapi dengan bekalan elektrik, air dan pendawaian sebelum diserahkan kepada penerimanya yang boleh disifatkan sebagai pemberian 'separuh hati' kerana tidak ikhlas membantu rakyat.

Baru-baru ini tegasnya, beliau terkejut apabila terbaca laporan akhbar seorang Ketua Kampung yang ditakrifkan sebagai pemimpin masyarakat mengeluarkan kenyataan keras dalam akhbar kerana sudah bosan dengan janji-janji kerajaan malah ia juga turut dinyata oleh seorang 'Menteri' kononnya landasan keretapi dan jentera Lokomotif akan dinaik taraf, tetapi sebaliknya janji itu hanyalah janji kosong.

“Janji pembangunan Pekan Kecil Melalap, jambatan merentasi Sungai Pegalan di Inalisan Pulong ke Taman Pertanian tidak perlulah kita ungkit lagi. Kita semua telah tahu segala-galanya kerana ia sudah menjadi perbualan pokok di kedai-kedai kopi dan di mana sahaja di sini,” tambahnya.

Hadir sama di majlis itu, Naib Presiden SAPP yang juga Ketua CLC Melalap Jimmy Jawatah, Naib CLC Melalap Ken Ken Foh, Naib Ketua Pemuda SAPP Pusat Rudy Sulaiman Mairi.

Oleh: JACOB BALANG (sabahkini)

Komen Anda

87 Responses to " Siapa Dalang Pencerobohan Abu Sayyaf? "
Anonymous said...
February 19, 2013 at 9:55 PM

Apa nak pelik nya, kan kat Sabah ni lubuk pendatang PATI atau ndak. Jd mereka tentu berani dtg lagi. Kes pembunohan yg dilakukan, ada mereka kena tangkap? Polis yg kena beli pulak. Itu kelebihan yg ada pd UMNO. Cuba tengok kat Indon,bukan kata bawa senjata, nelayan yg ketengah laut terus ditangkap oleh polis marin/TNI-AL dan masuk penjara. Nelayan jer tu dan berada dsempaddan perairan a/bangsa. Kita? Kalau tahan PATI,masuk depot tahanan,kena beri makanan lazat. Ndak lazat,NGO pulak bising. Pulau Batu Putih ( Pedra Branca) tak pasai2 dpt pd SPore walau ditepi Johor. Kan bangsat kerja BN?

**yassir arafat.


Anonymous said...
February 20, 2013 at 10:20 AM

yassir arafat...saya setuju dengan kenyataan tuan :)


Liya said...
February 20, 2013 at 2:54 PM

Pembangunan Negara Gemilang Bersama 52 Tahun Kemerdekaan

MENYUSUR sepanjang 52 tahun kemerdekaan negara, dapat diimbau pelbagai pembangunan dicapai yang secara tidak langsung membuktikan bahawa kesejahteraan dan keamanan dalam negara menjadi penyumbang besar dalam membawa serta mengangkat masyarakat di dalamnya seiring dengan masyarakat di negara-negara maju yang lain.


Liya said...
February 20, 2013 at 2:54 PM

Pembangunan Negara Gemilang Bersama 52 Tahun Kemerdekaan

31 Ogos 1957, pemimpin tertinggi negara iaitu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj yang juga ‘Bapa Kemerdekaan’ tidak menoleh lagi kebelakang malah menghalakan tumpuan negara untuk membangun dan keluar dari kepompong dunia miskin yang ketinggalan.

Ketika negara mula-mula merdeka, rakyatnya miskin dengan lebih 50 peratus penduduk hidup di bawah garis kemiskinan.


Liya said...
February 20, 2013 at 2:55 PM

Pembangunan Negara Gemilang Bersama 52 Tahun Kemerdekaan

Waktu itu juga, negara tidak memiliki ekonomi yang kukuh, sebaliknya mudah terjejas apatah lagi ketika itu sekitar 80 peratus ekonomi negara bergantung kepada eksport dua komoditi sahaja, iaitu bijih timah dan getah.

Dalam masa yang sama, permasalahan dalam bidang social juga mula tampak kelihatan. Terdapat jurang yang luas di antara kaum khususnya Melayu, Cina, India dan lain-lain kaum hidup yang hanya hidup dalam kelompok masing-masing.
Aspek politik juga ketika itu berada dalam suasana yang masih belum benar-benar aman.


Liya said...
February 20, 2013 at 2:56 PM

Pembangunan Negara Gemilang Bersama 52 Tahun Kemerdekaan

Suasana negara dalam tahun 1957 juga adalah sebuah negara yang diletakkan di bawah pengawasan. Selepas penubuhannya, masyarakat masih berdepan dengan penentangan komunis hampir di seluruh negara di samping ancaman konfrontasi tentera.

Konflik-konflik dalaman ini secara tidak langsung memberi ancaman kepada negara untuk berpecah belah. Namun hasil daripada kebijaksanaan pemimpin negara, semua permasalahan yang timbul dapat ditangani satu persatu.

Sebagai sebuah negara yang condong kepada demokrasi berparlimen, Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat sebagai amalannya.


Liya said...
February 20, 2013 at 2:58 PM

Dasar-dasar Kerajaan yang mengekalkan persekitaran perniagaan dengan peluang-peluang untuk syarikat-syarikat berkembang dan meraih keuntungan telah menjadikan Malaysia sebuah pangkalan perkilangan dan eksport yang menarik di rantau ini. Sektor swasta di Malaysia telah berganding bahu dengan sektor awam untuk mencapai matlamat-matlamat pembangunan negara.

Satu faktor utama yang telah menarik para pelabur ke Malaysia ialah komitmen kerajaan untuk mengekal persekitaran perniagaan yang menyediakan peluang-peluang untuk syarikat-syarikat berkembang dan meraih keuntungan. Komitmen ini terlihat daripada usaha-usaha tetap kerajaan untuk mendapatkan maklum balas daripada komuniti perniagaan melalui saluran-saluran perundingan seperti dialog-dialog yang sering diadakan antara kerajaan dan sektor swasta. Ini membolehkan pelbagai komuniti perniagaan menyuarakan pandangan-pandangan mereka dan menyumbang kepada pembentukan dasar-dasar kerajaan yang melibatkan mereka.


Fida said...
February 20, 2013 at 3:00 PM

Pembangunan yang dinikmati rakyat Pulau Pinang selama ini adalah hasil usaha kerajaan Barisan Nasional (BN) demi keselesaan dan kebajikan mereka, kata Ketua Biro Penerangan BN Negeri Tan Cheng Liang.


Fida said...
February 20, 2013 at 3:01 PM

Segala kemudahan yang dinikmati rakyat negeri ini adalah dibiayai kerajaan BN termasuk pembinaan Jambatan Kedua Pulau Pinang yang melibatkan kos RM4.5 bilion untuk mengurangkan kesesakan lalu lintas, katanya di sini


Fida said...
February 20, 2013 at 3:01 PM

Sambil menolak kenyataan pembangkang bahawa kerajaan BN mengabaikan Pulau Pinang, Tan membidas mereka kerana suka menolak tanggungjawab kepada kerajaan BN dan mengambil pujian apabila sesuatu projek itu berjaya.

Katanya kerajaan harus menyelesaikan sistem pengangkutan dalam negeri dan bukan dengan menyalahkan kerajaan BN apabila berlaku kesilapan teknikal seperti sistem pengangkutan yang lemah dan kelewatan projek jambatan kedua.


Karulnaim said...
February 20, 2013 at 3:40 PM

Siapa dalang itu biarkan pihak yang berkuasa menyiasat perkara tersebut.


Hidup Di Sabah said...
February 20, 2013 at 3:40 PM

Yang penting sekarang ini memastikan pengusiran mereka ini dapat dijalankan sepenuhnya.


Karulnaim said...
February 20, 2013 at 3:41 PM

Macam-macam kita dengar daripada pihak tertentu mengenai perkara ini. Apa pun kita tidak perlu percaya dengan sumber yang meragukan.


Karulnaim said...
February 20, 2013 at 3:44 PM

Pihak berkuasa akan mengumumkan sendiri nanti mengenai perkara ini.


Hidup Di Sabah said...
February 20, 2013 at 3:44 PM

Mungkin kebetulan pengawasan perairan tidak dilakukan ketika itu jadi sebab itulah penceroboh ini dapat masuk.


Anonymous said...
February 20, 2013 at 3:49 PM

hutan terbakar di sebelah rumah kau orang pun.. umno jugak yang salah, kan?


Anonymous said...
February 20, 2013 at 3:50 PM

PTI SAYANG UMNO N UMNO SAYANG PTI SO SEDARLAH KALIAN BUKA MATA INI ZAMAN CYBER


Anonymous said...
February 20, 2013 at 4:18 PM

hidup anwar ibrahim!! tengkiu bagi i.c

*raja sulu


Anonymous said...
February 20, 2013 at 4:46 PM

Malaysia’s government said that its security forces had surrounded dozens of suspected Philippine militants in a remote area with a history of incursions by armed Filipino Islamic groups.


Anonymous said...
February 20, 2013 at 4:47 PM

About 80 to 100 gunmen have been cornered in the Malaysian state of Sabah on Borneo island, Home Minister Hishammuddin Hussein told reporters.He said security forces were negotiating with the men near the small coastal town of Lahad Datu.


Anonymous said...
February 20, 2013 at 4:47 PM

“We know the situation is still under control. I confirm that no Malaysian citizens, to my knowledge, are being held hostage or for ransom,” Hishammuddin said.“Security forces are still in control and negotiating with them, some of whom are armed.”


Anonymous said...
February 20, 2013 at 4:47 PM

He declined to confirm that the gunmen were from the adjacent southern Philippines. But asked whether Philippine authorities were involved in negotiations, Hishammuddin said: “Of course they will have to be involved in the operations.”


Anonymous said...
February 20, 2013 at 4:48 PM

National police chief Ismail Omar had said in a statement late on Wednesday that “the intrusion is a result of the problems in the southern Philippines” That was an apparent reference to Muslim militants and other lawlessness in the southern Philippines, which lies just across the Sulu Sea from Sabah.


Anonymous said...
February 20, 2013 at 7:32 PM

babball..stupid..bustard punya komen


Anonymous said...
February 20, 2013 at 8:28 PM

Jangan kamu menyamar orang sabah... orang sabah sejati SOKONG PKR... INI KALILAH....


Anonymous said...
February 20, 2013 at 9:29 PM

Yg mngomen kat atas nun bukan mnyamar org samar...tapi seorang yg ditugaskn mnyamar ramai PENCACAI BANGSATAN OMNO. Tu je yg aku nampak.


Anonymous said...
February 21, 2013 at 9:02 AM

12 September, 1962, semasa pentadbiran Presiden Diosdado Macapagal, Wilayah Borneo Utara, telah diserahkan oleh Sultan Sulu yang memerintah ketika itu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Muhammad Esmail E. Kiram I, kepada Republik Filipina. Penyerahan itu bermaksud, tiada apa-apa tuntutan Sulu ke atas Sabah. Penyerahan ini telah memberikan kerajaan Filipina kuasa penuh untuk menuntut hak ke atas Sabah di Mahkamah Antarabangsa.

Walaubagaimanapun, tuntutan ini telah dibubarkan pada tahun 1989 kerana kerajaan Filipina yang baru telah menggugurkan tuntutan mereka demi untuk memperbaiki semula hubungan diplomatik dengan Kuala Lumpur yang terjejas.

ruj –
Drp- Graham E. Saunders (2002), A History of Brunei, RoutlegdeCurzon, p. 45, ISBN 9780700716982, capaian 2009-10-05
Juga Palawan Tourism Council: History of Palawan di Internet Archive. Dicapai 27 Ogos 2009.
Protokol Madrid (Britain, Jerman dan Sepanyol). Sepanyol tarik diri dari menuntut apa-apa bahagian untuk Sabah.

*prof sejarah yg insaf


mantera said...
February 21, 2013 at 11:37 AM

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan kepada rakyat Sabah bahawa kerajaan tidak akan berkompromi dengan hak dan keselamatan rakyat negeri ini dalam menyelesaikan secara baik insiden pencerobohan warga Filipina di perairan Lahad Datu, bahagian pantai timur Sabah.


mantera said...
February 21, 2013 at 11:37 AM

Beliau juga mengesahkan bahawa kumpulan terbabit bukan merupakan kumpulan militan atau pengganas, tetapi "oleh kerana mereka juga memegang senjata maka adalah penting apa juga tindakan yang diambil, ia tidak menjurus sehingga berlaku pertumpahan darah.


mantera said...
February 21, 2013 at 11:37 AM

Hishammuddin mengingatkan orang ramai supaya tidak melihat insiden itu sebagai sesuatu yang boleh dipolemikkan atau dipolitikkan.


mantera said...
February 21, 2013 at 11:37 AM

harap kita sabar kerana dari segi operasi, pihak berkuasa diberi mandat untuk memantau tetapi dari segi pendirian...itu amanah dan tanggungjawab kerajaan negeri dan kerajaan pusat


mantera said...
February 21, 2013 at 11:38 AM

kerajaan akan memastikan operasi yang dirancang itu berjalan lancar dan tidak ada insiden yang tidak diingini terutama yang melibatkan pertumpahan darah.


mantera said...
February 21, 2013 at 11:38 AM

Hishammuddin berkata kerajaan Malaysia bekerja rapat dengan kerajaan Filipina dalam menangani insiden itu.


mantera said...
February 21, 2013 at 11:39 AM

Hishammuddin berkata tahap kawalan keselamatan di pusat peranginan atau pelancongan terutama di pantai timur Sabah juga dipertingkatkan bagi menghadapi sebarang kemungkinan.


mantera said...
February 21, 2013 at 11:40 AM

tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang menyebarkan khabar angin khususnya yang boleh memudaratkan keselamatan.


Anonymous said...
February 21, 2013 at 11:45 AM

dalam isu ini, aku sokong pertuanan sulu ke atas sabah! siapa yang menentang kedaulatan sulu ke atas sabah akan aku tampar!! hampir semua sabah adalah hak sulu.

*raja sulu


Ameerul said...
February 21, 2013 at 1:09 PM

Banyak spekulasi dibuat ke atas isu ini.


Jegan said...
February 21, 2013 at 1:12 PM

Kerja sama kedua negara amat diperlukan.


Elena said...
February 21, 2013 at 1:14 PM

Perkembangan dalam pimpinan BN amat positif juga.


Khang said...
February 21, 2013 at 1:21 PM

Semua penceroboh harus dihantar balik ke negara asal, biarlah kerajaan mereka yang mengambil tindakan.


Anonymous said...
February 21, 2013 at 2:15 PM

Jangan mudah mempercayai khabar angin yang sengaja disebar oleh pihak tidak bertanggungjawab berkaitan isu keselamatan dan politik serta pembangunan negeri.


Anonymous said...
February 21, 2013 at 2:15 PM

Menteri Di Jabatan Ketua Menteri, Dato Sri Nasir Tun Sakaran, berkata rakyat seharusnya merujuk kepada pihak pemimpin di peringkat kampung atau pengerusi keselamatan daerah bagi mendapatkan maklumat yang tepat.


Anonymous said...
February 21, 2013 at 2:19 PM

Menurutnya, rakyat tidak perlu takut dan gusar berkaitan isu keselamatan kerana kerajaan melalui pasukan keselamatan sentiasa melaksana tugas dengan penuh tanggungjawab.


Anonymous said...
February 21, 2013 at 2:19 PM

“Dapatkan maklumat daripada mereka yang telah dipertanggungjawabkan dan bukannya mendengar khabar-khabar angin yang boleh membingungkan diri sendiri, pasukan keselamatan sentiasa menjaga keselamatan dengan dedikasi,’’katanya.


Anonymous said...
February 21, 2013 at 9:08 PM

Makin hari makin nampak lakunan BN trhadap isu pencerobohn di Lahad datu. Ia nya ciptaan umno agar rakyat Sabah kembali kepada BN. IC palsu yg dikeluarkan oleh BN trhadap bangsa Sulu' sedikit masa lalu menjadi masalah lain apabila kaum Sulu'dr selatan Filipin berani dtg ke Sabah dan PM pulak yg menjelaskn mereka dtg melawat kaum keluarga ( walau bawa senjata yg tentera kita takde pun ) Seorg PM hanya mampu berkata begitu keatas isu pencerobohn tanahair oleh rakyat asing. Meeka berani dtg kerana UMNO dimenangkn oleh kaum Sulu; pd PRU yg lepas2 dan mereka diberi ic free. Itu le BN namanya...takde TELURrr.
Kita memerlukn PR yg dpimpin oleh DS Anwar bagi mngembalikan kedaulatan negara serta hak2 rakyat Sabah dr diPERKOSA oleh UMNO/BN.

**Raja Sulu'


Anonymous said...
February 22, 2013 at 10:42 AM

Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah mengambil pendekatan berjaga-jaga bagi mengelak sebarang ancaman kegiatan jenayah yang dikhuatiri berlaku ekoran perdamaian antara kerajaan Filipina dan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) di Selatan Filipina.


Anonymous said...
February 22, 2013 at 10:42 AM

operasi memantau perkembangan di sekitar persempadanan negeri ini semenjak Oktober lepas.


Anonymous said...
February 22, 2013 at 10:43 AM

ancaman ini lebih kepada ancaman jenayah bukannya ancaman yang menggugat keselamatan dalam negeri ini


Anonymous said...
February 22, 2013 at 10:43 AM

kemungkinan kumpulan ekstremis di wilayah itu akan menjalankan kegiatan jenayah seperti menculik ataupun merompak di persempadanan Sabah-Filipina untuk mengumpul dana bagi merebut jawatan-jawatan penting di sana.


Anonymous said...
February 22, 2013 at 10:43 AM

kumpulan Abu Sayyaf sudah tiada, namun pihaknya memantau perkembangan kumpulan lain yang dikhuatiri mungkin akan menjalankan kegiatan jenayah khususnya melibatkan kegiatan penculikan dan rompakan di persempadanan.


Anonymous said...
February 22, 2013 at 10:43 AM

PGA Sabah akan terus bekerjasama dengan pihak penguatkuasa yang lain demi memastikan tidak ada sebarang kegiatan jenayah yang boleh mengganggu-gugat keselamatan penduduk pulau dan warga nelayan di negeri ini.


Anonymous said...
February 22, 2013 at 10:43 AM

negotiations with the armed intruders that illegally entered Lahad Datu have now ended and that efforts are now underway to deport them back to their country of origin, the Philippines.


Anonymous said...
February 22, 2013 at 10:44 AM

negotiations with the group have now ended as the group were making demands that were beyond the capability of the police to accept and not made through the proper channel.


Anonymous said...
February 22, 2013 at 10:44 AM

Malaysia will not accept any further demands unless it is made through a proper forum.


Anonymous said...
February 22, 2013 at 10:44 AM

Security forces are now working to ensure that the group is deported to their country, and they have agreed to comply


terrorist said...
February 22, 2013 at 11:33 AM

SIAPA LAGI ORANG YANG PALING RAPAT DENGAN NUR MISUARI KALAU BUKAN ANWAR IBRAHIM?? BUKANKAH ANWAR JUGA YANG MAHU MEWUJUDKAN SUASANA HURU-HARA DI NEGARA INI?

Keselamatan Negara tergugat apabila kehadiran warga asing yang bersenjata dan belum dikenalpasti identiti dan motif sebenar kehadiran mereka di Lahad Datu, Sabah.


terrorist said...
February 22, 2013 at 11:34 AM

SIAPA LAGI ORANG YANG PALING RAPAT DENGAN NUR MISUARI KALAU BUKAN ANWAR IBRAHIM?? BUKANKAH ANWAR JUGA YANG MAHU MEWUJUDKAN SUASANA HURU-HARA DI NEGARA INI?

Negeri Sabah pernah dikejutkan dengan rompakan bank oleh 15 orang lanun di Lahad Datu, Sabah pada 25 September 1995. Insiden ini telah menyebabkan 6 kematian.


terrorist said...
February 22, 2013 at 11:34 AM

SIAPA LAGI ORANG YANG PALING RAPAT DENGAN NUR MISUARI KALAU BUKAN ANWAR IBRAHIM?? BUKANKAH ANWAR JUGA YANG MAHU MEWUJUDKAN SUASANA HURU-HARA DI NEGARA INI?

Sebelum ini, kehadiran kumpulan bersenjata warga asing mempunyai motif yang jelas iaitu dengan tujuan mendapatkan sumber kewangan dengan cara kekerasan.


terrorist said...
February 22, 2013 at 11:35 AM

SIAPA LAGI ORANG YANG PALING RAPAT DENGAN NUR MISUARI KALAU BUKAN ANWAR IBRAHIM?? BUKANKAH ANWAR JUGA YANG MAHU MEWUJUDKAN SUASANA HURU-HARA DI NEGARA INI?

Kehadiran kumpulan berpakaian tentera bersenjata masuk ke Lahad Datu tidak diketahui sebarang motif yang jelas. Daripada maklumat yang boleh dipercayai, kumpulan ini merupakan anggota MNLF pada suatu ketika dulu di bawah pimpinan Nur Misuari.


terrorist said...
February 22, 2013 at 11:35 AM

SIAPA LAGI ORANG YANG PALING RAPAT DENGAN NUR MISUARI KALAU BUKAN ANWAR IBRAHIM?? BUKANKAH ANWAR JUGA YANG MAHU MEWUJUDKAN SUASANA HURU-HARA DI NEGARA INI?

Mereka diperalatkan oleh elemen luar dan hal ini tidak boleh dinafikan. Hubungan rapat di antara Anwar dengan Nur Misuari memang telah lama wujud dan diketahui umum.


terrorist said...
February 22, 2013 at 11:36 AM

SIAPA LAGI ORANG YANG PALING RAPAT DENGAN NUR MISUARI KALAU BUKAN ANWAR IBRAHIM?? BUKANKAH ANWAR JUGA YANG MAHU MEWUJUDKAN SUASANA HURU-HARA DI NEGARA INI?

"Jika Datuk Seri Najib tak sanggup memujuk MNLF dan MILF, kita hanya ada satu jalan iaitu mengutus Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Nur Misuari adalah sahabat kamcing Datuk Seri Anwar Ibrahim" - (Blog Kesultanan Sulu bertajuk “Perhimpunan MNLF: Bolehkah MNLF dan MILF berkongsi kuasa”)


terrorist said...
February 22, 2013 at 11:36 AM

SIAPA LAGI ORANG YANG PALING RAPAT DENGAN NUR MISUARI KALAU BUKAN ANWAR IBRAHIM?? BUKANKAH ANWAR JUGA YANG MAHU MEWUJUDKAN SUASANA HURU-HARA DI NEGARA INI?

Ketika Nur Misuari memimpin MNLF dan berjaya dilantik sebagai Gabenor di Mindanao, Anwar Ibrahim adalah TPM dan berkawan rapat dengan Joseph Estrada.


terrorist said...
February 22, 2013 at 11:37 AM

SIAPA LAGI ORANG YANG PALING RAPAT DENGAN NUR MISUARI KALAU BUKAN ANWAR IBRAHIM?? BUKANKAH ANWAR JUGA YANG MAHU MEWUJUDKAN SUASANA HURU-HARA DI NEGARA INI?

Hubungan lama ketiga-tiga mereka digunakan semula untuk merosakkan keamanan di Selatan Filipina setelah kejayaan Rundingan Damai MILF-Manila.


terrorist said...
February 22, 2013 at 11:38 AM

SIAPA LAGI ORANG YANG PALING RAPAT DENGAN NUR MISUARI KALAU BUKAN ANWAR IBRAHIM?? BUKANKAH ANWAR JUGA YANG MAHU MEWUJUDKAN SUASANA HURU-HARA DI NEGARA INI?

Dalam suasana Malaysia akan mengadakan pilihan raya dalam masa yang terdekat, pada 4 bulan yang lepas, Anwar telah berjumpa dengan Nur Misuari. Anwar telah meminta bantuan Nur Misuari supaya membuat sesuatu “crime” dan yang terkini menghantar kumpulan Suluk berpakaian tentera ke Lahad Datu.


terrorist said...
February 22, 2013 at 11:38 AM

SIAPA LAGI ORANG YANG PALING RAPAT DENGAN NUR MISUARI KALAU BUKAN ANWAR IBRAHIM?? BUKANKAH ANWAR JUGA YANG MAHU MEWUJUDKAN SUASANA HURU-HARA DI NEGARA INI?

Situasi ini adalah cara-cara Anwar menarik sokongan dan menghuru-harakan negara. Dengan nasehat Anwar dan dengan bantuan Misuari, mereka mencuba menghuru-harakan keadaan.


terrorist said...
February 22, 2013 at 11:38 AM

SIAPA LAGI ORANG YANG PALING RAPAT DENGAN NUR MISUARI KALAU BUKAN ANWAR IBRAHIM?? BUKANKAH ANWAR JUGA YANG MAHU MEWUJUDKAN SUASANA HURU-HARA DI NEGARA INI?

Dalam tempoh yang sama juga, DS Najib membuat lawatan dua hari ke Sabah. Pendaratan kumpulan bersenjata dalam tempoh yang sama dengan lawatan DS Najib ke Sabah mempunyai niat untuk mengalihkan fokus rakyat dan seterusnya menghuru-harakan keamanan Malaysia khususnya di Sabah.


terrorist said...
February 22, 2013 at 11:39 AM

SIAPA LAGI ORANG YANG PALING RAPAT DENGAN NUR MISUARI KALAU BUKAN ANWAR IBRAHIM?? BUKANKAH ANWAR JUGA YANG MAHU MEWUJUDKAN SUASANA HURU-HARA DI NEGARA INI?

Hari ini, negara Malaysia menjadi tumpuan seluruh dunia. Singapura menuduh keamanan di Malaysia tergugat. Agen-agen Yahudi pernah memasuki Sabah melalui Selatan Filipina.


terrorist said...
February 22, 2013 at 11:39 AM

SIAPA LAGI ORANG YANG PALING RAPAT DENGAN NUR MISUARI KALAU BUKAN ANWAR IBRAHIM?? BUKANKAH ANWAR JUGA YANG MAHU MEWUJUDKAN SUASANA HURU-HARA DI NEGARA INI?

Manakala Anwar diketahui umum digunakan oleh agen-agen Israel seperti IRI, NED dan NDI untuk memporak-perandakan keamanan negara-negara Islam, demi kuasa (Anwar perlukan kuasa iaitu menjadi PM).


terrorist said...
February 22, 2013 at 11:40 AM

SIAPA LAGI ORANG YANG PALING RAPAT DENGAN NUR MISUARI KALAU BUKAN ANWAR IBRAHIM?? BUKANKAH ANWAR JUGA YANG MAHU MEWUJUDKAN SUASANA HURU-HARA DI NEGARA INI?

Anwar menasihati Nur Misuari supaya menghantar kumpulan tentera ke Lahad Datu, supaya wujud suasana “ketakutan keselamatan”. Tujuan utama supaya berlaku tembak-menembak dan kematian di pihak kumpulan tentera Suluk dan Anwar akan mengambil kesempatan.


terrorist said...
February 22, 2013 at 11:40 AM

SIAPA LAGI ORANG YANG PALING RAPAT DENGAN NUR MISUARI KALAU BUKAN ANWAR IBRAHIM?? BUKANKAH ANWAR JUGA YANG MAHU MEWUJUDKAN SUASANA HURU-HARA DI NEGARA INI?

