Sunday, September 7, 2014

Angin kencang di Labuan, Phuket esok

Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini mengeluarkan amaran angin kencang barat daya dan laut bergelora dijangka berterusan di kawasan perairan Phuket sehingga esok.



Menurut kenyataan yang dikeluarkan jabatan itu, keadaan sama juga diramal berlaku di kawasan perairan Condore, Reef North, Layang-layang, Palawan, Sabah (pedalaman, pantai barat dan Kudat) dan Wilayah Persekutuan (WP) Labuan sehingga Selasa ini.

Angin kencang barat daya berkelajuan antara 40 dan 50 kmsj dengan ketinggian ombak sehingga 3.5 meter di kawasan itu berbahaya kepada bot kecil, rekreasi serta sukan laut.

Selain itu, ribut petir di perairan Condore, WP Labuan, dan Sarawak (Bintulu dan Miri) dijangka berterusan sehingga awal pagi ini.

Keadaan itu boleh mengakibatkan angin kencang sehingga 50 kmsj serta laut bergelora dengan ketinggian ombak mencecah 3.5 meter dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

- Bernama
xxx2

Komen Anda

0 Responses to " Angin kencang di Labuan, Phuket esok "

Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx