Monday, September 15, 2014

Pelajar asing suspek Ebola pertama di Malaysia?

Virus pembunuh Ebola disyaki memasuki Malaysia ekoran laporan media tempatan bahawa sekurang-kurangnya seorang pelajar asing dikuarantin di Kucing.



Memetik sumber, The Borneo Post melaporkan, dua pelajar disyaki dijangkiti virus itu dimasukkan ke sebuah hospital swasta pada Ahad selepas mengadu batuk-batuk dan demam panas.

“Oleh kerana pusat perubatan swasta itu tidak mempunyai wad pengasingan, mereka dipindahkan ke wad pengasingan Hospital Besar Sarawak,” menurut laporan itu.

Bagaimanapun, akhbar United Daily melaporkan hanya seorang pelajar sedang dipantau.

Malay Malay Online melaporkan Pengarah Kesihatan Dr Zulkifli Jantan berkata, siasatan berhubung perkara itu sedang dijalankan.

Ketika dihubungi, Jabatan Kesihatan Sarawak memberitahu Malaysiakini bahawa sidang media akan diadakan berhubung perkara itu hari ini.

Virus itu yang menyebabkan demam berdarah itu kini sudah membunuh 1,800 orang di Afrika Barat setakar 31 Ogos lalu.

-mk
xxx2

Komen Anda

0 Responses to " Pelajar asing suspek Ebola pertama di Malaysia? "

Note: Only a member of this blog may post a comment.

xxx