Sunday, March 3, 2013

Gambar Serangan Di Semporna Sabah

KEMELUT tuntutan 'Sultan Sulu' semakin meruncing ekoran tindakan serangan terbaru di Semporna malam semalam yang melibatkan lima orang anggota polis terbunuh, seorang inspektor wanita dan seorang Datuk ditawan dalam rumah.


MATI.....Salah seorang militan yang berjaya ditembak mati di Semporna, manakala kawalan ketat di Semporna bagi memburu saki baki kumpulan militan yang menyerang hendap pasukan polis semalam

Ketua Polis Negara mengesahkan bahawa lima pegawai polis terbunuh dan dua cedera akibat serangan hendap puak militan walaupun dipercayai bukan kumpulan yang sama.

Bagaimanapun, Pasukan Perisik Sabahkini.net di Semporna mendapat maklumat bahawa puak militan yang mengaku sebagai Tentera Sultan Sulu berada di tiga lokasi yang berbeza di Semporna dan sebentar tadi telah menawan Ketua Daerah Sulabayan, Datuk Malali Haji Mali dirumahnya di Kampung Tagasan, Semporna.

Sehingga ke saat ini PDRM belum mengesahkan berita mengenai nasib Inspektor Azra yang kononnya berjaya ditawan kumpulan militan semalam.

Dalam pada itu tiga orang militan berjaya ditahan di Simpang Jalan Haji Jalan di Kampung Tanjung Labian, Lahad Datu; manakala lima lagi dapat meloloskan diri dari kepungan ketat polis berdekatan Tg Labian apabila pasukan keselamatan berjaya mengesan mereka setelah operasi memburu saki baki militan @ tentera Mat Bom dilancarkan.

Menurut penduduk kampung, akibatnya mereka berada dalam kebuluruan kerana terputus bekalan makanan dan setakat ini belum ada sebarang bantuan yang diberikan kepada penduduk di 13 kampung tradisi berkenaan yang terperangkap dan mengalami risiko ditawan puak Militan.

Siasatan Pasukan Perisik Sabahkini.net mendapati bahawa bukan sahaja Suluk, malah Bajau Sibutu, Bajau Simunul dan Iyakan juga turut menjadi 'Tentera Berani Mati' Sultan Sulu yang membentuk sembilan kumpulan.

Setakat ini hanya dua kumpulan sahaja yang memunculkan diri di Kampung Tanduo, Tungku dan Sri Jaya, Simunul, Semporna; manakala enam lagi dipercayai akan menyusul pada bila-bila masa.

Kumpulan militan yang dianggarkan seramai 2,000 orang telah berada di Sabah sejak lima bulan lalu; kebanyakannya adalah warga Penyu yang memiliki IC Projek merancang untuk menyerang dan menawan Tanduo, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Sandakan yang sebelum ini adalah Wilayah Sultan Sulu.

Menurut maklumat tidak rasmi Militan Filipina, seramai 2,000 lagi sedang memasuki Sabah melalui Jolo bagi menjalankan Operasi 'Magsabil' (Jihad dan Shahid) untuk menawan Sabah yang sebelum ini didakwa sebagai Tanah Jajahan Sultan Sulu.

Dalam kejadian semalam, satu keluarga yang menjadi Tebusan di Semporna telah dapat diselamatkan oleh Pasukan Keselamatan namun agak malang kerana dua anggota keselamatan terkorban dalam kejadian serang hendap; manakala dua penjenayah berjaya ditembak mati.

Bagaimanapun tiga anggota polis yang terkepung dalam sebuah rumah lain tidak dapat menyelamatkan diri dan tewas di tangan militan menjadikan kesemuanya 5 orang polis terkorban setakat ini. Identiti mereka belum didedahkan setakat ini.

PDRM juga masih membisu berhubung laporan penculikan Inspektor Azra, sekalipun keluarganya tidak menafikan kemungkinan beliau diculik adalah positif kerana tidak dapat mengesan beliau sejak semalam.

Pasukan Perisik Sabahkini.net turut menerima maklumat bahawa Kunak Kudat, Lahad Datu dan Sandakan akan diserang pada bila-bila masa dan pihak berkuasa telah mengambil berjaga-jaga sejak malam tadi.

Sebentar tadi, (2.45 petang) sekumpulan militan dilaporkan telah mendarat di Kampung Desa Bajau dan pasukan keselamatan sedang bergegas ke lokasi yang dilaporkan penduduk kampung untuk mencegah sebarang kemungkinan; bagi mengelak nasib malang yang menimpa penduduk Simunul semalam berulang. Begitu juga di Kinabatangan telah dilaporkan berlaku tembak menembak di kawasan pasar dan belakang hospital, namun belum dikenalpasti jumlah dan puak yang terlibat.

Nampaknya Sabah akan menghadapi Gelombang Tsunami Reverse Take Over yang mengejutkan jika pihak berkuasa masih 'berhidung tinggi' dan enggan mendapatkan kerjasama penduduk kampung mengesan anggota Militan yang tinggal di kampung berkenaan; sebagaimana kejayaan pasukan keselamatan menahan salah seorang yang disyaki anggota kumpulan militan di Semporna, Haji Tampakan Pehakan.

Setakat ini PDRM belum mengesahkan tangkapan berkenaan sekalipun Pasukan Keselamatan di Tanduo dan sekitarnya masih menunggu arahan 'Tembak' daripada Menteri Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara setelah berjaya mengesan saki baki militan berkenaan.

Persoalan yang bermain dibenak anggota keselamatan ialah bagaimana mereka dapat mengenalpasti kumpulan militan kerana wajah, bahasa dan budaya mereka hampir sama dengan penduduk kampung; terutama yang mendapat IC Projek; umpama musuh dalam selimut yang menghalakan peluru kepada kita dan menjadi 'Si Kitul' membenarkan militan masuk demi cita-cita 'kosong' Sultan yang kehilangan negara; Sultan Pasir Berdengung!

Oleh : MUTALIB M.D (sabahkini)

Komen Anda

40 Responses to " Gambar Serangan Di Semporna Sabah "
rynn matius said...
March 3, 2013 at 5:45 PM This comment has been removed by the author.

rynn matius said...
March 3, 2013 at 5:50 PM

MOHAN BUAT RONDAAN DI SEKITAR KUDAT,KOTA MARUDU DAN PITAS..jika MILITAN sudah berada di sabah 4 bulan lepas!


rynn matius said...
March 3, 2013 at 5:51 PM This comment has been removed by the author.

rynn matius said...
March 3, 2013 at 5:51 PM This comment has been removed by the author.

Anonymous said...
March 3, 2013 at 8:39 PM

ini lah kesan dari IC projek UMNO


Anonymous said...
March 3, 2013 at 8:58 PM

Umnong tdk akan bersalah, org lain pula disalahkan. Projek ic angkara siapa, tetapi menteri mengatakan keadaan terkawal. Tetapi nyawa polis jadi taruhan, rakyat sabah semakin ketakutan. Media2 di tv tdk melaporkan kejadiaan sebenar, tetapi kes2 Anuar pula diheboh-hebohkan. Dpt dilihat kerajaan lebih mementingkan politik dari keselamatan rakyat sabah.


Anonymous said...
March 3, 2013 at 9:23 PM


Doakan kesejahteraan pada semua rakyat sabah... media perdana sibuk kempen BN.. rakyat sabah disuruh bertenang.. bertenang saje. Bolehla sebab yang bercakap tu di saaaaaaana


Anonymous said...
March 3, 2013 at 9:25 PM

Setiap hari ada saja angka korban dipihak polis kita. PM tidor ke atau YB Menteri Dalam Negeri PONDAN? Asal mati je polis /tentera, mereka akan dinaikan pangkat. Fening ANA dgn kerajaan malaysia. Konon2 kebajikan trjaga le. Suami dah PIIiii masuk kubur tinggal anak isteri konon nak cover macho..naik le pangkat arwah tu. Tentera yg kudung kaki masa zaman PKM dulu yg beroperasi, bukankata minta tanah tapi rumah murah pun susah. tapi suami Kak Ijat Jalil tu dpt 6 unit komersial lot kat Kg abdullah Hukum, KL. Pada hal,bukan warga kat situ pun. TIPU je la UMNO.


Ardy Janing said...
March 3, 2013 at 9:49 PM

Inilah yang akan terjadi apabila pihak keselamatan dan kerajaan Malaysia mengambil tindakan yang lama Dan berpoya-poya.
Sabah di coroboh kata "jangan dengar khabar angin,mereka bukannya militan atau pencoroboh,tapi kawan"
Lihatlah apa yang dia katakan bukan pencoroboh atau militan sekarang.rakyatnya di bunuh baru nak bertindak..!!!



WHAT THE FUCK....!!!!!!!!!!!


Anonymous said...
March 3, 2013 at 10:49 PM

huhu..lucu org yg menulis cnie..sibuk2 kt org politik..cuba baca statement masing2..klu btul2 iklas..knp nk timbulkan isu IC projek? tu lg penting skrg ni ker? Bila org yg hanya tahu bercakap tp xtau selok belok ttg etika polis @ tentera dalam hadapi ancaman macam tu la..buat statement yg bodohkan diri sendiri..mmg km di siniiii..tp yg berjuang sana pon pk la yg dr manaaa?? jgn nk wat isu lain..skrg ni nm warga malaysia..masing2 support la pasukan keselmatan... Klu nak ckp PONDAN tu..knpa kau tak pegi sana join PGA bantu buat kawalan.. "Musuh dalam selimut" statement yg bagus..sbb tu kn cr bukti sapa yg buat..ada kerajaan tuduh? PM pn ckp siasat dlu utk kepastian..tp yg trus fitnah dr mn??? br msuk dh kuar statement..so, mcm dorg dh tau ni akan terjadi..siapa pengkhianat patut dibunuh..klu bukti dh cukup..So jgn wat fitnah kat sini..tgu ja bukti..sal IC tu kamu dok berckap2 silap2 yg memberi tu saudara mara sendiri yg keja kat JPN sana..so malu sendiri nanti...cr punca dlu br bersuara...


Anonymous said...
March 3, 2013 at 10:59 PM

padan mukamu nah,,, selalu merendah rendahkan dan menghina orang warga penyu ,pati,pilak rasakanlah azab kamu.


Anonymous said...
March 3, 2013 at 11:30 PM

babi suluk anjing, mampos bangsa anjing kiram laknat


Anonymous said...
March 3, 2013 at 11:32 PM

kalau sabah dilepaskan kepada penceroboh bermakna akan berlaku penghapusan etnik asal. apapun saya yakin kerajaan malaysia dapat menyelamatkan sabah. yang penting kita bersatu dan lupakanlah fahaman politik yang semakin tidak rasional dan mengada-ngada oleh pelbagai pihak yang taksub.


Anonymous said...
March 3, 2013 at 11:41 PM

Hoi bangsat...ko ni mmg sah puak pemberontak tu..ko dah la msuk mncroboh ngara org lagi nak biadap..pegi mampus la ko..


Anonymous said...
March 3, 2013 at 11:42 PM

dalam keadaan sekarang rakyat yang pelbagai agama berdoa supaya semua musuh yang menceroboh ini mati semuanya. kepada yang beragama islam bacalah surah yaasin setiap kali lepas sembahayang dan mohon keamanan dan minta semua musuh dihapuskan oleh Allah. mereka mengelar diri tentera jihad tapi jihad mereka kerana hendak merampas harta dan keamanan orang lain. faktor sejarah tidak lagi releven kerana kita memilih untuk merdeka bersesuaian dengan sunah nabi saw yang memerdekakan orang tawanan. pegangan agama mereka sangat cetek dan dan nyawa tidak berharga kepada mereka. semoga tuan-tuan dapat memikirnya.


Anonymous said...
March 4, 2013 at 12:00 AM

Setuju dgn anonymous 11.42pm..tuntutan mereka tdk lagi relevan..klau ikutkan sejarah pada abad ke16 sabah adalah sbhgian dr brunei sblum diberi pd sultan sulu utk mengelakkan perang sivil..klau brunei nak tuntut sabah mreka juga berhak tp dlm era moden skrg mreka tdk trfikir pun nak brbuat demikian..lagi satu yg confius ni brape ramai yg mngku sultan sulu? hrmmm..mati hidup semula pun kami tak ingin bertuankan sultan sulu..peace for sabah..


Douglas Valentine said...
March 4, 2013 at 12:30 AM


haha sultan sulu sultan paling miskin di dunia. tinggal rumah kayu hahahahaha. setakat pedang dia, cantik lagi pisau yg sy beli di giant supermarket. siapa mau under jajahan sultan miskin? pui! pilak sial.


Douglas Valentine said...
March 4, 2013 at 12:32 AM

bunuh ja pengikut pengikut dia. biar sampai dia xda pengikut. barulah xda lagi pilak mau serang kita


adam said...
March 4, 2013 at 7:33 AM

Kaum kedua yg paling banyak dpt ic disabah adalah kaum cina. Ada pemimpin DAP Sabah yg siap mohon jadi anak negeri Sabah padahal setitik darah pun tak ada keturunan anak pribumi Sabah. Shame on DAp Chinese.


PUSAKA BANGSA said...
March 4, 2013 at 11:01 AM

Yang bagi pemimpin umno...Shame on Umno Bn


Rone Oh Yienjie said...
March 4, 2013 at 5:05 PM

My father on guard right now with other force.... cuz Kudat maybe in dangerous if not being guard.. sad sad..


rynn matius said...
March 4, 2013 at 6:25 PM

Kudat kn bnyk sgt warga filipina,sial mcm mana boleh jd mcm ni


mohd fairuz said...
March 4, 2013 at 6:25 PM

INI KESELAMATAN NERAGA..BAGI PARTI POLITIK DI SEMENANJUNG JANGAN SALAH KAN LAWAN KAMU..WAKTU INI LAH KITA SEBAGAI RAKYAT MALAYSIA ''BERSATU''..JANGAN JADI BODOH..KALAU SUDAH AMAN !!!! PILIHAN RAYA BOLEH MENANG KA? ...INI KALI LAH..


rynn matius said...
March 4, 2013 at 9:22 PM

Komen berlapik sikit..x pasal2x kena saman mcm individu di laman FB,JANGAN POLITIK KAN


Mariajane said...
March 5, 2013 at 9:55 AM

Peace... kta serahkan pd pejuang2 kta tuk mnyelesaikan smw ini... Yakin dan percaya mereka lbh tahu apa yg harus dlakukan tuk mnylmatkan kta smw... Media Filipina dari Sultan Sulu mngatakan klo ini dan itu dalam arti MEMPERTAHANKAN, sdngkan media malaysia jg MEMPERTAHANKAN... Xda yang salah krn sama2 mmpertahankan tp klo nyawa penduduk terancam?? namun, sy sngat jempol atas kebijaksanaan Malaysia dalam menanggani hal ini... Syabas pd tentara kita...!!! kita doakan mereka pulang dngn segera dan selamat....


kamilla said...
March 5, 2013 at 9:58 AM

Tidak perlu politikkan isu ini, apa yang penting keselamatan penduduk dan harap tiada lagi pertumpahan darah berlaku.


kamilla said...
March 5, 2013 at 10:09 AM

Jangan asyik menunding jari sahaja, sama-sama kita berharap isu ini segera selesai dan semua kembali seperti biasa.


Marimar Pascual said...
March 5, 2013 at 11:41 AM

sekarang bukan masa untuk mempersalahkan tapi untuk sama2 bersatu dan bekerjasama untuk mengakhiri isu ni.bersatu teguh,bercerai roboh.peace!


mantera said...
March 5, 2013 at 1:38 PM

serangan ini takkan lemahkan semangat pasukan keselamant Malaysia


Kris Jr said...
March 5, 2013 at 3:07 PM

anggota tambahan bagi membantu polis mengawal keselamatan di kawasan pantai Timur negeri ini.


Kris Jr said...
March 5, 2013 at 3:07 PM

insiden pertempuran di Kampung Tanduo dan serangan hendap terhadap anggota polis di Semporna tidak mampu melemahkan semangat pasukan dan anggota PDRM dalam menjamin keamanan dikekalkan di negeri itu.


Kris Jr said...
March 5, 2013 at 3:07 PM

kerajaan negeri Sarawak telah mengarahkan supaya mendiang Michael disemadikan bersama-sama pahlawan Sarawak di makam itu yang termasuk penerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) dan Pingat Gagah Berani (PGB) Datuk Temenggung Kanang Langkau yang meninggal dunia Januari lepas.


Kris Jr said...
March 5, 2013 at 3:07 PM

moral pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia dalam menjaga keselamatan rakyat Sabah kekal berada di tahap yang tinggi walaupun lapan anggota pasukan keselamatan itu terkorban dalam insiden pencerobohan Kampung Tanduo dan di Semporna. Mereka kini berada di tahap moral yang tinggi selepas mendengar rakan mereka gugur dalam menghadapi perkara itu


Kris Jr said...
March 5, 2013 at 3:07 PM

faktor lain yang menaikkan moral pasukannya ialah kejayaan operasi mereka yang menyebabkan 19 orang anggota kumpulan penceroboh terbunuh. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak boleh mendedahkan taktik yang digunakan dalam operasi serangan ke atas penceroboh Sulu yang sedang dilaksanakan ketika ini.


Kris Jr said...
March 5, 2013 at 3:08 PM

serangan itu ada menggunakan letupan tertentu agar pihak penceroboh tidak memasuki kawasan yang dikawal oleh pihak pasukan keselamatan negara.


Kris Jr said...
March 5, 2013 at 3:08 PM

Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengingatkan orang ramai agar tidak mendengar dan mempercayai cerita yang dihebahkan menerusi media sosial berhubung isu pencerobohan di Kampung Tanduo


Kris Jr said...
March 5, 2013 at 3:08 PM

banyak maklumat yang tidak tepat malah boleh menjejaskan ketenteraman awam telah disampaikan kepada orang ramai.


Kris Jr said...
March 5, 2013 at 3:08 PM

rakyat perlu pastikan maklumat yang diperoleh dari saluran rasmi kerana ia merupakan maklumat yang sangat boleh dipercayai.


Kris Jr said...
March 5, 2013 at 3:08 PM

Bukan sahaja tidak tepat dan boleh mengancam ketenteraman awam, ia (maklumat di media sosial) juga menghabiskan masa pihak berkuasa untuk menyiasat perkara yang tidak benar itu.


ct_ariel8788 said...
March 5, 2013 at 10:39 PM

Rumusannya, pihak berkuasa seharusnya menyelidik betul2..bagi setiap maklumat yg dimaklumkan kerana, seperti apa yg kita baca, setiap kali pihak berkuasa mendapat maklumat dan pergi ke tempat yg dimaklumkan mesti ada nyawa anggota kita yg terkorban. Itulah apa yg saya dapat simpulkan..apa2pun, saya doakan sabah selamat.