Seperti sebelum ini, Anwar sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapai cita-cita politiknya walaupun sanggup menggadai keselamatan dan kedaulatan negara.


terrorist said...
February 22, 2013 at 11:40 AM

SIAPA LAGI ORANG YANG PALING RAPAT DENGAN NUR MISUARI KALAU BUKAN ANWAR IBRAHIM?? BUKANKAH ANWAR JUGA YANG MAHU MEWUJUDKAN SUASANA HURU-HARA DI NEGARA INI?

Elemen luar ini telah diketahui mempunyai kaitan dengan ketua pembangkang, Anwar Ibrahim. Ini dapat dikaitkan dengan hubungan Nur Misuari – Anwar yang telah berlangsung lama ketika Anwar sebagai TPM dan Nur Misuari sebagai Ketua MNLF. (Suara Keadilan dalam akhbar mereka mengaitkan hubungan intim antara Anwar dan Misuari)


terrorist said...
February 22, 2013 at 11:41 AM

SIAPA LAGI ORANG YANG PALING RAPAT DENGAN NUR MISUARI KALAU BUKAN ANWAR IBRAHIM?? BUKANKAH ANWAR JUGA YANG MAHU MEWUJUDKAN SUASANA HURU-HARA DI NEGARA INI?

Adakah ini permulaan rancangan Anwar Ibrahim untuk melancarkan revolusi ala Arab-Spring sekiranya pakatan tewas pada PRU 13 nanti?


Anonymous said...
February 23, 2013 at 9:06 AM

kalau kerajaan berlembut denga pencoroboh ini mungkin satu masa nanti negara islam darul pattani di selatan malaysia akan menuntut kelantan dan kedah serta sebahagian utara dan pantai timur semananjung sebab kerajaan melayu cahampa telah memajak kepada british sebab takut dengan serangan siam.....dan begitu juga lah hal dengan sabah sepatutnya kalau sabah sudah membentuk malaysia pajakan itu sudah di lupuskan sebab kesultanan sulu sudah tidak ujud lagi dan tidak ada kerajaan lagi dan sepatutnya filipina yang menerima bayaran tersebut sebab sabah bukan tanah milik persendirian tetapi milik sebuah negara dan kalau negara itu sudah tidak ujud apa-apa bayaran tidak sah sudah.....bodoh punya BN ini dan kalau PR memerintah harap sewa ini di lupus kan atau bayaran di bayar kepada kerajaan filipina dan terpulang lah kepada kerajaan filipina untuk membayar kepada waris..macam kerajaan jepun membayar pempasan kepada waris buruh paksa membina landasan maut keretapai di burma tetapi kerajaan bukan saja tidak sampaikan kepada waris tapi diguna nya wang itu untuk kroni dengan membina MSC


Anonymous said...
February 23, 2013 at 1:02 PM

kalau ini angkara Anuar Ibrahim pelik juga kalau kita lihat senario politik macam memihak kepada pr jadi buat apa beliau buat benda2 bodoh macam ni...


Anonymous said...
February 25, 2013 at 9:44 AM

raja sulu dah lama padam lah apa dia fikir Sabah dia punya kah kesian dia sebab filipin sendiri dah ditawan oleh Jepun so kalu jepun mau claim so begitu juga Sabah dah ditawan kembali oleh British dan Sabah diberi Merdeka.Sedangkan Melaka dah hilang Raja Parameswara dari majapahit Indonesia tapi tak pula Indonesia claim Melaka sebab mereka
berpendidikan bukan macam raja sulu punya keturanan nda ada kuasa sudah mau cari pasal lak.


Harryzan Aming said...
March 12, 2013 at 4:13 PM

ini semua angkara anwar ibrahim.. dulu pun, lepas dia balik dari indon, rakyat indon terus buat demonstrasi bakar bendera malaysia di depan kedutaan malaysia di indonesia.. siap ajak malaysia berperang.. sekarang, lepas anwar balik dari philipine, pengganas sulu pula datang ke sabah..


Anonymous said...
April 2, 2013 at 12:41 PM

sikit2 salah anwar haha angkara anwar,all sabahans know what happen and all sabahan have brain to think..tolong sesiapa di sini boleh bacakan saya perkara 20 negeri sabah,semasa sabah menyertai malaysia?dan buat liya...sabah merdeka bukan 31.08.1957 tapi sabah merdeka 31.08.1963 selepas Negara sabah merdeka barulah sabah menyertai malaysia...Sabah di serahkan sebagai sebuah negara oleh Gabenor turnbill pada masa itu wakil kerajaan british yg di panggil North Borneo..


Anna said...
September 30, 2013 at 10:09 AM

Ada pemimpin pembangkang yang telah ke Filipina sebelum kejadian pencerobohan itu bermula, mereka adalah orang yang sangat disyaki, lagipun Anwar kenal betul dengan Misuari itu.


Anwar Gelabah Dokumen ‘Siapa Dalang Pencerobohan Lahad Datu’ Sudah Siap said...
September 30, 2013 at 10:16 AM

Anwar semakin pening kepala apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi semalam berkata semua dokumen dan maklumat terperinci yang telah diperoleh akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap individu terbabit.


Anwar Gelabah Dokumen ‘Siapa Dalang Pencerobohan Lahad Datu’ Sudah Siap said...
September 30, 2013 at 10:18 AM

Pepatah Melayu ada menyatakan ‘Siapa makan cili, dia yang rasa pedas’. Pepatah ini sangat bertepatan dengan Anwar kerana beliau sudah dapat merasakan dirinya akan sekali lagi dihumban ke dalam penjara walaupun Zahid hanya memberitahu tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan bersenjata di Lahad Datu, Sabah tidak akan didedahkan untuk mengelakkan prasangka atau prejudis apabila kes itu dibawa ke mahkamah.


Anwar Gelabah Dokumen ‘Siapa Dalang Pencerobohan Lahad Datu’ Sudah Siap said...
September 30, 2013 at 10:20 AM

Rakyat Malaysia nampaknya sudah tidak sabar lagi untuk mengetahui siapakah dua orang dari semenanjung dan seorang dari Sabah yang telah menjadi pengkhianat kepada negara. Bukan sahaja rakyat, tetapi pemimpin pembangkang iaitu bekas Ketua Menteri Sabah, Yong Teck Lee semalam turut mendesak agar tiga pemimpin pembangkang yang didakwa terlibat dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, didedahkan.


Anwar Gelabah Dokumen ‘Siapa Dalang Pencerobohan Lahad Datu’ Sudah Siap said...
September 30, 2013 at 10:21 AM

Memandang pilihan raya umum telah berakhir dengan jayanya, adalah amat tepat dan masa yang terbaik untuk mendedahkan dalang tersebut kerana jika pendedahan dibuat sebelum PRU13, ia seolah-olah mempunyai tujuan politik.


Anwar Gelabah Dokumen ‘Siapa Dalang Pencerobohan Lahad Datu’ Sudah Siap said...
September 30, 2013 at 10:22 AM

Selepas dibebaskan dari penjara, Anwar sepatutnya menjadi seorang Muslim yang baik dan berguna untuk masyarakat Islam di negara ini dan berhenti daripada menjadi seorang pengkhianat yang melampaui batas.


Anwar Gelabah Dokumen ‘Siapa Dalang Pencerobohan Lahad Datu’ Sudah Siap said...
September 30, 2013 at 10:23 AM

Anwar sepatutnya bermuhasabah diri dengan apa yang telah beliau lakukan selama ini dan bukannya menjadi pengkhianat bertindak menghasut rakyat serta menyalahkan pihak lain di atas kejahilan diri sendiri. Anwar harus kembali ke pangkal jalan, bermuhasabah diri dan memperbaiki diri untuk menjadi seorang Muslim yang baik dan bermanfaat kepada ummah.


Anwar Gelabah Dokumen ‘Siapa Dalang Pencerobohan Lahad Datu’ Sudah Siap said...
September 30, 2013 at 10:24 AM

Anwar perlu sedar, sudah ramai rakan-rakannya yang ikhlas dalam perjuangan, yang dulunya sanggup berkorban apa saja untuk beliau, kini seorang demi seorang telah meninggalkan beliau. Apakah rakan-rakan yang meninggalkan Anwar itu salah semuanya dan Anwar saja yang betul?


Anwar Gelabah Dokumen ‘Siapa Dalang Pencerobohan Lahad Datu’ Sudah Siap said...
September 30, 2013 at 10:25 AM

Sudah tentu ada sebab musabab yang menyebabkan mereka meninggalkan perjuangan Anwar walaupun sudah ada yang berpuluh tahun bersama dengan beliau. Anwar perlu sedar hakikat ini dan rakyat juga perlu melihat perkara ini dengan fikiran yang terbuka dan belajar menerima hakikat.


Mai Hoi LiL said...
September 30, 2013 at 10:31 AM

Saya amat berharap dalang pencerobohan Lahad Datu itu ditangkap, & dihukum mati!