Thursday, May 16, 2013

Senarai Kabinet Baru 2013

Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengumumkan barisan Kabinet baru yang dianggap kabinet yang berimbang di antara mereka yang berpengalaman, teknokrat dan golongan muda.

Datuk Noh Omar yang gagal membantu Najib menawan negeri Selangor telah digugurkan dan kementeriannya kini dipegang oleh Datuk Ismail Sabri.

Kemasukkan ahli veteran Umno dan Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam Kabinet dan indikasi jelas Najib memberikan tumpuan kepada pemilihan Umno yang akan berlangsung akhir tahun ini.

Ramai beranggapan barisan yang diumumkan oleh Najib adalah Kabinet 47% rakyat Malaysia memandangkan BN cuma memenangi 47% undi popular berbanding Pakatan Rakyat yang memperolehi 53%.



Berikut ialah senarai kabinet baru:

Perdana Menteri: Datuk Seri Najib Tun Razak

Timbalan Perdana Menteri: Tan Sri Muhyiddin Yassin

Menteri di Jabatan Perdana Menteri:
Datuk Seri Jamil Khir Baharom
Datuk Seri Abdul Wahid Omar (akan dilantik sebagai senator)
Datuk Seri Idris Jala (Senator)
Tan Sri Joseph Kurup
Datuk Seri Shahidan Kassim
Nancy Shukry
Datuk Joseph Entulu Belaun
Datuk Paul Low Seng Kuan (Senator)

Timbalan Menteri: Datuk Razali Ibrahim
Timbalan Menteri: P.Waythamoorthy (akan dilantik sebagai senator)

Kementerian Kewangan
Menteri I : Datuk Seri Najib Tun Razak
Menteri II: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Maslan

Kementerian Pelajaran
Menteri I: Tan Sri Muhyiddin Yassin
Menteri II Datuk Seri Idris Jusoh
Timbalan Menteri I: Datuk Mary Yap
Timbalan Menteri II: P.Kamalanathan

Kementerian Dalam Negeri
Menteri: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi
Timbalan Menteri: Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar

Kementerian Komunikasi dan Multimedia
Menteri: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
Timbalan Menteri: Datuk Jailani Johari

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri
Menteri: Datuk Seri Mustapa Mohamed
Timbalan Menteri: Hamim Samuri

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
Menteri: Datuk Seri G. Palanivel
Timbalan Menteri: Datuk James Dawos Mamit

Kementerian Pengangkutan
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (pangku)
Timbalan Menteri: Datuk Aziz Kaprawi

Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan
Menteri: Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Timbalan Menteri: Datuk Joseph Salang

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
Menteri: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Timbalan Menteri: Datuk Tajuddin Abdul Rahman

Kementerian Pertahanan
Menteri: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein
Timbalan Menteri: Datuk Abdul Rahim Bakri

Kementerian Kerja Raya
Menteri: Datuk Fadillah Yusof
Timbalan Menteri: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin

Kementerian Kesihatan
Menteri: Datuk Seri Dr S.Subramaniam
Timbalan Menteri:Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya

Kementerian Belia dan Sukan
Menteri: Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Timbalan Menteri: Datuk M Saravanan

Kementerian Sumber Manusia
Menteri: Datuk Richard Riot
Timbalan Menteri: Datuk Ismail Abdul Muttalib

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan
Menteri: Datuk Hasan Malek
Timbalan Menteri: Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah (akan dilantik senator)

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Menteri: Datuk Rohani Abdul Karim
Timbalan Menteri: Datuk Azizah Mohd Dun

Kementerian Luar Negeri
Menteri: Datuk Seri Anifah Aman
Timbalan Menteri: Datuk Hamzah Zainuddin

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
Menteri: Datuk Abdul Rahman Dahalan
Timbalan Menteri: Datuk Halimah Sadique

Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi
Menteri: Datuk Seri Douglas Uggah Embas
Timbalan Menteri: Datuk Noriah Kasnon
Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah
Menteri: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
Timbalan Menteri: Datuk Alexander Nanta Linggi

Kementerian Wilayah Persekutuan:
Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
Timbalan Menteri: Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan

Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan air
Menteri: Datuk Seri Maximus Ongkili
Timbalan Menteri: Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah


Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi:
Menteri: Datuk Dr Ewon Ebin
Timbalan Menteri Datuk Dr Abu Bakar Mohamad Diah

Komen Anda

183 Responses to " Senarai Kabinet Baru 2013 "
nazri said...
May 16, 2013 at 10:28 AM

Kabinet baharu Datuk Seri Najib Tun Razak yang diumumkan hari ini terdiri daripada mereka yang berpengalaman, teknokrat dan wakil golongan muda yang diyakini mampu meneruskan agenda transformasi nasional.


nazri said...
May 16, 2013 at 10:29 AM

“Saya yakin bahawa Kabinet ini mampu meneruskan momentum transformasi nasional di samping dapat meningkatkan lagi keyakinan rakyat terhadap kerajaan,” kata Perdana Menteri dalam satu taklimat kepada editor media sejurus sebelum mengumumkan senarai barisan Kabinet beliau.


nazri said...
May 16, 2013 at 10:29 AM

“Saya yakin anggota Kabinet yang dilantik mempunyai kewibawaan untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai anggota pentadbiran dan mempunyai tingkah laku yang disukai rakyat,” katanya.


nazri said...
May 16, 2013 at 10:30 AM

Selain diperkukuhkan oleh dua wakil generasi muda, Najib turut membawa masuk Presiden Transparency International Malaysia Datuk Paul Low, yang dilihat sebagai bukti keseriusan beliau untuk mempertingkatkan lagi integriti dalam kerajaan dalam usaha memerangi rasuah.


nazri said...
May 16, 2013 at 10:30 AM

Pemilihan Presiden Maybank Datuk Seri Abdul Wahid Omar menganggotai Kabinet Najib juga dilihat sebagai usaha serius perdana menteri untuk meneruskan pelaksanaan agenda transformasi ekonomi negara.


nazri said...
May 16, 2013 at 10:31 AM

“Mereka yang merupakan teknokrat boleh menyumbang dari segi kepakaran khususnya yang ada pada mereka yang amat penting untuk menyumbang idea kreatif lagi bernas untuk pertimbangan kerajaan,” katanya ketika mengumumkan barisan kabinet di pejabatnya di Putrajaya.


nazri said...
May 16, 2013 at 10:31 AM

Najib juga memperkenalkan kabinet yang mantap dengan mengurangkan bilangan kementerian kepada 24 dari 25, dan menyelaras beberapa aktiviti dan bidang tugas kementerian-kementerian.


nazri said...
May 16, 2013 at 10:31 AM

Katanya antara kementerian yang diselaraskan ialah Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi yang digabungkan menjadi Kementerian Pelajaran yang akan diterajui dua orang menteri.


nazri said...
May 16, 2013 at 10:32 AM

Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar diselaraskan menjadi Kementerian Wilayah Persekutuan, manakala portfolio kesejahteraan Bandar di bawah kementerian itu digabungkan dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, katanya.

“Dengan ini fungsi kementerian tersebut mempunyai sinergi agar lebih efektif,” katanya.


nazri said...
May 16, 2013 at 10:32 AM

Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan diselaraskan menjadi Kementerian Komunikasi dan Multimedia, manakala elemen kebudayaan dicantumkan dengan Kementerian Pelancongan.

“Dengan langkah tersebut, bilangan timbalan menteri dikurangkan kepada 27, kurang 11 berbanding 38 dahulu,” kata beliau.


nazri said...
May 16, 2013 at 10:33 AM

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata bilangan menteri hampir sama dengan Kabinet sebelum ini kerana Barisan Nasional (BN) merupakan sebuah keluarga besar dan oleh demikian sukar untuk mengecilkan lagi saiz Kabinet kerana ia terpaksa menampung parti yang banyak.


nazri said...
May 16, 2013 at 10:33 AM

Menyentuh ketiadaan wakil komponen BN, MCA dalam Kabinet beliau, Najib berkata Kementerian Pengangkutan yang dipangku seorang menteri (Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein) mungkin akan dipegang wakil parti tersebut sekiranya mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) parti itu memutuskan menarik balik keputusan tidak mahu menyertai Kabinet.


nazri said...
May 16, 2013 at 10:35 AM

Najib menegaskan bagaimanapun anggota Kabinet beliau akan memberi khidmat kepada semua rakyat tanpa mengira kaum di mana yang patut, walaupun banyak terdiri daripada Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak.


nazri said...
May 16, 2013 at 10:36 AM

“Kita tidak boleh bersikap rasis, kita akan menjaga semua orang. Di kalangan bumiputera Sabah dan Sarawak ada yang beragama Kristian. Kita (BN) mesti bersikap moderat dan menjadi ‘centrist party (parti berpandangan moderat)’,” katanya


nazri said...
May 16, 2013 at 10:36 AM

Mengulas lanjut mengenai langkah beliau membawa masuk Abdul Wahid dan Paul Low, Najib berkata beliau memerlukan sebuah pasukan yang kuat untuk mengurus transformasi ekonomi dan transformasi sosial.


nazri said...
May 16, 2013 at 10:37 AM

Katanya pengalaman Abdul Wahid sebagai teknokrat di dalam bidang perbankan dipercayai dapat membantu kerajaan menjayakan lagi program transformasi, manakala Paul Low akan menumpukan kepada pengukuhan integriti menerusi Institut Integriti Nasional (IIN) dan menangani hal-hal berkaitan Biro Pengaduan Awam.


nazri said...
May 16, 2013 at 10:38 AM

“Bagaimanapun Abdul Wahid akan mengambil tugas tiga minggu dari sekarang kerana beliau perlu menyelesaikan tugas beliau di Maybank terlebih dahulu.

“Paul Low sendiri tidak melihat diri beliau sebagai wakil Cina, tetapi sebagai seorang rakyat Malaysia yang berminat dan berazam untuk berkhidmat,” katanya.


nazri said...
May 16, 2013 at 10:38 AM

Najib berkata beliau berharap MCA akan dapat menyertai Kabinet beliau kelak kerana tanpa jawatan dalam kerajaan parti itu sukar untuk memulihkan kembali kedudukannya.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 11:53 AM

Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Kementerian Pengajian Tinggi disatukan di bawah nama Kementerian Pelajaran manakala Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan ditukar nama kepada Komunikasi dan Multimedia.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 11:53 AM

Perdana Menteri berkata, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan kini dikenali sebagai Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan manakala Kementerian Pelancongan pula kini Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 12:02 PM

Sabah and Sarawak have been rewarded by Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak in the new federal cabinet lineup for the two east Malaysian states’ vital contribution to the Barisan Nasional’s (BN) victory in the just concluded general election.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 12:02 PM


Najib, who is also BN chairman, appointed six Sabah and seven Sarawak members of parliament as full ministers when he unveiled the cabinet yesterday.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 12:02 PM

For Sabah, it was an increase of two ministers from four full ministers in the previous cabinet. As for the deputy minister posts, the number was reduced from five to four from Sabah.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 12:02 PM

Najib retained Datuk Seri Shafie Apdal, Datuk Seri Anifah Aman, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili and named new faces, Tan Sri Joseph Kurup, Datuk Ewon Ebin, Datuk Abdul Rahman Dahlan to full minister’s posts.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 12:02 PM

Shafie was retained to head the Rural and Regional Development ministry and Anifah the Foreign Ministry while Dr Maximus, who was the Science, Technology and Innovation Minister would now head the Energy, Green Technology and Water ministry.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 12:02 PM

Ewon replaced Dr Maximus as the Science, Technology and Innovation Minister, while Kurup, who was the Deputy Minister of Natural Resources and Environment, is now a Minister in the Prime Minister’s Office.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 12:02 PM

Abdul Rahman now holds the Urban Well-being, Housing and Local Government minister portfolio.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 12:03 PM

For the deputy ministers, Datuk Rosnah Shirlin and Datuk Abdul Rahim Bakri were retained but are now in the Works Ministry and Defence Ministry respectively.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 12:03 PM

Datuk Azizah Mohd Dun is the Deputy Minister of Women, Family and Community Development while newcomer Datuk Mary Yap is now holding the Deputy Education and Higher Education Minister’s portfolio.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 12:03 PM

In his immediate reaction after the announcement, Chief Minster Datuk Seri Musa Aman said that the state government welcomes the new cabinet lineup as it is one that is strong and a mixture of experienced senior leaders and new faces who can surely contribute significant ideas to the government and people.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 12:03 PM

“On behalf of the state government and rakyat, I record my highest appreciation and gratitude to Prime Minister Datuk Seri Najib for appointing Sabahan leaders to his new cabinet. This clearly proves that he is sensitive and considerate to the needs of the rakyat and state of Sabah.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 12:03 PM

“The appointments also translates into the high level of trust, confidence, appreciation and recognition he places in the ability of leaders from Sabah to helm important ministries at the federal level,” he said.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 12:03 PM

He added that in this context, the state government is confident in Najib leading the new cabinet towards fulfilling the people’s mandate based on their respective portfolios and also ensuring the success of the country’s policies and development agenda as a whole.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 12:03 PM

“I would like to stress here that the state government will continue to work together with its federal counterpart under the Prime Minister’s leadership for the sake of fulfilling the trust and mandate given to BN by the people in the 13th general election,” Musa reiterated.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 12:03 PM

With his appointment as the Urban Well-being, Housing and Local Government Minister, Datuk Abdul Rahman Dahlan says he now shoulders a huge responsibility.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 12:03 PM


Urban issues are very pertinent among Malaysians as more than half of the country’s population is residing in urban areas, he said when contacted to comment on his appointment yesterday.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 12:04 PM

The Kota Belud member of parliament also said that the issue of housing is another one that needs to be looked into and resolved.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 12:04 PM


Abdul Rahman, who is also Sabah Barisan Nasional (BN) secretary, thanked Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak for the unprecedented numbers of ministers and deputy ministers from Sabah appointed to the federal cabinet.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 12:04 PM

The appointment of six full ministers and four deputy ministers from Sabah is the BN leadership’s acknowledgment of the state’s contribution towards its victory in the just concluded 13th general election, he pointed out.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 12:04 PM

“I am grateful to the Prime Minister Datuk Seri Najib for having the trust in me to be a cabinet minister. My deepest gratitude also goes to the Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin and Sabah Chief Minister Datuk Seri Musa Aman for their guidance in my political career,” he said.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 12:04 PM

According to Abdul Rahman, the appointment was also a very big ‘thank you’ to the people of Kota Belud who had given him the mandate to be their elected representative for a second term.


gag said...
May 16, 2013 at 1:50 PM

Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kekal sebagai Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.


gag said...
May 16, 2013 at 1:52 PM

Datuk Seri Dr Maximus Johnity Ongkili dilantik sebagai Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air bagi menerajui industri itu menjadi antara pemacu ekonomi teras negara.


gag said...
May 16, 2013 at 1:53 PM

Sebelum pelantikan baharu ini, beliau ialah Menteri Sains Teknologi dan Inovasi sejak 2008.Ongkili mempertahankan kawasan parlimen Kota Marudu untuk penggal kelima dalam saingan empat penjuru pada Pilihan Raya Umum ke-13, dengan memperoleh 15,168 undi.


gag said...
May 16, 2013 at 1:54 PM

Bekas pensyarah Universiti Pertanian Malaysia yang berusia 60 tahun itu, pernah memegang jawatan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah pada 1994.


gag said...
May 16, 2013 at 1:54 PM

Pada 2004, beliau menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri bertanggungjawab ke atas Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional


gag said...
May 16, 2013 at 1:55 PM

Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai istiadat angkat sumpah jawatan Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi di Istana Negara, pagi Khamis.


gag said...
May 16, 2013 at 1:55 PM

stiadat angkat sumpah jawatan menteri dan timbalan menteri itu berlangsung di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah.


gag said...
May 16, 2013 at 1:56 PM

Tan Sri Muhyiddin Yassin kemudian melafazkan ikrar sumpah jawatan dan taat setia sebelum menandatangani dokumen rasmi pelantikan disaksikan oleh Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria dan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa.


gag said...
May 16, 2013 at 1:57 PM

Upacara yang berlangsung di Balairong Seri, Istana Negara itu bermula pukul 10.10 pagi sejurus keberangkatan masuk Seri Paduka Baginda berdua.


gag said...
May 16, 2013 at 1:58 PM

Selepas Muhyiddin, enam menteri kanan iaitu Datuk Seri G. Palanivel (Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar), Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (Menteri Pelancongan dan Kebudayaan), Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Pertahanan), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), Datuk Seri Mustapa Mohamed (Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri) dan Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili (Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air) mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta simpan rahsia masing-masing, diketuai Mohamed Nazri.


gag said...
May 16, 2013 at 1:58 PM

Selepas itu, acara penyerahan surat cara pelantikan serta melafaz sumpah jawatan dan taat setia bagi menteri dan timbalan menteri dijalankan secara berkumpulan seramai enam orang.


gag said...
May 16, 2013 at 1:58 PM

Ini dimulakan dengan Datuk Seri Douglas Uggah Embas (Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Menteri Dalam Negeri), Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (Menteri Komunikasi dan Multimedia), Datuk Seri Dr S. Subramaniam (Menteri Kesihatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani) dan Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah (Menteri Kewangan II).


gag said...
May 16, 2013 at 1:59 PM

Mereka disusuli kumpulan kedua iaitu Datuk Seri Anifah Aman (Menteri Luar), empat Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Datuk Seri Idris Jala, Tan Sri Joseph Kurup dan Datuk Joseph Entulu Belaun, dan Datuk Rohani Abdul Karim (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat).


gag said...
May 16, 2013 at 1:59 PM

Ini diikuti kumpulan Datuk Fadillah Yusof (Menteri Kerja Raya), Datuk Hasan Malek (Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan), Datuk Richard Riot Jaem (Menteri Sumber Manusia), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (Menteri Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Idris Jusoh (Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II) dan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (Menteri di Jabatan Perdana Menteri


gag said...
May 16, 2013 at 2:00 PM

Barisan terakhir ialah Datuk Paul Low Seng Kwan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri), Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Menteri Belia dan Sukan), Datuk Abdul Rahman Dahlan (Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan), Nancy Shukri (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) dan Datuk Dr Ewon Ebin (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi).


gag said...
May 16, 2013 at 2:00 PM

Seramai 24 timbalan menteri turut mengangkat sumpah dan menerima watikah pelantikan masing-masing hari ini.Turut hadir isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Seri Noorainee Abdul Rahman, dif-dif kehormat dan para jemputan yang kebanyakannya anggota keluarga barisan kabine


gag said...
May 16, 2013 at 2:01 PM

Najib telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada Jumaat, 6 Mei.

Semasa mengumumkan anggota jemaah menteri yang baharu pada Rabu, Najib berkata ia terdiri daripada mereka yang berpengalaman, teknokrat dan wakil golongan muda yang diyakini mampu meneruskan agenda transformasi nasional.


gag said...
May 16, 2013 at 2:01 PM

Pada pilihan raya umum ke-13 5 Mei lepas, Barisan Nasional kekal berkuasa dengan memenangi 133 daripada 222 kerusi parlimen bagi membentuk kerajaan persekutuan yang baharu.

Selepas upacara itu, Tuanku Abdul Halim berkenan bersama-sama Najib serta barisan menteri kabinet dan timbalan-timbalan menteri untuk sesi bergambar.


gag said...
May 16, 2013 at 2:08 PM

Pelantikan 13 pemimpin dari Sabah dan Sarawak untuk membarisi Kabinet baharu membuktikan keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang peka dengan keperluan rakyat di kedua-dua negeri itu


gag said...
May 16, 2013 at 2:08 PM

Ia juga dilihat sebagai penghargaan besar kepada sumbangan yang diberikan oleh kedua-dua negeri itu dalam membantu kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) lalu.


gag said...
May 16, 2013 at 2:08 PM

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman menyifatkan pelantikan enam pemimpin dari negeri itu sebagai bukti kepercayaan dan pengiktirafan terhadap kewibawaan pemimpin-pemimpin dari Sabah untuk menerajui kementerian-kementerian yang penting di peringkat Pusat.


gag said...
May 16, 2013 at 2:09 PM

“Kita yakin akan kebijaksanaan Perdana Menteri memimpin barisan Kabinet baharu bagi memenuhi mandat rakyat berdasarkan portfolio masing-masing dan seterusnya menjayakan dasar-dasar dan agenda pembangunan negara pada keseluruhannya,”



gag said...
May 16, 2013 at 2:09 PM

Enam pemimpin dari negeri itu diberi tanggungjawab memegang jawatan Menteri manakala empat yang lain dilantik sebagai Timbalan Mente


gag said...
May 16, 2013 at 2:20 PM

Empat pemimpin Sabah yang mengisi jawatan Timbalan Menteri termasuklah Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Azizah Mohd. Dun (Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), Datuk Abdul Rahim Bakri (Timbalan Menteri Pertahanan) serta Datuk Mary Yap (Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi).


gag said...
May 16, 2013 at 2:20 PM

Sementara itu, di KUCHING, Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Sarawak, Abdullah Saidol berkata, pemilihan tujuh pemimpin dari negeri itu sebagai Menteri membuktikan Najib tidak pernah meminggirkan hasrat dan keinginan pemimpin Sarawak untuk membawa pembangunan secara menyeluruh.


gag said...
May 16, 2013 at 2:21 PM

“Kita semua berharap gabungan jemaah menteri yang berpengalaman dan muka baharu akan mempercepatkan proses transformasi seperti dihasratkan oleh Perdana Menteri.


gag said...
May 16, 2013 at 2:21 PM

Jadi, kita mesti sentiasa bersatu dan memberi kerjasama sepenuhnya untuk memastikan negara kita sentiasa dalam keadaan aman dan harmoni. Ini kerana suasana kacau bilau hanya akan melambatkan segala agenda transformasi negara,”


gag said...
May 16, 2013 at 2:25 PM

Ahli Parlimen dari Sarawak yang dilantik menjawat jawatan Menteri ialah Ahli Parlimen Petra Jaya, Datuk Fadillah Yusof sebagai Menteri Kerja Raya; Ahli Parlimen Batang Lupar, Datuk Rohani Abdul Karim (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat); Ahli Parlimen Batang Sadong, Nancy Shukri (Menteri di Jabatan Perdana Menteri);


gag said...
May 16, 2013 at 2:25 PM

Ahli Parlimen Betong, Datuk Seri Douglas Uggah Embas (Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi); Ahli Parlimen Serian, Datuk Richard Riot Jaem (Menteri Sumber Manusia); Senator Datuk Seri Idris Jala (Menteri di Jabatan Perdana Menteri) dan Ahli Parlimen Selangau, Datuk Joseph Entulu Belaun (Menteri di Jabatan Perdana Menteri)


gag said...
May 16, 2013 at 2:26 PM

Mereka yang dilantik sebagai timbalan menteri ialah Ahli Parlimen Santubong, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar (Timbalan Menteri Dalam Negeri); Ahli Parlimen Kapit, Datuk Alexander Nanta Linggi (Timbalan Menteri Luar Bandar dan Wilayah); Ahli Parlimen Julau, Datuk Joseph Salang Gandum (Timbalan Menteri Pelancongan) dan Ahli Parlimen Mambong, Datuk Dr. James Dawos Mamit (Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar).


gag said...
May 16, 2013 at 2:34 PM

Tujuh wakil wanita dinamakan sebagai menteri dan timbalan
menteri dalam Kabinet baru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak


gag said...
May 16, 2013 at 2:34 PM

Najib menamakan Ahli Parlimen Batang Lupar, Datuk Rohani Abdul Karim sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


gag said...
May 16, 2013 at 2:34 PM

Selain itu, Ahli Parlimen Batang Sadong Nancy Shukri dinamakan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Sebelum ini, Rohani, 58, ialah Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan manakala Nancy, 52, pernah menjadi Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak


gag said...
May 16, 2013 at 2:36 PM

Sementara itu, Ketua Pergerakan Puteri Umno Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, 41, dinamakan sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya. Sebelum ini, beliau merupakan Timbalan Menteri Kesihatan


gag said...
May 16, 2013 at 2:36 PM

Bekas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Noriah Kasnon, 49, pula dinamakan sebagai Timbalan Menteri Perusahaan. Perladangan dan Komoditi dalam Kabinet baru itu.


gag said...
May 16, 2013 at 2:37 PM

Pengerusi Lembaga Pelesenan Kenderaaan Perdagangan Datuk Halimah Sadique, 51, yang juga Anggota Parlimen Tenggara dinamakan sebagai Timbalan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.


gag said...
May 16, 2013 at 2:38 PM

Anggota Parlimen Beaufort yang juga bekas Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Azizah Mohd Dun, 58, dinamakan sebagai Timbalan.Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat


gag said...
May 16, 2013 at 2:38 PM

Tokoh guru yang juga Anggota Parlimen Tawau Datuk Mary Yap, 62, pula dinamakan sebagai Timbalan Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi I.


gag said...
May 16, 2013 at 2:38 PM

Kabinet 2009 menyaksikan enam wanita dilantik mengisi jawatan menteri dan timbalan menteri. Dalam pilihan raya umum ke-13 baru-baru ini, calon-calon wanita BN mencatatkan kemenangan besar dengan memenangi 32 daripada 42 kerusi yang ditandingi


gag said...
May 16, 2013 at 2:39 PM

Lapan muka baru dan enam timbalan menteri dilantik menganggotai Jemaah Menteri Persekutuan yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,


gag said...
May 16, 2013 at 2:39 PM

Antaranya ialah bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh yang dilantik Menteri Pelajaran dan Pengajian Tinggi II, dan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang dilantik Menteri Belia dan Sukan.


gag said...
May 16, 2013 at 2:40 PM

Empat muka baru yang dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menteri pula ialah bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim; Ahli Parlimen Batang Sadong, Nancy Shukri; Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Malayan Banking Bhd, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Presiden Trasperancy International Malaysia, Datuk Paul Low Seng Kwan.


gag said...
May 16, 2013 at 2:40 PM

Dua muka baru dari Sabah ialah Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang dilantik sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Ahli Parlimen Ranau, Datuk Dr Ewon Ebin (Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi)


gag said...
May 16, 2013 at 2:41 PM

Timbalan Menteri yang dinaikkan pangkat pula adalah bekas Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Tan Sri Joseph Kurup dan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Joseph Entulu Belaun yang masing-masing dilantik Menteri di Jabatan Perdana Menter


gag said...
May 16, 2013 at 2:41 PM

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Karim pula masing-masing dilantik jawatan Menteri Kerja Raya dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.


gag said...
May 16, 2013 at 2:42 PM

Bekas Timbalan Menteri Luar, Datuk Richard Riot Jaem pula dilantik Menteri Sumber Manusia, manakala bekas Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar, Datuk Hasan Malek menjawat jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.


gag said...
May 16, 2013 at 2:42 PM

Sementara itu, seiring agenda transformasi nasional yang dirintis Najib, seramai 16 muka baru diberi tugas memikul tanggungjawab sebagai timbalan menteri di 16 kementerian.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 2:44 PM

Datuk Seri Najib yang mendapat mandat pada pilihan raya baru-baru ini mengumumkan senarai anggota Kabinet yang beliau sifatkan sebagai barisan berimbang merangkumi mereka yang berpengalaman, ahli teknokrat dan generasi muda.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 2:44 PM

Beliau menegaskan, Menteri dan Timbalan Menteri yang dilantik bukan saja harus menumpukan kepada kebolehan dan kepakaran masing-masing, tetapi perlu memberi tumpuan kepada isu berkaitan integriti dan rasuah.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 2:45 PM

“Saya percaya, mereka yang berpengalaman akan menyumbang dari segi kesinambungan berdasarkan pengalaman mereka, sama ada sebagai Menteri atau Timbalan Menteri sebelum ini.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 2:45 PM

“Mereka daripada golongan teknokrat akan menyumbang dari segi kepakaran dan ini penting bagi menyumbang idea yang kreatif lagi bernas untuk pertimbangan kerajaan.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 2:45 PM

Buat pertama kalinya dalam sejarah pembentukan kabinet kerajaan Malaysia sejak merdeka, tiada wakil daripada MCA yang disenaraikan.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan senarai barisan kabinetnya pada Rabu tidak menamakan walau seorang pun wakil daripada parti komponen kedua terbesar dalam Barisan Nasional (BN) itu sebagaimana yang dipinta oleh parti berkenaan.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 2:45 PM

“Bagi yang muda, selain kebolehan, mereka juga dapat membawa cita rasa generasi muda kepada pertimbangan kerajaan,”


Anonymous said...
May 16, 2013 at 2:46 PM

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa. Najib berkata, senarai Kabinet berkenaan mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, selepas dipersembahkan ketika menghadap baginda di Istana Negara, tengah hari semalam


Anonymous said...
May 16, 2013 at 2:47 PM

Bagaimanapun, Najib berkata, kerajaan telah memperuntukkan satu jawatan Kabinet kepada MCA iaitu Menteri Pengangkutan untuk dipertimbangkan oleh parti komponen Barisan Nasional (BN) itu.Katanya, jawatan Menteri Pengangkutan ketika ini dipangku oleh Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga diumumkan sebagai Menteri Pertahanan yang baru.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 2:48 PM

"Sebuah Kementerian (Pengangkutan) itu dipangku (menteri) untuk membolehkan ia dipimpin oleh MCA sekiranya mereka dapat meminda EGM (mesyuarat agung luar biasa) nanti. "Kalau kerajaan hendak pertimbangkan maka kita kena ubah (menerusi) EGM," katanya selepas mengumumkan senarai barisan Kabinet yang baru.Beliau menambah, senarai kabinet yang baru itu harus dipertimbangkan untuk semua kaum.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 2:53 PM

Barisan kabinet yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak petang Rabu dikira memberi nafas segar setelah BN berjaya melalui pilihanraya umum yang paling mencabar dalam sejarah.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 2:53 PM

Namun gelagat pembangkang yang sudah palu gendang perang sejurus diumumkan tewas pada malam 5 Mei telah mencetuskan berbagai kemungkinan dalam mengharungi setiap detik menjelang PRU ke 14 lima tahun dari sekarang.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 2:54 PM

Perhatian tentulah lebih menjurus kepada menangani soal keselamatan.

Sebab itu antara ramalan paling hangat menjelang pengumuman kabinet ialah siapa Menteri Dalam Negeri.

Pandangan popular ialah mahu melihat orang yang ada karektor tegas seperti Allahyarham Tun Dr Ismail dan Allahyarham Tan Sri Ghazali Shafie di kementerian yang strategik itu.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 2:55 PM

Datuk Seri Hishamuddin Hussein sendiri mungkin sedar mengenai cakap-cakap dan persepsi yang berlegar terhadapnya sekalipun beliau telah berusaha sebaik mungkin untuk menangani beberapa situasi krisis demo jalanan yang dicetuskan oleh pembangkang.

Ada yang merasakan beliau mungkin terlalu muda untuk duduk di situ.

Sebab itu pengumuman Datuk Seri Zahid Hamidi tukar kementerian dengan Hishamuddin dikatakan antara yang paling mencuri perhatian dalam pengumuman itu.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 2:56 PM

Andaian yang dapat dibuat ialah Najib sendiri mungkin sedar mengenai persepsi yang berlegar.

Dari segi hiraki dalam parti sebagai Naib Presiden UMNO,baik Zahid,Hishamuddin maupun seorang lagi Datuk Seri Shafie Apdal perlu duduk dalam kementerian yang strategik.

Shafie kekal di Kementerian Luar Bandar dan Kemajuan Wilayah.

Hishamuddin kini di Kementerian Pertahanan.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 2:57 PM

Cabaran kini jatuh atas bahu Zahid untuk berdepan dengan gerak langkah pembangkang yang kini sudah berani mencabar secara terbuka undang-undang berkaitan perhimpunan.

Malah suara-suara aktivis mereka hendak menguling kerajaan menerusi demo jalanan sudah bergema di sana sini.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 2:59 PM

Dalam pada itu ada juga yang melihat awan mendung berarak menyelubungi pergerakan Wanita UMNO dalam pengumuman barisan kabinet kali ini.

Buat pertama kali tidak ada seorangpun pimpinannya pegang jawatan kabinet.

Sebelum ini Allahyarham Tan Sri Fatimah Hashim,Allahyarham Tan Sri Aishah Ghani,Datuk Paduka zaleha Ismail,Tan Sri Rafidah Aziz dan Datuk Seri Shahrizat Jalil telah mengibarkan bendera pergerakan itu.

Najib mungkin ada sebab tersendiri atas keputusan ini.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 3:00 PM

Pemuda UMNO kembali ke arus perdana pentabiran menerusi lantikan Khairy Jamaluddin sebagai Menteri Belia dan Sukan.

Wanita UMNO hanya diberikan empat jawatan timbalan menteri membabitkan dua muka lama iaitu Datuk Noriah Kasnon, Datuk Rosnah Rashid Shirlin manakala muka baru adalah Datuk Halimah Mohd Saddique dan Datuk Azizah Mohd Dun.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 3:00 PM

Spekulasi mengatakan seorang daripada mereka kemungkinan dilantik menteri menggantikan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat jauh tersasar.

Sebaliknya jawatan menteri ke kementerian berkenaan diserahkan kepada Datuk Rohani Abdul Karim mewakili PBB yang dikira ‘naik pangkat’kerana beliau sebelum ini adalah timbalan menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 3:01 PM

Noriah pula jadi timbalan menteri di Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Rosnah di Kementerian Kerjaya Raya, Halimah di Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan manakala Azizah timbalan kepada Rohani.

Nampaknya Wanita UMNO terpaksa berpuashati dengan tiga wakil mereka dilantik sebagai timbalan menteri kerana Rosnah lebih tepat mewakili Puteri UMNO.

Ketiadaan wakil Wanita UMNO sebagai menteri dan keputusan Perdana Menteri membenarkan kerusi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dijawat wakil Wanita PBB – bukan kepada UMNO seperti kebiasaannya – menimbulkan spekulasi ianya ada kaitan dengan pemilihan parti hujung tahun ini.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 3:02 PM

Orang politik melihat jika salah seorang daripada wakil Wanita UMNO berkenaan dilantik sebagai Menteri, ianya dianggap semacam menggantikan tempat Shahrizat.

Ini pasti menjadi bualan kononnya akan menyebabkan berlaku perebutan jawatan Ketua Pergerakan UMNO dengan pemimpin yang dilantik sebagai menteri adalah sebagai ‘signal’ untuk ‘melanggar’ Shahrizat.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 3:03 PM

Mungkin perkara ini sudah diteliti Najib sebelum membuat keputusan tidak melantik Wanita UMNO sebagai menteri kerana mahu Shahrizat yang sudah berkorban melepaskan jawatan menteri ekoran isu NFC babitkan suami beliau dan terus memimpin jentera wanita dalam PRU 13 kekal menerajui pergerakan Wanita UMNO.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 3:03 PM

Perkara lain dalam lantikan Kabinet Najib pasca 2013-2018 adalah ketiadaan menteri mewakili Selangor kecuali hanya dua jawatan timbalan iaitu Noriah dan P.Kamalanathan di Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi.

Sebelum Parlimen bubar, Selangor diwakili Datuk Seri Noh Omar.

Walaupun menang pada pilihanraya 5 Mei lalu, Noh tidak tersenarai daripada barisan Kabinet yang diumumkan Najib petang Rabu.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 3:04 PM

Barangkali keputusan tidak memberikan jawatan menteri kepada salah seorang daripada lima ahli Parlimen BN yang menang dalam PRU baru-baru ini ada kaitan dengan kegagalan merampas semula Selangor daripada pembangkang malah hilang lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri.

Spekulasi sebelum ini membayangkan Noh akan kekal ataupun ahli parlimen Kuala Selangor Datuk Irmohizam Ibrahim akan dilantik menteri.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 3:05 PM

Pengguguran Noh yang sebelum ini Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dikaitkan dengan perancangan untuk menyusun semula UMNO Selangor bagi persediaan menghadapi PRU 14.

Ketika ini Najib adalah Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor manakala Noh timbalannya.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 3:05 PM

Satu lagi perkara menarik mengenai pengumuman Kabinet oleh Najib adalah pelantikan mantan Menteri Besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Perlantikan itu tidaklah pelik sangat tetapi menempatkan Shahidan di JPM memberi bayangan bahawa beliau mungkin bakal mengambil alih tugas Datuk Seri Nazri Aziz menjaga hal ehwal Parlimen.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 3:06 PM

Sesiapa yang kerap mengikuti sidang Parlimen tentu tahu suasana Dewan Rakyat yang selalu ‘panas’ dengan gelagat ahli-ahli Parlimen pembangkang yang ada kalanya buat Parlimen macam ‘sarkas’ atau‘pasar’.

Bukan calang-calang orang yang boleh berdepan perangai wakil rakyat pembangkang dan setakat ini Nazri berjaya ‘menundukkan’ mereka.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 3:07 PM

Mengenali Shahidan dan melihat karektornya, beliau dijangka boleh memikul tugas menggantikan Nazri yang berpindah ke Kementerian Pelancongan.

Dengan pelantikan menteri dan timbalan, kini hanya tinggal 82 orang Backbenchers atau Kelab Penyokong Kerajaan (BNBBC) untuk berdepan 89
ahli parlimen pembangkang.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 3:08 PM

Pasti ianya memerlukan seorang menteri jaga hal ehwal yang cekap selain barisan ahli BNBBC yang sanggup bergegang leher menyokong kerajaan menentang pembangkang.

Jika sebelum ini Khairy, Datuk Rahman Dahlan dan P.Kamalanathan adalah ahli BNBBC yang ‘berbisa’ di Dewan Rakyat tetapi dengan pelantikan masing-masing dalam Kabinet, tentu Datuk Azeez Rahim, Datuk Rezal Merican dan Datuk Irmohizam boleh menyambung tugas mereka.


mantera said...
May 16, 2013 at 3:11 PM

Senarai barisan kabinet yang dipilih oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mencerminkan satu gandingan mantap antara yang berpengalaman dan muka baru, kata Pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian.


mantera said...
May 16, 2013 at 3:12 PM

Sivamurugan yang juga penganalisis politik berkata keputusan itu adalah antara yang terbaik dibuat oleh perdana menteri dalam memastikan setiap rancangan yang dikerangka oleh kerajaan dilaksanakan dengan baik bagi penggal kali ini.


mantera said...
May 16, 2013 at 3:12 PM

Secara menyeluruh saya rasakan gandingan yang berpengalaman dan yang baru ini merupakan satu barisan yang perlu untuk menggalas cabaran dalam melaksanakan rancangan dasar kerajaan.


mantera said...
May 16, 2013 at 3:12 PM

Najib perlu mengambil tindakan holistik bagi memastikan terdapat wakil muka baru dalam senarai anggota jemaah menterinya yang turut sama boleh mengangkat suara golongan generasi muda.


mantera said...
May 16, 2013 at 3:12 PM

muka baru dalam kabinet ialah disebabkan oleh prestasi mereka contohnya seperti Rahman Dahlan, Khairy Jamaluddin, saya rasa ini semua menunjukkan kabinet ini merangkumi golongan-golongan pemimpin pemuda yang boleh mewakili kelompok generasi Y ini,


mantera said...
May 16, 2013 at 3:13 PM

Mengulas pelantikan 19 pemimpin dari Sabah dan Sarawak bagi menggalas jawatan di dalam barisan kabinet, Sivamurugan berkata pelantikan kebanyakan menteri dari dua negeri Borneo ini turut mencerminkan satu penghormatan kerajaan Barisan Nasional kepada pemimpin di sana yang sudah lama bekerja keras memastikan negeri itu sentiasa kekal dengan kemenangan majoriti mudah.


mantera said...
May 16, 2013 at 3:13 PM

Sivamurugan juga tidak menafikan keputusan perdana menteri itu ekoran tindakan MCA dan Gerakan yang tidak mahu menganggotai barisan kabinet selepas mencatat prestasi yang tidak membanggakan pada Pilihan Raya Umum ke 13 lalu.


mantera said...
May 16, 2013 at 3:13 PM

Berdasarkan kepada sokongan dalam pilihan raya lepas, saya rasa ini satu penghormatan kepada sokongan yang diberikan oleh Sabah dan Sarawak sebelum ini.

"Apakan lagi MCA dan Gerakan sudah menyatakan tidak mahu lagi berada dalam kabinet dan barangkali itulah keputusan yang dibuat oleh perdana menteri," katanya.


mantera said...
May 16, 2013 at 3:13 PM

penganalisis politik, Prof Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani menyifatkan pelantikan menteri dan timbalan menteri dari Sabah dan Sarawak di dalam barisan kabinet baru ini adalah berikutan kemenangan besar BN ke atas dua negeri Borneo tersebut.


mantera said...
May 16, 2013 at 3:13 PM

Memang telah dijangkakan sebab berimbang ini adalah berasaskan kemenangan BN pada pilihan raya lalu. Kita lihat banyak kemenangan datang dari Sabah dan Sarawak," katanya.


mantera said...
May 16, 2013 at 3:14 PM

Beliau selain itu berkata berdasarkan pemerhatiannya perdana menteri tidak memilih beberapa menteri terutamanya dari Selangor ekoran prestasi yang hambar sama seperti dari rakan komponennya MCA dan Gerakan.


mantera said...
May 16, 2013 at 3:14 PM

Dalam pada itu berdasarkan pemerhatian yang dibuat Sivamurugan perdana menteri tidak memilih beberapa menteri terutamanya dari Selangor ekoran prestasi yang hambar sama seperti dari rakan komponennya MCA dan Gerakan.


mantera said...
May 16, 2013 at 3:14 PM

Ujarnya ini mungkin kerana perdana menteri mahu memastikan barisan kabinet baru ini boleh menyumbang kepada kemantapan jentera pentadbiran kerajaan sekali gus membolehkan kerajaan memenuhi hasrat rakyat.


mantera said...
May 16, 2013 at 3:14 PM

"Mungkin (perdana menteri) mengambilkira faktor kemenangan dan mengambilkira kepada faktor penghargaan kepada negeri-negeri yang menang contohnya Shahidan, saya rasakan itu sebagai satu penghormatan, jadi di sini Noh Omar digugurkan dan mungkin juga berdasarkan prestasi hambar dalam pilihan raya,"


mantera said...
May 16, 2013 at 3:14 PM

Dalam pengumuman yang menyaksikan jumlah ahli Kabinet dikurangkan kepada 57 berbanding 68 orang sebelum ini, Perdana Menteri berkata senarai anggota jemaah menterinya disifatkannya sebagai “kabinet berimbang” sekaligus dilihat boleh mewakili rakyat dengan efektif serta membawa nafas baru kepada pentadbiran negara.


Burung Walet said...
May 16, 2013 at 5:32 PM

Tahniah Ramai Menteri dari Sarawak Sabah ..agaknya PM Najib takut "cross-over " MP ke PR.Tapi kali ini Menteri Kerja Raya seorang Peguam adik kpd Dato Bustari Yusuf , Orang Kuat PM dari Sarawak.Mudah mudahan Lebuh Raya Pan Borneo akan jadi bah.Syabas KJ dan Barisan Kabinet yg bukan di dominasi olih UMNO.Jgn merajuk pula Umno Mp's...


Anonymous said...
May 16, 2013 at 5:33 PM

Bagi saya ia adalah kabinet yang sangat biasa sahaja, tiada menambah dan tiada mengurangkan apa-apa. Jika barisan ini memberikan kesan, saya pasti kesannya adalah sama seperti kesan yang telah diperolehi oleh barisan Pak Lah yang diagihkan kepada PM Najib empat tahun dahulu. Walau bagaimana pun barisan kabinet ini adalah kabinet PM Najib yang sebenarnya.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 5:48 PM

"Barisan kabinet ini juga kata beliau, dibuat untuk mengekang kemaraan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin daripada mencabar Najib sebagai Presiden Umno" Barisan almari kabinet? hU! hu! RULES ARE FOR THE OBEDIENCE of FOOLS...................................


Anonymous said...
May 16, 2013 at 7:14 PM

Format penjawatan Perdana Menteri memegang portfolio Menteri Kewangan yang dipraktikkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sejak 1998, diteruskan pula oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi dan disambung oleh Datuk Seri Najib Razak. "Negara sangat memerlukan budaya ‘semak dan imbang’ (check and balance), bukannya budaya ‘cek dan baki’ (cheque and balance) di peringkat tertinggi membuat keputusan. Kalau orang yg sama pegang dua jawatan penting tu, sapa yg akan pastikan samada keputusan itu bijak atau tidak?


Anonymous said...
May 16, 2013 at 7:17 PM

Tidak akan bermakna lantik Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Senator Datuk Paul Low Seng Kuan, sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri jika anggota kabinet yang lain terdiri dari mereka yang bermasalah,,


Anonymous said...
May 16, 2013 at 7:21 PM

Datuk Tajuddin Abdul Rahman tidak sepatutnya berada jemaah kabinet Najib, begitu juga KJ... yg mana umum tahu mereka ini bermasalah dalam hal berkaitan wang. Dan lebih ketara...dimanakah kredibiliti Najib dengan melantik orang kuat HINDRAF yg rata-rata dibenci oleh kebanyakkan pemimpin UMNO itu sendiri.
Begitu juga dgn PDRM yg telah bersusah payah berdepan dengan HINDRAF hingga menyebabkan ramai Peg dan Anggota PDRM cedera oleh tindakan agresif pengikut HINDRAF. Memang benarlah kata Mantan PM Tun Mandey, dalam saf kepimpinan UMNO/BN sudah tiada yang cerdik pandai...hanya mukhriz seorang je yang cerdik dalam UMNO/BN buat masa ini...selain dari Najib sendiri.
Apa2pun, sama2lah kita tunggu dan lihat perkembangannya nanti. Untuk undur kembali ke PRU13...sudah menjadi bubur. Dan terima kasih ler buat Pengundi-Pengundingoki UMNgok/BNgok...


Anonymous said...
May 16, 2013 at 7:24 PM

Maka dengan ini bermulalah usaha songlap negara secara rasminya....Minyak naik , tol naik, TNB naik, GST diamalkan sepenuhnya, ahhh apa lagi....banyak lagi...hadiah kepada rakyat untuk lima tahun akan datang...kakah kakah kah...tatap Bn.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 7:30 PM

Kabinet 'Nasi Tambah'...Melantik Ketua Hindraf yg d haramkan dan yg paling racist dlm kerajaan.Kamarudin Kacha dan Md Nor ayam pencen tlg baca balik ape yg telah d ucapkan oleh paria ni.Kow org jgn nak jadi hero bercakap pasal ketuanan dan jadi bahalol apabila syaitan bersokongkol dgn kow org.Ape pemimpin hindraf ni dah jadi malaikat apabila msk bersekutu dgn kerajaan.Ini lah aku tengok dua ekor bahalol ni bila mendesak anak Melayu yg hebat dan d beri jawatan tinggi oleh Air Asia X...


Anonymous said...
May 16, 2013 at 7:31 PM

Mungkin kita akan disajikan strategi perang antara Madey dan Najib. Najib dah pasang orang-orangnya seperti Kahiry untuk menangkas serangan Madey untuk membungkamkan Najib kerna prestasi Najib lebih buruk dari Pak Lah. Madey masih menyimpan impian aktif nak anaknya, Mukriz jadi PM satu hari sebelum dia tinggalkan dunia fana ini. Orang kuat Madey seperti Ibrahim Katak, Zulkifli Bisul tak mungkin boleh diterima pakai dan Mahyudin pun tak nampak aktif serangan halusnya terhadap Najib. Kita tunggu apa dia senjata berbisa Madey kali ini atau Madey terpaksa 'surrender' kerna dia pun dah berusia lanjut(lansia).
Sementara itu gerakan 505 Blackout PR boleh juga membuangkan Najib dan tim kabinetnya yang tiada ketrampilan langsung untuk kononnya memtransformasikan negara!


Anonymous said...
May 16, 2013 at 7:35 PM

Malaysia hanyalah sebuah negara kecil tapi jumlah menterinya ramai sekali. Kalau bukan tujuan untuk memberi ganjaran kepada pemimpin apakah tujuan lantikan tersebut? Negara yang lebih besar jumlah menterinya tak banyak tapi lebih dinamik dan berkualiti tapi Malaysia adalah sebaliknya.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 7:36 PM

Betul...USA ada 12 State secretary sahaja...UK ada 20 Ministers...Malaysia 29 menteri dan 27 Timbalan...gila apa ni, tak cekap buat kerja ke?


Anonymous said...
May 16, 2013 at 7:41 PM

Kabinet baru itu menambah lagi ketidaksahan Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia selepas PRU-13.

“Ia bukan Kabinet untuk semua rakyat Malaysia, kerana sasaran utama Najib bagi memastikan dia berjaya dalam perebutan kuasa pada pemilihan UMNO akhir tahun ini..


Anonymous said...
May 16, 2013 at 11:10 PM

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Penyu, Limus Jury menyifatkan kabinet Persekutuan yang dibentuk pada Rabu sebagai gandingan mantap yang diyakini mampu memacu agenda transformasi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 11:11 PM

Lebih penting, katanya, barisan kabinet itu mencerminkan semangat setia kawan dan perkongsian kuasa dalam komponen Barisan Nasional (BN).


Anonymous said...
May 16, 2013 at 11:12 PM

"Saya cukup yakin bahawa barisan kabinet 2013 ini mampu menjadi penggerak kepada pencapaian visi menjadikan Malaysia negara maju berpendapatan tinggi dalam tempoh yang tidak berapa lama lagi," katanya


Anonymous said...
May 16, 2013 at 11:12 PM

Limus yang memenangi kerusi DUN Kuala Penyu dalam PRU13 baru-baru ini, turut menyatakan penghargaan kepada perdana menteri kerana membentuk barisan kabinet yang mencerminkan aspirasi rakyat, termasuk di Sabah dan Sarawak.


Anonymous said...
May 16, 2013 at 11:15 PM

"Ini terbukti dengan pertambahan jumlah wakil dari Sabah dan Sarawak memegang jawatan menteri dan timbalan menteri dalam kabinet Persekutuan.


headhunter said...
May 17, 2013 at 11:30 AM

NO TIME TO WASTE: The cabinet has to be creatively pragmatic to drive the agenda of progress

SYMBOLICALLY the Cabinet is formed on the day of celebration of the noble profession -- Teachers Day! For the first time in Malaysia's history there are more Ministers from Sabah and Sarawak in Cabinet.


headhunter said...
May 17, 2013 at 11:30 AM

NO TIME TO WASTE: The cabinet has to be creatively pragmatic to drive the agenda of progress

The day will come when someone from Sabah and Sarawak will become the Prime Minister. Observing the vagaries of political destinies can assist laypersons and elites alike to develop mindsets which can believe in the unlikely.


headhunter said...
May 17, 2013 at 11:31 AM

NO TIME TO WASTE: The cabinet has to be creatively pragmatic to drive the agenda of progress

In the consciousness of the people, there is understanding of Otto von Bismarck's insight that "politics is the art of the possible, the attainable, the art of the next best."


headhunter said...
May 17, 2013 at 11:31 AM

NO TIME TO WASTE: The cabinet has to be creatively pragmatic to drive the agenda of progress

The ministers and deputy ministers have their jobs as managers of ministries cut out for them. They need to work well with each other and their ministry secretaries-general and directors-generals to achieve the strategic national development agenda through the Government Transformation Plan, the Economic Transformation Plan and related plans, programmes and projects.


headhunter said...
May 17, 2013 at 11:31 AM

NO TIME TO WASTE: The cabinet has to be creatively pragmatic to drive the agenda of progress

The prime minister cannot and should not think for everybody. Each minister and his or her team should implement all the transformation plans. Within the National Transformation Agenda there are vast spaces and extensive opportunities for new initiatives, creativity and innovation.


headhunter said...
May 17, 2013 at 11:31 AM

NO TIME TO WASTE: The cabinet has to be creatively pragmatic to drive the agenda of progress

Billions of ringgit have already been invested and billions more are now held in trust to be used for the people. Civil society institutions and the Malaysian Anti-Corruption Commission, National Institute of Integrity and similar organisations are eagled-eyed watching that integrity and anti-corruption lessons learned are not forgotten, promises made are kept and no particular individual entrusted to lead the people will get out of line.


headhunter said...
May 17, 2013 at 11:32 AM

NO TIME TO WASTE: The cabinet has to be creatively pragmatic to drive the agenda of progress

One of Malaysia's strengths is that the prime minister is regarded as the CEO of Malaysia Inc. The Malaysian cabinet and government have run Malaysia using the best practices of corporations. The new roles of cabinet members and their teams are about managing development excellence, not about rhetoric and rebel rousing talk, characteristic of the early years of nation building and the election season.


headhunter said...
May 17, 2013 at 11:32 AM

NO TIME TO WASTE: The cabinet has to be creatively pragmatic to drive the agenda of progress

Malaysia has practised realpolitik defined by Ludwig von Rochau, as: "The study of the powers that shape, maintain and alter the state is the basis of all political insight and leads to understanding that the law of power governs the world of states just as the law of gravity governs the physical world."


headhunter said...
May 17, 2013 at 11:32 AM

NO TIME TO WASTE: The cabinet has to be creatively pragmatic to drive the agenda of progress

The realpolitik laws of power, of campaigns, party manifestos and promises have now come to the stage of the formation of the cabinet. While realpolitik is regarded as Machiavellian, amoral and coercive, the Malaysian cabinet has to be moral, ethical, and liberating.


headhunter said...
May 17, 2013 at 11:32 AM

NO TIME TO WASTE: The cabinet has to be creatively pragmatic to drive the agenda of progress

The government now has to build trust, show evidence of unrelenting commitment, be unequivocally accountable, confront those who create unhappiness of the people and pay attention to results.


headhunter said...
May 17, 2013 at 11:33 AM

NO TIME TO WASTE: The cabinet has to be creatively pragmatic to drive the agenda of progress

Beyond the economic agenda the people want the cabinet members to be stewards who:

ACT as an enlightened Council of Elders;

ARE fair, level headed leaders they can trust to give to the people;

UNDERSTAND that there are many citizens more knowledgeable than those who stood for elections and won or lost;

KNOW that citizens love the nation not any less than elected parliamentarians and their rivals;

UPHOLD the principle that the means in doing the right things must be as just and fair as the ends;

RECOGNISE that there may be greater differences of faith, ideology and personality between people of the same political party or race rather than between people from different parties or race;

CHAMPION the cause of unequivocal political and social conscience;

BELIEVE that citizens are not pawns in the game of thrones and lust for power;

WILL not allow hatemongers and bigots to cause stress and fester hatred through approval, consent or support of the blatant and subtle destructive messages of such people; and,

UPHOLD that the happiness of the people matter.


headhunter said...
May 17, 2013 at 11:33 AM

NO TIME TO WASTE: The cabinet has to be creatively pragmatic to drive the agenda of progress

There are many more beautiful, wonderful and inspiring things that the people want. The people do not want to be dragged down, levelled down to the blinded vision of the lowest level of distractive and destructive toxic leaders.


headhunter said...
May 17, 2013 at 11:33 AM

NO TIME TO WASTE: The cabinet has to be creatively pragmatic to drive the agenda of progress

The cabinet formed reflects recognition that there are many common values held by people from different political parties and all have significant roles in genuine efforts to build a Bangsa Malaysia that is inclusive, enlightened and inspiring.


headhunter said...
May 17, 2013 at 11:34 AM

NO TIME TO WASTE: The cabinet has to be creatively pragmatic to drive the agenda of progress

As the collectivity of managers at the helm, the cabinet members are the people responsible to oversee that Malaysia achieves its vision to attain developed status by 2020.


headhunter said...
May 17, 2013 at 11:34 AM

NO TIME TO WASTE: The cabinet has to be creatively pragmatic to drive the agenda of progress

The next five years is critical. There is no time to waste because of distraction of one type or another. The cabinet has to be creatively pragmatic to drive the agenda of progress.


Hidup Di Sabah said...
May 17, 2013 at 1:49 PM

Pemangku Sultan Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah, Islam memberi keutamaan kepada aspek kesejahteraan dan kemaslahatan seluruh umat manusia melangkaui batasan bangsa, etnik dan agama.

Titah baginda, ruang lingkup Islam yang amat luas itu merupakan asas kepada pemupukan konsep kesejahteraan sejagat yang turut mencakupi usaha memastikan kemaslahatan manusia di seluruh dunia.


Hidup Di Sabah said...
May 17, 2013 at 1:50 PM

Raja Nazrin bertitah, berhubung dasar luar negara, Islam juga lebih mementingkan kaedah rundingan dan penyelesaian damai berbanding peperangan, malah agama itu mengharamkan pembunuhan nyawa yang tidak berdosa serta pemusnahan harta benda.


Hidup Di Sabah said...
May 17, 2013 at 1:50 PM

"Pembangunan, kedamaian, keselamatan, keadilan dan harga diri adalah untuk semua insan tanpa mengira bangsa, jantina dan kepercayaan.


Hidup Di Sabah said...
May 17, 2013 at 1:50 PM

"Keseimbangan dalam memenuhi keperluan material dan rohani semua manusia seterusnya akan membawa kepada kesejahteraan serta kehidupan yang sempurna," titah baginda ketika menyampaikan ucaptama pada Forum Kedamaian dan Keselamatan 2013 bertemakan 'Islam dan Diplomasi - Pencarian Untuk Keselamatan Manusia' di Institut Diplomasi dan Hubungan Luar (IDFR) di sini hari ini.


Hidup Di Sabah said...
May 17, 2013 at 1:51 PM

Yang turut hadir, Menteri Luar Qatar, Dr. Khalid Mohammad Al-Attiyah dan Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Institut Pengajian Tinggi Islam (IAIS), Prof. Dr. Mohammad Hashim Kamali.

Dalam titahnya, baginda turut menyeru umat Islam di seluruh dunia mencontohi kejayaan Nabi Muhammad SAW membawa keamanan dan kedamaian kepada kabilah-kabilah dan kaum-kaum yang berperang sesama sendiri di semenanjung Arab.


Hidup Di Sabah said...
May 17, 2013 at 1:51 PM


Raja Nazrin bertitah, kejayaan itu seharusnya dijadikan inspirasi bagi menjayakan usaha meredakan perbalahan dalam kalangan negara dan umat Islam serta menjadikan hubungan mereka dalam keadaan harmoni.


Hidup Di Sabah said...
May 17, 2013 at 1:51 PM

"Usaha ini amat penting bagi menyelesaikan konflik-konflik yang berlaku di Asia Barat dan Afrika Utara yang menyaksikan perpecahan antara pengikut mazhab Sunni dan Syiah serta persengketaan antara puak yang memecah-belahkan mereka sehingga mengakibatkan berlaku konflik sesama mereka.


Hidup Di Sabah said...
May 17, 2013 at 1:52 PM

"Situasi yang berlaku di Syria, Iraq dan Afghanistan yang turut melibatkan campur tangan negara-negara Islam dan kuasa-kuasa asing adalah bertentangan dengan matlamat kedamaian yang dianjurkan Islam," titah baginda.


Hidup Di Sabah said...
May 17, 2013 at 1:52 PM

Baginda bertitah, negara-negara Islam juga perlu berganding bahu bagi membantu orang Islam yang dianggap sebagai kumpulan minoriti di Myanmar, selatan Filipina dan selatan Thailand.

"Inisiatif ini boleh dilakukan secara individu atau secara kolektif melalui Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan Bank Pembangunan Islam (IDB)," titah baginda.


Hidup Di Sabah said...
May 17, 2013 at 1:52 PM

Titah Raja Nazrin, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan pembangunan modal insan dan kesejahteraan manusia hendaklah diperkasakan di negara-negara Islam.

"Peranan NGO-NGO terbabit amat penting dalam aspek pendidikan, penjagaan kesihatan, kebajikan, perlindungan wanita dan kanak-kanak, pencegahan jenayah serta pemuliharaan alam sekitar," titah baginda.


Anonymous said...
May 17, 2013 at 7:13 PM

pengekalan jawatan Menteri Kewangan yang disandang Najib dalam pengumuman senarai Menteri Kabinet semalam.
“Berdasarkan rekod kewangan semasa, beliau boleh dikategorikan Menteri Kewangan gred ‘F’ kerana gagal membawa transformasi ekonomi seperti yang dicanang.

“Berbanding lima Perdana Menteri sebelum ini, Najib adalah Perdana Menteri paling boros dan banyak menghabiskan duit negara..


Anonymous said...
May 17, 2013 at 7:15 PM

Sebelum ini, rekod kewangan negara menunjukkan kedudukan hutang negara berada pada tahap lebih RM547.79 bilion atau lebih 53 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ketika Parlimen dibubarkan pada 3 April lalu. Tahniah utk BN...tatap BN


Anonymous said...
May 17, 2013 at 7:19 PM

Saya tidak ada masalah dengan barisan kabinet ini. Mereka yang dilantik adalah hebat.

Namun, yang menjadi masalah kepada saya ialah bilangan kementerian dan menterinya yang ramai. Untuk apa kita mempunyai 35 menteri berbanding hanya 31 menteri pada tahun 2008? Kabinet Jepun dan AS cuma ada 16 dan 18 menteri sahaja; United Kingdom 23, Bolivia 27 dan Belgium 21 menteri kabinet. India pula dengan 1.1 bilion penduduk hanya mempunyai 32 menteri kabinet. Adakah Malaysia dengan jumlah menterinya yang ramai lebih baik dan lebih maju dari negara-negara di atas?
Meskipun Perlembagaan tidak menetapkan bilangan anggota kabinet, kita perlu bandingkan saiz kabinet Malaysia dengan kabinet di negara-negara lain. Kewujudan kementerian dan menteri adalah untuk menyempurnakan tugas dalam mentadbir negara, bukannya sebagai ganjaran kepada kawan-rakan yang menang


Anonymous said...
May 17, 2013 at 7:21 PM

“Untuk apa kita mempunyai 35 menteri berbanding hanya 31 menteri pada tahun 2008?”

Kabinet Jepun dan AS cuma ada 16 dan 18 menteri sahaja; United Kingdom 23, Bolivia 27 dan Belgium 21 menteri kabinet. India pula dengan 1.1 bilion penduduk hanya mempunyai 32 menteri kabinet.

“Adakah Malaysia dengan jumlah menterinya yang ramai lebih baik dan lebih maju dari negara-negara di atas?”


Anonymous said...
May 19, 2013 at 5:17 AM

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim terus menghasut rakyat menyertai perhimpunan di seluruh negara bagi membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke13 sambil mendakwa mempunyai bukti bagi menyokong tuntutannya


Anonymous said...
May 19, 2013 at 5:17 AM

Anwar yang gagal membawa pakatan pembangkang ke Putrajaya, meracuni fikiran rakyat dengan mendakwa kononnya pemerhati politik dari dalam luar negara sudah meramalkan pakatan pembangkang mahu memenangi PRU kali ini.


Anonymous said...
May 19, 2013 at 5:18 AM

Lebih 100 anak muda dari seluruh Kedah semalam berhimpun di Dataran Zero, untuk menyatakan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada kepemimpinan kerajaan Barisan Nasional (BN) diterajui Datuk Seri Najib Razak.


Anonymous said...
May 19, 2013 at 5:18 AM

Pembangkang didakwa cuba menyemat ke dalam fikiran rakyat kononnya akan berlaku penipuan, malah sebelum PRU13 lagi, sebagai justifikasi andai mereka kalah dengan harapan rakyat percaya, ‘kerusi’ yang sepatutnya menjadi milik mereka dirompak oleh pihak lain.


Anonymous said...
May 19, 2013 at 5:18 AM

Menurut Global Research dalam laman web www.globalresearch.ca, langkah pembangkang itu dianggap penganalisis di seluruh rantau ini sebagai satu provokatif, berbahaya dan sangat tidak bertanggungjawab.


Anonymous said...
May 19, 2013 at 5:19 AM

Ia sebenarnya bertujuan untuk memanipulasi orang ramai dan menyediakan pentas buat Anwar untuk merusuh serta melakukan huru-hara mengikut revolusi Barat.