Sunday, March 10, 2013

Pengganas Sulu Bunuh Polis Dengan Kejam?

LAHAD DATU : Ditawan kemudian di penggal kepala merupakan antara kekejaman yang tiada tara dilakukan pengganas Sulu ke atas anggota keselamatan negara.

Bukan itu sahaja, seorang anggota pasukan keselamatan yang turut ditawan dirodok perutnya menggunakan parang Sulu atau barong sebelum dadanya dibelah dan dikeluarkan segala organ dalaman.
Badan wira negara juga ditetak sehingga bercerai beberapa anggota badan sebelum dicampak ke laut manakala ada antara mereka maut kerana kedua biji mata mereka dicungkil menggunakan senjata tajam.

Seorang lagi anggota pasukan keselamatan walaupun terselamat menjadi cacat apabila kedua-dua belah tangannya kudung akibat ditetak dan kepalanya dikelar menggunakan kerambit.

Kesemua wira negara itu diperlakukan sedemikian selepas diserang hendap pada 2 Mac lalu di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna.

Perbuatan yang sangat sadis dan tidak berperikemanusiaan itu menimbulkan tanda tanya apakah mereka ini di bawah pengaruh dadah atau ilmu hitam.

Malah, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak juga menyatakan beliau amat dukacita apabila niat suci Malaysia untuk tidak membenarkan setitik darah tumpah di bumi Sabah dibalas dengan kekejaman oleh pengganas Sulu terhadap anggota keselamatan.

Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Facebook hari ini mengesahkan, selepas operasi menyelamat dibuat anggota komando VAT 69, mayat anggota polis ditemui dalam keadaan diperlaku dengan penuh kejam.

"Apabila tiba di Kampung Simunul, pasukan polis diserang hendap oleh penceroboh. Enam anggota polis terkorban manakala dua yang lain cedera. Enam penceroboh bersenjata telah dibunuh pihak polis.

"Polis menghantar pasukan penyelamat untuk membawa keluar mayat wira-wira kita. Mayat anggota polis ditemui dalam keadaan diperlaku dengan kejam oleh penceroboh bersenjata tersebut," katanya.

Dalam serangan itu, enam anggota polis maut iaitu Supritendan Ibrahim Lebar, Asisten Supritendan Micheal Padel, Sarjan Baharin Hamit, Sarjan Aziz Sarikun, Koperal Salam Togiron dan Lans Koperal Mohd. Azrul Tukiran.

Semua mereka yang maut itu kemudian diberi kenaikan pangkat berkuat kuasa serta-merta sebagai menghargai jasa dan pengorbanan wira yang diumumkan sendiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Terdahulu, pada 1 Mac lalu, pengganas Sulu juga bertindak keji apabila berpura-pura menyerah diri dengan mengangkat bendera putih sebelum menembak mati dua anggota komando VAT 69 dan mencederakan tiga yang lain di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Allahyarham Asisten Supritendan Zulkifli Mamat, 29 dan Sarjan Sabarudin Daud, 46, yang menyangka pengganas Sulu ikhlas kemudian bangkit daripada posisi meniarap menyebabkan kedua-dua mangsa maut ditembak di kepala.

-Sabahkini

Komen Anda

57 Responses to " Pengganas Sulu Bunuh Polis Dengan Kejam? "
oni thok said...
March 10, 2013 at 11:29 AM

Photonya tipuan


zaini zai said...
March 10, 2013 at 1:37 PM

Setahu aku...tentera sulu tu Islam malah mngkin lebih hebat Islamnya dr org UMNO tu sendiri. Jgn kita lupa fakta,iaitu kat Semporna dan LDatu tu ramai warga filipina dtg dan jadi lanun laut pun. Lanun ni jahat dan harus diingat mereka asal dr selatan Filipina spt Sulu tu. Siapa yg selalu brada di SEMPORNA akan tau hakikat ini. Lalu aku percaya, yg mmbunoh tu mesti lanun yg warga filipina dan mnetap di Simunul,Semporna tu. Tentera Sulu yg bunoh dan lanun2 tu tukang kerat mayat.


Yusof Salleh said...
March 10, 2013 at 4:04 PM

kalu benarlah apa yg dikata... tak kan 1 photo aje..
post kan photo2 yg lain bro....
kalu sekadar provoksi aje... memang ler 1 photo aje...


zaiyadi sudin said...
March 11, 2013 at 9:37 AM

Zaini zai...sory komen. Kamu tahu di mana semua cerita pasal lanun dan tentera suluk di semporna tu..macam berpengalaman je...


zaiyadi sudin said...
March 11, 2013 at 10:05 AM

Sedara dah sebulan penceroboh di sabah..dikepong oleh pasukan keselamatan..dgn xcukup makan minum..dan mereka pasti akan ditembak mati suatu hari nanti. Tapi mereka tak pernah nak serah diri (setajat hari ni la). Apa sebab sedara...kerana mereka ni 'berhati kering' berhati batu. Penceroboh yg berhati kering ni ganas dan xboleh dibuat main. Mereka sanggup buat apa saja. 1996 saya dah ke sana bertempur dgn lanun yg mengganas di semporna di laut sulu di sekitar pulau bum bum, bakong-bakong dan lai2lagi. Pakaian dan senjata mereka saling xtumpah penceroboh sekarang. Kaum suluk dr filipina dan dengar cerita agama islam. Islam apakah mereka ini yg sanggup tembak balai polis, rompak bank kedai emas, serang/rompak pulau2 curi enjin, senjatapi org kampung barang makanan harta benda wang dan anak gadis orang..dan sekarang nak tawan/tuntut negeri sabah pulak. Apa carita ini. Sedarlah.


Kris Jr said...
March 11, 2013 at 2:25 PM

Idea pewujudan Kawasan Keselamatan Khas (KKK), yang bertujuan menjaga kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur dan utara Sabah, bukan retorik semata-mata


Kris Jr said...
March 11, 2013 at 2:25 PM

kerajaan memandang serius soal keselamatan rakyat tempatan di negeri ini dan bertindak segera bagi merealisasikan pewujudan KKK seperti yang diharapkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Kris Jr said...
March 11, 2013 at 2:25 PM

Datuk Seri Hishammuddin Hussein telah berbincang dengan Ketua Menteri Datuk Musa Aman mengenai perkara itu, diikuti pertemuan Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) dengan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah


Kris Jr said...
March 11, 2013 at 2:25 PM

pewujudan KKK sempena lawatan ke Felda Sahabat, Lahad Datu Khamis lepas, Najib berkata kawasan berkenaan merangkumi daerah Kudat, Tawau, Kunak, Sandakan dan Lahad Datu.


Kris Jr said...
March 11, 2013 at 2:25 PM

KKK akan berpusat di Lahad Datu yang akan menjadi pusat perintah yang menempatkan beberapa kabin sementara supaya ia dapat berfungsi dengan segera


Kris Jr said...
March 11, 2013 at 2:25 PM

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar juga mengesahkan bahawa timbalannya Datuk Seri Khalid Abu Bakar akan membantu dalam strategi pelaksanaan KKK itu


Kris Jr said...
March 11, 2013 at 2:26 PM

Hishammuddin turut menekankan pentingnya penglibatan masyarakat setempat dalam meningkatkan lagi tahap keselamatan di negeri ini.


Kris Jr said...
March 11, 2013 at 2:26 PM

gerakkan agensi kesukarelaan termasuk RELA bersama-sama dengan masyarakat setempat khususnya JKKK (Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung) di seluruh negeri supaya orang ramai secara inklusif dapat memastikan keselamatan kampung mereka bersama-sama badan sukarela


Kris Jr said...
March 11, 2013 at 2:26 PM

kementerian itu dalam menyakinkan orang ramai bahawa inisiatif yang diambil bukan bermusim tetapi berterusan.


Kris Jr said...
March 11, 2013 at 2:26 PM

Mengenai perkembangan terkini gerakan pasukan keselamatan bagi memburu saki baki penceroboh di Lahad Datu


Kris Jr said...
March 11, 2013 at 2:26 PM

Op Daulat akan diteruskan kerana pengganas enggan meletak senjata


Kris Jr said...
March 11, 2013 at 2:27 PM

Jangan terikut-ikut dengan khabar angin atau laporan yang bukan berdasarkan fakta sebenar


Caldina said...
March 11, 2013 at 2:35 PM

Ini hanya gambar hiasan. Propa lebih.


Caldina said...
March 11, 2013 at 2:46 PM

Ketua-ketua etnik Suluk Sabah mengecam keras tindakan tidak bertamadun pengganas yang menceroboh Kampung Tanduo, Lahad Datu dan tidak mencerminkan ciri sebenar etnik itu yang amat menghormati orang lain.


Caldina said...
March 11, 2013 at 2:46 PM

Malah kaum Suluk di negeri ini turut membidas tindakan kejam yang dilakukan kumpulan pengganas itu terhadap orang lain terutamanya yang seagama.


Caldina said...
March 11, 2013 at 2:47 PM

Mereka juga menegaskan bahawa lebih 300,000 etnik Suluk di Sabah tetap teguh dan setia tanpa berbelah bahagi kepada Yang di-Pertuan Agong, Yang Dipertua Negeri Sabah, Perlembagaan Persekutuan, negeri serta negara.


Caldina said...
March 11, 2013 at 2:47 PM

Etnik Suluk Sabah walaupun serumpun tidak pernah menyokong atau membantu tindakan jahat pengganas itu seperti yang ditohmah segelintir pihak tidak bertanggungjawab.


Caldina said...
March 11, 2013 at 2:47 PM

"Ini negara kami, tanah tumpah kami, kami akan pertahankan walau dengan darah kami sekali pun," kata mereka


Caldina said...
March 11, 2013 at 2:47 PM

Pemimpin Suluk itu ialah Mohd. Zaki Hary Susanto, Setiausaha Persatuan Rumpun Etnik Suluk Sabah; Abdul Ali Erilis, Timbalan Presiden Persatuan Suluk Bajau Tawau, Sabah dan Ruhil Sailadjan, Pengerusi Persatuan Peniaga Pasar Kraftangan Kota Kinabalu yang mewakili 114 peniaga di pasar berkenaan.


Caldina said...
March 11, 2013 at 2:47 PM

Terdahulu, Musa pada sidang akhbarnya menegaskan bahawa kerajaan dan seluruh rakyat Sabah menyokong penuh tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengarahkan pasukan keselamatan melancarkan serangan terhadap penceroboh


Caldina said...
March 11, 2013 at 2:48 PM

"Kerajaan negeri dan seluruh rakyat Sabah sentiasa mendoakan keselamatan dan kejayaan pasukan keselamatan kita dalam mempertahankan kedaulatan negara," katanya


Anonymous said...
March 11, 2013 at 3:00 PM

Kebenaran gambar harus dikenal pasti terlebih dahulu.


Anonymous said...
March 11, 2013 at 3:01 PM

Serangan harus dibuat jika penceroboh ini bertindak keras.


Anonymous said...
March 11, 2013 at 3:06 PM

Hak milik harus dipertahankan.


petrus pius said...
March 11, 2013 at 4:16 PM

Kumpulan pengganas Sulu yang menceroboh di Kampung Tanduo, kira-kira 130km dari sini, tidak layak menggelarkan diri mereka sebagai “Tentera Diraja Kesultanan Sulu” kerana tindakan mereka yang ganas dan mengancam kehidupan masyarakat setempat terutamanya masyarakat Islam.



petrus pius said...
March 11, 2013 at 4:17 PM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan berkata, orang yang mengganas tidak layak disamakan dengan satu pasukan yang terhormat seperti tentera.

“Jangan lagi menggelarkan kumpulan pengganas itu sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu dan masyarakat Sulu di Sabah juga tidak wajar dikaitkan dengan kumpulan itu yang melakukan kejahatan dan bertindak ganas.


petrus pius said...
March 11, 2013 at 4:17 PM

Jahat tiada kaitan dengan nama kaum…jahat adalah atas sebab tamak, gila kuasa, kurang iman dan mempunyai nilai-nilai kehaiwanan,” katanya pada majlis perjumpaan dengan ketua-ketua masyarakat Suluk di sini malam kelmarin.

Beliau berkata, masyarakat Suluk di Sabah boleh berjaya dalam kehidupan jika mereka rajin berusaha.


petrus pius said...
March 11, 2013 at 4:18 PM

Ops Daulat yang dilancar bagi memburu saki-baki penceroboh bersenjata dari selatan Filipina itu masuk hari keenam semalam dengan 53 penceroboh militan dilaporkan terbunuh dalam operasi itu.

Sejak pencerobohan militan pada 12 Feb lepas, lapan anggota polis terkorban iaitu dua wira terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Semporna pada 2 Mac.


Star said...
March 11, 2013 at 4:32 PM

POLIS SEMPORNA TAHAN 33 SUSPEK

Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah berkata kesemua suspek yang ditahan di kampung pinggir bakau di sini merupakan warga asing dan mereka dihantar ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Lahad Datu untuk soal siasat.

"Mereka dihantar ke IPD Lahad Datu untuk soal siasat kerana ia berkaitan dengan Op Daulat," katanya kepada pemberita, kelmarin.
Beliau berkata operasi yang bermula pada 6.30 pagi dan berakhir pada 9 pagi memfokuskan pemeriksaan dari rumah ke rumah dan turut menahan empat suspek wanita.

Katanya, kesemua suspek yang berusia 18 tahun ke atas itu, disiasat kerana dipercayai mempunyai kaitan dan melindungi pengganas Sulu.
Tinjauan Bernama ke lokasi operasi mendapati kira-kira 100 anggota polis dari IPD Semporna, VAT 69 dan Pasukan Gerakan Am melakukan pemeriksaan ke setiap rumah bagi mencari dan mengesan suspek pengganas Sulu.

Op Daulat yang dilancar bagi memburu saki-baki penceroboh bersenjata dari selatan Filipina itu masuk hari keenam hari ini dengan 53 penceroboh militan dilaporkan ditembak mati.

Sejak pencerobohan militan pada 12 Feb lepas, lapan anggota polis terkorban iaitu dua maut dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Kampung Simunul di sini sehari kemudian.


zaiyadi sudin said...
March 11, 2013 at 7:12 PM

Mengikut kenyatan panglima ATM. Musuh berpecah di dlm kumpulan kecil. Menggunakan taktik perang gerila..iaitu tunggu serang dan lari. Berdasarkan pengalaman saya sbg bekas komando..taktik ini amat mencabar kpd pasukan keselamatan kita. Keupayaan mereka untuk tembak tepat dan membunuh adalah tinggi. Takti gerila uni juga memerlukan kemahiran anggota kita yg tinggi untuk menanganinya. Ia juga perlukan masa yg lebih panjang utk menyelesaikan konflik ini. Isunya...mampukah anggota kita mengelak drpd terkena tembakan musuh ini..perlukah masa yg lebih lama lagi untuk sekesaikan masalah ini.


zaiyadi sudin said...
March 11, 2013 at 7:26 PM

Makanan menjadi punca moral kepada penceroboh ini. Putus punca makanan ini menyebabkan moral mereka jatuh/down. Mereka akan keluar dr kwsn perlindungan/persembunyian. Maka kaedah ambush adalah paling berkesan. Kenali laluan tikus yg mereka gunakan. Tunggu serta pasanglah 'peralatan ambush' disitu termasuklah 'suarjerat' jika ada. Tindakan ini boleh memusnah penceroboh dlm jumlah yg lebih besar...insyallah. berdasarkan perkiraan saya..penceroboh ini menjadikan malam sbg alternatif utk pergerakan mereka. Mereka tiada pilihan dah lg pada waktu siang...so..wahai ATM dan PDRM gunakan ilmu yg telah diajar oleh senior you all dulu...berguna tu.


zaiyadi sudin said...
March 11, 2013 at 7:57 PM

Berdasarkan pengalaman saya yg cetek ni..penceroboh ke tanjung labian dari kg tanduo disebabkan punca makanan yg susut. Maka tempat punca makanan yg baru menjadi sasaran mereka. Selepas tempoh tertentu mereka akan ke kampung berhampiran pula termasuklah ke tanjung batu dan ke tanjung bilis untuk mencari punca makanan yang baru....so logiknya selepas ini mereka akan ke kpg baru yg seterusnya..ambush perlulah bermula disitu..tp saya percaya dah ada satu tim mereka yg lebih terkedepan drpd kpg tersebut utk tinjauan dan kenalan tempat tsb...supaya anggota tertinggal dapat tiba tepat pada waktunya. Jadi anggota keselamatan kita kena cutoff lebih awal..supaya azamiddie tidak terlepas drpd kepungan pasukan keselamatan kita. Mungkin juga mereka cuba mencari kenderaan yg sesuai (bot) utk meloloskan azamudiee menuju ke perairan antarabangsa. Amalan ini dipraktik dlm E&E kursus asas komando kita..sekiranya mereka berjaya meloloskan diri ke perairan antarabangsa, maka layak diiktiraf sbg anggota komando dan dipakaikan 'green beret'..renung2kan wahai pasukan keselamatan kita. Saya hanya beri idea shj.


arafat said...
March 11, 2013 at 8:30 PM

Bahana pmberian ic percuma zaman dulu kala utk mnghidupkn UMNO. Mana RCI? Kalau aku yg bodoh ni tau semua punca masalah,takkan Tan Sri2, Datuk2 yg jadi Chairman RCI malah org hebat2 belaka,takkan bole jumpa mana punca sebenar dan angkara siapa. Nak harap TV 3suku...angkara DS Anwar Ibrahim le katanya. Standard le tu..


zaiyadi sudin said...
March 11, 2013 at 8:57 PM

Sedara/i...kumpulan/tim azzmudie telah berjaya melepasi peringkat2 getir mereka di dlm usaha mereka utk menawan kubu musuh(kwsn kita la:lahad datu) pertama; berjaya menyusup masuk ke negara orang(neg kita la) tanpa ditawan oleh pasukan keselamatan. Memulakan peperangan opensif. Lancarkan perang gerila. Belajar map reading. Latihan guna senjata hidup dan belajar perang secara live punya. Berservival darat dan paya/laut. Menawan kubu/pengkalan musuh(kampung awam). Raid. E&E.. Dan sekarang peringkat laut (escape) iaitu nak lari balik ke negara/kwsn mereka. Sekira ada yg berjaya pulang dgn selamat ke tempat mereka..maka jamalul akan memakaikan berry hijau kpd tim ini. Maka bermulalah latihan secara intensif kpd rekrut2 mereka yg baru..berdasarkan pengalaman yg telah mereka tempuhi utk menawan tanah asing secara lebih meluas. So apa yg boleh kita buat...gagalkan kesemua peserta ' kursus asas komando' mereka ini dgn cara menahan atau memusnahkan kesemua mereka ini. Caranya adalah spt apa yg pasukan khas kita telah berlajar.dahulu sebelum diiktiraf sbg seorang lelaki yg tulen(komando)..selamat berjaya.


Blackforest said...
March 12, 2013 at 8:05 AM

Memang kejam jika benar2 diperlakukan seperti ni.


Blackforest said...
March 12, 2013 at 8:07 AM

Kalau setakat gambar tidak akan menggambarkan cerita sebenar.mahu perkara ni disahihkan dulu baru boleh percaya.


Blackforest said...
March 12, 2013 at 8:08 AM

Harap para pengganas akan segera hentikan tindakan mereka.semua yang mereka lakukan hanya sia-sia.


mantera said...
March 12, 2013 at 1:48 PM

ingin ditegaskan disini bahawa video seorang lelaki dipotong jari dan
kemudian disembelih yang kini tersebar secara viral dalam youtube dan
media sosial adalah BUKAN anggota pasukan keselamatan Malaysia.


mantera said...
March 12, 2013 at 1:48 PM

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mudah terpengaruh dengan berita yang tidak tepat tersebut. PDRM juga ingin menegaskan bahawa gambar mayat yang telah hancur seperti dipaparkan oleh sebuah akhbar dan
mengaitkannya dengan anggota pasukan keselamatan dalam Op Daulat adalah
BUKAN mayat anggota polis yang berkaitan.


mantera said...
March 12, 2013 at 1:48 PM

Gambar seperti itu adalah MUSTAHIL didapati oleh pihak media kerana tiada wartawan berada dalam kawasan operasi semasa kejadian.


mantera said...
March 12, 2013 at 1:48 PM

Gambar seperti dipaparkan oleh akhbar tersebut boleh mengganggu emosi dan situasi ahli keluarga dan sahabat handai wira yang gugur dalam
mempertahankan kedaulatan negara.


Mawar Putih. said...
March 13, 2013 at 3:47 PM

The story is true, but the photo idk. Saya dah tgk vid dari pihak polis bagaimana mereka 'menyembelih' penduduk tempatan sabah hidup-hidup. Nauzubillahiminzalik!


jackie said...
March 13, 2013 at 4:35 PM

Jangan sebarkan sebarang gambar atau apa-apa sahaja yang tiada kaitan.


jackie said...
March 13, 2013 at 4:37 PM

Harus menghormati keluarga yang di tinggalkan.


songkilou said...
March 14, 2013 at 5:06 PM

The Defence Ministry is now responsible for overseeing East Sabah's 1,400km coastline which was previously under the purview of the Prime Minister's Department (JPM).


songkilou said...
March 14, 2013 at 5:07 PM

Its minister, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi said Sabah's waters, monitored by the Malaysian Maritime Enforcement Agency (MMEA), would be the responsibility of his ministry and the Malaysian Royal Navy following the new directive.


songkilou said...
March 14, 2013 at 5:07 PM

"I received this command last Friday in a letter given to me from Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin as the minister reponsible for the MMEA.


songkilou said...
March 14, 2013 at 5:07 PM


Ahmad Zahid said the move was necessary for coordinated operations between the navy and MMEA.

"I thank the Deputy Prime Minister for his trust and will take this responsibility to defend and carry out surveillance on the coastline and waters of East Sabah," he said.


songkilou said...
March 14, 2013 at 5:08 PM



He said it was a meaningful move as the Defence Ministry would help the MMEA in terms of additional assets and other necessities which would be further discussed with Muhyiddin and MMEA director-general Datuk Mohd Amdan Kurish.

In reply to a question on the arrests made in Sabah, Ahmad Zahid said: "We have an amicable relationship with the Philippines in terms of defence. Philippine Defense Secretary Voltaire T Gazmin has contacted me by phone and said he has mobilised the navy and coastal guards.


songkilou said...
March 14, 2013 at 5:08 PM



He said the arrests made were on potential intruders from the Sulu island or those from Malaysian waters entering their area.

On the courtesy call, Ahmad Zahid said it was a farewell visit from Kian Hong who will be leaving the Singapore Armed Forces to serve the public sector.


songkilou said...
March 14, 2013 at 5:08 PM


"In our discussion, I updated him on the happenings in Lahad Datu. Although they will not interfere in Malaysia's domestic affairs, I feel that as an Asean country they are concerned about what we are facing now," he added.


Anonymous said...
March 22, 2013 at 3:42 PM

ya allah ya tuhanku laknatlah pengganas sulu dan semua yg bersekutu..amin