Monday, March 11, 2013

Benarkah Seorang Kopral Jadi Tali Barut Pengganas Sulu?

Berita terkini, isu pencerobohan di Lahad Datu menjadi lebih runsing apabila perbagai kriktikan dan pandangan yang berbeza dari pelbagai individu.

Malah yang paling memeranjatkan lagi apabila penahanan seorang anggota polis yang terlibat membekalkan maklumat sulit kepada tentera sulu masih dinafikan oleh pihak PDRM.

Jawapan yang diberikan setakat ini adalah: “Sebarang perkembangan terkini berhubung kejadian di Lahad Datu akan kami maklumkan dari semasa ke semasa. Diharapkan saudara tidak mudah mempercayai khabar yang tidak diketahui sumbernya. Terima kasih.”

Walau bagaimanapun, anggota polis yang dipercayai menjadi pengkhianat ialah Kpl/D Hasan Basri.
Menurut maklumat, musuh dalam selimut ini berada dalam tahanan pihak berkuasa untuk siasatan lanjut. Sumber

Read more: http://ceritaapakah.blogspot.com/

Komen Anda

41 Responses to " Benarkah Seorang Kopral Jadi Tali Barut Pengganas Sulu? "
zaini zai said...
March 10, 2013 at 1:25 PM

Memang dah heboh 1Sabah, bah. Suma orang tau ituh.


limpata lais said...
March 10, 2013 at 5:17 PM

aku memang menghargai pengorbanan anggota keselamatan tetapi aku amat membenci penghianat negara yang sanggup mengadai negara dengan memberi IC kepada pendatang. Mereka patut dihukum. Disebabkan dialah anggota keselamatan kita terkorban...ABU/BN..


sumpah sumpah said...
March 11, 2013 at 8:17 AM

kenapa sampai 20 jam terbiar anggota yang menjadi mangsa...kenapa pasukan tidak beri bantuan....


Mamai d'Great said...
March 11, 2013 at 1:35 PM

TAK KIRA SIAPA, sesiapa yang terlibat dengan PENGGANAS sulu perlu diambil tindakan. HATTA bapa or anak, yang MENYUMBANG PENCEROBOHAN PENGGANAS ADALAH PENGGANAS.


Scarlett said...
March 11, 2013 at 1:47 PM

Kerajaan perlu melakukan segera siasatan terperinci berhubung dakwaan insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu dan Semporna didalangi pihak dalam negara, kata Persatuan Bekas Komando Negeri Johor.


Scarlett said...
March 11, 2013 at 1:48 PM

Penasihatnya, Datuk Abdul Aziz Sapian berkata, dakwaan yang dibuat media dan anggota perisikan negara luar tentang dalang yang bertanggungjawab terhadap pencerobohan di kawasan timur Sabah itu merupakan sesuatu yang amat serius.


Scarlett said...
March 11, 2013 at 1:49 PM

"Maklumat awal telah diperoleh (daripada media dan perisikan luar), apa yang perlu dilakukan adalah kerajaan memulakan siasatan yang serius untuk menentukan sama ada dakwaan itu ada kebenarannya atau tidak," katanya


Scarlett said...
March 11, 2013 at 1:49 PM

Abdul Aziz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nusajaya berkata, "tali barut" yang mendalangi insiden percerobohan di pantai timur Sabah itu mesti dihadapkan ke muka pengadilan secepat mungkin.


Scarlett said...
March 11, 2013 at 1:49 PM

Media dan laporan perisikan luar mendakwa pencerobohan pengganas ke pantai timur Sabah itu adalah di atas "jemputan" pemimpin pembangkang.


Scarlett said...
March 11, 2013 at 1:49 PM

Abdul Aziz yang berkhidmat sebagai anggota Rejimen Gerak Khas (RGK) dari 1970 hingga 1977 juga mahukan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dibawa ke Lahad Datu dan Semporna untuk melihat sendiri operasi keselamatan di kawasan terbabit.


Scarlett said...
March 11, 2013 at 1:50 PM

"Bawa dia ke barisan hadapan di Kampung Tanduo dan Tanjung Batu di Lahad Datu. Kita suruh dia ikut polis dan tentera ke "Red Zone" untuk melihat sendiri ancaman pengganas itu terhadap kedaulatan negara," katanya.


Scarlett said...
March 11, 2013 at 1:50 PM

Baru-baru ini, Naib Presiden PKR itu mendakwa insiden pencerobohan pengganas di Lahad Datu dan Semporna merupakan suatu sandiwara UMNO.


Scarlett said...
March 11, 2013 at 1:50 PM

Abdul Aziz berkata, pembangkang kini berada di dalam keadaan terdesak sehingga sanggup mempermain-mainkan isu keselamatan negara, selain mempertikaikan kematian anggota polis negara.


Anonymous said...
March 11, 2013 at 2:29 PM

Tindakan kerajaan untuk menyelamatkan anggotanya tersebut amat mengecewakan.


Anonymous said...
March 11, 2013 at 2:30 PM

Tuntutan yang mengancam nyawa, apakah yang mereka perlukan sebenarnya?


Anonymous said...
March 11, 2013 at 2:31 PM

Pengorbanan yang tidak diperlukan.


Anonymous said...
March 11, 2013 at 2:32 PM

Unsur keganasan harus dihentikan serta merta.


Anonymous said...
March 11, 2013 at 2:34 PM

Kerajaan Malaysia harus bertindak dan mengambil tindakan yang lebih tegas dalam tanggani isu tersebut.


Kris Jr said...
March 11, 2013 at 4:21 PM

Ops Daulat yang memasuki hari keenam hari ini menyaksikan kumpulan pengganas dari selatan Filipina terus digempur kerana tiada tanda mereka mahu menyerah diri sejak menceroboh Sabah 26 hari lepas.


Kris Jr said...
March 11, 2013 at 4:22 PM

Kumpulan penceroboh sebaliknya bertindak agresif sehingga menyebabkan dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera dalam insiden berbalas tembakan yang berlarutan selama lapan jam di Kampung Tanjung Batu


Kris Jr said...
March 11, 2013 at 4:22 PM

Tindakan itu mendapat reaksi segera Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib yang menyifatkan kumpulan pengganas itu tidak berhasrat menyerah diri atau melakukan gencatan senjata seperti yang dilaporkan media Filipina.


Kris Jr said...
March 11, 2013 at 4:22 PM

pasukan keselamatan membabitkan polis dan angkatan tentera yang membentuk Op Daulat meneruskan operasi menjejak pengganas, dengan orang ramai sekali lagi diingatkan supaya tidak menghampiri kawasan Zon Merah yang ditetapkan sejak gerakan ofensif dimulakan Selasa lepas.


Kris Jr said...
March 11, 2013 at 4:22 PM

Ketika pasukan keselamatan agresif menjejaki musuh, seorang remaja lelaki berusia antara 12 dan 15 tahun maut terkena tembakan pasukan keselamatan pagi ini.


Kris Jr said...
March 11, 2013 at 4:24 PM

Mereka yang ditembak tidak mempunyai dokumen diri


Kris Jr said...
March 11, 2013 at 4:25 PM

operasi agresif pasukan keselamatan juga membawa kepada penahanan 96 individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Sulu yang menceroboh Lahad Datu sejak 12 Feb lepas.


Kris Jr said...
March 11, 2013 at 4:25 PM

Turut ditahan adalah 66 yang lain kerana memasuki zon larangan dalam kawasan Op Daulat yang dilancarkan pada Selasa.


Kris Jr said...
March 11, 2013 at 4:25 PM

Gerakan ofensif juga kini dilebarkan ke kawasan baharu di Kampung Tanjung Batu selepas pasukan keselamatan menumpukan kepada operasi membersih dan menggeledah di Kampung Tanduo, kira-kira lima kilometer dari kampung itu


Kris Jr said...
March 11, 2013 at 4:25 PM

Sementara itu di Semporna, polis daerah itu menahan empat individu yang merupakan suspek penceroboh.


Blackforest said...
March 11, 2013 at 5:03 PM

Jika benar, mungkin dia ada talian dengan para pengganas ni.


Blackforest said...
March 11, 2013 at 5:07 PM

Perlu pengesahan dari pihak berkuasa dulu tentang perkara ni.elakkan untuk percayai spekulasi dan khabar angin.


arafat said...
March 11, 2013 at 6:18 PM

Elok le kalu mereka lari keluar dr Malaysia. Malah gerakan harus dperlipatgandakan lagi bg mmbersihkn semula gelaran Sabah Utara dr saki baki Sulu atau seumpamanya.


kintung said...
March 11, 2013 at 11:03 PM

ada bukti kukuh ke orang ni tali barut? jangan tuduh sembarangan kalau tiada bukti kukuh. Tak baik tuduh sembarangan.


kintung said...
March 11, 2013 at 11:06 PM

Saya cadangkan agar semasa sesi temuduga pengambilan polis atau tentra, pastikan ada ujian khas. Buat ujian bertulis.


mantera said...
March 12, 2013 at 2:09 PM

tali barut harus dikenakan hukuman berat


jackie said...
March 13, 2013 at 4:17 PM

menjadi tali barut musuh satu perkara yang tidak boleh di terima. Harap ini hanya kbar angin.


jackie said...
March 13, 2013 at 4:19 PM

Kita tunggu penjelasan dari pihak berkuasa. Mungkin sekarang mereka sedang menjalankan siasatan.


songkilou said...
March 14, 2013 at 5:15 PM

Angkatan Tentera DiRaja Malaysia (ATM) dijangka akan melakukan gempuran terakhir bagi menamatkan terus pencerobohan kumpulan pengganas Sulu di kawasan Lahad Datu, Sabah.


songkilou said...
March 14, 2013 at 5:15 PM

Penulis menjangkakan gempuran akan dilakukan dalam tempoh 48 jam lagi.

Konflik Lahad Datu perlu dihabiskan segera bagi membuka laluan untuk kerajaan menumpukan pula kepada isu Pilihan Raya Umum Ke-13.


songkilou said...
March 14, 2013 at 5:15 PM


Mynewshub difahamkan pembubaran Parlimen terpaksa dibawa ke bulan hadapan berikutan isu Lahad Datu menuntut kerajaan berkuasa penuh menanganinya dan bukan kerajaan ‘caretaker’.


songkilou said...
March 14, 2013 at 5:15 PM



Seperti yang kita tahu, semalam ATM telah pun mengumumkan ia akan menambah aset dan anggota untuk menggempur pengganas yang menceroboh negara di Kampung Tanjung Batu dan Sungai Nyamuk, 130 kilometer dari bandar Lahad Datu, sejak 12 Feb lepas.


songkilou said...
March 14, 2013 at 5:15 PM


Malah, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin memberi gambaran operasi daulat yang memasuki hari kesembilan (semalam), berada di penghujungnya dengan tumpuan menjejaki saki-baki pengganas yang kini bergerak dalam kumpulan kecil.