Wednesday, April 3, 2013

PR Umum Senarai Calon selepas seluruh DUN bubar?

Dicadangkan kepada pemimpin Pakatan Rakyat (DAP, PKR, PAS) mengumumkan senarai calun yang bertanding seluruh negara sebaik sahaja semua DUN negeri di Malaysia dibubarkan.

Selepas dewan rakyat telah dibubarkan, Semua dewan undangan negeri (DUN) akan menyusul untuk dibubarkan dalam waktu yang terdekat atau tempuh seminggu dari sekarang.

Pehak SPR akan membuat pengistiharan hari penamaan calun dan hari mengundi selepas semua DUN dibubarkan. Dalam masa yang sama bagaimana kalau dicadangkan kepada pakatan rakyat mengumumkan senarai calun dari sekarang.

Tidak perlu tunggu hari penamaan calun atau sehari sebelum hari penamaan calun. Cukup cantik jika pakatan rakyat mengumunkan senarai calun yang bertanding selepas dewan rakyat dibubarkan .

Rakyat ingin tahu dan kenal lebih dekat lagi walaupun tarikh berkempen belum diumumkan lagi oleh SPR .Mengikut pemimpin pakatan rakyat semua nama calun calun yang bakal bertanding telah selesai.

Itu hanya cadangan kami peringkat bawahan. Rata rata semua kawasan pengundi cukup teruja ingin tahu siapa yang bakal bertanding diatas tiket DAP, PKR, PAS di kawasan masing masing.

Hakikatnya rakyat ingin perubahan dan calun- calun pakatan rakyat boleh bergerak dari sekarang, tidak perlu ada rahsia lagi tentang calun yang bertanding.

Kami mengharap pemimpin pakatan rakyat boleh mempertimbangan cadangan agar calun calun PR yang bertanding diumumkan dari sekarang. -TKO

Komen Anda

26 Responses to " PR Umum Senarai Calon selepas seluruh DUN bubar? "
Anonymous said...
April 4, 2013 at 1:05 PM

Perlu diingat semasa dalam pilihanraya semuanya boleh berlaku. Startegi kempen yang jitu mampu mengubah pendirian 10 peratus pengundi yang sebelumnya telah memutuskan parti mana yang bakal dipangkah. Selain itu, peranan calon yang bakal dikemukakan juga merupakan salah satu faktor yang boleh menentukan kemenangan.


Anonymous said...
April 4, 2013 at 1:05 PM

Dalam suasana kempen, jentera pilihanraya yang baik dan tersusun bakal menggamit 10 peratus sikap pengundi; dan kejayaan inilah yang menentukan kemenangan di kawasan-kawasan yang dianggap kelabu.


Anonymous said...
April 4, 2013 at 1:05 PM

Biasanya sebelum pembubaran parlimen atau Dun, 90 peratus pengundi yang berdaftar telah lama membuat pendirian, parti mana yang bakal dipilih, sementara 10 peratus lagi adalah mereka yang masih di atas pagar.


Anonymous said...
April 4, 2013 at 1:06 PM

Peranan utama semasa kempen adalah bagaimana mengubah sikap 90 peratus pengundi itu, jika jentera sesebuah parti mampu mengubah sikap 2 peratus sahaja daripada sikap 90 peratus itu, maka parti itulah adalah pemenang; keadaan ini hanya berlaku bagi kawasan yang berkeadaan 50:50 atau kelabu.


Anonymous said...
April 4, 2013 at 1:06 PM

Untuk itu, semasa PRU-13 ini, jentera Bn yang terkuat, tersusun dengan baik diperlukan bagi kawasan-kawasan yang disebutkan di atas, bagi menjamin peratusan yang "swing" kepada calon-calon Bn.


Anonymous said...
April 4, 2013 at 2:46 PM

Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak membidas tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mengesahkan bakal bertanding di Perak pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 ini.


Anonymous said...
April 4, 2013 at 2:46 PM

Katanya, Anwar telah menunjukkan sikap ketidaksetiaannya terhadap masyarakat Permatang Pauh yang memberi kemenangan kepada beliau sebelum ini.


Anonymous said...
April 4, 2013 at 2:48 PM

“Saya rasa Anwar merasakan beliau sudah tidak selamat di Permatang Pauh kerana beliau telah melakukan banyak kesilapan terhadap orang yang memberikan sokongan kepada beliau sejak beliau berkecimpung dalam politik sekian lama.”


Anonymous said...
April 4, 2013 at 2:49 PM

Dalam sidang akhbar di ibu pejabat PKR, semalam, Anwar telah memaklumkan bakal bertanding di Perak selepas memenangi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Kecil 2008.


Anonymous said...
April 4, 2013 at 2:49 PM

“Saya tidak pernah termimpi untuk meninggalkan Pekan dan saya berani berkata bahawa hidup mati saya adalah di Pekan,” tegasnya


Anonymous said...
April 4, 2013 at 2:49 PM

Ujar beliau, rakyat perlu menilai perkara terbabit dengan sekiranya Anwar boleh meninggalkan Permatang Pauh maka Anwar juga akan meninggalkan rakyat yang memilihnya selepas ini.


Anonymous said...
April 4, 2013 at 2:49 PM

“Kesetiaan beliau kepada rakyat adalah dibuktikan dalam politik. Ini adalah berkaitan dengan prinsip dan yang bukan hanya membabitkan hal-hal menang dalam PRU”


Anonymous said...
April 4, 2013 at 2:50 PM

Dalam masa yang sama, beliau turut sedar berkaitan provokasi dan laporan akan berlaku elemen-elemen sabotaj pada pada hari pengundian pada PRU nanti.


Anonymous said...
April 4, 2013 at 2:50 PM

“Mereka telah mengeluarkan panduan untuk menimbulkan kekacauan pada hari pembuangan undi tapi harap perkara ini tidak berlaku sebab seperti mana dalam ucapan saya semalam, kita perlu menghormati proses pilihan raya iaitu demokrasi berparlimen yang menjadi amalan dan dipraktikkan.


Anonymous said...
April 4, 2013 at 2:50 PM

“Dengan kita menghormati proses itu, kita mestilah ke arah membenarkan rakyat membuat pilihan mereka secara bebas dan terbuka, bukan menimbulkan sebarang keadaan yang boleh mengganggu seperti menghalang mereka pergi ke tempat mengundi, menakutkan mereka untuk mengundi ataupun melakukan apa-apa yang menyebabkan hak mereka itu dinafikan atau diselewengkan.”


Anonymous said...
April 4, 2013 at 2:50 PM

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di Ibu Pejabat BN, Menara Dato Onn pagi ini dan sebelum itu beliau mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.


Anonymous said...
April 4, 2013 at 4:17 PM

INFO FOR US

BN Lancar Manifesto Sabtu Ini, Satu Akujanji Untuk Dinilai Rakyat


KUALA LUMPUR 4 April – Barisan Nasional (BN) akan melancarkan manifestonya pada 6 April ini bagi memberi peluang kepada rakyat untuk menilai serta menghayati komitmen BN pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pelancaran manifesto berkenaan di Stadium Tertutup Bukit Jalil itu adalah lambang serta janji baru kepada rakyat dalam usaha melaksanakan pembaharuan dan perubahan kelak.

“Manifesto itu merupakan akujanji kita kepada rakyat Malaysia. Dengan mandat yang akan diberikan nanti Insyaallah maka kita akan tekad untuk melakukan pembaharuan dan perubahan sesuai dengan matlamat kita iaitu memakmurkan ekonomi negara mensejahterakan rakyat berpaksikan kepada falsafah 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan dan berlandaskan kepada dasar agenda transformasi nasional.

“Kita nak manifesto difahami dan dihayati oleh rakyat. Sebab manifesto ini adalah komitmen serius kerajaan BN. Dan kita telah pun dalam tempoh 4 tahun ini membuktikan bahawa bila kita janji kita telah tepati janji kita. Dan saya yakin dan percaya manifesto kita itu adalah lambang janji baru kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dan Majlis Tertinggi BN di PWTC, di sini, hari ini.

Datuk Seri Najib seterusnya menambah nama-nama calon akan diumum awal daripada biasa untuk memberikan tempoh kepada bakal-bakal calon untuk melakukan segala persiapan termasuk pengenalan diri dan sebagainya.

Menjawab soalan wartawan, apakah akan ada manifesto pusat dan negeri, Datuk Seri Najib memberitahu akan ada manifesto pusat dan negeri.

“Negeri akan guna manifesto pusat sebagai manifesto induk, dasar-dasar induk tetapi khusus kepada negeri bermakna program yang ada kaitan dengan negeri berkenaan akan kita ketengahkan dalam manifesto peringkat negeri,” katanya.

Beliau seterusnya menambah mesyuarat berkenaan adalah tradisi selepas pembubaran Parlimen.

“Hari ini kita mengikut tradisi dimana selepas hari pembubaran Parlimen semalam, maka Majlis Tertinggi UMNO telah bersidang diikuti Majlis Tertinggi BN. Agendanya adalah satu sahaja iaitu untuk membincangkan persiapan terakhir dan aktiviti serta program yang perlu dilakukan selepas pembubaran Parlimen, seterusnya hari penamaan sehinggalah hari pembuangan undi.

“Keseluruhannya persediaan cukup baik semangat parti komponen BN tinggi. Jentera bersedia turun gelanggang dan malah telah memulakan perkara ini dan segala kegiatan kita akan kita tingkatkan terutama pada waktu kempen nanti,” katanya.


Anonymous said...
April 4, 2013 at 4:19 PM

Senarai calon Barisan Nasional (BN) akan diumum lebih awal berbanding biasa pada pilihan raya umum kali ini.


Anonymous said...
April 4, 2013 at 4:20 PM

Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak juga mengesahkan akan berlaku perubahan pada senarai calon termasuk muka-muka baharu akan diperkenalkan.


Anonymous said...
April 4, 2013 at 4:22 PM

Pada PRU lalu, rakyat memberikan mandat kepada Bn untuk memerintah negara ini dengan jumlah 140 kerusi parlimen daripada 222 yang dipertandingkan.


Anonymous said...
April 4, 2013 at 4:22 PM

Di sabah pula, rakyat memberikan mandat kepada Bn Sabah dengan jumlah kerusi 24 parlimen daripada 25, dan 59 kerusi dun daripada 60 dun yang tersedia.


Anonymous said...
April 4, 2013 at 4:23 PM

Pada PRU lalu, parti-parti komponen hampir semuanya menang 100 peratus, kecuali PBS yang kalah satu parlimen dan satu kerusi dun.


Anonymous said...
April 4, 2013 at 4:24 PM

Melihat kepada kemenangan calon-calon bn pada PRU-PRU lalu, terlihat kawasan-kawasan yang merupakan kawasan tradisi Bn terus menjadi kawasan simpanan tetap.Pada PRU kali ini juga, diperkirakan kawasan-kawasan tradisi bn akan terus dimenangi walaupun kekuatan pembangkang pada kali ini, dikatakan ada peningkatan.


Anonymous said...
April 4, 2013 at 4:24 PM

Kawasan Kota Belud misalnya, hanya Dun Kedamian dikatakan agak rapuh, jika mempertahankan wakil rakyat yang ada sekarang. Bagi kawasan itu, bukan Bn yang kurang mantap, akan tetapi telah timbul kebosanan terhadap wakil rakyat yang ada.


mantera said...
April 5, 2013 at 11:23 AM

negeri2 PR dah bubar ke?


Anonymous said...
April 6, 2013 at 10:56 PM

headhunter said.. - LIDAH SYAITAN