Tuesday, March 12, 2013

Gaji Naik, Hadiah Untuk Hadapi PRU 13?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikkan gred gaji bagi mereka yang berkhidmat dalam pasukan keselamatan untuk disetarakan dengan perkhidmatan awam lain dalam sistem saraan baru yang digelar Sistem Saraan Transformatif (SST) yang meningkatkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion.

Najib berkata, penyelarasan gaji itu berkuat kuasa 1 Januari 2013 dan melibatkan 102,434 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan 131,904 anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM) manakala bagi penjawat awam lain dimana kenaikkan gaji antara RM80 dan RM320 sebulan akan bermula pada 1 Julai.

“Semua inisiatif yang diumumkan hari ini adalah sebahagian daripada sistem saraan baru iaitu Sistem Saraan Transformatif (SST), kata beliau semasa Perhimpunan Perdana Perkhidmatan Awam Ke-13 (MAPPA XIII) disini hari ini.

Selain itu Najib (gambar) juga turut mengumumkan kerajaan akan memendekkan tempoh kenaikan pangkat berdasarkan perkhidmatan kepada 13 tahun, berbanding 15 tahun sebelum ini, dan akan melibatkan 17,000 penjawat awam yang layak.

Najib juga turut memberikan 182,434 penjawat awam yang telah menerima gaji maksimum pada 2013 akan diberi kenaikan gaji berdasarkan Jadual Gaji Minimum — Maksimim diperuntukkan Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak 3KGT.

“Sebagai satu dasar, sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan bersetuju Pergerakan Gaji Khas sebanyak 3 peratus diberikan kepada pegawai mencapai gaji maksimum, tertakluk memenuhi syarat pergerakan gaji tahunan termasuk syarat prestasi,” katanya di hadapan penjawat awam di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Beliau turut mengumumkan lanjutan kontrak selama setahun bagi hampir 50,000 kakitangan kontrak perkhidmatan awam yang tamat pada Disember tahun ini dilanjutkan kepada Disember 2014.

Selain itu, kelayakan masuk minimum ke perkhidmatan awam turut ditambah baik dan ditetapkan kelayakan pada peringkat Penilaian Menengah Rendah (PMR).

“Skim-skim perkhidmatan yang terlibat adalah kelompok gred jawatan dan gred gaji 1 hingga 10 yang akan dinaik taraf ke gred jawatan atau gred gaji setaraf dengan kelayakan masuk PMR,” katanya.

Kerajaan juga jelas Najib bersetuju bagi meluaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu kenaikan pangkat laluan pantas, kenaikan pangkat laluan pakar bidang dan kenaikan pangkat laluan kemahiran tinggi.

Najib turut menggesa agar penjawat awam membuat keptusan bijak dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang dan berhati-hati dengan pihak yang hanya pandai berjanji tanpa menepatinya.

“Lantas kalau dilihat rekod mereka yang lepas dari menepati janji ia amatlah buruk. Bagi mereka manifesto bukan janji. Dari yang demikian, kalau manifesto bukan janji, maka buat apa kita percaya dengan kandungan manifesto mereka,” katanya.

Jelasnya lagi, kerajaan pimpinannya, Barisan Nasional (BN) sekiranya mahu boleh sahaja menjanjikan janji populis, namun atas sebab memikirkan kesan jangka panjang, kerajaan jelasnya mengambil pendirian berfikiran secara waras.

“Ya ... Tentunya kerajaan akan jadi lebih popular. Ya ... Semua pihak rasa seronok, semua teruja, tetapi itu hanya seketika.

“Sebenanrnya kita perlu berfikiran waras apa akan terjadi kemudian hari akibat tindakan populis itu, oleh demikian, pucuk pangkalnya kita akan istiqamah menjadi sebuah kerajaan adil dan bertanggungjawab tanpa memperjudikan apa-apa keputusan yang boleh merosakkan kedudukan kewangan negara,” katanya mengakhiri ucapan beliau. -TMI

Komen Anda

25 Responses to " Gaji Naik, Hadiah Untuk Hadapi PRU 13? "
limpata lais said...
March 12, 2013 at 5:41 PM

Lepas ni apalagi yang nak diwar warkan? Dekat dekat nak PRU macam macam tawaran...............Nilaikan sendiri..........apakah makna semuanya ini.........


arafat said...
March 12, 2013 at 7:56 PM

Perasan tak harga barang dah naik??Cuba survey kat pasar dan yg pasti harga RON 97 dah naik .20 sen.


mantera said...
March 13, 2013 at 1:37 PM

gaji naik pn jadi isu oleh pembangkang


Caldina said...
March 13, 2013 at 3:27 PM

Manifesto Pembangkang Hanya Jual Janji-janji Lapuk


Caldina said...
March 13, 2013 at 3:27 PM

Berbekalkan mimpi indah untuk diharung sepanjang tempoh PRU13, pakatan pembangkang telah melancarkan manifesto yang bertujuan untuk menggula-gulakan rakyat, manifesto yang merupakan janji manis yang tidak akan mereka tunaikan.


Caldina said...
March 13, 2013 at 3:27 PM

Naib Ketua UMNO Bahagian Lenggong, Datuk Shamsul Anuar Nasarah hari ini menyifatkan apa yang mereka bentangkan baru-baru ini sekadar manifesto baru di sebalik janji-janji lapuk mereka.


Caldina said...
March 13, 2013 at 3:27 PM

“Nampak baru tetapi dari segi isi kandungannya sebahagian besarnya telah disebut mereka sebelum ini, kebanyakannya sudah pun dilaksanakan oleh kerajaan BN.


Caldina said...
March 13, 2013 at 3:28 PM

“Malah pandangan pakar ekonomi, jika manifesto pakatan ini dilaksanakan, negara kita akan terjerumus muflis dalam masa dua tahun.


Caldina said...
March 13, 2013 at 3:28 PM

“Contohnya, dalam cadangan mereka iaitu gaji minima. Nampak di mata rakyat memang bagus tetapi hakikat dari segi ekonominya secara tidak langsung pelaburan asing ke dalam negara akan terjejas, kemungkinan juga kos asas harian juga akan meningkat jika gaji minima ini dilaksanakan di semua sektor, pasti akan memberi bebanan kepada banyak pihak termasuk kepada penguasa IKS dan sebaganya,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Lenggong mengulas janji-janji baru melalui manifesto terbaru pakatan pembangkang.


Caldina said...
March 13, 2013 at 3:28 PM

Tambahnya, rakyat sudah bijak memilih dan menilai parti yang ada kerana janji-janji lama pihak pakatan pun masih tidak tertunai, malah kini boleh berjanji bermacam-macam lagi yang tidak boleh dilaksanakan mereka.


Caldina said...
March 13, 2013 at 3:28 PM

“Malah pemimpin kanan pakatan pembangkang iaitu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang mengatakan `manifesto bukan janji’, habis tu apa maknanya manifesto tersebut. Adakah ianya satu perkara yang lunak dibaca tetapi dari segi realitinya, ianya merupakan satu perkara yang tidak mampu dilaksanakan oleh pimpinan pakatan pembangkang.


Caldina said...
March 13, 2013 at 3:29 PM

“Saya yakin, apa yang terkandung dalam manifesto tersebut sekadar gula-gula politik untuk mereka menang dalam pilihanraya, sebaliknya satu yang sukar untuk mereka laksanakan kalau mereka menang pilihanraya,” tambahnya.


Anonymous said...
March 14, 2013 at 1:44 AM

Datuk Bung Mokhtar Radin, the member of parliament for the Kinabatangan district, in November 2012 urged the Ministry of Rural and Regional Develop¬ment to build roads in his rural constituency.


Anonymous said...
March 14, 2013 at 1:45 AM

“It is very difficult for the villag¬ers, particularly in this monsoon season, and communications among villages can be cut off,” he said.


Anonymous said...
March 14, 2013 at 1:45 AM

According to Datuk John An¬thony, the director of the PWD, Sabah would require RM10 bil¬lion (US$3.22 billion) to tar its 12,000 gravel roads to attain the national average of 80 per cent sealed roads.


Anonymous said...
March 14, 2013 at 1:45 AM

To this end, the national govern¬ment has allocated RM4.5 billion (US$1.45 billion) to reduce the urban-rural development gap and construct 441km of rural roads nationwide.


Anonymous said...
March 14, 2013 at 1:45 AM

Meanwhile, in October 2012 Sabah’s Chief Minister, Datuk Seri Musa Aman, revealed that RM763.7 million (US$249.3 mil¬lion) would be spent on infrastruc¬ture in 2013, with RM742.95 million (US$242.5 million) set aside for upgrading roads and bridges, RM7.25 million (US$2.4 million) for the railway, and RM13.5 mil¬lion (US$4.4 million) for ports and harbours.


Anonymous said...
March 14, 2013 at 9:05 AM

KALAU SETAKAT NAIK 80 AKU RASA BAIK AKU UNDI PR.YANG ANAK AKU LAGI BAGI AKU BULAN BULAN 500 AKU TUNGGU LAH PR MEMERINTAH MUNGKIN GAJI LEBIH BESAR INI KALI LAH


kelly said...
March 14, 2013 at 3:57 PM

Jangan asyik fikir negatif sahaja, itulah sebab tidak pandai maju, kenaikan gaji adalah untuk menghargai jasa anggota keselamatan kita.


max said...
March 14, 2013 at 3:59 PM

Biasalah pembangkang, semua perkara pun mau di politik kan.


pina said...
March 14, 2013 at 4:01 PM

PR belum tentu dapat menunaikan janji yang mereka tabur itu.


cherish said...
March 15, 2013 at 12:02 PM

Kalau dikira, gaji tu tak berbaloi dengan tanggungjawab yang mereka pikul. anggota keselamatan ni sebenarnya ambil risiko bertaruh nyawa.


Anonymous said...
March 15, 2013 at 1:02 PM

Memang wajar naik gaji..tapi swasta bila lagi:)


cherish said...
March 15, 2013 at 1:04 PM

BR1M dipersoal, kenaikan gaji dipersoal..apa lagi yang tidak dipersoal??


cherish said...
March 15, 2013 at 1:07 PM

Memang bertuah penjawat awam ni tapi janganlah pula komitmen, kualiti kerja semuanya turun.