Wednesday, September 3, 2014

Isu MB Selangor : PKR terima surat dari istana

PKR hari ini menerima surat dari istana Selangor, dipercayai jawapan kepada pencalonan menteri besar.

"Ya, kami terima surat hari ini," kata Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil ketika dihubungi Malaysiakini.



Bagaimanapun, katanya, butiran mengenainya hanya akan dinyatakan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution dalam kenyataannya kemudian.

"Beliau akan mengeluarkan kenyataan dalam masa satu jam akan datang," katanya.

Sementara itu, PKR kemudiannya mengedarkan kenyataan Saifuddin berkenaan isi kandungan surat daripada istana.

Namun, tidak lama selepas itu, ia ditarik balik, seperti dimaklumkan Fahmi kepada media.

"Harap maklum bahawa teks yang dihantar tadi belum dimuktamadkan.

"Ia ditarik balik, dan berstatus tidak sah untuk digunakan," kata Fahmi dalam kenyataannya.

Sumber: Minta lebih nama

Beberapa jam sebelum kenyataan itu, wujud spekulasi bahawa surat istana itu meminta lebih nama calon menteri besar dikemukakan.

Sebelum ini, sebuah kereta rasmi istana dilihat di hadapan ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Tarikh akhir bagi Pakatan Rakyat mengemukakan pencalonan mereka untuk jawatan menteri besar ialah hari ini.

PKR mengemukakan calon tunggalnya, presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, untuk jawatan tersebut, semalam.

-mk
xxx2

Komen Anda

0 Responses to " Isu MB Selangor : PKR terima surat dari istana "

Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx