Wednesday, September 24, 2014

Anwar didakwa menghasut?

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan yang terbaru akan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung ucapannya tiga tahun lalu.

Menurut penasihat undang-undang PKR, Latheefa Koya, ia berhubung ucapan Anwar di satu perhimpunan politik di Gombak pada 2011.

Menteri Besar Selangor yang baru dilantik, Azmin Ali juga telah disiasat berhubung isu yang sama.

"Kenyataan Azmin telah pun diambil pada tahun 2011, tetapi nampaknya seperti mereka (polis dan pihak berkuasa) membuka semula kes ini," katanya.

Latheefa berkata Anwar yang juga ahli Parlimen Permatang Pauh, dijadualkan memberi kenyataan pada petang Jumaat di Ibu Pejabat PKR.

Peguam yang juga Ahli Parlimen Padang Serai N Surendran, yang turut berdepan dengan dua tuduhan hasutan, akan menemani Anwar dalam rakaman kenyataannya.

-mk
xxx2

Komen Anda

1 Responses to " Anwar didakwa menghasut? "
Anonymous said...
September 24, 2014 at 2:39 PM

Buang masa saja....perkara dah berlaku 3 tahun lepas....kalau ISA masih ada Anwar dah lama meringkuk dalam jel....hairan bin ajaib....kalau kes2 melibatkan Anwar dan pemimpin pembangkang mesti 3, 4, 5 tahun baru selesai....kalau rakyat macam Kiki...dreber bas, dreber lori 24 jam mesti dah kena siasat atau ditahan reman !!!!


Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx