Monday, March 18, 2013

Najib Juga Didakwa Dalang Pencerobohan Di Lahad Datu

Dakwaan mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kemasukkan penceroboh Selantan Filipina ke Lahad Datu, Sabah, oleh pemimpin Umno-BN dengan berpaksikan kenyataan media luar adalah satu bahan jenaka dunia.

Lebih-lebih lagi apabila juga terdapat kenyataan media dari luar Malaysia yang mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak yang sebenarnya dalang kepada kemasukkan kumpulan bersenjata Sulu ke Sabah.

Sepatutnya, sebuah kerajaan yang penuh kreadibiliti dan mempunyai agensi yang kukuh di bawah naunganya, hendaklah menjalankan siasatan mereka sendiri mengikut prosedur yang ditetapkan.

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dalam reaksinya berkata, menggunakan media untuk membuat tuduhan adalah satu tindakan yang tidak profesional dan kerajaan sepatutnya mengemukakan bukti terperinci.

“Sekiranya Datuk Seri Anwar terlibat, maka dia boleh dakwa secara formal. Tidak mungkin kerajaan begitu hebat main tuduh-tuduh begitu sahaja.

“Ini kerajaan yang tidak bertanggungjawab kerana tuduhan ini adalah tuduhan yang serius, yang melibatkan keselamatan negara,” katanya kepada TVSelangor.

Tegasnya, soal keselamatan negara merupakan perkara penting yang perlu diutamakan dan bukan menjadikan individu tertentu sebagai ‘kambing hitam’ untuk ‘menyelesaikan masalah’.

Disebalik keghairahan pihak tertentu mengaitkan Anwar, beberapa ‘bukti’ yang mengkaitikan Najib dengan insiden Lahad Datu telah tersebar hangat di laman sosial.

Dalam sebuah artikel portal Manila Buletin Publishing Corporation “Don’t Harm Sultan’s Men, Nur Warns Malaysia”, Pengerusi Fron Pembebasan Nasional Bangsa Moro (MNLF), Nur Misuari ada menyebut nama Najib.

“When he was in Jolo, Sulu, over the week, Misuari said that what he heard was that the group of the Crown Prince Rajah Muda Agbimuddin Kiram, younger brother of Kiram, crossed the sea to the island because they were allegedly promised to be settled in Sabah by Prime Minister Dato Seri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Addul Razak,” rujuk portal berkenaan.

(Apabila dia berada di Jolo, Sulu, minggu lepas, Misuari berkata dia telah mendengar bahawa kumpulan Putera Mahkota Raja Muda Agbimuddin Kiram, adik Kiram, menyeberangi laut ke pulau itu kerana mereka mendakwa dijanjikan akan ditempatkan di Sabah oleh Perdana Menteri Dato Seri Haji Mohammad Najib bin Tun Haji Addul Razak.

) Carian Tv Selangor pada pautan
http://www.mb.com.ph/article.php?aid=1201&sid=1&subid=1#.UUQrvxzqicO
mendapati artikerl berkenaan masih wujud dan boleh diakses.

Sebelum ini, beberapa media pro-Umno mendakwa Anwar terlibat di dalam pencerobohan di Lahad Datu berdasarkan laporan media asing.

Ekoran itu, Anwar telah memfailkan tuntutan saman berjumlah RM 100 juta masing-masing terhadap akhbar Utusan Malaysia dan Stesen Televisyen TV3.


Komen Anda

57 Responses to " Najib Juga Didakwa Dalang Pencerobohan Di Lahad Datu "
Anonymous said...
March 18, 2013 at 7:12 AM

kan dah kena meludah kelangit terkena kemuka sendiri.haruskah kita sebagai rakyat yang prihatin untuk kekalkan kerajaan sebegini.selama ini saya tak pernah undi parti pembangkang tetapi pru 13 ini saya akan berubah.insyaallah


headhunter said...
March 18, 2013 at 10:04 AM

Bila Anwar tidak boleh menjawab tujuan pertemuannya dengan Nur Misuari serta pendedahan media Filipina & Reuters mengenai diri sebagai dalang dalam pencerobohan Lahad Datu , kini dia cuba divert untuk fitnah DS Najib Tun Razak kononnya pernah janji tanah kepada kerabat Kesultanan Sulu.


headhunter said...
March 18, 2013 at 10:04 AM

Semasa sidang media semalam pun bila wartawan tanya, dia cakap media Filipinna pun kata Datuk Seri Najib janji tanah kepada Kesultanan Sulu.


headhunter said...
March 18, 2013 at 10:04 AM

Tapi kita semua harus faham yang bercakap di media Filipina itu adalah sekutunya Anwar yang juga master mind pencerobohan iaitu Nur Misuari . Beliau sendiri mengaku sebahagian penceroboh di Lahad Datu adalah daripada tentera MNLF diketuainya.


headhunter said...
March 18, 2013 at 10:04 AM

Apakah kita boleh percaya cakap seorang dalang dari luar yang mahu hancurkan Sabah?? Dalang itu pula merupakan kawan karib Anwar Ibrahim.. sudah tentulah si dalang akan pertahankan kawan karibnya..


headhunter said...
March 18, 2013 at 10:04 AM

Bagaimana pulak pendedahan perisikan Filipina memaklumkan di Reuters bahawa seorang pegawai tinggi tentera Filipina mendakwa, pencerobohan kumpulan bersenjata tersebut berlaku atas jemputan pemimpin pembangkang di negara ini.


headhunter said...
March 18, 2013 at 10:05 AM

Jadi di sini kita dapat lihat betapa desperadonya Anwar untuk melarikan diri daripada menjawab isu Lahad Datu dengan mengaitkan nama Najib yang bersekongkol dengan kesultanan Sulu hingga mengorbankan nyawa 8 anggota polis.


headhunter said...
March 18, 2013 at 10:05 AM

Kalau betul Najib ada menjanjikan sesuatu kepada mereka sepertimana Anwar janji gadai Sabah ini, tolong tunjuk bukti Najib mempunyai hubungan dengan tentera sulu yang melakukan pencerobohan ini. Jangan hanya mereka-reka cerita menuduh Najib seperti mana kantoinya Haprak Daily tak boleh membezakan antara pemimpin MNLF dan MILF.


headhunter said...
March 18, 2013 at 10:05 AM

Laporan Reuters, kumpulan 150 orang diketuai Raja Muda Sulu, Raja Muda Azzumudie itu mendarat di Lahad Datu bagi membincangkan isu tuntutan tanah ekoran jemputan pemimpin pembangkang Malaysia.


headhunter said...
March 18, 2013 at 10:05 AM

The Manila Times menerusi koresponden mereka, Al Jacinto juga mendakwa, pencerobohan tersebut ada kaitan dengan janji pembangkang di Malaysia untuk memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan kelak.


headhunter said...
March 18, 2013 at 10:06 AM

Di Inquirer News, agensi perisikan Filipinan mendakwa terdapat tiga kumpulan yang menjadi dalang pencerobohan Tentera Diraja Kesultanan Sulu di Kampung Tanduo sejak 12 Februari lalu yang akhirnya membawa kepada tragedi berdarah.


headhunter said...
March 18, 2013 at 10:06 AM

Malah secara terbuka, agensi perisikan Filipina mengaitkan nama Anwar apabila mendedahkan seorang pemimpin pembangkang Sabah yang rapat dengan Ketua Pembangkang mengadakan pertemuan dengan pihak penceroboh dan menawarkan jaminan sokongan.


headhunter said...
March 18, 2013 at 10:06 AM

BAGAIMANA PULA DENGAN LAGU ANWAR "TANYA SAMA NAJIB"? APA MOTIF BELIAU MENGUBAH LIRIK LAGU TERSEBUT DENGAN MENGATAKAN BAHAWA SABAH AKAN HILANG?

Ketika rakyat di Lahad Datu dicengkam kecemasan susulan insiden pencerobohan pengganas Sulu, pemimpin de-fakto Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim "menyanyi" tanpa peduli. Malahan, "nyanyian" Anwar itu mencetuskan pelbagai tanda tanya kerana lagu "Tanya Sama Pokok" itu telah diubah suai liriknya bagi mengaitkan dengan Sabah.


headhunter said...
March 18, 2013 at 10:06 AM

BAGAIMANA PULA DENGAN LAGU ANWAR "TANYA SAMA NAJIB"? APA MOTIF BELIAU MENGUBAH LIRIK LAGU TERSEBUT DENGAN MENGATAKAN BAHAWA SABAH AKAN HILANG?

Menurut Utusan Malaysia (7 Dec), Ketua Pembangkang itu menyanyikan lagu tersebut dalam setiap ceramahnya sejak Disember lalu, malah dalam lirik menyebut "Sabah Bakal Hilang". Jelas Anwar, apabila Sabah hilang, UMNO selaku parti teras dalam kerajaan Barisan Nasional (BN) akan melayang dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal menjadi "Ketua Pembangkang".


headhunter said...
March 18, 2013 at 10:06 AM

BAGAIMANA PULA DENGAN LAGU ANWAR "TANYA SAMA NAJIB"? APA MOTIF BELIAU MENGUBAH LIRIK LAGU TERSEBUT DENGAN MENGATAKAN BAHAWA SABAH AKAN HILANG?

"Tanya sama Najib apa sebab goyang, nanti jawab Najib Sabah nak hilang," dendang Anwar berulang kali dalam setiap ceramahnya sejak 2 Disember tahun lalu sambil mengajak penyokong pembangkang menyanyi bersama.


headhunter said...
March 18, 2013 at 10:06 AM

BAGAIMANA PULA DENGAN LAGU ANWAR "TANYA SAMA NAJIB"? APA MOTIF BELIAU MENGUBAH LIRIK LAGU TERSEBUT DENGAN MENGATAKAN BAHAWA SABAH AKAN HILANG?

Menurut akhbar itu, dalam ceramah pada 29 January lalu, Anwar turut menyanyikan lagu sama dan kali terakhir dikesan pada 14 Februari lalu iaitu dua hari selepas Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah diceroboh kumpulan pengganas Sulu.


headhunter said...
March 18, 2013 at 10:07 AM

BAGAIMANA PULA DENGAN LAGU ANWAR "TANYA SAMA NAJIB"? APA MOTIF BELIAU MENGUBAH LIRIK LAGU TERSEBUT DENGAN MENGATAKAN BAHAWA SABAH AKAN HILANG?

Pada 1 Mac lalu, portal berita Filipina, Inquirer News yang memetik sumber perisikan Negara itu melaporkan terdapat tiga kumpulan menjadi dalang kepada pencerobohan berdarah tersebut yang membunuh lapan anggota keselamatan Negara.


headhunter said...
March 18, 2013 at 10:07 AM

BAGAIMANA PULA DENGAN LAGU ANWAR "TANYA SAMA NAJIB"? APA MOTIF BELIAU MENGUBAH LIRIK LAGU TERSEBUT DENGAN MENGATAKAN BAHAWA SABAH AKAN HILANG?

Malah, laporan itu secara terbuka mengaitkan nama seorang pemimpin pembangkang di Negara ini selepas mendedahkan seorang pemimpin pembangkang Sabah yang rapat dengannya menggadakan pertemuan dengan pengganas Sulu bagi menawarkan sokongan. Sebelum itu, pada 14 Februari lalu, agensi berita antarabangsa, Reuters yang memetik kenyataan pegawai tinggi tentera Filipina mendakwa, pencerobohan pengganas Sulu berlaku atas jemputan pemimpin pembangkang di Negara ini.


headhunter said...
March 18, 2013 at 10:07 AM

BAGAIMANA PULA DENGAN LAGU ANWAR "TANYA SAMA NAJIB"? APA MOTIF BELIAU MENGUBAH LIRIK LAGU TERSEBUT DENGAN MENGATAKAN BAHAWA SABAH AKAN HILANG?

Reuters melaporkan, kumpulan 150 pengganas diketuai Azzumudie Kiram itu mendarat di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada 12 Februari lalu bagi membincangkan isu tuntutan tanah selepas jemputan tersebut dibuat. Akhbar dalam talian, The Manila Times pula mendakwa, pencerobohan tersebut ada kaitan dengan janji pembangkang di Malaysia untuk memberikan kuasa autonomi kepada Sabah jika berjaya membentuk kerajaan kelak.


Anonymous said...
March 18, 2013 at 10:20 AM

Headhunter....laporan perisikan manila menyatakan pencerobohan ini didalangi oleh pembangkang Filipina. Kalau hanya membuat tanggapan berdasarkan media2 perdana kerajaan memang semuanya menyerang DSAI. Saya sebagai warganegara yang prihatin kenalah menilai dari kedua2 belah pihak...tp pemerhatian saya selama ini sebagai pribumi Sarawak, selama 50+ tahun memegang tampuk pemerintahan, apa yg kami org Sarawak perolehi. Jalan raya nak dibandingkan dgn semenanjung malaysia, kualiti jauh sekali. Elektrik, air itu dah menjadi tanggungjawab pemerintah untuk menyediakannya. Terlalu banyak projek2 BN di Sarawak yang terbengkalai dan tertangguh. Nak bagi 50 tahun lagi untuk menepati janji? Perlukah 50 thn untuk menepati janji? Tanah dijual kepada kroni2 tanpa pengetahuan penduduk pribumi dan banyak lg. Hutan rata di negeri pentadbiran pembangkang rata masuk dlm tv3...di sarawak hutan byk yg rata oleh pembalakan xde pun masuk dlm berita perdana. Cukuplah di sini kami boleh melihat bahawa apa yg disampaikan di berita perdana bersifat berat sebelah. Rasanya masalah di negeri2 tadbiran BN Umno lebih banyak masalah daripada negeri2 tadbiran pembangkang cuma tak diketengahkan. Berfikirlah mengunakan otak di kepala bukan menggunakan kepala lutut.


Anonymous said...
March 18, 2013 at 11:03 AM

Najib bodoh..baling batu sembunyi tangan. Kalau kau layak sbg PM brkaliber kau mnta buat siastn samada pihak B.Aman atau sapa isu pncerobohn. Bukan kau kata Anwar atau Anwar kata kau. Ini bg media umno buat citer pasal Anwar awal2. Yg sulu tu ada kad ahli umno ,kau tak sentuh.


Anonymous said...
March 18, 2013 at 11:27 AM

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Kuamut Masiung Banah menyeru rakyat di negara yang inginkan kemakmuran dan keamanan seharusnya menyokong dasar-dasar kerajaan bagi meneruskan agenda pembangunan negara.


Anonymous said...
March 18, 2013 at 11:28 AM

Dari itu, kata Masiung, rakyat disaran agar tidak mudah terpengaruh oleh dakyah-dakyah songsang yang dilemparkan oleh parti pembangkang yang berniat jahat untuk memecah belahkan perpaduan rakyat yang sentiasa terjalin sekian lama.


Anonymous said...
March 18, 2013 at 11:28 AM

Katanya, hanya kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mampu menyatupadukan hubungan rakyat yang berbilang kaum tanpa mengira bangsa, agama dan budaya dapat bekerjasama erat antara satu sama lain.


Anonymous said...
March 18, 2013 at 11:29 AM

Disebabkan pembangkang sudah kehabisan modal untuk menyesatkan buah fikiran rakyat bagi meraihkan sokongan perjuangan parti mereka yang sia-sia itu, maka Naib Presiden Parti KeAdilan Rakyat (PKR), Tian Chua tergamak menyelar bahawa insiden pencerobahan yang bergolak di Lahad Datu dan Semporna; walaupun hakikatnya telah mengorban 10 orang anggota keselamatan, sebagai 'sandiwara' kerajaan.


Anonymous said...
March 18, 2013 at 11:29 AM

Apapun tambah Masiung, kita bersyukur di atas ketegasan kerajaan kerana telahpun mengambil tindakan undang-undang di bawah Akta Hasutan terhadap Tian Chua yang berkelakuan biadap itu kerana sedikitpun tiada perasaan simpati kepada keluarga-keluarga mangsa tragedi tersebut.


Anonymous said...
March 18, 2013 at 11:30 AM

Masiung berkata demikian semasa berucap di majlis perasmian Kejohanan Olahraga Tamasa Balapan dan Padang MSSD Kinabatangan yang ke 53 tahun yang dilangsungkan di Padang SMK Bukit Garam dekat sini, kelmarin.


Anonymous said...
March 18, 2013 at 11:31 AM

Mengenai kejohanan Tamasa Balapan ini, jelas Masiung, sememangnya sudah menjadi tradisi pada saban tahun majlis seumpama ini diadakan dengan tujuan untuk menyuntik semangat kepada para penuntut yang cendorong dalam bidang kesukanan agar lebih aktif dan proaktif lagi.


Anonymous said...
March 18, 2013 at 11:31 AM

“Mula daripada padang dan gelanggang sekolahlah maka lahirnya atlet berbakat dalam bidang sukan sehingga mengharumkan nama sekolah dan daerah masing-masing apabila mereka menjulang kejayaan di peringkat negeri dan nasional,” tegas Masuing.


