Sunday, March 10, 2013

Gambar pengganas guna tangkal & amal sihir

Tangkal bertulis kalimah al-Quran ditemui pada mayat seorang daripada pengganas dan amat menyedihkan kerana tangkal itu turut dipakai di celah kelangkang.

Menurut sumber, tangkal itu ditemui pada mayat pengganas yang ditembak ketika bertempur dengan pasukan keselamatan negara di Kampung Tanduo, dekat sini, jam 6.45 pagi kelmarin.



“Apabila pemeriksaan dilakukan, anggota pasukan keselamatan terkejut menemui tangkal dengan kalimah al-Quran yang dipakai di celah kelangkang serta di pinggang.

“Kemungkinan pemakaian tangkal itu bertujuan menjadikan mereka kebal, namun terbukti perbuatan itu sebenarnya sekadar amalan syirik kerana dia akhirnya terbunuh akibat terkena tembakan,” katanya.
Pengamal perubatan Islam Sharhan Shafie ketika mengulas tindakan pengganas Sulu itu memakai tangkal berkenaan berkata, ia dianggap sebagai amalan sihir kelas pertama.

“Dalam pengamalan sihir ini, semakin Allah murka, semakin ilmu itu menjadi. “Mungkin itu pertimbangan pengganas terbabit menyebabkan dia tergamak meletakkan ayat al-Quran di tempat yang tidak bersih kerana hampir dengan kemaluan,” katanya.

Menurutnya, pemakai tangkal seperti itu yakin pihak musuh menghadapi kesukaran ketika berdepan mereka dengan bantuan ghaib termasuk pandangan dialihkan menyebabkan mereka terselamat walaupun berada dalam kepungan.

“Ia dimurkai Allah selain sihir kelas pertama seperti dinyatakan Rasulullah. Saya syorkan anggota keselamatan beragama Islam membaca surah al-Furqan ayat 23 bagi menghindari sihir diamalkan musuh,” katanya.

Read more: http://beritamy.blogspot.com

Komen Anda

49 Responses to " Gambar pengganas guna tangkal & amal sihir "
Caldina said...
March 11, 2013 at 2:11 PM

Pengikut MNLF yang mati itu mungkin menyangka tangkal kebal yang dipakainya berupaya menjauhkan dirinya dari Malaikat Sakaratul Maut, tapi hakikatnya, besar atau kecil tangkal kebal atau sehebat mana ilmu hitam yang dimilikinya, bila sampai ajal akan mati juga.


Caldina said...
March 11, 2013 at 2:11 PM

Sebahagian orang Sulu terutama dari Selatan Filipina memang sudah menjadi tradisi mereka untuk memakai tangkal kebal sama ada yang dipakaikan di leher, lengan, tangan atau pun di pinggang, malah ramai yang mengamalkan amalan ilmu hitam kononnya sebagai pendinding semasa berada berperang.


Caldina said...
March 11, 2013 at 2:11 PM

Demikian halnya dengan pengikut Jamalul Kiram III dan pengikut MNLF turut tak terkecuali dari amalan khurafat dan syirik itu. Biasanya sehari sebelum pertempuran, mereka akan mandi beramai-ramai sambil membaca ayat Al-Quran yang di campur aduk dengan jampi serapah untuk menyeru pendamping


Caldina said...
March 11, 2013 at 2:12 PM

Mungkin kerana pengaruh ilmu hitam sebegitu ditambah lagi dengan rasukan syaitan menyebabkan peri kemanusiaan mereka hilang sama sekali sehingga tergamak memenggal kepala lawannya tanpa sedikit pun belas ehsan semasa pertempuran pengganas Sulu itu dengan anggota polis.


Caldina said...
March 11, 2013 at 2:12 PM

Manakala mayat-mayat anggota keselamatan yang lain pula sengaja diletakkan bom (booby trap), modus operandinya memang sama seperti yang sering dilakukan oleh pengganas komunis sewaktu zaman darurat dulu.


Caldina said...
March 11, 2013 at 2:12 PM

Jelas sekali apa yang dilakukan oleh pengganas Sulu ini sama sekali bercanggah dengan tuntutan Islam yang mengehendaki umatnya tidak berlaku kejam terhadap musuh apatah lagi menjadikan mayat musuh sebagai perangkap bom. Kejam dan ganas.


Caldina said...
March 11, 2013 at 2:12 PM

Selain itu, kaitan sejarah lama keturunan Kiram itu sendiri yang sudah terbiasa melakukan pembunuhan ganas secara besar-besaran ke atas rakyatnya sendiri sekitar tahun 1906 dan 1911 di Bud Dahu dan 1913 di Bud Bagsak, Jolo, Sulu sewaktu pemerintahan Sultan Kiram II dulu, juga boleh diambil kira sebagai punca pengikut Jamalul Kiram III menjadi ganas dan kejam.


Caldina said...
March 11, 2013 at 2:13 PM

Walau apa pun alasannya, yang pastinya kumpulan pengganas Sulu yang menceroboh Sabah dan kini sedang digempur oleh pasukan keselamatan negara, perlu menerima akibatnya di atas kekejaman dan keganasan yang telah mereka lakukan.


Caldina said...
March 11, 2013 at 2:13 PM

Kita telah memberi peluang untuk mereka berundur secara baik sesuai dengan tuntutan Islam yang mendahulukan perundingan demi mencegah pertumpahan darah apatah lagi sesama Islam, kini dasar berlembut yang kita tonjolkan telah dibalas dengan kekerasan, maka wajiblah atas kita untuk bangkit menegakkan hak dan kebenaran. Saved


Kris Jr said...
March 11, 2013 at 2:45 PM

Pasukan keselamatan menahan 27 orang yang menaiki tiga buah bot ketika berada di Zon Merah Op Daulat di kawasan pantai Tanjung Batu


Kris Jr said...
March 11, 2013 at 2:45 PM

penahanan itu menjadikan jumlah mereka yang ditangkap kerana disyaki mempunyai kaitan dengan militan dari Sulu meningkat kepada 106 orang, berbanding 79 orang semalam.


Kris Jr said...
March 11, 2013 at 2:45 PM

Berikutan operasi membersih dan membanteras musuh sedang dijalankan, Ismail menasihati orang ramai supaya tidak memasuki kawasan larangan yang ditetapkan kerana boleh menjejaskan operasi selain membahayakan mereka yang tidak berkenaan.


Kris Jr said...
March 11, 2013 at 2:45 PM

Berhubung 53 mayat penceroboh yang belum dibawa keluar dari Zon Merah, semua militan yang ditembak itu belum diperiksa oleh unit Forensik berikutan kedudukannya berhampiran dengan lokasi di mana musuh berada dan keadaan itu boleh mengancam nyawa pasukan sekiranya dihampiri.


Kris Jr said...
March 11, 2013 at 2:45 PM

walaupun terdapat beberapa mayat telah dibawa keluar, namun sejak unit Forensik diserang Rabu lepas pihak polis terpaksa mengambil langkah lebih berjaga-jaga.


Kris Jr said...
March 11, 2013 at 2:46 PM

sehingga kini unit Forensik hanya merakamkan gambar penjenayah yang terbunuh tetapi belum dapat menjalankan proses siasatan dan bedah siasat ke atas mayat-mayat terbabit bagi tujuan pendakwaan.


Kris Jr said...
March 11, 2013 at 2:46 PM

Op Daulat yang membabitkan pasukan polis dan angkatan tentera berjaya membunuh 53 orang militan, manakala tiada anggota pasukan keselamatan yang dilaporkan cedera atau terkorban


Kris Jr said...
March 11, 2013 at 2:46 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembentukan kawasan yang dipanggil Kawasan Keselamatan Khas Sabah untuk menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri itu.


Kris Jr said...
March 11, 2013 at 2:47 PM

kawasan berkenaan merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu.


Kris Jr said...
March 11, 2013 at 2:47 PM

Kawasan Keselamatan Khas ini berpusat di Lahad Datu yang akan menjadi pusat perintah yang menempatkan beberapa kabin sementara supaya ia dapat berfungsi dengan segera


Kris Jr said...
March 11, 2013 at 2:47 PM

Pada 1972, kerajaan pernah menubuhkan Rajang Area Security Command (RASCOM), iaitu pasukan kawalan keselamatan di kawasan Rajang di Sarawak yang berjaya menghapus ancaman komunis di negeri itu.


Kris Jr said...
March 11, 2013 at 2:48 PM

Kawalan RASCOM meliputi kawasan Sibu, Kanowit, Oya, Dalat, Bintagor, Sarikei, Julau, Song dan Kapit yang diisytiharkan sebagai Kawasan Keselamatan Istimewa oleh Datuk Abdul Razak Hussein selaku perdana menteri ketika itu.


Kris Jr said...
March 11, 2013 at 2:48 PM

cadangan penubuhan Kawasan Keselamatan Khas itu telah dipersetujui pada mesyuarat jemaah menteri


Kris Jr said...
March 11, 2013 at 2:48 PM

Langkah itu untuk memberi keyakinan kepada rakyat Sabah bahawa dalam soal kedaulatan negara, kerajaan akan melakukan apa sahaja bagi menjamin keamanan dan kedaulatan negeri ini


Kris Jr said...
March 11, 2013 at 2:48 PM

lima lagi batalion terdiri daripada pasukan polis dan tentera akan ditambah bagi menguatkan lagi aspek keselamatan sedia ada.


Kris Jr said...
March 11, 2013 at 2:48 PM

pecahan lima batalion itu akan ditentukan selepas rundingan antara polis dan tentera diadakan kemudian


Kris Jr said...
March 11, 2013 at 2:49 PM

Pada prinsipnya kekuatan tambahan lima batalion itu akan ditempatkan di kawasan Special Security Area.


Anonymous said...
March 11, 2013 at 2:54 PM

Siasatan masih perlu dilakukannya.


Anonymous said...
March 11, 2013 at 2:58 PM

Pihak berkuasa akan buat yang terbiak untuk menjamin keselamatan.


Blackforest said...
March 11, 2013 at 4:55 PM

Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pengganas Sulu harus dibicarakan mengikut undang-undang Malaysia kerana telah bertindak kejam dan tidak berperikemanusiaan.


Blackforest said...
March 11, 2013 at 4:56 PM

Beliau berkata kerajaan Malaysia tidak akan berkompromi selain menahan kumpulan penceroboh dari selatan Filipina itu kerana mereka telah bertindak kejam membunuh lapan anggota polis dalam insiden pencerobohan di Lahad Datu, Sabah.


Blackforest said...
March 11, 2013 at 4:57 PM

"Jangan ada seorang pun penceroboh terlepas...kita mahu penceroboh militan ini sama ada ditembak mati atau ditangkap hidup-hidup," katanya.


Blackforest said...
March 11, 2013 at 4:57 PM

Ahmad Zahid tidak menolak kemungkinan bahawa pengganas dipengaruhi dadah atau menggunakan ilmu hitam sehingga bertindak kejam terhadap anggota pasukan keselamatan yang terkorban.


lina a said...
March 11, 2013 at 11:04 PM

rakyat Sabah berasa amat sedih dengan kematian lapan anggota polis Malaysia, dan merakamkan ucapan takziah dan simpati kasih kepada semua keluarga mangsa


lina a said...
March 11, 2013 at 11:05 PM

salute to our fallen heroes who have paid the highest price in defence of our nation and territory.


lina a said...
March 11, 2013 at 11:06 PM

not forgotten our thoughts and prayers also go to members of the security forces who are now in the frontline of this conflict


lina a said...
March 11, 2013 at 11:07 PM

As an independent nation, Malaysia has a sovereign right to ensure recognition and respect for the territorial integrity of its international borders.


lina a said...
March 11, 2013 at 11:09 PM

Selagi konflik ini berterusan, kami menyeru kepada semua pihak untuk mengambil segala tindakan yang perlu supaya kecederaan atau kehilangan nyawa dapat dikurangkan


zam said...
March 12, 2013 at 1:21 AM

Pencerobohan kumpulan bersenjata dari Selatan Filipina di Sabah, membuka mata masyarakat bahawa tanggungjawab menjaga keamanan dan mempertahankan kedaulatan negara melibatkan seluruh rakyat Malaysia.


zam said...
March 12, 2013 at 1:21 AM

Insiden berdarah yang menyebabkan lapan anggota pasukan keselamatan negara terkorban itu menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat, tanpa mengira agama, bangsa dan fahaman politik.


zam said...
March 12, 2013 at 1:21 AM

Reaksi pelbagai pihak menerusi laman sosial seperti Facebook, Twitter dan blog antaranya meluahkan rasa marah dengan kumpulan penceroboh sehingga ada antara mereka yang menawarkan diri untuk menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan serta-merta dan bersama-sama berjuang mempertahankan kedaulatan negara.


zam said...
March 12, 2013 at 1:21 AM

Meskipun ada pihak yang menuduh isu pencerobohan itu sandiwara kerajaan yang ditunjangi Umno, rakyat termasuk penyokong parti pembangkang, mengutuk serangan kejam pengganas terbabit dan mahu semua pihak tidak mempolitikkan perkara berkenaan serta menggesa rakyat bersatu padu mempertahankan Malaysia.


mantera said...
March 12, 2013 at 1:58 PM

amalan kuhurafat ini hnya membawa mereka ke neraka


mantera said...
March 12, 2013 at 1:59 PM

tiada yang kebal dalam dunia ini


jackie said...
March 13, 2013 at 4:25 PM

Terlalu percaya dengan benda karut.


songkilou said...
March 14, 2013 at 5:09 PM

resident Benigno Aquino III has ordered Cabinet members concerned to ensure the safety of Filipinos in southern Philippines in view of Malaysia’s crack down on the supporters of Sulu Sultan in Sabah.


songkilou said...
March 14, 2013 at 5:09 PM


This develops as government expects more Filipinos to leave Sabah, following the arrival of 1,500 undocumented Filipinos on Friday at the coastal towns in the provinces of Sulu and Tawi-Tawi.


songkilou said...
March 14, 2013 at 5:10 PM


Social Welfare Secretary Dinky Soliman said that some 450 of the evacuees arrived at Siasi in Sulu, and at Bongao in Tawi-Tawi after they left the town of Lahad Datu and the city of Sandakan in Sabah.


songkilou said...
March 14, 2013 at 5:10 PM


“We are extending assistance to them by providing them meals,” Soliman told reporters on Tuesday. “We helped them to return to their homes in Tawi-Tawi, Sulu and Zamboanga.”


songkilou said...
March 14, 2013 at 5:10 PM



Also on Tuesday, Interior Secretary Mar Roxas led an interagency meeting in Camp Crame upon orders by the president, to map out government plan to addressing problems that may arise from the arrival of Filipinos from Sabah.