Tuesday, May 7, 2013

Rafizi Ketuai Kumpulan Siasat Penipuan PRU13

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan bahawa Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli akan mengetuai pasukan menyiasat penipuan pilihan raya kerana Pakatan Rakyat enggan menerima keputusan pilihan raya umum ke-13.

Pihaknya menolak keputusan pilihan raya sehinggalah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memberi justifikasi yang wajar, kata Anwar dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Anwar berkata pasukan itu telahpun memula bertugas untuk mengumpul semua maklumat dan bukti penipuan dan penyelewengan di seluruh negara.

Katanya, pasukan itu memadankannya bukti tersebut terhadap analisis empirikal keputusan kawasan pilihan raya tertentu untuk mengetengahkan kawasan yang keputusannya dipertikaikan.

Anwar berlata. pasukan itu, bersama-sama dengan pasukan yang sama daripada DAP dan PAS, akan bekerjasama rapat dengan tribunal rakyat BERSIH untuk menangani perkara ini.

"Dalam beberapa minggu akan datang, kami akan membentangkan bukti kepada orang ramai bahawa (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak memenangi pilihan raya ini melalui penipuan dan penyelewengan," katanya.

Komen Anda

89 Responses to " Rafizi Ketuai Kumpulan Siasat Penipuan PRU13 "
Anonymous said...
May 8, 2013 at 7:56 AM

Sokong kalau ada pilihanraya sekali lagi tetap PR akan bertambah kerusi teutama di pendalaman Sabah tersilap formula patut kita jangan undi Star, kita guna one by one challenge


headhunter said...
May 8, 2013 at 9:11 AM

GEMPAR..!!! MACAI PAKATAN HARAM SURUH WARGA ASING JADI PELAKON UNTUK MENGUNDI PADA PRU13

Sana-sini media trooper Pakatan terutama PKR memomokkan kononnya BN memberikan IC palsu untuk mengundi hari ini. Pihak kami berjaya mengesan modus operandi PKR di Kota Kemuning Shah Alam dan Pantai Dalam sebentar tadi. PKR UPAH BANGLA INI DAN BERI IC PALSU KEMUDIAN HANTAR KE PUSAT MENGUNDI KEMUDIAN PURA-PURA TANGKAP.


headhunter said...
May 8, 2013 at 9:11 AM

GEMPAR..!!! MACAI PAKATAN HARAM SURUH WARGA ASING JADI PELAKON UNTUK MENGUNDI PADA PRU13

Rupa-rupanya Anwar telah mengarahkan jentera PKR supaya mencari seramai mungkin orang-orang Bangla, Mynmar dan Indonesia yang baru sampai di Malaysia. Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya telah mencetak beribu-ribu Kad Pengenalan Palsu dan menyerahkan kepada mereka dan wang sejumlah RM500 seorang.


headhunter said...
May 8, 2013 at 9:12 AM

GEMPAR..!!! MACAI PAKATAN HARAM SURUH WARGA ASING JADI PELAKON UNTUK MENGUNDI PADA PRU13

Mereka yang diupah PKR akan pergi ke Pusat-Pusat Daerah Mengundi hari ini, berbaris dan kemudian orang-orang PKR tadi pura-pura menangkap mereka kononnya mereka berjaya menangkap pengundi hantu. Padahal mereka yang sediakan pelakon-pelakon pengundi hantu itu. Rakyat Malaysia ditipu dan tertipu!


headhunter said...
May 8, 2013 at 9:12 AM

GEMPAR..!!! MACAI PAKATAN HARAM SURUH WARGA ASING JADI PELAKON UNTUK MENGUNDI PADA PRU13

PROPAGANDA JAHAT= DIA UPAH BANGLA, DIA KASI IC PALSU, DIA BAWA KE PDM, KEMUDIAN DEPAN ORANG RAMAI DIA PURA-PURA TANGKAP


headhunter said...
May 8, 2013 at 9:13 AM

GEMPAR..!!! MACAI PAKATAN HARAM SURUH WARGA ASING JADI PELAKON UNTUK MENGUNDI PADA PRU13

Puak pembangkang ini ingat Rakyat Malaysia bodohkah nak percaya modus operandi mereka. Bangla-bangla ini yang baru sampai 2-3 hari atau 2-3 minggu lalu, bagaimana mereka hendak mengundi jika nama tiada dalam pendaftaran? Propaganda Anwar dan Pakatan ini betul-betul Third Class punya propaganda!


headhunter said...
May 8, 2013 at 9:13 AM

GEMPAR..!!! MACAI PAKATAN HARAM SURUH WARGA ASING JADI PELAKON UNTUK MENGUNDI PADA PRU13

Mereka semua desperate dan tak dapat menerima hakikat bakal kalah besar, maka Anwar mengarahkan cipta propaganda murahan ini. SPR kena alert di PDM kerana PKR sedang menghantar Bangla, Mynmar dan Indon dengan memberikan IC Palsu dan wang RM500. Mereka akan salahkan SPR!


headhunter said...
May 8, 2013 at 9:15 AM

GEMPAR..!!! MACAI PAKATAN HARAM SURUH WARGA ASING JADI PELAKON UNTUK MENGUNDI PADA PRU13

*** Bangla-Bangla, Mynmar dan Indon yang terpedaya dengan tipu helah PKR kini berada di Balai Polis Briecfield, Ibu Pejabat Polis Shah Alam dan dua orang di Ibu Pejabat Polis, Putrajaya.

*** Pihak SPR telah dimaklumkan hal ini dan Press Conference akan diadakan tidak lama lagi.


headhunter said...
May 8, 2013 at 9:15 AM

GEMPAR..!!! MACAI PAKATAN HARAM SURUH WARGA ASING JADI PELAKON UNTUK MENGUNDI PADA PRU13

Setiausaha Agung Barisan Nasional. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau menerima laporan parti Pakatan Rakyat menggunakan taktik kotor untuk memancing undi di kawasan Parlimen Putrajaya, termasuk menawarkan duit.


headhunter said...
May 8, 2013 at 9:16 AM

GEMPAR..!!! MACAI PAKATAN HARAM SURUH WARGA ASING JADI PELAKON UNTUK MENGUNDI PADA PRU13

Tengku Adnan, yang mempertahankan kerusi Parlimen itu pada pilihan raya umum Ahad ini berkata, beliau menerima laporan terdapat pengundi ditawarkan RM500 dan didatangi orang tidak dikenali yang hendak mencalit dakwat di jari mereka.


headhunter said...
May 8, 2013 at 9:17 AM

GEMPAR..!!! MACAI PAKATAN HARAM SURUH WARGA ASING JADI PELAKON UNTUK MENGUNDI PADA PRU13

"Saya baru dapat laporan ada lapan orang pergi jumpa pengundi (di flat) kawasan saya...pukul 9 dan 10 malam Isnin (kononnya) untuk buat kaji selidik. "Ada seorang wanita ini bagi masuk rumah. Bila masuk akhirnya dia nak calit dakwat ke tangan perempuan ni, kononnya menyenangkan supaya pergi mengundi. Ini taktik kotor," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra bersama pengundi India di sini malam tadi.


headhunter said...
May 8, 2013 at 9:17 AM

GEMPAR..!!! MACAI PAKATAN HARAM SURUH WARGA ASING JADI PELAKON UNTUK MENGUNDI PADA PRU13

Katanya beliau telah mengarahkan mereka yang telah membuat aduan itu kepadanya supaya membuat laporan polis.


headhunter said...
May 8, 2013 at 9:18 AM

GEMPAR..!!! MACAI PAKATAN HARAM SURUH WARGA ASING JADI PELAKON UNTUK MENGUNDI PADA PRU13

3 lelaki warganegara Malaysia ditahan pihak Polis bersama 2 orang warga Bangla tadi di Lembah Pantai dipercayai cuba mencetuskan kekecohan. Hasil siasatan pihak Polis keatas kenderaan yang digunakan satu unit camera dan satu unit video camera.


headhunter said...
May 8, 2013 at 9:19 AM

GEMPAR..!!! MACAI PAKATAN HARAM SURUH WARGA ASING JADI PELAKON UNTUK MENGUNDI PADA PRU13

Turut dirampas satu unit laptop. Suspek 3 lelaki yang ditahan bersama 2 orang bangla itu dipercayai cuba memanipulasi hari pengundian hari ini dengan mewujudkan cerita bangla mengundi bagi pihak BN.


headhunter said...
May 8, 2013 at 9:19 AM

GEMPAR..!!! MACAI PAKATAN HARAM SURUH WARGA ASING JADI PELAKON UNTUK MENGUNDI PADA PRU13

Kesemua suspek dibawa ke balai Polis bagi siasatan lanjut. Maklumat awal diperolehi bangla yang terlibat dalam lakonan pengundian palsu dibayar rm250 setiap seorang. PERGH!!! Patut lah kecoh sana sini, rupanya depa yang buat benda ni semua nak wujudkan kekecohan dalam internet. Bangsat betul lah puak Pembangkang ni!


Anonymous said...
May 8, 2013 at 9:51 AM

Setahu aku siapa yang bagi duit waktu pilihanraya ini. Ubn hidup dengan fitnah yang tidak berani bersemuka dengan pemimpin pembangkang.


Anonymous said...
May 8, 2013 at 12:18 PM

Kalau bab menfitnah dan mewujudkan cerita-cerita sensasi, Rafizi Ramli cukup berjaya. Apatah lagi apabila dia juga dibantu oleh JINGGA 13, tentera siber upahan Anwar Ibrahim yang bekerja keras untuk mewujudkan persepsi dan menjadikan FITNAH sebagai sesuatu yang nyata dan boleh diterima ramai tanpa sebarang perasaan bersalah. Rafizi Ramli adalah ketuanya.


Anonymous said...
May 8, 2013 at 12:18 PM

Di Pandan, pada hari penamaan calon, Rafizi Ramli buat hal lagi. Rafizi Ramli bising-bising tentang calon Barisan Nasional, Gary Lim Chin Yee yang kononnya telah pecah amanah dan salahguna kedudukan selaku peguam. Katanya, dia mempunyai bukti tentang hal tersebut.


Anonymous said...
May 8, 2013 at 12:18 PM

Untuk beberapa hari selepas Rafizi Ramli buat sidang media – sesuatu yang amat digemarinya – Majlis Peguam yang sememangnya diketahui sangat cenderung kepada Pakatan Rakyat, terutama sekali PKR dan DAP, telah mengumumkan yang mereka akan melakukan siasatan berhubung dakwaan Rafizi Ramli.


Anonymous said...
May 8, 2013 at 12:18 PM

Sudah tentulah Majlis Peguam cuba mencari jalan untuk membantu Rafizi Ramli menang mudah dan kemudian menjadi sokongan moral kepada para pemimpin Pakatan Rakyat lain yang sedang berhadapan dengan pelbagai kepayahan dan halangan, tidak seperti tahun 2008 apabila mereka muncul sebagai underdog dan kurang yakin kemenangan akan berpihak kepada mereka.


Anonymous said...
May 8, 2013 at 12:18 PM

Namun, Rafizi Ramli yang sedang berhadapan dengan tindakan undang-undang berhubung BAFIA, semakin terjerat dengan egonya yang tersendiri. Kegelojohannya untuk menjadi orang pertama yang membuat pelbagai pendedahan dan tahu segala-gala rahsia, akhirnya membuatkan dia terpaksa berhadapan dengan tindakan undang-undang.


Anonymous said...
May 8, 2013 at 12:18 PM

Gary Lim telah membuktikan bahawa tuduhan yang dilemparkan oleh Rafizi adalah liar dan tidak berasas. Justeru, memandangkan Rafizi Ramli telah mengadakan sidang media yang bertujuan untuk memalukannya, maka Gary Lim telah mengambil keputusan untuk menyaman budak jambu itu.


Anonymous said...
May 8, 2013 at 12:18 PM

Nasihat daripada Gary Lim kepada Rafizi yang mengharapkan benar kerusi Parlimen Pandan akan berpindah kepadanya setelah mengetahui Ong Tee Kiat, penyandang kerusi tersebut tidak lagi bertanding ialah Rafizi seharusnya menerangkan kepada penduduk dan pengundi di Pandan, apakah khidmat yang akan diberikan kepada mereka berbanding mengada-ngadakan cerita seperti itu semata-mata untuk menjadi popular.


Anonymous said...
May 8, 2013 at 12:19 PM

Sememangnya itulah yang sepatutnya Rafizi Ramli lakukan. Apa sumbangan yang akan diberikan kepada penduduk dan pengundi di Pandan? Apakah Rafizi Ramli akan mengulangi perangai wakil-wakil rakyat Pakatan yang hilang entah ke mana dan langsung tidak turun menjengah permasalahan rakyat, sebaliknya cukup lantang menyalak dalam media sepertimana yang ditunjukkan oleh rakan karibnya, Zuraida Kamaruddin yang mewakili Parlimen Ampang, bersebelahan dengan Parlimen Pandan atau seperti Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution yang melompat sana, melompat sini tetapi sama seperti Mat Sabu, Saifuddin Nasution tidak pernah bertanggungjawab dengan amanah yang diberikan kepadanya bermula dari Lunas lagi.


Anonymous said...
May 8, 2013 at 12:19 PM

Tidak dapat dinafikan, Rafizi Ramli sebenarnya jadi begitu kerana selama ini UMNO dan Barisan Nasional terlalu GENTLEMAN dan beranggapan bahawa segala tuduhan liar yang dibuat adalah bermotifkan politik. Apabila bermotifkan politik, maka ia harus diselesaikan dengan kaedah politik, bukannya perundangan.


Anonymous said...
May 8, 2013 at 12:19 PM

Namun Pakatan Rakyat menerusi pemimpin-pemimpin utama mereka seperti Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Husam Musa seringkali menyelesaikan masalah politik tersebut di bilik perundangan. Dan menariknya, mereka tidak pernah menang melawan fakta-fakta yang dibentangkan tetapi sentiasa mencari alternatif TEKNIKAL sebagai punca kemenangan.


Anonymous said...
May 8, 2013 at 12:19 PM

Pakatan dah ajar agar selesaikan sebarang masalah dengan saman. Seharusnya para pemimpin Barisan Nasional juga melakukan perkara yang sama dengan sepantas-pantasnya dan tidak memberi muka atau ruang langsung kepada mana-mana pemimpin mahupun pecacai Pakatan Rakyat. Tindakan yang dilakukan oleh Gary Lim Chin Yee amatlah bertepatan dan dialu-alukan.


Anonymous said...
May 8, 2013 at 12:57 PM

Bagusla Rafizi.... teruskan.... memang menghairankan ditempat dimana pakatan menang tetapi sebaliknya.... terutama di sabah ini... kawasan pedalaman tidak dapat maklumat dari pakatan hairan juga... jentera pR tak jalan ke? PRU14 bakal menyusul... kali ini betul2 "ini kalilah" ye... he he


Anonymous said...
May 8, 2013 at 12:59 PM

buatlah jelajah Borneo untuk petisen PRU13 tuk cari bukti penipuan....


Anonymous said...
May 8, 2013 at 1:02 PM

Tanya keseluruhan rakyat seluruh negara.............. bukannya semenanjung sahaja...


Hidup Di Sabah said...
May 8, 2013 at 1:12 PM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa membidas pembangkang yang masih enggan mengakui kemenangan Barisan Nasional (BN) di peringkat nasional, tetapi memperakui kemenangan mereka di tiga negeri.

Menyelar sikap selektif pembangkang itu, Najib secara sinis menyifatkan tindakan itu sebagai “aneh” kerana keputusan itu dibuat melalui satu sistem yang sama iaitu berdasarkan pilihan rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 yang baru berakhir Ahad lepas.


Hidup Di Sabah said...
May 8, 2013 at 1:12 PM

“Yang anehnya dia pertikai (kemenangan BN) di peringkat nasional tetapi keputusan di negeri-negeri (yang dimenangi pembangkang) diterima. Di Kelantan, Selangor dan Pulau Pinang siap angkat sumpah (menteri besar dan ketua menteri).

“Jadi kenapa mereka tidak dapat terima di peringkat nasional seperti yang mereka terima di peringkat negeri… jangan selektif..apabila kamu menang kamu terima, apabila kamu tidak menang kamu tidak dapat terima, tak bolehlah macam tu,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan khas dengan anggota Parlimen BN di Pusat Dagangan Dunia Putra, di Kuala Lumpur.


Hidup Di Sabah said...
May 8, 2013 at 1:12 PM

Mengenai rancangan pembangkang untuk mengadakan perhimpunan kononnya bertujuan membantah kemenangan BN di peringkat nasional, Najib berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana Malaysia mempunyai sistem dan perundangan untuk mana-mana pihak menyalurkan ketidakpuasan hati.

“Kalau tidak puas hati tunjukkan bukti, jangan buat perhimpunan,” tegasnya.

Kata Najib, BN ada merasa tidak puas hati juga, contohnya, terdapat beberapa perkara yang tidak berpihak kepada BN, antaranya jumlah undi yang berpihak kepada BN terpaksa dibuang kerana terpalit dengan dakwat kekal, tetapi parti gabungan itu akur dengan keputusan tersebut.


Hidup Di Sabah said...
May 8, 2013 at 1:13 PM

“Di beberapa tempat ada insiden di mana kertas undi terpalit dengan dakwat dan terpaksa dibuang…malah Datuk S.Subramaniam kata lebih daripada 700 undi untuk BN ditolak disebabkan terpalit dakwat kekal…tapi kami terima kerana ia adalah keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya,” katanya.

Mengenai dakwaan pakatan rakyat bahawa mereka memperoleh lebih undi popular, Najib berkata Malaysia mengamalkan sistem Perlembagaan dan bukannya ‘sistem presiden’ seperti di Amerika Syarikat.

“Setiap negara mempunyai satu sistem…kamu perlu terima sistem itu…jika kamu mahu undi popular, kamu ambil sistem presiden. Tapi sistem kita bukan sistem presiden tetapi berdasarkan kepada kawasan Parlimen,” katanya.


Hidup Di Sabah said...
May 8, 2013 at 1:13 PM

sistem pilihan raya negara diserang dengan pelbagai isu, daripada isu lama pengundi hantu kepada isu terbaharu dakwat kekal boleh dihilangkan, namun tanpa disedari ia hanyalah permainan psikologi terdesak pembangkang bagi meraih sokongan.


Hidup Di Sabah said...
May 8, 2013 at 1:13 PM

Bekas pemimpin, penganalisis politik, pemimpin veteran dan ahli akademik yang dihubungi Bernama sependapat bahawa serangan itu bertujuan mengambarkan sistem pilihan raya negara ini tidak adil dan pembangkang teraniaya untuk meraih simpati rakyat Malaysia juga masyarakat antarabangsa.


Hidup Di Sabah said...
May 8, 2013 at 1:14 PM

Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata lebih memburukkan keadaan ialah apabila simpati itu juga dijadikan senjata untuk pembangkang menghalalkan tindakan ganas dan melancarkan 'politik jalan raya' apabila kalah pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti.


Hidup Di Sabah said...
May 8, 2013 at 1:14 PM

"Apa yang mereka buat sekarang tak lain nak rebut kuasa dan mereka mahu rakyat juga masyarakat antarabangsa menyokong tindakan mereka nanti.

"Inilah mesin propaganda pembangkang menabur fitnah menimbulkan syak wasangka bagi mempengaruhi rakyat.


Hidup Di Sabah said...
May 8, 2013 at 1:14 PM

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa, risikan mereka mendapati Barisan Nasional (BN) telah membawa masuk pengundi luar, khususnya dari Sabah, menggunakan pengangkutan udara.

Sehari selepas itu, isu penggunaan dakwat kekal pula dimainkan pembangkang dengan provokasi daripada dua Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua dan Nurul Izzah Anwar, yang mendakwa dakwat itu mudah dihilangkan.


Hidup Di Sabah said...
May 8, 2013 at 1:14 PM

Abdul Aziz bimbang permainan pembangkang itu akan mengancam keselamatan negara dan menimbulkan persepsi buruk negara luar terhadap Malaysia, dan kedua-dua kemungkinan itu boleh menjejaskan kesejahteraan ekonomi negara dan kehidupan rakyat.

Hakikat yang perlu disedari oleh rakyat ialah jika pembangkang kalah pada PRU13, ia disebabkan pertelagahan antara parti dalam pakatan untuk merebut kuasa, dan bukannya disebabkan sistem pilihan raya di negara ini.


Hidup Di Sabah said...
May 8, 2013 at 1:14 PM

Penganalisis politik, Prof Datuk Dr Zainal Kling berkata permainan psikologi pembangkang terutama melibatkan pengundi hantu itu merupakan taktik lapuk yang telah digunakan sejak dahulu lagi, dan rakyat sepatutnya tidak tertipu dengan helah itu.

Beliau berkata perasaan simpati daripada permainan psikologi itu juga dijadikan senjata menyemai perasaan 'sakit hati' kepada BN yang didakwa kononnya berkonspirasi dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).


Hidup Di Sabah said...
May 8, 2013 at 1:15 PM

"Mereka telah jaja SPR tidak adil, mereka main ini semua sebelum pilihan raya lagi dan jaja semua sampai di luar negara. Kejahatan mereka tidak kenal kedaulatan negara, mereka hanya lapar kuasa.

"Ini tidak lain tindakan mereka yang terdesak. Mereka tahu akan kalah pada PRU13, jadi mereka sudah sediakan ini untuk rampas kuasa dan mahu rampasan kuasa itu disetujui rakyat dan masyarakat antarabangsa.


Hidup Di Sabah said...
May 8, 2013 at 1:15 PM

Setiausaha Veteran UMNO Malaysia, Datuk Mustapha Yaakub berkata bukti jelas bahawa serangan itu satu permainan pembangkang apabila mereka masih tidak puas hati terhadap pembaharuan sistem pilihan raya yang mana ironinya beberapa cadangan pembaharuan itu datang daripada pihak pembangkang sendiri.

"Pembangkang terlibat dalam jawatankuasa bagi naik taraf sistem pilihan raya kita, malah dakwat kekal itu cadangan daripada mereka sendiri. Sekarang mereka tak puas hati pula walaupun isu dakwat tidak kekal itu telah dijelaskan dengan terang dan nyata oleh SPR.


Hidup Di Sabah said...
May 8, 2013 at 1:15 PM

"Kalau tak telus, bagaimana sistem pilihan raya negara kita memberikan empat negeri jatuh ke tangan pembangkang pada PRU12, 2008. Pengundi hantu pula memang isu lama yang mereka mainkan sehingga kita sudah naik muak. Setiap PRU main isu ini," katanya.

Mustapha berkata pihaknya telah menerima laporan daripada anggota BN yang menerima SMS mengatakan BN kononnya menyediakan habuan wang RM1,000 kepada pengundi atas pagar dan anggota PAS bagi mengundi BN, yang juga merupakan fitnah dalam permainan psikologi pembangkang itu.


Hidup Di Sabah said...
May 8, 2013 at 1:15 PM

Felo Utama, Institut Kajian Etnik Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Mansor Mohd Noor berkata permainan psikologi itu dibuat pembangkang bagi menguasai persepsi rakyat, yang merupakan antara faktor utama dalam menentukan siapa yang dipilih pada PRU13 nanti.

"Kita tidak nafikan rakyat kita ini berpengetahuan dan bijak menilai, tetapi ramai juga yang tidak menilai berdasarkan fakta dan tanpa berfikir. Mereka nilai berdasarkan perasaan (semata-mata).

"Persepsi ini mencengkam perasaan, bila persepsi itu dikuasai satu pihak.Jadi nilai sedalam-dalamnya terlebih dahulu. Satu undi itu menentukan masa depan negara. Bagi kita menentukan masa depan negara dengan bersandarkan perasaan itu, adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku," katanya.


Hidup Di Sabah said...
May 8, 2013 at 1:15 PM

Calon yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13), boleh mengemukakan petisyen atau bantahan terhadap proses pengundian itu selepas pewartaan keputusan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata tempoh untuk berbuat demikian ialah 21 hari selepas tarikh pewartaan.


Hidup Di Sabah said...
May 8, 2013 at 1:16 PM

Menurutnya, SPR dijangka selesai mewartakan keputusan PRU13 itu dalam masa dua minggu.

Katanya petisyen itu boleh dikemukakan di Mahkamah Tinggi di negeri masing-masing dan akan diselesaikan dalam masa enam bulan.


Hidup Di Sabah said...
May 8, 2013 at 1:16 PM

“Sekiranya mereka masih tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Tinggi, mereka boleh membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan untuk keputusan muktamad,” katanya ketika diwawancara dalam rancangan ‘Helo Malaysia’ terbitan BernamaTV, malam tadi.

Menurut beliau pada PRU 2004, SPR menerima lebih 30 petisyen berhubung keputusan PRU dan petisyen yang paling banyak diterima ialah pada PRU 1999 yang melibatkan 40 petisyen.


Hidup Di Sabah said...
May 8, 2013 at 1:16 PM

Pada PRU 2008 hanya 26 petisyen yang dikemukakan sedangkan ketika itu berlaku tsunami politik yang tidak berpihak kepada Barisan Nasional.

Katanya sesuatu petisyen boleh dibuat atas sebab-sebab perbuatan rasuah atau sebarang salah laku yang mungkin telah menjejaskan pilihan raya, ketidakpatuhan undang-undang dan peraturan pilihan raya.


Hidup Di Sabah said...
May 8, 2013 at 1:16 PM

Rakyat berhak mencabar keputusan PRU, tetapi melalui saluran undang-undang.

Jangan pergi ke jalan raya berdemonstrasi dan memanggil seluruh dunia menceritakan kami tolak PRU,” katanya.


Hidup Di Sabah said...
May 8, 2013 at 1:17 PM

Calon atau mana-mana rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan keputusan pilihan raya umum ke-13 (PRU13), tidak sepatutnya berdemonstrasi di jalan raya kerana mereka boleh mengemukakan petisyen di Mahkamah Tinggi.

"Rakyat berhak mencabar keputusan PRU, tetapi melalui saluran undang-undang. Jangan pergi ke jalan raya berdemonstrasi dan memanggil seluruh dunia menceritakan kami tolak PR.


Hidup Di Sabah said...
May 8, 2013 at 1:17 PM

Jangan angkat sumpah bentuk kerajaan jika tuduh keputusan PRU Ke-13 dicemari penyelewengan.

Gesaan itu ditujukan kepada pemimpin pakatan pembangkang yang menang di Pulau Pinang, Selangor Dan Kelantan.


Hidup Di Sabah said...
May 8, 2013 at 1:18 PM

Datuk Seri Anwar Ibrahim, dalam reaksi awalnya, menolak keputusan PRU 13 yang memihak kepada Barisan Nasional.

Fatwanya, wujud penyelewengan dan penipuan.


Hidup Di Sabah said...
May 8, 2013 at 1:18 PM

Bekas Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong pula mahu Datuk Seri Anwar berhenti menjadikan SPR kambing hitam dan sebaliknya perlu menerima hakikat bahawa rakyat telah membuat pilihan.


Anonymous said...
May 8, 2013 at 2:04 PM

Tiada Sebab Pertikai Proses Pilihan Raya

PEKAN, 5 Mei – Datuk Seri Najib Tun Razak berkata dengan kaedah penggunaan dakwat kekal yang diperkenalkan buat kali pertama oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada pilihan raya umum ke-13, tiada sebab untuk proses PRU13 dipertikaikan.

Perdana Menteri berkata setakat ini beliau melihat kaedah baharu itu tidak menimbulkan sebarang kesulitan sekaligus yakin proses pengundian hari ini akan berjalan dengan lancar.

“Saya lihat PRU kali ini dengan kaedah baharu ini berjalan dengan begitu lancar, tidak timbul sebarang kesulitan termasuk penggunaan dakwat kekal.

“Jadi tiada sebab mengapa PRU ini nak dipertikaikan oleh sesiapa pun.

“Saya puas hati dengan prosesnya dan saya puas hati dengan kredibiliti PRU kali ini tambahan kita ada pemerhati dari dalam dan luar negara dengan perjalanan (pengundian) yang begitu telus,” katanya kepada pemberita selepas mengundi di Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah di sini.

Najib juga yakin BN akan mendapat mandat yang besar kali ini dan seluruh rakyat Malaysia akan menerima keputusan yang dibuat hari ini.

“Saya percaya rakyat akan buat keputusan bijak, yang penting adalah tahap keyakinan masa depan negara kita dan kalau mereka (rakyat) buat penilaian, saya yakin berdasarkan pada kemampuan kita selama empat tahun ini, dasar transformasi nasional benar-benar dapat dilaksanakan dengan jayanya,” kata beliau.

Menurutnya sekiranya BN diberikan mandat lima tahun lagi untuk memerintah, beliau yakin keadaan ekonomi dan sosial negara akan bertambah baik dalam menuju Wawasan 2020 yang akan tiba tujuh tahun lagi.

“Jika kita dapat mandat untuk lima tahun akan datang, Insya-Allah keadaan negara akan bertambah lebih baik dan menjurus kepada usaha mencapai wawasan negara,” kata Najib.


Anonymous said...
May 8, 2013 at 2:04 PM

Perbuatan Biadab Bukan Cara Lakukan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya – SPR

KUALA LUMPUR, 4 Sept – Penambahbaikan proses pilihan raya tidak akan dapat dilakukan melalui perhimpunan dan perbuatan biadab sepertimana yang dilakukan oleh sekumpulan peserta perhimpunan di ibu negara baru-baru ini.

Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata banyak perkara yang akan dilaksanakan oleh suruhanjaya itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 adalah hasil perbincangan dan rundingan dengan pelbagai pihak, dan bukannya melalui perhimpunan dan perbuatan biadab, termasuk memijak gambar pemimpin negara.

“Perbuatan itu adalah perbuatan biadab, tidak bertamadun dan tidak mencerminkan budaya rakyat Malaysia yang bersopan santun.

“SPR melihat perbuatan pihak penganjur Perhimpunan Janji Bersih memijak gambar pemimpin negara dan menghina Jalur Gemilang pada perhimpunan itu bertujuan mendidik golongan muda untuk berkelakuan biadab,” katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian bagi mengulas perbuatan biadab peserta Perhimpunan Janji Bersih yang memijak gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan mengibar bendera lain yang dikatakan pengganti Jalur Gemilang, pada sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka malam Khamis lepas.

Kamaruddin berkata, SPR menyambut baik langkah-langkah yang akan diambil oleh pihak berkuasa untuk mengambil tindakan segera ke atas individu-individu yang terlibat, yang sekali gus akan memastikan tiada mana-mana pihak dengan sewenang-wenangnya membuat sesuatu yang boleh mencemarkan dan menjejaskan imej SPR.


Anonymous said...
May 8, 2013 at 2:06 PM

Yakinilah… Berikanlah Mandat Kepada Barisan Nasional


Rakyat Malaysia dikasihi,

Hari ini negara tercinta Malaysia berada di persimpangan antara masa hadapan yang penuh peluang dan harapan serta masa hadapan yang sarat dengan ketidaktentuan dan pertelingkahan.

Di tangan Tuan-Tuan dan Puan-Puan , serta 13 juta warga Malaysia yang lain terletak kuasa untuk membuat keputusan mengenai siapakah yang terbaik untuk diberikan amanah serta tanggungjawab bagi meneraju negara bertuah ini untuk tempoh lima tahun yang akan datang..

Empat tahun yang lalu merupakan tempoh yang mencabar untuk kita semua. Di dalam persekitaran ekonomi global yang amat mencabar kerajaan dan rakyat Malaysia telah berjaya hasil kerjasama semua meletakkan ekonomi Malaysia di landasan yang betul untuk pertumbuhan berterusan, meningkatkan hasil negara yang digunakan untuk meringankan beban kehidupan rakyat, merangsang penciptaan peluang pekerjaan yang mencukupi dan meningkatkan kemakmuran untuk semua.

Ia bukanlah perjalanan yang mudah bagi kami parti yang diberikan amanah sebagai kerajaan oleh tuan-tuan dan puan-puan. Dalam sesetengah perkara kami perlu mengambil keputusan yang perit tetapi perlu.

Dalam keadaan ini kami tidak bertindak sebagai ahli politik populis tetapi sebaliknya bertindak setelah mengkaji secara teliti kesan jangka panjang keputusan yang bakal diambil bukan sahaja terhadap generasi hari ini tetapi juga generasi masa depan negara ini, kami tidak rela mewariskan sebuah negara yang gagal kepada anak-anak kita.

Setelah melalui proses mendengar, merundingi serta memperoleh input dari semua pihak kami telah merangka pelan yang kami yakin terbaik untuk semua rakyat Malaysia untuk tempoh lima tahun akan datang malahan sehinggga tahun 2020. Sesungguhnya Tuan-tuan dan Puan-puan mampu merasai sendiri keberkesanan segala usaha yang telah saya dan rakan-rakan lakukan setakat ini.

Berikanlah kami Kerajaan Barisan Nasional peluang untuk terus berkhidmat demi kepentingan tuan-tuan dan puan-puan bagi meningkatkan lagi mutu kehidupan kita dan anak-anak kita serta demi masa depan yang lebih sejahtera serta makmur. Berilah kepercayaan kepada Kerajaan BN bagi meneruskan usaha bakti buat Malaysia dan seluruh rakyatnya.

PRU kali ini perlulah ditentukan bersandarkan menepati janji, mendukung harapan dan kebolehpercayaan. Tidak sepatutnya wujud ruang untuk mereka yang menabur janji tidak kredibel dan akhirnya tidak mampu ditunaikan, gemar menyebar fitnah, memanipulasi fakta serta meraih sokongan berasaskan kebencian serta perpecahan.

Demi anak-anak Malaysia fikirkan semasak-masaknya, sebelum membuat keputusan kerana pilihan tuan-tuan dan puan-puan akan mempunyai kesan yang amat besar untuk masa hadapan kita.

Undi tuan-tuan dan puan-puan sewajarnya menjadi– UNDI untuk Malaysia yang maju dan progresif, UNDI untuk Malaysia yang menuju transformasi politik, ekonomi dan sosial yang menyeluruh , Malaysia di mana kita semua, dapat hidup dengan bangga dan bermaruah di bawah payung falsafah 1Malaysia.



Yang ikhlas,

Najib Razak

Pengerusi Barsian Nasional


Anonymous said...
May 8, 2013 at 4:46 PM

In Pandan, on nomination day, Rafizis Ramli do things again. Ramli Rafizis noise-noise of the National Front candidate, Gary Lim Chin Yee, who allegedly was a breach of trust and abuse of a position as a lawyer. He said he had evidence on this.


Anonymous said...
May 8, 2013 at 4:46 PM

They are hired PKR will go to Polling District Centres today, lined up and then the last PKR people pretend they caught them allegedly managed to catch a ghost voters. But they are actors provide the phantom voters.


Anonymous said...
May 8, 2013 at 4:46 PM

Support if there are regular elections again teutama PR will increase seats in the interior of Sabah should we do wrong formulas Star ballot, we use one by one challenge.


Anonymous said...
May 8, 2013 at 4:46 PM

They are all desperate and can not accept to be big losers, Anwar ordered this cheap propaganda copyright. EC be alert in PDM because PKR is sending Bangla, Indon Mynmar and giving IC False and RM500. They will blame the EC!


Anonymous said...
May 8, 2013 at 4:46 PM

Secretary-General of the National Front. Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor said he received a report of the People's Alliance party uses dirty tactics to win votes in the constituency of the cruise, including offering money.


Anonymous said...
May 8, 2013 at 5:39 PM

Bangkit3.. rakyat bantah kekejaman Barisan Nasional..


Anonymous said...
May 8, 2013 at 5:44 PM

Tahniah YB Rafizi,
Memang bertepatan dengan perlantikan YB Rafizi, sebagai Ketua Siasatan Penipuan PRU13 ini.
Kami berdiri teguh di belakang YB Rafizi. Kami tidak mengiktiraf kemenangan BN di PRU13 ini. Ya minta bawa isu ini ke mahkamah antarabangsa. Bukan mahkamah Malaysia.


Anonymous said...
May 8, 2013 at 5:45 PM

Aku cuma nk mengingatkan kpd petugas2 dan pegawai2 SPR terutama yg beragama islam yg mgkn terlibat atau mengetahui adanya penipuan ini. Sanggupkah anda menanggung dosa atas penipuan kpd berjuta rakyat malaysia? Buat dosa dgn Allah, Allah maha pengampun. Buat dosa sesama manusia, terpulang pd individu tu nk maafkan atau tak. Andai dlm berjuta yg maafkan tp sorang enggan maafkan tetap anda menanggung dosa pdnya... Jgn disebabkan mengejar imbuhan yg xsberapa didunia, anda muflis di akhirat.. Nauzubillah...


Anonymous said...
May 8, 2013 at 6:27 PM

Kita tunggu dan lihat siapa penipu dan pembohong.


Anonymous said...
May 8, 2013 at 8:53 PM

PENGERUSI SPR TOLOL INI YANG MENANGGUNG KESEMUA DOSA MEREKA2 YANG TERLIBAT.... DIA KATA DAKWAT ITU KEKAL TETAPI SEBENARNYA BASUH DENGAN SABUN SEPARUH HILANG, BASUH DENGAN PELUNTUR HILANG SEMUA.... SEMUA PENGUNDI TAHU IA HANYA SEMENTARA.... HARI INI HARI KETIGA CUBALAH PERGILAH BUAT KAJIAN KEPADA PENGUNDI ADA LAGI KE DAKWAT DI JARI MEREKA.... SAYA SENDIRI PUN DAH HILANG SEPENUHNYA.... KE NAPA TAK GUNA INAI YANG LEBIH MURAH.... NAK HABISKAN BERJUTA RINGGIT UNTUK DAKWAT YANG TAK GUNA TU.... TAK TAHU MALU..... LETAK JAWATANLAH OIIIII....


Anonymous said...
May 8, 2013 at 8:54 PM

BELI DAKWAT UNTUK KENYANGKAN KRONI SAHAJA....


Anonymous said...
May 9, 2013 at 11:22 AM

Rafizi jg kena pilih jadi ketua, Rafizi mmg dikenali sebagai penipu dalam buat pendedahan.


Anonymous said...
May 9, 2013 at 11:23 AM

selama Rafizi buat pendedahan itu ini, satupun tidak boleh pakai, kali ini pasti siasatan Rafizi akan memalukan diri dia lagi


Anonymous said...
May 9, 2013 at 11:23 AM

sudah2 lah tu Rafizi.


Anonymous said...
May 9, 2013 at 1:51 PM

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof membidas pihak-pihak yang enggan menerima kekalahan pada pilihan raya ke-13 (PRU13), yang sebaliknya menyalahkan pihak lain dengan membuat pelbagai tuduhan tidak berasas.


Anonymous said...
May 9, 2013 at 1:51 PM

Beliau berkata pihak ini sengaja mencari kesalahan orang lain kerana enggan mengaku kekalahan, dan bagi mereka, pihak paling mudah untuk dijadikan ‘scape goat’ atau kambing hitam ialah SPR, dengan menimbulkan pelbagai persepsi bagi menjejaskan integriti, kredebiliti dan kecekapan badan itu.


Anonymous said...
May 9, 2013 at 1:52 PM

Beliau memberi contoh tuduhan mengenai bekalan eletrik yang terputus semasa pengiraan undi dijalankan yang disebar banyak di laman-laman sosial, yang menurutnya selepas disiasat, perkara itu tidak pernah berlaku.


Anonymous said...
May 9, 2013 at 1:53 PM

“Mereka nak nampakkan SPR ini tidak ada integriti, tidak ‘credible’, suka menipu, sehinggakan boleh buat putus bekalan (elektrik), tukar keputusan dalam gelap.


Anonymous said...
May 9, 2013 at 1:54 PM

Beliau juga mempersoalkan tindakan pihak yang menyebar gambar kononnya pengiraan undi dibuat dalam gelap semasa berlaku putus bekalan elektrik, kerana menurutnya perkara itu tidak pernah berlaku, dan gambar itu mungkin dibuat menggunakan tipu helah kamera.


Anonymous said...
May 9, 2013 at 1:55 PM

Abdul Aziz berkata persepsi merupakan mainan penting dalam politik, dan pihak yang kalah biasanya akan berusaha mencipta persepsi bahawa SPR ini satu badan yang tidak berwibawa, tidak berintegriti, sedangkan ia hanya bertanggungjawab menyediakan gelanggang, bukan menentukan siapa yang boleh menang atau kalah.


Anonymous said...
May 9, 2013 at 1:55 PM

Beliau memberi contoh kenyataan seorang ahli politik yang secara terangan mendakwa kononnya SPR langsung tidak melaksanakan cadangan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen Berhubung Dengan Penambahbaikan Proses Pilihan Raya, sedangkan menurutnya sebanyak 19 penambahbaikan diperkenalkan pada PRU13 berasaskan kepada cadangan jawatankuasa ini.


Anonymous said...
May 9, 2013 at 1:56 PM

Katanya ia boleh dilihat dengan ketara seperti pengenalan dakwat kekal, tiada tempoh bantahan, calon tidak boleh berundur, undi awal, dan banyak lagi, namun persepsi SPR tidak membuat penambahbaikan tetap cuba dibangkitkan ahli politik itu semata-mata untuk menjejaskan integriti dan kredibilitinya.


Anonymous said...
May 9, 2013 at 1:57 PM

Abdul Aziz berkata dakwat kekal diperkenalkan bagi mengelak pemilih mengundilebih dari sekali, walaupun dalam sejarah negara ini tidak pernah dibuktikan ada orang yang mengundi lebih dari sekali, namun SPR tetap menerima cadangan penggunaan dakwat itu secara positif.


Anonymous said...
May 9, 2013 at 1:58 PM

Bagaimanapun menurutnya ada pihak sebaliknya sengaja cuba menjejaskan integriti SPR, berusaha sedaya upaya dengan pelbagai cara untuk menghilangkan kesan dakwat itu, semata-mata untuk menimbulkan keraguan orang ramai.


Anonymous said...
May 9, 2013 at 1:58 PM

Namun menurutnya SPR tetap akan menerima segala teguran, mengkaji segala laporan daripada pelbagai pihak berhubung penggunaan dakwat kekal itu dan akan berusaha menambah baik aspek penggunaan dakwat kekal itu pada pilihan raya akan datang.


Anonymous said...
May 9, 2013 at 1:59 PM

Merujuk kepada tohmahan mengenai kewujudan pengundi hantu, Abdul Aziz berkata beliau merasa kesal dengan tindakan sesetengah pihak yang terlalu bertindak mengikut emosi sehingga bukan sahaja menimbulkan kekecohan, malah beliau difahamkan ada juga pemilih yang dihalang dari menunaikan tanggungjawab mengundi, semata-mata kerana rupa parasnya tidak seperti rakyat tempatan.


Anonymous said...
May 9, 2013 at 2:00 PM

Beliau berkata saringan utama paling penting dalam menentukan kesahihan pengundi adalah kad pengenalan, yang kemudiannya akan dibandingkan dengan daftar pemilih, dan hanya SPR dan polis sahaja yang berhak menahan seseorang untuk memeriksa kad pengenalannya.


Khairul said...
May 10, 2013 at 11:27 AM

Lets wait Anwar for further action.


Anwari said...
May 10, 2013 at 11:28 AM

SPR diragui sekarang. Banyak juga maklumat membuktikan aktiviti tidak halal dalam PRU13.


Jawai said...
May 10, 2013 at 11:29 AM

Adakah tuduhan pembangkang dan rakyat adalah tidak benar?


LOinda said...
May 10, 2013 at 11:30 AM

Tuduhan harus diberi bukti yang sah juga.


Wendy said...
May 10, 2013 at 11:32 AM

Banyak sindiket penipuan dikesan.