Wednesday, April 24, 2013

Kempen PRU 13 Yang Panas dan Hangat?

Kempen pilihan raya umum ke-13 memasuki hari kelima semakin rancak dan bahang kerusi 'panas' DUN Ayer Hitam, Jerlun yang diwakili Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir, semakin dirasai.

Darjahnya dilihat meningkat apabila pemasangan bendera merentangi jalan, penyebaran risalah, menampal poster Mukhriz dan calon BN lain serta menggantung kain rentang memenuhi jalan di kawasan DUN dan parlimen itu.

poster war mukhriz in ayer hitam kedahBerbanding sebelum penamaan calon, tinjauan Malaysiakini setakat semalam mendapati hampir keseluruhan jalan memasuki Ayer Hitam - dari jalan Alor Setar-Simpang Empat-Kangar - poster war in ayer hitam kedah mukhrizdipenuhi poster, bendera serta banting wajah Mukhriz berbanding calon PAS Abdul Ghani Ahmad.

poster war in ayer hitam kedah mukhrizBoleh dikatakan hampir tiada pokok yang terlepas daripada bahan kempen BN dan seorang poster war in ayer hitam mukhrizpetugas PAS Majlis Tindakan DUN (MTD) yang ditemui semalam bagaimanapun berkata ia tidak melemahkan semangat jentera yang dididik dengan kesabaran dan semangat jihad.

Malah, katanya, poster war in ayer hitamrakyat setempat sedar kemampuan BN menyediakan bahan kempen 'agresif' seperti itu berbanding mereka bergerak seadanya tetapi dengan semangat perjuangan yang tinggi tanpa balasan.

NONEKempen agresif BN turut diterjemahkan dengan 'mengangkut' orang ramai ke majlis perasmian peletakan batu asas cadangan pusat sukan dalam parlimen Jerlun oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pagi NONEsemalam (Selasa).

Beberapa buah bas disediakan untuk tujuan itu termasuk berbondong-bondong pemuda berkonvoi motosikal ke tapak projek tersebut sambil memakai baju dan mengibarkan poster war ayer hitam pasbendera BN. Kira-kira 2,000 yang hadir pada majlis itu.

Manakala, risalah wajah pemimpin Pakatan Rakyat yang menganggotai "Kabinet Rakyat 2013" dan buku kecil setebal 108 muka surat bertajuk "Mengapa kami tinggalkan Anwar" mengenai bekas sahabat dan pemimpin PKR yang meninggal ketua umumm PKR itu, turut ditemui dan dibaca oleh hadirin dalam majlis itu.

NONETidak cukup dengan itu, pejabat Umno Jerlun, turut meletakkan satu risalah mengenai lima sebab utama pengundi perlu menyokong BN dan menolak Pakatan Rakyat.

Hal demikian mengundang tandatanya sama ada 'lemahnya' jentera PAS di kawasan DUN itu. Bagaimanapun 'kegusaran' itu ditangkas petugas itu sambil menegaskan bahawa jentera bergerak dalam keadaan senyap "tak mahu menang sorak, kampung tergadai" dan mengikut kemampuan.

"Fasa kempen kami berterusan siang dan malam. Kami turun siang malam. Risalah dan manifesto Pakatan diedarkan di kawasan nat (pasar sehari). Hari ini (semalam) saja, satu kumpulan seramai 20 orang bersama Ustaz Ghani beramah mesra di pekan Ayer Hitam.

"Sebelum penamaan calon lagi kita dah mula edar risalah. Di Kampung Telaga Batu, Kampung Melele, dan di DUN Kota Siputeh. Semua habis diedar. Pagi tadi adalah pusingan kedua," kata petugas parti PAS yang tidak mahu namanya disebut.

Dianggarkan lebih 300 risalah termasuk buku kejayaan pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat di Kedah telah diedar kepada penduduk di kawasan DUN Ayer Hitam pagi semalam.

poster war in ayer hitamKawasan Jerlun mempunyai 100 cawangan PAS , merangkumi 61 buah dalam DUN Ayer Hitam dan bakinya dalam DUN Kota Siputeh.

Tekad Muhkriz merampas DUN Ayer Hitam serta mempertahankan parlimen Jerlun dan DUN Kota Siputeh tergambar dalam ucapannya sewaktu majlis perasmian pagi tadi termasuk menyenaraikan rekod pencapaian pembangunan yang diusahakan beliau dan wakil rakyat.

"Dalam masa lima tahun ini, bukan setakat saya (saling) kenal mengenali (dengan rakyat) tetapi sudah sayang menyayangi antara satu sama lain.

"Kerja buat saya selama lima tahun, maka saya boleh bergantung sebagai rekod pencapaian saya dan juga kepada calon-calon lain," katanya sambil membidas kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang didakwanya gagal mentadbir negeri itu.

Sungguhpun begitu, rata-rata masyarakat tempatan yang ditemui Malaysiakini di situ mengakui 'bukan mudah' bagi anak lelaki mantan perdana menteri itu bertapak di situ sekalipun merupakan ahli parlimen Jerlun sebelum ini.

Rata-ratanya mereka termasuk pengundi atas pagar meletakkan peluang 50-50 antara Mukhriz dan Abdul Ghani bersaing bagi kerusi tersebut.

Namun, 'rahsia umum' yang menjadi buah mulut di Jerlun kononnya berlaku 'pepecahan dalaman' antara beberapa pemimpin kanan bahagian Umno itu sehingga dikatakan berlakunya 'pergaduhan' kerana wujudnya 'cantas-mencantas' menjadi calon pada saat-saat akhir.

Oleh yang demikian, ia dilihat menyulitkan lagi peluang Mukhriz yang berpindah ke kerusi DUN dengan mesej untuk dicalonkan menjadi menteri besar Kedah jika BN menang dua pertiga majoriti.

Pada masa yang sama, ia berkemungkinan memberi kelebihan kepada Abdul Ghani hasil kekecewaan kumpulan calon yang tidak terpilih dengan memberikan 'undi protes' kepadanya yang juga bekas exco kerajaan negeri.

"(Pergolakan) ini memberikan satu tamparan hebat (kepada BN). Ia memberikan satu undi protes. Ini mungkin memberi kemenangan kepada PAS.

"Dan pemimpin Umno (yang tidak terpilih) tidak senang apabila mereka tidak diberi tempat," kata Abdul Ghani yang ditemui Malaysiakini sehari sebelum penamaan calon.

Menetap bersama akar umbi memberi kelebihan pada Abdul Ghani menyelesaikan pelbagai isu masyarakat setempat dengan segera termasuk menghadiri kenduri, menziarahi kematian, apatah lagi beliau adalah bekas exco kerajaan negeri.

Ia sekaligus memudahkan penerimaan rakyat terhadapnya berbanding Mukhriz yang berada di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kuala Lumpur.

"Sambutan terhadap Ustaz Ghani (baik) khusus kaum Cina. Beliau juga turun padang, buat konvoi dan santai anak muda dengan buat penerangan tentang isu semasa. Buat pertandingan bola.

"Orang Cina pun mahu berubah. Ada orang Cina berkempen untuk PAS... Tapi tunggu tengok macam mana (keputusan pilihan raya nanti)," katanya petugas PAS yang ditemui di Pusat Khidmat DUN Ayer Hitam. -MK

Komen Anda

37 Responses to " Kempen PRU 13 Yang Panas dan Hangat? "
Anonymous said...
April 25, 2013 at 12:49 AM

Kes terbaru di Nibong Tebal.

Kuasa atom PRU13....Hangat,panas,hangat, panas,hangat,panas,,,, boooooooomm meletup. Demokrasi meletop


headhunter said...
April 25, 2013 at 10:25 AM

Barisan Nasional (BN) dilihat mempunyai peluang besar untuk merampas kembali Kedah daripada Pas dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 ini. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, keyakinan itu berdasarkan perubahan sokongan rakyat negeri ini yang kini kembali kepada BN.


headhunter said...
April 25, 2013 at 10:25 AM

"Saya percaya BN mempunyai peluang yang tinggi untuk merampas Kedah. Berbeza dengan 2008, kini sokongan sudah kembali. "Semasa pilihan raya dulu, banyak masalah timbul antaranya orang UMNO sendiri tidak menyokong dan merajuk atas sebab-sebab tertentu. Namun, kali ini masalah itu tidak timbul lagi, peluang amat baik," katanya kepada pemberita selepas majlis Himpunan Mesra Rakyat Parlimen Merbok di sini hari ini.


headhunter said...
April 25, 2013 at 10:25 AM

Dr. Mahathir bagaimanapun berkata, kemenangan calon BN di Kedah turut dipengaruhi oleh faktor kekuatan dalaman UMNO dan parti komponen sendiri. Memang boleh menang kalau tak ada sabotaj. Nasihat saya ialah janganlah sabotaj calon dan parti.


headhunter said...
April 25, 2013 at 10:25 AM

"Kali ini yang paling penting kita perlu berikan sokongan kepada sesiapa jua yang dipilih Presiden Parti, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mewakili BN. Tak guna kita hanya beri sokongan kepada calon sekiranya parti kalah. Jadi, parti lebih penting daripada calon," jelasnya.


headhunter said...
April 25, 2013 at 10:26 AM

Mengenai persiapan BN menghadapi pilihan raya, katanya, beliau melihat Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin begitu komited untuk turun padang berjumpa rakyat. "Persiapan nampaknya rapi dan kemas malah mereka juga kerap turun berjumpa rakyat. Ini sesuatu yang amat baik," katanya.


headhunter said...
April 25, 2013 at 10:27 AM

Desas-desus sebelum ini kecoh menyatakan bahawa Kerajaan PAS Negeri Kedah bakal tumbang pada PRU ke-13 nanti selepas mengambil kira beberapa faktor dan fakta terkini mengenai keadaan politik dan kecenderungan rakyat di negeri itu.


headhunter said...
April 25, 2013 at 10:27 AM

Ramai juga yang mencebik dan “menjuihkan” bibir menyatakan bahawa desas-desus itu dan mendakwa ia hanyalah satu propaganda UMNO/BN dan disebarkan kepada rakyat tanpa sebarang asas yang kukuh. Apatah lagi apabila tersiarnya keputusan kaji selidik yang dijalankan oleh Majlis Profesor Negara (MPN) sebelum ini yang dikatakan tidak tepat dan tidak melambangkan suasana sebenar rakyat di peringkat akar umbi.


headhunter said...
April 25, 2013 at 10:28 AM

Mungkin “orang luar” dari Kedah agak bingung dan tertanya-tanya mengenai isu ini dan sukar untuk mempercayai kenyataan tersebut. Bagaimanapun, pada pengamatan terkini yang dijalankan di Kedah secara teliti, saya berani menyatakan di sini bahawa UMNO/BN sangat berpotensi untuk merampas Kedah kembali dari terus dirosakkan PAS.


headhunter said...
April 25, 2013 at 10:28 AM

Pada saya, faktor utama yang bakal menyumbang kepada kekalahan PAS di Kedah bukan saja disebabkan kekuatan UMNO yang semakin gagah, namun keadaan PAS yang kini kucar-kacir, huru-hara, mengalami krisis dalaman yang teruk dan porak peranda akibat tidak cekap mentadbir.


headhunter said...
April 25, 2013 at 10:28 AM

Pada awal pentadbiran Azizan Razak, tiada siapa pun yang komplen mengenai pentadbirannya. Ketika itu, UMNO masih lagi “terkejut” dan sedang berusaha merapatkan barisan untuk memantapkan gerakan… Namun siapa sangka, baru sampai setahun dua, PAS teruk berkocak di Kedah. Mulanya, para pengendali PASTI di negeri itu mula menyuarakan ketidak puasan hati mereka terhadap kepimpinan Azizan Razak yang dikatakan “kedekut” dengan budak-budak tadika PAS itu.


headhunter said...
April 25, 2013 at 10:29 AM

Setahun kemudian, “bangkai” yang cuba disembunyikan oleh PAS Kedah semakin “berbau”. Maka timbullah gerakan menggulingkan Azizan Razak yang ketika itu dilihat uzur dan sering keluar masuk hospital. Rupa-rupanya, musuh utama Azizan Razak bukanlah UMNO/BN Kedah, tapi puak-puak PAS sendirilah yang sedang cuba menjahanamkan pentadbiran PAS Kedah di negeri Jelapan Padi itu.


headhunter said...
April 25, 2013 at 10:29 AM

Mereka berebut projek penyelanggaraan dan pembinaan jalanraya. Khabarnya, Azizan kawal sepenuhnya projek berkenaan dan menyebabkan Exco portfolio berkenaan, Phahrolrazi Zawawi sakit hati kerana tidak dapat mengagihkan projek itu kepada kroni-kroninya.

Kemudian, timbul pula masalah kewangan Kerajaan Negeri dan Azizan terpaksa mengarahkan SADA menaikkan tariff air sehingga membebankan rakyat Kedah berbanding Pulau Pinang yang seolah-olah mendapat air “free” dari Kedah!


headhunter said...
April 25, 2013 at 10:30 AM

Nak cari duit punya pasal, PAS Kedah terpaksa menarah setiap hutan-hutan simpan kekal bernilai tinggi atas nama “Ladang Sejahtera”. Kononnya PAS mahu buat ladang getah “ala-ala Felcra”, tapi sebenarnya mereka mahu “duit segera” dari 15,000 hektar hutan balak di negeri itu!


headhunter said...
April 25, 2013 at 10:30 AM

Tidak cukup dengan itu, atas nama “pembangunan kormesil”, PAS Kedah dengan kuasa yang ada telah menjual tanah wakaf yang bakal menyaksikan madrasah tertua di Alor Setar bakal dirobohkan dan tanah rezab Melayu yang dijual untuk dijadikan “memorial park”.


headhunter said...
April 25, 2013 at 10:30 AM

KUIN yang ditubuhkan oleh UMNO/BN dulu hampir muflis dan PAS berbangga dengan hasil pendapatan “rompakan balak besar-besaran” yang menjangkau lebih RM80 juta setahun. Manakan tidak RM80 juta setahun jika hutan-hutan balak ditarah sampai licin..!


headhunter said...
April 25, 2013 at 10:31 AM

Terkini, keadaan PAS Kedah semakin meruncing apabila para Exco Kerajaan Negeri itu tidak lagi menghormati Menteri Besar. Dan lebih buruk lagi, orang-orang dalaman PAS sendiri membocorkan rahsia dan kemelut dalaman mereka kepada para pemimpin serta pengamal media sosial pro-UMNO/BN. Orang Azizan bocorkan rahsia para Exco yang menentang MB dan begitu juga sebaliknya.


headhunter said...
April 25, 2013 at 10:31 AM

Sebenarnya, segala kemelut ini sememangnya diketahui oleh rakyat Kedah yang semakin menyampah dengan PAS Kedah yang sebok menguruskan parti sendiri dan langsung tidak tahu buat kerja untuk rakyat.

Cuma, rakyat Kedah tak suka bising-bising dan malas nak tunjuk tanda “meluat” mereka kepada PAS Kedah. Hakikatnya, rakyat Kedah tahu dan kini sedar betapa teruknya prestasi PAS yang hanya suka berceramah tapi tidak pandai mengotakan apa yang disampaikan.


headhunter said...
April 25, 2013 at 10:31 AM

UMNO/BN Kedah kini berada di dalam keadaan terbaik di sepanjang 4 tahun PAS mengambil alih negeri itu dan dilihat semakin aktif memberikan khidmat kepada rakyat di negeri itu. Layaknya seolah-olah UMNO/BN Kedah pula yang menjadi Kerajaan Negeri dan berjasa pada rakyat…


headhunter said...
April 25, 2013 at 10:32 AM

Tunggulah PRU ke-13 nanti memandangkan UMNO/BN dan rakyat Kedah punya kejutan besar untuk PAS dan Pakatan Haram di negeri itu. Tolong jangan salahkan SPR pula jika PAS tewas kelak memandangkan Azizan sendiri mengaku serik jadi MB dan lebih suka menyerahkan Kedah kembali kepada UMNO/BN…


mantera said...
April 25, 2013 at 11:59 AM

Pilihan Raya Umum Ke-13 yang bakal berlangsung tidak lama lagi dijangka menjadi antara pilihan raya paling sengit dalam sejarah negara.


mantera said...
April 25, 2013 at 11:59 AM

kelebihan masih berpihak kepada Barisan Nasional (BN) berdasarkan situasi semasa serta populariti yang dimiliki oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


mantera said...
April 25, 2013 at 11:59 AM

hakikat bahawa pilihan raya kali ini akan menjadi sengit serta mencabar tidak boleh dinafikan kerana kedua-dua pihak iaitu BN dan juga pakatan pembangkang masing-masing mempunyai keyakinan untuk memenanginya.


mantera said...
April 25, 2013 at 12:00 PM

peningkatan sokongan terhadap BN menjadi petanda awal parti itu semakin pulih daripada kekecewaan pada 2008, sementara Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula sangat yakin pembangkang akan menang sehingga memberitahu bersedia menjadi Perdana Menteri walaupun di dalam penjara.


mantera said...
April 25, 2013 at 12:00 PM

Senario-senario ini bakal menjadikan pilihan raya umum akan datang sebagai antara yang paling sengit dalam sejarah negara.


mantera said...
April 25, 2013 at 12:00 PM

berdasarkan kaji selidik oleh badan atau sumber yang berwibawa serta boleh dipercayai, saya yakin BN mampu menang dan mengekalkan kuasa mentadbir negara.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 2:09 PM

Antara Seruan Dato’ Michelle Yeoh, Aishah dan Dayangku Intan... Kita pun apa lagi kalau bukan BN

Kehadiran Dato’ Michelle Yeoh di dalam program BN di Pelaburan Klang semalam nampaknya berjaya memperbaharui semangat perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia. Seramai 60,000 dikatakan menghadiri program tersebut, sekali gus meletakkan BN di tempat yang lebih selesa dalam menghadapi PRU-13.

Dari sudut lain, kita melihat kehadian Dato’ Michelle Yeoh sebagai memenuhi trend politik Malaysia hari ini, iaitu ‘persaingan’ antara parti-parti politik dalam meraih sokongan antara artis hiburan dengan para ulama.

Parti Pas sering bermegah kerana parti tersebut menghimpunkan para ‘agamawan’. Namun, hari ini kita melihat sendiri bagaimana Ulama-ulama pondok berbondong-bondong menolak Pas malah menfatwakan hukum haram menyokong Pas.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 2:10 PM

Antara Seruan Dato’ Michelle Yeoh, Aishah dan Dayangku Intan... Kita pun apa lagi kalau bukan BN

Sebaliknya, para intelektual ugama muda akhir-akhir ini pula lebih ramai memilih untuk menyertai UMNO dan menolak Pas.

Manakala, golongan artis hiburan yang bermasalah pula dilihat begitu ‘galak’ menyertai Pas dan kemudian berlagak sebagai agamawan sambil menghukum semua pihak yang menolak Pas sebagai jahil, sesat dan kafir, iaitu mengikut ajaran Pas tulen.

Akibatnya, ‘agamawan’ yang tinggal di dalam Pas hari ini, kebanyakannya merupakan lulusan dari Pakistan, India dan bukannya dari pusat pengajian agama tersohor dunia.

Selain mereka, terdapat ramai lagi yang merupakan para pelajar agama yang tidak lulus dan tidak mempunyai pekerjaan tetap tetapi memakai gelaran ‘Ustaz’ atau ‘Ulama’, hanya kerana pernah belajar agama.

Pendekatan, tidak kira artis atau ulama yang memilih untuk menyokong pembangkang, kedua-duanya terdiri dari kumpulan yang gagal dalam bidang mereka.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 2:13 PM

Antara Seruan Dato’ Michelle Yeoh, Aishah dan Dayangku Intan... SOKONG MEREKA!

Ulama yang menyokong UMNO kebanyakannya adalah terdiri dari mereka yang mempunyai kelulusan yang tinggi dan terbukti kerana UMNO sebagai kerajaan tidak akan mengiktiraf sesiapa sahaja sebagai Ulama berdasarkan pendapat sendiri.

Sebagai Ulama sebenar, tidak hairanlah mereka kurang menonjol dan tidak menjadi ‘selebriti’ sebagaimana golongan agama pujaan Pas. Hanya mereka-mereka yang diberi tanggungjawab untuk membantu kerajaan sahaja yang akan ke hadapan bagi menjawab dan memperbetulkan kesesatan pembangkang yang keterlaluan.

Begitu juga dengan golongan artis yang menyokong kerajaan, kebanyakannya merupakan artis yang berjaya dan dihormati. Antaranya, Dato’ Michelle Yeoh yang telah menempa nama di persada antarabangsa.

Dato’ Michelle Yeoh yang pernah menjadi gadis ‘Bond’, ‘Geisha’ dalam Memoirs of a Geisha dan juga membawa watak Suu Kyii dalam filem ‘The Lady’ adalah antara segelintir rakyat Malaysia yang tidak pernah bertanya apakah jasa negara terhadapnya tetapi setia mencurahkan jasa kepada negara.

Beliau tahu bahawa kedudukannya, pengiktirafan dan penghormatan yang diterimanya hari ini adalah berkat kehidupan yang baik yang dilalui di negara ini.

Justeru, Dato’ Michelle Yeoh semalam dengan penuh semangat dan tanpa teks, telah menyeru rakyat agar terus menyokong Dato’ Seri Najib sebagai Perdana Menteri atas dasar kesungguhan dan keikhlasan kepimpinan beliau melakukan transformasi, penambahbaikan serta membawa Malaysia ke satu era baru yang jauh lebih maju.

Sebagai seorang yang telah merantau ke seluruh dunia, Dato’ Michelle Yeoh pastinya bercakap atas dasar pengalaman selain beliau tidak perlu membodek sesiapa. Beliau telah pun berjaya berkat keperihannya berusaha.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 2:13 PM

Antara Seruan Dato’ Michelle Yeoh, Aishah dan Dayangku Intan... SOKONG MEREKA!

Dalam mengharungi dunia seni, beliau pernah beberapa kali tidak sedarkan diri ketika melakukan aksi ngeri dalam usahanya untuk menempa nama sebagai pelakon yang dihormati.

Kegigihan dan kesungguhan beliau sepatutnya menjadi tauladan kepada semua. Beliau tidak akan mampu berada di tahap ini jika niat beliau berlakon adalah kerana ‘glamour’ sepertimana kebanyakan artis kita.

Malah, beliau tidak pernah berputus asa atau menyalahkan sesiapa dalam jatuh bangun kariernya sebelum benar-benar berjaya. Beliau juga tidak pernah bertindak menghina dan melupakan negara ini walaupun telah berada di puncak dalam arena hiburan dunia.

Artis sebeginilah yang boleh kita hormati dan bukannya artis yang tidak sempat ke mana, belum pun berusaha, tetapi sudah kecewa memberontak jiwa sehingga dilanda berbagai-bagai masalah lalu menyalahkan orang lain dan kerajaan atas apa yang menimpa dirinya.

Mereka inilah artis yang menyertai pembangkang iaitu artis yang menyalahkan kerajaan kerana anaknya tak solat, artis yang menyalahkan kerajaan kerana gagal mendapat projek dan artis yang menyalahkan kerajaan kerana dia menjadi artis.

Artis seperti mereka tidak wajar dihormati tetapi perlu dibimbing lagi. Malangnya, Pas bukannya membimbing mereka, tetapi meletakkan mereka sebagai pemimpin dengan mencalonkan mereka menjadi wakil kepada rakyat jelata.

Justeru, antara menyahut seruan Aishah atau Dayangku Intan, lebih baik kita menyahut seruan Dato’ Michelle Yeoh.

Sekurang-kurangnya Dato’ Michelle Yeoh punya kredibiliti untuk menasihat orang lain, beliau juga tidak mengajak kita ke arah kesesatan kerana langsung tidak menyentuh soal agama.

Berbanding yang konon berjuang menggunakan nama Islam tetapi kerjanya hanyalah memecahbelakan ummah siang dan malam.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 2:54 PM

Kempen perlu beretika dan tidak langgar undang2 barulah tidak wujud kekecohan.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 2:58 PM

Pertandingan banyak penjuru pasti 'memeriahkan' lagi PRU kali ni.


Anonymous said...
April 25, 2013 at 10:11 PM

Penyokong-penyokong PAS di WP Labuah kecewa dengan tindakan calon mereka menarik diri bertnding. Ekoran penarikan diri itu semua penyokong PAS akan memberikan undi kpd calon BN-Razman Isli. Hahaha..PKR awal-awal lg dah kantoi!!


Anonymous said...
November 13, 2013 at 2:19 PM

This was followed by the Malays who were born or residing in Sabah, with 17,508 applicants or 17.74 per cent, and 559 appointments.


Anonymous said...
November 13, 2013 at 2:21 PM

To date, 11 interaction sessions with various ministries, federal departments, state administrations and NGOs have been done separately in Putrajaya Kuala Lumpur with 154 and 155 participation (twice), Bintulu with 74 participation, Miri with 76 participation, Johor Bahru with 126 participation, Sandakan with 71 participation, Limbang with 68 participation, Alor Setar with 276 participation, Kota Bharu with 420 participation, Kuching with 168 participation and here in Kota Kinabalu with more than 150 participation.


Anonymous said...
November 13, 2013 at 2:22 PM

Statistics also showed applications by race: Chinese 1,877, Indians 281, Irranun 955, Suluk 2,501, Iban 744, Melanau 82, Bidayuh 158, Orang Ulu 58, Orang Asli Semenanjung 11, Other Bumiputeras of Sabah 29 and others 19,276.


Anonymous said...
November 13, 2013 at 2:23 PM

The appointments given to Chinese are 170, Indians (20), Irranun (24), Suluk (53), Iban (22), Melanau (3), Bidayuh (9), Orang Ulu (2), Orang Asli Semenanjung (3), other Bumiputeras of Sabah (14), other Bumiputeras of Sarawak (1) and others (305).