Wednesday, April 3, 2013

"Tazkirah" Najib Mengelirukan?

Dalam Berita TV3 ucapan Najib Tun Razak di Masjid Sri Petaling. Beliau begitu lantang memperkatakan tentang menjaga Islam, mempertahankan syriat dan menjaga kalimah suci. Saya pening kerana:

1. Adakah Syariat Islam telah dilaksana di Malaysia? Jika ada mana dia? :

a. Undang-undang hudud qisas, takzir dan hisbah kat mana?

b. Sistem ekonomi Islam, ihya' mawat, Iqta, haram riba, tiada penswastaan harta awam, cukai hanya daripada orang kaya untuk orang miskin dll, kat mana?

c. Isu kalimah Allah bukankah ianya bermula drpd KDN benarkan cetak bible dalam Bahasa Melayu? Yg benarkan ialah KDN yang diterajui umno yang mana presidennya ialah Najib Tun Razak. Sampai hari ini saya masih belum dengar dari Najib: "Kami umno bertegas bahawa penggunaan kalimah Allah dalam bible versi BM adalah salah dan tidak dibenarkan. Tapi yang ada buat statement penegasan ini ialah PAS via Syura statement.

2. Dia bercakap seolah Islam sudah sedia dilaksanakan di Malaysia. Sebab tu saya bertanya di atas, mana!!!!

Kalau tidak ada dan jika Najib bercakap seolah-olah ada, bermakna dia berbohong dan lebih dahsyat sanggup menjadikan agama dan syariatnya sebagai bahan kempen.

Oleh :
Ustaz Zaharuddin Muhammad,
Ahli Majlis Syura Ulamak PAS

Komen Anda

30 Responses to " "Tazkirah" Najib Mengelirukan? "
headhunter said...
April 3, 2013 at 10:28 AM

Apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi menegur Majlis Syura Ulama PAS sebagai berhelah politik atas keputusan yang dibuat mengenai penggunaan kalimah Allah dalam kalangan bukan Islam baru-baru ini, PAS menjawab badan itu dianggotai ulama yang bebas pengaruh politik. Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menjelaskan bahawa Majlis Syura ialah badan pemandu parti dalam perkara yang memerlukan pandangan syariah. Katanya, Tun Abdullah tidak faham kedudukan Majlis Syura.


headhunter said...
April 3, 2013 at 10:29 AM

Jawapan Tuan Ibrahim tidak benar. Hakikatnya, sebagai sebuah badan dalam parti politik, Majlis Syura membuat keputusan dipengaruhi kepentingan politik. Jika dilihat keanggotaannya pula, walaupun ada ulama dalam kalangan mereka semuanya berjawatan politik, sama ada dalam PAS mahupun kerajaan negeri yang mereka perintah. Tuan Ibrahim yang turut menganggotai badan ini ialah Pesuruhjaya PAS Pahang selain Ketua Penerangan PAS.


headhunter said...
April 3, 2013 at 10:29 AM

Kontroversi kalimah Allah jelas menunjukkan Majlis Syura bermain politik. Apa tidaknya, ketika kali pertama keputusan PAS bersetuju membenarkan bukan Islam mengguna kalimah Allah pada 2010, Majlis Syura memilih untuk tidak mengambil sebarang pendirian. HarakahDaily 5 Januari 2010 melaporkan Tuan Ibrahim bersama pemimpin tertinggi PAS bermesyuarat tiga jam membincang keputusan mahkamah yang membenarkan gereja Kristian menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya.


headhunter said...
April 3, 2013 at 10:29 AM

Apakah Majlis Syura pada masa itu tidak memahami signifikan keputusan mahkamah atau pentingnya isu asas ini kepada orang Islam? Apakah dengan berdiam bisu, ia mengharapkan perkara fundamental ini akan berlalu begitu saja? Tidakkah Majlis Syura berasa bertanggungjawab untuk menjernihkan kekeliruan kalangan Muslimin?


headhunter said...
April 3, 2013 at 10:29 AM

Lebih mengecewakan ialah hakikat bahawa keputusan yang dibuat Majlis Syura adalah lima tahun lebih lewat daripada Majlis Fatwa Kebangsaan yang sudah pun menetapkan perkara sama pada 2008 lagi. Kenapa begitu? Jawapannya mudah saja. Majlis Fatwa Kebangsaan dianggotai Mufti dan ulama tidak berpolitik, manakala Majlis Syura dianggotai ulama berkepentingan politik.


headhunter said...
April 3, 2013 at 10:30 AM

Benarlah kalau bekas Perdana Menteri itu dikatakan tidak faham. Saya rasa jutaan orang lain, tidak ketinggalan orang PAS sendiri, yang tidak faham dengan kedudukan Majlis Syura. Dalam isu kalimah Allah yang asas ini pun, ia mengambil masa bertahun-tahun untuk Majlis Syura membuat ketetapan.


headhunter said...
April 3, 2013 at 10:30 AM

Beberapa anggota Majlis Syura berjawatan politik Mursyidul Am, Presiden dan Timbalan Presiden pula sudah mendahului majlis apabila awal-awal lagi berpendirian bersetuju dengan rakan politik DAP dan PKR dalam isu kalimah Allah.


headhunter said...
April 3, 2013 at 10:30 AM

Membaca teks disediakan kepadanya, Abdul Hadi merasionalkan penggunaan kalimah Allah untuk bukan Islam, sambil diperhatikan Lim Kit Siang dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beberapa ayat al-Quran dibaca Abdul Hadi untuk menjustifikasikan pendiriannya.


headhunter said...
April 3, 2013 at 10:30 AM

Atas tekanan pelbagai pihak, khususnya orang PAS sendiri dan tidak kurang daripada anggota Majlis Syura seperti Datuk Dr Haron Din dan Datuk Harun Taib, ketiga-tiga pemimpin PAS itu mengubah pendirian dua tiga minggu selepas itu. Nik Aziz mengata orang bukan Islam yang nak guna kalimah Allah adalah ‘mengarut’.


headhunter said...
April 3, 2013 at 10:30 AM

Sikap klu-klek anggota Majlis Syura tidak disenangi pemimpin DAP atau PKR. Mereka tidak menghormati Majlis Syura atau keputusannya. Karpal Singh mahu Majlis Syura menarik balik keputusannya manakala Anwar dan Azmin Ali dengan terang menolak pendirian Majlis Syura.


headhunter said...
April 3, 2013 at 10:30 AM

Bagi mereka, keputusan Majlis Syura hanya relevan kepada ahli PAS saja. Bagi belasan juta orang Islam lain di negara ini, yang perlu diikuti ialah fatwa yang dikeluarkan Mufti dan Majlis Fatwa Kebangsaan, bukan PAS atau Majlis Syuranya.


headhunter said...
April 3, 2013 at 10:31 AM

Banyak lagi kes membuktikan Majlis Syura berkepentingan politik – menghalalkan demonstrasi haram BERSIH 3.0 dan penyertaan ahli PAS dalam Seksualiti Merdeka, tidak membuat pendirian jelas berhubung Amanat Hadi atau tafsiran dan kenyataan Nik Aziz yang mengelirukan.


headhunter said...
April 3, 2013 at 10:31 AM

Berhubung tindakan menggugurkan keanggotaan bekas Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dalam Majlis Syura, apa pula punca sebenarnya? Jika kehadiran Nasharuddin bersama Perdana Menteri di Makkah tahun lalu dan di Gaza minggu lalu hendak dijadikan asas, apakah ini boleh dikategorikan sebagai ‘melanggar peraturan berjemaah, tindak tanduk yang merugikan parti dan menimbulkan kekeruhan dalam kalangan ahli parti’? Atau ia berpunca daripada prejudis pemimpin PAS kerana pendirian Nasharuddin lebih mementingkan ummah dan akidah daripada politik semata-mata?


headhunter said...
April 3, 2013 at 10:31 AM

Seperti juga nasib yang menimpa bekas Naib Presiden dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali, episod Nasharuddin ini amat memalukan kerana Majlis Syura gagal mempertahan kebenaran anggotanya sendiri.


headhunter said...
April 3, 2013 at 10:31 AM

Dalam kes lain, Mursyidul Am pernah beri kata dua kepada Anwar untuk menarik balik kenyataannya menyokong keselamatan Israel disiar Wall Street Journal (WSJ) atau menyaman akhbar pro-Yahudi itu. Andai Anwar tidak berbuat demikian, PAS akan kaji semula hubungannya dengan PKR. Anwar tahu itu amaran kosong dan tidak tarik balik kenyataan atau menyaman WSJ. Kesudahannya? PAS tidak buat apa, Majlis Syura pun senyap sunyi.


Anonymous said...
April 3, 2013 at 1:17 PM

Dalam ucapan semasa membubarkan Parlimen ke 12 sebentar tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menyeru agar peralihan kuasa di peringkat persekutuan atau negeri perlu dilakukan secara aman.


Anonymous said...
April 3, 2013 at 1:17 PM

“Jika terdapat peralihan kuasa, sama ada di peringkat persekutuan atau negeri, ianya perlu dilakukan secara aman,” kata Najib dalam ucapan secara langsungnya yang disiarkan oleh stesen televisyen nasional pagi tadi.


Anonymous said...
April 3, 2013 at 1:17 PM

Najib berkata kerajaan sentiasa komited memastikan keamanan, keselamatan dan masa depan yang cerah kepada seluruh rakyat Malaysia, disamping memberi jaminan kepada rakyat Sabah supaya tidak takut untuk keluar pada hari pilihan raya nanti.

“Ini adalah komitmen kami dala menghormati suara dan kepentingan negara.


Anonymous said...
April 3, 2013 at 1:17 PM

“Kepada semua rakyat Malaysia, terutamanya di Pantai Timur Sabah, jangan bimbang... Laksanakan dan tunaikanlah tanggungjawab untuk memastikan jaminan keselamatan negara anda. Setiap undi tuan dan puan ialah penting,” katanya lagi.


Anonymous said...
April 3, 2013 at 1:18 PM

Dalam ucapannya lagi, Najib menggesa parti politik dan rakyat untuk memberi kepercayaan penuh kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam menjalankan tanggungjawabnya mengendalikan pilihan raya paling penting dalam sejarah negara ini.


Anonymous said...
April 3, 2013 at 1:18 PM

“Janganlah tidak yakin pada SPR, parti-parti politik hentikanlah daripada menabur syak wasangka serta menimbulkan keraguan keatas ketelusan badan tersebut pada pilihan raya nanti.


Anonymous said...
April 3, 2013 at 1:18 PM

“Mari kita bersama-sama, tidak kira kerajaan atau pembangkang memberikan komitmen untuk memelihara keutuhan proses demokrasi dan menghormati keputusan yag dibuat oleh rakyat. Bersama-samalah kita berdoa agar pilihan raya kali ini akan berjalan dengan lancar, aman dan selamat,” kata beliau lagi.


Anonymous said...
April 3, 2013 at 1:18 PM

Najib juga menasihati rakyat Malaysia mengambil iktibar daripada apa yang berlaku diluar negara apabila sistem pilihan raya tidak dipercayai dan berlakunya kekacauan.

“Insaflah dan ambil iktibar daripada apa yang berlaku di negara lain, akhirnya apa sahaja keputusan pilihan raya dalam negara tidak dipercayai.


Anonymous said...
April 3, 2013 at 1:18 PM

Apabila sistem pilihan raya tidak dipercayai, negara menjadi tidak stabil... kemakmuran negara merudum dan rakyatlah juga yang menderita,” ujarnya lagi.


Anonymous said...
April 3, 2013 at 1:21 PM

Pagi ini, Najib telah mengumumkan secara langsung pembubaran Parlimen di pejabatnya Putrajaya bagi memberikan laluan kepada Pilihan Raya 2013 diadakan dalam bulan ini.


Anonymous said...
April 3, 2013 at 5:01 PM

Najib ni meroyan ke nak sewel?


Anonymous said...
April 3, 2013 at 5:17 PM

Pandainya musang berbulu ayam ni bagi tazkirah. Berlagak macam pemimpin berjiwa Islam konon, tapi hakikatnya menolak hudud & menghina negara Islam. Nak mencemarkan kesucian masjid ke? Najib, anda memang "Bangkai Negara" yang wajib dikuburkan!

p/s: BN bukan Barisan Nasional, tapi BANGKAI NEGARA. Pemimpin dan penyokong tegar BN mesti akan naik darah dengan komen ini. Padan muka. Dulu asyik nak fitnah PR, sekarang ni dah kena "tikam" balik. Hahaha


pirit said...
April 4, 2013 at 1:30 PM

UMNgOk adalah "perogol" islam!!!


Anonymous said...
April 4, 2013 at 6:51 PM

BN kena banyak belajar dari kesilapan sendiri. Ingat2 lah dah terlalu banyak kesilapan yang telah dilakukan. Rakyat tahu, tapi apakan daya.


Peter Sabahan said...
May 2, 2013 at 1:12 PM

ANTARA KEJAYAAN BN SABAH SEJAK 10 TAHUN LALU

PENGURUSAN KEWANGAN KUKUH DAN TARIKAN KEPADA PELABURAN

- Dana kewangan negeri terkumpul berjumlah lebih RM3 bilion berbanding RM100 juta pada 2001.
- Hasil pendapatan teringgi bernilai RM4.4 bilion pada 2011.
- Jumlah pelaburan RM10 bilion dalam bentuk pelaburan langsung.
- Pentauliahan ISO daripada Moody's International tiga tahun berturut-turut berkaitan pengurusan kewangan negeri.
- Penarafan "AAA" daripada RAM Rating Services kerana pengurusan kewangan negeri yang terbaik.
- Sijil bersih 11 tahun berturut-turut Ketua Audit Negara .

KEMISKINAN

- Penurunan dua digit tahap kemiskinan secara keseluruhan kepada 8.1 peratus pada 2012 daripada 19.7 peratus pada 2009.

MEMPERKEMAS ORDINAN TANAH

- Initiatif Pengeluaran Tanah Terancang (Geran Komunal) melalui landasan pantas dengan meminda Seksyen 76 Ordinan Tanah Sabah bagi melindungi hak anak negeri terhadap Tanah Adat Anak Negeri (NCR) seperti diwartakan pada Desember 2009.

PENGURUSAN HUTAN DAN ALAM SEKITAR

- Mewujudkan perlindungan sepenuhnya kawasan Hutan Simpan (TPAS) meliputi kawasan seluas 1.3 juta hektar atau 20 peratus daripada keseluruhan tanah di Sabah yang melebihi piawaian 10 peratus seperti dikehendaki Pertubuhan Antarabangsa untuk Pemeliharaan Alam Semulajadi (IUCN).

PENDATANG TANPA IZIN

- Menubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin dan menunggu hasil siasatan.

MENAMBAH SAMBUNGAN BEKALAN AIR, ELEKTRIK, JALAN DAN PENGANGKUTAN

- Membina 5,370 kilometer jalan berturap setakat ini.
- Menambah bekalan air bersih kepada 385,821 rumah di seluruh negeri.
- Memperluaskan penyediaan bekalan elektrik kepada 486,485 rumah di seluruh Sabah.

BANTUAN KEPADA SEKOLAH VERNAKULAR

- Peruntukan RM10 juta dalam bentuk pertolongan dan bantuan kepada sekolah vernakular menerusi RMKe-10.
- Peruntukan RM19.4 juta untuk sekolah mubaligh di bawah RMKe-10.

SOKONGAN KEWANGAN KEPADA BADAN AGAMA

- Bantuan RM168 juta kepada badan agama bukan Islam dari 2004 hingga 2012.