Anonymous said...
March 18, 2013 at 11:31 AM

“Saya rasa terharu dan gembira kerana MSSD Kinabatangan yang ke 53 tahun ini telah mendapat sambutan yang amat menggalakkan di luar jangkaan ini; telah menunjukkan kesedaran terhadap warga sekolah betapa pentingnya mengambil bahagian dan menyertai kejohanan balapan ini,” ujarnya.


Anonymous said...
March 18, 2013 at 11:32 AM

Rakyat haruslah yakin bahawa kerajaan akan menyelesaikan masalah pencerobohan di Lahad Datu tidak lama lagi.


Anonymous said...
March 18, 2013 at 11:54 AM

Setelah lebih 50 tahun Sabah dan sarawak telah merdeka membentuk Negara Malaysia. Ternyata ianya bukan tempoh masa yg singkat dan pembangunan demi pembangunan telah berkembang sehinggakan Malaysia begitu tersohor si mata Dunia.. KLCC menjadi mercu tanda...Litar sepang menjadi salah satu venue perlumbaan setiap tahun dlm perlumbaan antarabangsa manakala KLCC pernah menerima jolokkan lapangan terbang tercanggih. Namun disebalik kemajuan yg kita ketahui masih ada negeri yg masih mundur dari segi pembangunan, ekonomi dan infrastruktur. Sepertimana yg kita sedia maklum, Sarawak menerima dana yg tertinggi setiap tahun namun apa yg kita lihat ianya jauh sekali ketinggalan jika dibandingkan dengan dana yg kita perolehi. Pembangunan hanya terarah di pusat-pusat bandar sahaja namun di pedalaman masyarakat kaum pribumi masih dipinggirkan malah jalan raya masih dalam keadaan seperti laluan lori balak yg amat menyukarkan bila berlaku kecemasan seperti ibu mengandung dan bagi org yg sakit untuk menempuh perjalanan selama lebih 45 minit yg agak teruk untuk ke Klinik atau Hospital yg terdekat. Bukannya masyarakat Pribumi inginkan bangunan mencakar langit mahupun pawagam-pawagam didirikan untuk mereta tetapi cukup sekadar menyediakan kemudahan asas untuk mereka. Harap kerajaan lebih prihatin terhadap rakyat sarawak lebih-lebih lagi Hak mereka terhadap tanah adat NCR... Janganlah mengambil kesempatan terhadap mereka yg kurang arif dan kurang berpelajaran sehingga menafikan hak pemilikkan tanah adat kerana tiadanya geran tanah yg diwarisi turun temurun. Mereka adalah penyokong setia kerajaan namun mereka juga inginkan sedikit pembelaan dari kerajaan.. mereka inginkan hak mereka dan ingin mengecapi pembangunan seperti Di Semenanjung Malaysia. (Luahan hati Bumi Kenyalang)


Anonymous said...
March 18, 2013 at 12:59 PM

Saya amat bersetuju dengan Luahan hati Bumi Kenyalang. Selepas 50 tahun memerintah pun masih umpan rakyat dengan kemudahan seperti elektrik, jalan dan air yang mana sepatutnya menjadi tanggungjawab dan kewajipan mereka selepas memenangi pilihanraya yang lalu. Sekarang isu tanah NCR di sana sini. Apakah kerajaan persekutuan benar2 prihatin dengan keperluan rakyat atau kena 'saya tolong kamu, kamu tolong saya' baru nak dapat? Saya rasa keadaan yang sama berlaku kepada jiran kami iaitu Sabah. Terimalah kenyataan yang rakyat semakin muak dengan sandiwara umno dan bn yang semakin lama semakin tertekan. Saya xkan katakan kejadian pencerobohan lahad datu sebagai sandiwara sehingga mengorbankan perajurit2 negara di sana. Apa yang ingin saya katakan adalah politik telah membuat keadaan itu seumpama sandiwara. Cubalah anda berfikir secara logik....

1. Mengapa penceroboh terbabit x dpt dikesan kemasukkannya?
2. Kalau masuk x dpt dikesan, keluar pun xdpt dikesan tapi boleh pulak dikesan oleh tentera filipina?
3. Ramaikah PTI yang ade i/c kat sana?
4. Pandaikah org mentafsir lagu DSAI yang mengatakan 'Sabah nak hilang' tu sebenarnya Sabah nak hilang dari umno kepada pr..kehkeh!


Amanda Lovely said...
March 18, 2013 at 2:36 PM

Terima Kasih Kerajaan Malaysia…!!

LAHAD DATU, 15 Mac – Sehari mengikuti program Misi Bantuan Prihatin anjuran Pergerakan Puteri UMNO Malaysia sempena kempen Cintai Keamanan – Bersatu Pertahan Kedaulatan Negara memberi gambaran sebenar betapa kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak amat bertanggungjawab dan benar-benar prihatin dalam menghulur bantuan.

Kunjungan ke penempatan sementara di Dewan Cenderawasih dan Dewan Embara Budi menyaksikan hampir 40 peratus mereka yang ditempatkan di sini adalah pendatang asing warga Filipina.

Tanpa mengira mereka ini penduduk sah atau tidak, bantuan tetap dihulurkan sama rata. Perlindungan sewajarnya dihulurkan tanpa wujud diskriminasi. Begitu mulianya kerajaan Malaysia. Sama sekali tidak timbul ‘hulur bantuan bermotif politik’. Apa yang penting ketika ini adalah keselamatan mereka ini terjamin.

Perbualan dengan beberapa penghuni di kem Embara Budi dan Cenderawasih membuktikan bahawa bantuan yang dihulurkan oleh kerajaan amatlah dihargai. Mereka amat berterima kasih kepada kerajaan dan pihak keselamatan yang membela nasib mereka walaupun mereka ini bukan warganegara Malaysia.

Apa yang ada dibenak mereka ini hanyalah mahu tempat mereka mencari sesuap nasi kembali aman dan pengganas dihapuskan segera. (Atas faktor keselamatan nama mereka dirahsiakan).

Ujar mereka yang ditemui, untuk kembali ke negara asal mereka, sudah pasti kesusahan mencari sesuap nasi akan terus membelengu mereka. Untuk terus menyembunyikan diri (takut dikenakan tindakan oleh Kerajaan kerana tidak mempunyai pengenalan diri) pula mereka risaukan keselamatan mereka dan anak-anak.

Namun sikap keterbukaan dan tolak ansur kerajaan negara ini membuatkan pendatang asing Filipina ini benar-benar terharu. Ucapan terima kasih tidak lekang dari bibir mereka kepada Perdana Menteri dan pihak keselamatan.

Begitulah kerajaan BN yang prihatin dan bertanggungjawab. Namun sayangnya sikap sesetengah warganegara sendiri yang menghina pihak keselamatan yang berjuang di Lahad Datu ini amatlah dikesalkan.


Anonymous said...
March 18, 2013 at 3:06 PM

(headhunter said..)ni pencacai umno syaitan yg dikenali


hendry said...
March 18, 2013 at 4:05 PM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa rakyat supaya mempunyai perasaan ‘empati’ kepada perajurit dan anggota keselamatan negara serta perlu berdiri teguh di belakang setiap perjuangan mereka.

Beliau berkata rakyat perlu memahami apa yang telah dan akan terus dilalui perajurit serta anggota keselamatan negara.

“Mereka tidak akan beri sokongan kalau mereka tidak faham apa yang terpaksa dilalui oleh anggota keselamatan kita.


hendry said...
March 18, 2013 at 4:11 PM

“Perlu faham tugas, cabaran, rintangan dan risiko yang dihadapi mereka, sebab itulah untuk kita menimbulkan rasa semangat patriotisme, ia berasaskan kepada kefahaman, kalau tidak faham, makna tidak ada empati,” katanya pada majlis Sepetang Bersama Perdana Menteri bersama Pesara Pegawai-Pegawai Tinggi Angkatan Tentera Malaysia di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin.


hendry said...
March 18, 2013 at 4:12 PM

Perdana Menteri berkata oleh yang demikian, ketika ini pada saat negara berdepan ancaman luar, rakyat perlu berdiri teguh di belakang pasukan keselamatan, yakni tentera dan polis.

“Kita mesti memahami dunia ketenteraan, dan kalau kita faham dunia ketenteraan, maka kita tidaklah buat kenyataan untuk menidakkan kewibawaan pasukan tentera dan polis kita.


hendry said...
March 18, 2013 at 4:12 PM

“Tidaklah memperlekeh kemampuan mereka, dan tidaklah keluar kenyataan daripada pemimpin yang begitu celupar lagi biadap, kononnya apa berlaku di Lahad Datu dan Semporna adalah sandiwara kerajaan Umno,” katanya.

Najib berkata perkara ini menyebabkan rakyat marah dan banyak laporan polis dibuat kerana kerajaan dan angkatan tentera tidak pernah mempunyai sebarang pakatan atau konspirasi.


hendry said...
March 18, 2013 at 4:13 PM

“Kalau ada, tentu tuan-tuan yang hadir pada majlis hari ini boleh mengesahkan, tidak mungkin ada konspirasi tanpa pengetahuan mereka, jika kita berpakat lakukan sandiwara, tentu pegawai atasan hingga bawahan akan tahu,” katanya.

Najib berkata tuduhan serupa turut dilempar terhadap kerajaan ketika insiden di Sauk dahulu.

“Ini adalah perkara tidak masuk akal yang dikeluarkan oleh pemimpin tidak bertanggungjawab, oleh itu, kita perlu teruskan perjuangan kita,” katanya.


hendry said...
March 18, 2013 at 4:13 PM

Beliau turut melahirkan keyakinan penuh anggota keselamatan akan bertugas seperti yang diharapkan kerajaan dan rakyat.

“Saya yakin dan percaya bahawa kita dapat mengatasi dugaan, cabaran dan ancaman itu. Kita akan berjuang habis-habisan tidak kira berapa lama masa yang terpaksa diambil dan tidak kira apa yang perlu kita korbankan, kita akan menjamin kedaulatan dan keselamatan kita tidak boleh diganggu-gugat oleh sesiapa.


hendry said...
March 18, 2013 at 4:14 PM

“Itulah ikrar saya berikan, bagi pihak kerajaan pula mahukan sokongan padu daripada anggota pasukan keselamatan yang sedang berkhidmat… mengharap sokongan padu daripada pegawai tertinggi angkatan tentera,” katanya.

Najib juga berkata jika ada perasaan sangsi oleh pegawai tertinggi terhadap apa jua keadaan, ia boleh membawa unsur yang akan mematahkan semangat anggota pasukan keselamatan.

“Inilah masanya perlu merapatkan barisan, memperlihatkan kesetiaan kerana dalam saat negara memerlukan ketaatan dan kesetiaan, kita tampil ke hadapan dan menjadi barisan yang boleh menjadi penyumbang semangat kepada perwira yang sedang berjuang,” katanya.


shark yu said...
March 18, 2013 at 4:59 PM

headhunter said... pengkianat yang dikenali..


Anonymous said...
March 18, 2013 at 7:23 PM

ciri ciri calun dari bn ialah headhunter.juara bodek hahahahaha


Anonymous said...
March 18, 2013 at 11:42 PM

Maybe both are behind this intrusion.


Anonymous said...
March 18, 2013 at 11:43 PM

Both leaders will do just about anything to win the election. Problem is, we can't decide whether Najib or Anwar is the mastermind.


Anonymous said...
March 18, 2013 at 11:43 PM

I hope the truth will reveal soon with strong evidence.


Anonymous said...
March 18, 2013 at 11:45 PM

Who is the real traitor??


Anonymous said...
March 19, 2013 at 1:19 AM

headhunter said.....Sabah tidak akan hilang, yg hilang adalah telor anugerah tuhan celup.


-Headhunters Deadliest Soul-


mantera said...
March 19, 2013 at 11:31 AM

masing2 saling menuduh satu sama lain adalah dalang


Qharil said...
March 19, 2013 at 12:36 PM

Siapakah dalangnya harus disiasat.


Asyraf said...
March 19, 2013 at 12:39 PM

Ada juag dakwaan ke sini berkait dengan Anwar.


Ahmin said...
March 19, 2013 at 12:44 PM

Usaha semua pihak untuk selesaikan pencerobohan ini diperlukan. Isu ini adalah isu semua warganegara.


ZhiYi said...
March 19, 2013 at 12:45 PM

Tuduhan harus bersama buktinya.


Rahman said...
March 19, 2013 at 12:50 PM

Serahkan bukti jika ada. Tuduhan harus bersama bukti yang sah.


Sumandak Sabah said...
March 24, 2013 at 11:44 AM

PM xkan berbuat demikian kerana dia tau itu akan merugikan besar Malaysia jika kehilangan Sabah....sapa yg wat statement bodoh ni mmg otak kat lutut...


Anonymous said...
March 25, 2013 at 10:54 AM

ini janji kami rakyat sabah 'tak kira siapa dalang atau perancang, kerajaan atau pembakang isu pencerobohan kami akan pastikan nyawa si dalang akan melayang dgn tangan kami sendiri!.jangan peralatkan negeri kami untuk kepentingan politik"